ANALISIS PENGARUH PENGETAHUAN DAN SIKAP TERHADAP TINGKAH LAKU PENCEMARAN SUNGAI DALAM KALANGAN BELIA

Isu pencemaran sungai merupakan salah satu isu alam sekitar yang dianggap kritikal. Banyak kajian merumuskan bahawa aktiviti manusia merupakan penyebab berlakunya masalah alam sekitar. Bukan itu sahaja kecenderungan yang dilihat berlakunya pencemaran sungai adalah disebabkan oleh kekurangan pengetahuan berkaitan isu alam sekitar dan sikap mementingkan diri sendiri sehingga mengabaikan alam sekitar turut menjadi punca berlakunya masalah alam sekitar. Kajian ini bertujuan untuk menentukan pengaruh pengetahuan dan sikap terhadap tingkah laku pencemaran sungai. Kajian dijalankan secara kaedah tinjauan menerusi penggunaan borang soal selidik sebagai instrumen untuk mengumpul data berkaitan pembolehubah pengetahuan, sikap dan tingkah laku pencemaran sungai. Seramai 150 responden terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan pengetahuan mempengaruhi secara signifikan terhadap tingkah laku pencemaran sungai. Begitu juga dengan sikap yang menunjukkan hubungan yang signifikan dengan tingkah laku. Namun begitu pengetahuan dilihat sebagai peramal utama kepada pembentukan tingkah laku pencemaran sungai.

Kata Kunci: Pengetahuan, Sikap, Tingkah Laku, Pencemaran Sungai

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH