Potensi Diri

Domain Potensi Diri IBM ingin memantau perkembangan potensi diri belia dalam tiga bidang iaitu kepimpinan, keusahawanan dan kemahiran. Secara umum, skor domain ini sebanyak 63.9 menunjukkan belia Malaysia telah cuba mencungkil potensi perubahan yang banyak. Dengan skor 63.9 menunjukkan keupayaan belia mencungkil potensi diri mereka berada di tahap BAIK sahaja. Skor dalam tahun 2006 juga berada di tahap yang sama dengan skor 59.2.

Berdasarkan skor tiga indikator dalam domain Potensi Diri bolehlah dirumuskan bahawa:

  • Minat belia Malaysia untuk menjadi usahawan sudah mula meningkat skor 63.3 pada tahun 2008 berbanding dengan skor 51.6 dalam tahun 2006.
     
  • Belia Malaysia juga menunjukkan keinginan untuk memperoleh kemahiran (skor 63.1) tertentu untuk meningkatkan peluang peningkatan dalam kerjaya berbanding dengan tahun 2006 di mana skor indikator ini adalah 58.8.
     
  • Ciri kepimpinan belia menunjukkan sedikit penurunan daripada 67.2 kepada 65.3 tetapi masih kekal di tahap BAIK.

 

[ Kembali ]