Pembangunan Kendiri

Pembangunan Kendiri

Domain pembangunan kendiri mempunyai tujuh indikator sepertimana disenaraikan dalam Jadual 3. Pada tahun 2008, domain Pembangunan Kendiri mengalami penurunan skor kepada 66.5 berbanding dengan skor 68.8 pada tahun 2006. Namun begitu skor domain ini masih berada pada paras BAIK. ini bermaksud bahawa belia Malaysia mempunyai asas-asas peribadi yang baik dalam pembentukan diri sebagai individu yang positif.

 

 

Walau bagaimanapun, skor indikator menunjukkan bahawa untuk 2008 ini belia Malaysia :

  • menghadapi lebih banyak tekanan hidup dan kurang berupaya mengawal emosi berbanding dengan keadaan pada tahun 2006.
     
  • menunjukkan bahawa belia Malaysia mempunyai kemahiran asertif yang lebih baik, tahap kemurungan yang lebih rendah, motivasi yang lebih tinggi dan perasaan penghargaan kendiri yang lebih positif daripada tahun 2006.

 

[ Kembali ]