CORAK PERBELANJAAN DAN KEMAMPUAN BERBELANJA GOLONGAN BELIA DI MALAYSIA

Makalah ini membincangkan corak perbelanjaan dan kemampuan berbelanja golongan belia di Malaysia. Perbincangan mengenai corak perbelanjaan memberi perhatian kepada jenis-jenis perbelanjaan responden dan keutamaan jenis perbelanjaan kepada individu responden. Dari segi kemampuan berbelanja belia, status kemampuan berbelanja para belia bagi item-item yang tersenarai dibincangkan. Perbincangan turut memberi perhatian kepada insiden ketidakmampuan belia dalam menyara kos perbelanjaan mereka di mana kewujudan kes dikaitkan dengan beberapa faktor demografi yang signifikan seperti lokasi dan negeri responden. Kajian ini melibatkan 13 buah negeri dan 3 Wilayah Persekutuan di seluruh Malaysia dengan menggunakan kaedah soal selidik, yakni menggunakan borang soal selidik yang dijalankan secara survei atas talian. Seramai 600 orang responden belia Malaysia yang berumur di antara 15 hingga 40 tahun telah melengkapkan soal selidik atas talian. Data dianalisis dengan menggunakan pakej statistik SPSS. Sememangnya kos sara hidup yang meningkat merupakan cabaran kepada hidup seharian belia, namun pengetahuan kewangan, kesedaran dan persediaan belia bagi menghadapi cabaran membantu belia menangani isu kos sara hidup dengan lebih baik.

Kata Kunci: Belanja, Perbelanjaan, Kos Sara Hidup, Belia, Malaysia

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH