Kesihatan


Domain kesihatan mengandungi lapan indikator sepertimana yang di senarai dalam Jadual 8. Skor domain kesihatan 97.1 tidak menunjukkan banyak perubahan berbanding dengan skor 97.7 dalam tahun 2006. Berdasarkan skor domain ini, tahap kesihatan generasi muda kekal di tahap SANGAT BAIK kerana sebahagian besar tidak mempunyai penyakit yang disenaraikan dalam Jadual 8.

Berdasarkan skor lapan indikator kesihatan itu bolehlah dirumuskan bahawa walaupun terdapat peningkatan dan penurunan skor untuk indikator-indikator tertentu tetapi perubahan itu adalah terlalu kecil untuk mengubah tahap kesihatan di kalangan generasi belia berbanding dengan tahap kesihatan mereka pada tahun asas 2006.

[ Kembali ]