kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi
kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI BELIA UNTUK TERLIBAT DALAM MASALAH SOSIAL: KAJIAN KES DALAM KALANGAN PELAJAR INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN BELIA DAN SUKAN (ILKBS)

Penglibatan pelajar dalam masalah sosial bukanlah merupakan isu yang baru di Malaysia. Sekiranya penglibatan pelajar ini tidak dibendung, maka terdapat kecenderungan untuk terlibat dengan tingkah laku berisiko sehingga membawa kepada perlakuan jenayah. Salah satu objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti penglibatan pelajar Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) dalam masalah sosial dan faktor-faktor yang mempengaruhinya. Selain itu, kajian juga bertujuan meneliti perbezaan lima masalah sosial utama dengan tempat pengajian. Kajian ini telah dijalankan di 21 buah ILKBS di seluruh Malaysia dengan jumlah sampel yang disasarkan adalah seramai 3,093 orang pelajar yang mengikuti pengajian di ILKBS bagi pengambilan tahun 2017 dan 2018. Dari segi penglibatan dalam masalah sosial pula, didapati bahawa merokok (28.7%), lumba haram (9.4%) dan melayari laman web lucah (8.4%) merupakan aktiviti utama yang dilakukan oleh pelajar. Hasil analisis cross tabulation menunjukkan responden dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar mencatatkan peratusan tertinggi bagi aktiviti merokok dan clubbing manakala responden dari Institut Kemahiran Belia Tinggi Negara (IKTBN) Dusun Tua mencatatkan peratusan tinggi bagi aktiviti melayari laman web lucah. Seterusnya responden dari Akademi Kemahiran Belia Golf merekodkan peratusan tinggi bagi aktiviti lumba haram dan ponteng kelas. Dapatan kajian turut menunjukkan lima faktor yang mendorong pelajar terlibat dalam masalah sosial tersebut adalah disebabkan oleh faktor ingin mencuba (47.4%), pengaruh rakan (42.3%) dan melepaskan geram (28.0%). Justeru, pendekatan bersepadu melibatkan pihak pengurusan dan pelajar pastinya dapat membantu mengawal masalah sosial tersebut dari terus meningkat.

Kata Kunci: Penglibatan dalam masalah sosial, faktor mempengaruhi

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

INDEKS BUDAYA SUKAN MALAYSIA 2018 MENGUKUR TAHAP BUDAYA SUKAN RAKYAT MALAYSIA

Artikel ini bertujuan melaporkan tahap budaya sukan rakyat Malaysia yang diterjemahkan melalui penghasilan Indeks Budaya Sukan Malaysia 2018. Indeks ini merupakan indeks pertama yang dibangunkan diperingkat nasional mahupun antarabangsa dan menjadi indeks tahun asas untuk dibandingkan dengan indeks semasa pada tahun-tahun akan datang. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan melalui borang soal selidik dengan melibatkan 8,007 orang responden di seluruh Malaysia yang berumur 13 tahun dan ke atas. Tempoh masa yang diambil untuk melaksanakan kajian ini adalah selama 11 bulan bermula Januari hingga November 2018. Sebanyak lima domain dan lapan indikator telah dibangunkan untuk mengukur tahap budaya sukan dalam kalangan rakyat Malaysia. Domain tersebut ialah Domain Penglibatan; Domain Kecintaan Sukan; Domain Kesukarelaan; Domain Perbelanjaan; dan Domain Fasiliti Sukan. Skala pengukuran bagi tahap budaya sukan telah dibangunkan iaitu Tiada Budaya Sukan (skor 0); Rendah Budaya Sukan (skor 1 hingga 49); Sederhana Budaya Sukan (skor 50 hingga 69); Tinggi Budaya Sukan (skor 70 hingga 84); dan Sangat Tinggi Budaya Sukan (skor 85 hingga 100). Pembentukan skor menggunakan julat skor 0 hingga 100 yang mana skor 100 merupakan skor maksimum. Kajian menunjukkan tahap budaya sukan rakyat Malaysia berada pada tahap Sederhana dengan skor 53.1. Ini menggambarkan perlunya usaha yang berterusan bagi menggalakkan rakyat melakukan aktiviti sukan, senaman dan rekreasi aktif di samping terlibat dalam aktiviti kecintaan sukan, kesukarelaan sukan, perbelanjaan, dan penggunaan fasiliti sukan.

Kata Kunci: Indeks Budaya Sukan Malaysia, Budaya Sukan, Domain, Skala Pengukuran, Tahap Budaya Sukan

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

ANALISIS PENGARUH PENGETAHUAN DAN SIKAP TERHADAP TINGKAH LAKU PENCEMARAN SUNGAI DALAM KALANGAN BELIA

Isu pencemaran sungai merupakan salah satu isu alam sekitar yang dianggap kritikal. Banyak kajian merumuskan bahawa aktiviti manusia merupakan penyebab berlakunya masalah alam sekitar. Bukan itu sahaja kecenderungan yang dilihat berlakunya pencemaran sungai adalah disebabkan oleh kekurangan pengetahuan berkaitan isu alam sekitar dan sikap mementingkan diri sendiri sehingga mengabaikan alam sekitar turut menjadi punca berlakunya masalah alam sekitar. Kajian ini bertujuan untuk menentukan pengaruh pengetahuan dan sikap terhadap tingkah laku pencemaran sungai. Kajian dijalankan secara kaedah tinjauan menerusi penggunaan borang soal selidik sebagai instrumen untuk mengumpul data berkaitan pembolehubah pengetahuan, sikap dan tingkah laku pencemaran sungai. Seramai 150 responden terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan pengetahuan mempengaruhi secara signifikan terhadap tingkah laku pencemaran sungai. Begitu juga dengan sikap yang menunjukkan hubungan yang signifikan dengan tingkah laku. Namun begitu pengetahuan dilihat sebagai peramal utama kepada pembentukan tingkah laku pencemaran sungai.

Kata Kunci: Pengetahuan, Sikap, Tingkah Laku, Pencemaran Sungai

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

LEDAKAN DATA RAYA DAN REVOLUSI INDUSTRI 4.0

Revolusi Industri 4.0 telah mula berkembang pesat di peringkat global dengan bantuan alat-alat teknologi yang telah memudahkan kehidupan seharian. Empat komponen utama revolusi ini adalah kewujudan data dalam jumlah yang besar; ketersambungan dan kuasa pengiraan; kemunculan analisis dan kemampuan perniagaan pintar; dan kewujudan interaksi manusia-mesin dan realiti terimbuh (augmented reality). Kewujudan data dalam jumlah yang besar ini membawa kepada kewujudan data raya yang terdiri daripada jaringan, awan, siber, kandungan dan konteks, komuniti dan penyesuaian. Enam bahagian ini membantu kepada penjanaan data yang kompleks akibat daripada jumlahnya yang besar; namun dengan aturan mesin dan siber bersama keperluan daripada komuniti membantu pengeluaran hasil data yang sistematik dan boleh digunakan untuk mempermudahkan urusan seharian. IYRES sebagai hub data belia telah memantapkan pengurusan datanya melalui Sistem Ydata@IYRES, Sistem e-Belia dan Sistem e-MYInd dalam menyelaraskan data dengan lebih efisyen. Sistem Ydata@IYRES merupakan satu portal sehenti yang mengumpulkan data dan statistik belia daripada pelbagai pihak merangkumi kementerian, jabatan, agensi dan badan bukan kerajaan (NGO). Sistem e-Belia pula berperanan mengumpulkan profil belia-belia Malaysia bagi memudahkan pemegang taruh merangka pelaksanaan program dengan lebih fokus kepada golongan sasar. Sistem e-MYInd berfungsi untuk merekod dan mengemaskini segala maklumat program dan inisiatif yang dilaksanakan merentas kementerian, jabatan, agensi dan badan bukan kerajaan (NGO) dan dijadikan input bagi memantau program-program belia dan sukan. Penyelarasan data secara sistematik ini diharapkan dapat membantu pihak kerajaan khususnya kementerian dalam menstrategikan perancangan inisiatif pembangunan belia dan sukan dengan lebih komprehensif dan menyeluruh berdasarkan lapan kumpulan sasaran belia.

Kata Kunci: Belia, Revolusi Industri, Data Raya, Siber

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

ANALYZING WORK AND SALARY EXPECTATIONS OF UNEMPLOYED YOUTHS

Youths are a misunderstood generation. Their unique personalities and values have attracted much media interests and research. Unfortunately, much of these coverages tend to aggravate the negative rather than the positive. One of the popular discourses on youths is on their work expectations. Youths, who belong to the millennial generation, have often been stereotyped as demanding, materialistic, narcissistic and unwilling to work hard. These characteristics have been blamed as the root cause for their lack of success in the job market. Employer-based surveys perceived millennial youths in general are too, yet did not have much to offer. These negative portrayals are harmful to their prospects as human capital. The article is written to investigate if there was an alternative view on the subject. Much of the existing knowledge on the topic, at least in the context of Malaysia, has been informed mostly by employers’ perspectives commissioned by professional consultants and recruitment bodies. Also, past research on the topic has covered the general population of the millinnials, rather than a specific group of unemployed youths. While this knowledge has been helpful in shedding light regarding our job applicants, however they are less useful in revealing the other side of the story. Therefore, this article attempts to combine two important aspects - unemployed youths and their stereotypical work expectations as millennials - to determine if their profiles and expectations may explain their unemployment. Findings reported in the article are based on a survey involving 844 unemployed youths located throughout Malaysia. Two specific objectives are pursued in the article: to determine desired work attributes expected by unemployed youths; and to identify their expected salary against selected demographic profiles. The findings suggest that our youths may have been subjected to unfair accusations and stereotypical misconceptions. The results are discussed in relation to relevant theory and practice. Recommendations and areas for future research are provided.

Keywords: youth unemployment, millennials, work attributes, work values, financial expectations.

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

CONTACT US

iyres-en.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

HYPERLINK