Soalan Lazim

 

1) Apakah yang dimaksudkan dengan IPPBM?
IPPBM ialah sebuah pusat penyelidikan nasional yang mengkaji pelbagai aspek aliran dan pembangunan generasi muda dan kaitannya dengan perubahan yang berlaku di peringkat nasional, rantau dan antarabangsa.
 
2) Apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh IPPBM?
  • Membuat kajian berkaitan isu-isu belia.
  • Menaja penyelidikan berkaitan pembangunan belia.
  • Membantu perancangan dan perlaksanaan dasar kerajaan khususnya kepada belia negara menerusi hasil kajian yang dijalankan.
 
3) Apakah sumbangan IPPBM kepada masyarakat?
IPPBM mendekati masyarakat menerusi kajian-kajian yang melibatkan golongan belia dan berdasarkan isu-isu semasa yang berlaku dalam masyarakat. Seterusnya hasil kajian tersebut dihebahkan kepada masyarakat.
 
4) Bagaimana hendak mendapatkan maklumat hasil kajian?
Hasil kajian boleh diperolehi dengan menghubungi pihak kami secara terus samaada melalui telefon, emel atau fax. Maklumat untuk dihubungi boleh didapati pada pautan Hubungi Kami.
 
5) Jika berminat untuk mengambil bahagian dalam menjalankan kajian, apakah langkah yang perlu dilakukan?
Menghubungi pihak institut dengan menggunakan borang maklumbalas yang terdapat pada portal atau menerusi emel, This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.