Buletin FAKTA 2007

[2015 l 2014 | 2013 | 2012 | 2011 | 2010 | 2009 | 2008 | 2007 ]


Edisi 1, April 2007

Edisi 1 - April 2007 : IPPBM telah berjaya menghasilkan buletin yang pertama iaitu Buletin FAKTA  yang berperanan sebagai dimensi penyebaran dan perkongsian  informasi berkaitan dengan pembangunan belia di Malaysia. Namun keistimewaan buletin FAKTA ini ialah mengandungi pelbagai fakta yang berkaitan berdasarkan kepada isu-isu pembangunan belia yang dibangkitkan. Fakta yang dimuatkan merupakan himpunan dari pelbagai sumber malah dari kajian oleh IPPBM sendiri. 
Muat turun

Edisi 2, Julai 2007
Edisi 2 - Julai 2007 : Keluaran Buletin FAKTA pada kali ini banyak menyentuh beberapa program yang berkaitan dengan pembangunan belia anjuran IPPBM sendiri di samping penyampaian beberapa fakta hasil daripada kajian. Antara program-program tersebut ialah ‘Destinasi JELAJAH BELIA 2007’, Persidangan Meja Bulat dengan tema ‘Pembangunan Belia Malaysia’ dan Luncheon Talk yang membawa perbincangan ‘Economic Transformation in Malaysia and Gender Inequality : Implication for the Malaysia Youths’.
Muat turun

Edisi 3, Dis 2007
Edisi 3 - Dis 2007 : Buletin FAKTA pada kali ini dengan imej baru telah membawa pembaca terutamanya golongan belia kepada kesedaran terhadap kemerdekaan negara yang ke -50 tahun. Malah fakta dari pelbagai aspek hasil daripada kajian berkaitan pasca kemerdekaan terhadap golongn belia juga diketengah dalam buletin pada kali ini. Dalam buletin ini, pembaca berpeluang mengetahui buku-buku yang berkaitan pembangunan belia, di mana boleh dijadikan sebagai rujukan.
Muat turun