IBM - Rumusan IBM

[ Pengenalan | Kaedah Pembentukan Skor Indeks | Skor IBM | Rumusan IBM ]

 

Pada tahun 2008 ini kualiti dan kesejahteraan hidup generasi belia di Malaysia berada di tahap BAIK. Berbanding dengan tahun asas 2006, ada domain yang menunjukkan prestasi yang lebih baik dan ada juga domain yang menunjukkan prestasi yang menurun.

Indeks Belia Malaysia bukan sahaja penting untuk kita meninjau kedudukan kualiti dan kesejahteraan hidup generasi belia pada satu-satu masa. Lebih penting perancangan program pembangunan belia mestilah berusaha mengemblengkan segala usaha untuk meningkatkan skor indikator, domain dan indeks secara keseluruhannya. Untuk tujuan itu perlu disediakan modul dan tatacara yang sistematik bagi menangani sesuatu isu yang berkaitan dengan domain yang digunakan dalam IBM.

Apa yang berlaku sekarang ini tidak wujud keselarasan yang mantap lagi bersepadu untuk memenangani sesuatu isu yang berkaitan dengan domain IBM. Program pembangunan belia baik yang dilaksanakan oleh sektor awam mahupun badan bukan kerajaan tidak bersifat tematik. Ada kalanya sesuatu isu tidak mendapat perhatian dan penekanan yang sewajarnya. Tetapi di dalam situasi yang berlainan ada isu dalam domain IBM yang tidak mendapat perhatian yang setimpal dengan kepentingannya dalam menentukan kualiti dan kesejahteraan hidup generasi belia.

IBM adalah indeks untuk memantau pembangunan belia. Selaras dengan itu usaha perlu dilakukan untuk mempelbagaikan aktiviti pembangunan belia agar ia selaras dengan pendekatan pembangunan belia yang positif dan juga holistik.