kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi
kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Domain Indeks Belia Malaysia (IBM)

5.1 SUKAN

Berdasar kepada subindikator yang sama digunakan untuk mengukur domain sukan pada tahun 2006 dan 2008, skor penglibatan dalam sukan pada tahun 2011 telah menurun; daripada 47.7 pada tahun 2008 kepada 21.3 pada tahun 2011. Secara keseluruhannya, terdapat penurunan dalam penglibatan setiap sub indikator pada tahun 2011 berbanding tahun 2008. Namun, bola sepak dan badminton masih merupakan sukan kegemaran dalam kalangan belia seperti pada tahun 2006 dan 2008.

 

Pada tahun 2011, 11 acara sukan baru sebagai subindikator sukan telah dimasukkan untuk mengukur skor indikator sukan. Dengan penambahan 11 sub indikator ini, skor keseluruhan untuk domain sukan tidak jauh berbeza iaitu 21.3 berbanding skor tanpa subindikator baru iaitu 24.9. Secara keseluruhannya, penglibatan belia Malaysia dalam aktiviti sukan masih berada pada tahap yang rendah.

<< Waktu Senggang

 
     
[ kembali ]

Domain Indeks Belia Malaysia (IBM)

5.2 KELAB DAN PERSATUAN

Kelab dan Persatuan merupakan indikator kedua yang terkandung dalam domain Waktu Senggang. Sebanyak 9 subindikator telah digunakan untuk mendapatkan indeks indikator tersebut pada tahun 2006 dan 2008. Bagi mendapatkan indeks penglibatan belia dalam kelab dan persatuan dengan lebih menyeluruh, enam subindikator baru telah dimasukkan ke dalam domain ini pada tahun 2011 seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 9.

<< Waktu Senggang

 

Walau bagaimanapun, berbanding dengan tahun 2008 (10.9), terdapat peningkatan yang memberangsangkan bagi penglibatan dalam kelab dan persatuan pada tahun ini, iaitu 19.7. Seperti tahun 2006 dan 2008, di antara kesemua jenis aktiviti kelab dan persatuan yang disertai belia, kelab sukan berada pada tahap yang memuaskan, iaitu 38.0 dan pola ini menunjukkan peningkatan.

Pada tahun 2011, enam sub indikator Kelab dan Persatuan baru telah ditambah kepada senarai sub indikator yang sedia ada. Skor keseluruhan indikator Kelab dan Persatuan selepas penambahan sub indikator ini tidak banyak berubah, iaitu 17.8 dan skor ini lebih tinggi berbanding skor tahun 2008, iaitu 10.9. Walaupun terdapat peningkatan dalam skor untuk tahun 2011, tetapi penglibatan belia Malaysia dalam kelab dan persatuan masih berada pada tahap yang rendah.

     
[ kembali ]

Domain Indeks Belia Malaysia (IBM)

5. WAKTU SENGGANG

Bagaimana belia menggunakan waktu senggang dan jenis-jenis aktiviti yang dilakukan pada waktu senggang amat penting untuk memastikan pembangunan belia yang positif dan berkualiti. Pada tahun 2006 dan 2008, domain Waktu Senggang dinilai melalui tiga indikator; Sukan, Kelab dan Persatuan serta Senaman. Pada tahun 2011 satu indikator baru (Aktiviti Masa Lapang) telah digunakan untuk menggantikan indikator Senaman supaya satu indikator yang lebih tepat dan terperinci untuk memahami aktiviti masa lapang belia dapat dikenalpasti. Indikator aktiviti masa lapang ini diukur dengan 10 sub indikator yang lain yang diperincikan dalam Jadual 10.

Pada tahun 2006, domain ini memperoleh skor yang paling rendah, iaitu 21.0 dan berada di tahap lemah. Namun IBM’08 menunjukkan peningkatan dalam kalangan belia untuk memenuhi waktu senggang mereka, iaitu skor 29.3 dan berada dalam tahap sederhana baik. Dengan penambahan satu indikator baru, iaitu Aktiviti Masa Lapang, skor domain ini telah meningkat kepada 30.2 pada tahun 2011. Walaupun peningkatan tersebut tidak ketara, domain ini menunjukkan bahawa penglibatan belia dalam aktiviti masa lapang adalah lebih tinggi daripada penglibatan dalam sukan, kelab atau persatuan.

 

• Belia menunjukkan minat yang meningkat terhadap aktiviti berpersatuan, iaitu skor indikator Kelab dan Persatuan meningkat daripada 10.9 pada tahun 2008 kepada 17.8 pada tahun 2011.

• Walaupun aktiviti masa lapang merupakan indikator baru pada tahun 2011, skor yang tinggi (51.5) menunjukkan belia Malaysia meluangkan lebih banyak masa dalam aktiviti lapang ini berbanding aktiviti Sukan, Kelab dan Persatuan. Ini juga menunjukkan terdapat trend baru dalam penglibatan belia dalam aktiviti senggang berbanding dengan aktiviti konvensional seperti sukan, kelab dan berpersatuan.

Skor indikator dalam Jadual 7 memberi implikasi berikut:

• Keinginan belia Malaysia untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan telah menurun dengan mendadak daripada skor 47.7 pada tahun 2008 kepada 21.3 dalam tahun 2011.

 
   
     

>> 5.1  Sukan

>> 5.2  Kelab dan Persatuan

>> 5.3  Aktiviti Masa Lapang

[ kembali ]

Domain Indeks Belia Malaysia (IBM)

5.3 AKTIVITI MASA LAPANG

Aktiviti Masa Lapang merupakan indikator ketiga dan indikator yang baru ditambah kepada penilaian domain Waktu Senggang pada tahun 2011. Sebanyak 10 subindikator telah digunakan untuk mengukur indikator Aktiviti Masa Lapang ini. Indikator Aktiviti Masa Lapang ini ditambah ke dalam penilaian domain Waktu Senggang ini kerana belia Malaysia masa kini bukan sahaja terlibat dalam aktiviti sukan, bersenam atau kelab dan berpersatuan pada waktu senggang, belia hari ini juga terlibat dalam banyak aktiviti lain yang tidak menjadi salah satu fokus dalam Indeks sebelum ini. Oleh itu para penyelidik telah mengenal pasti 10 aktiviti yang paling popular dalam kalangan belia. Ia dijadikan sebagai subindikator untuk mengukur indikator Aktiviti Masa Lapang seperti yang disenaraikan dalam Jadual 10.

<< Waktu Senggang

 

Daripada skor yang didapati, terdapat empat aktiviti masa lapang yang menunjukkan penglibatan belia pada tahap sangat baik. Antaranya Aktiviti Hiburan (83.3), Aktiviti Rekreasi (82.7), Hobi (75.2) dan Laman Sosial (66.7). Keenam-enam aktiviti masa lapang yang lain menunjukkan penglibatan belia berada pada tahap yang sederhana baik sahaja.

     
[ kembali ]

Domain Indeks Belia Malaysia (IBM)

8. TINGKAH LAKU DEVIAN

Domain Tingkah Laku Devian merangkumi 13 indikator salah laku yang sering dikaitkan dengan belia. Terdapat tiga indikator terdahulu yang tidak dimasukkan sebagai indikator Tingkah Laku Devian pada tahun 2011, iaitu merokok, melepak dan membaca bahan lucah. Sebaliknya tujuh indikator tambahan dimasukkan, iaitu membawa senjata, memeras ugut, mencuri hak milik orang lain, mencederakan orang lain, terlibat dalam gangsterisme, mengedar dadah/bahan terlarang, dan jenayah siber.

 

Skor domain Tingkah Laku Devian menunjukkan dapatan yang amat memberangsangkan, di mana terdapat penglibatan belia yang sangat minima dalam tingkah laku mabuk sehingga mengganggu ketenteraman awam, berjudi sehingga berhutang, merosakkan harta benda awam dan mengadakan hubungan seks di luar nikah dan pengambilan dadah berbanding tahun terdahulu. Merujuk kepada indikator baru yang dimasukkan, terdapat penglibatan yang sangat minima dalam salah laku seperti pengedaran dadah, memeras ugut dan gangsterisme berbanding dengan salahlaku lain seperti membawa senjata, mencuri, mencederakan orang lain dan jenayah siber. Secara keseluruhannya majoriti belia Malaysia mempunyai kesedaran yang sangat jelas tentang tingkah laku yang bertentangan dengan norma dan berupaya mengawal diri mereka daripada terjerumus dengan tingkah laku devian.

Perlu ditekankan bahawa beberapa indikator dalam Indeks Belia Malaysia 2011 menambahbaik indikator dalam indeks terdahulu bagi mencerminkan populasi pelbagai budaya (majmuk) di Malaysia. Oleh itu domain mengenai mabuk mempunyai pelbagai makna berdasarkan perspektif pelbagai kaum. Oleh itu, terdapat kemungkinan bahawa takrifan pelbagai ini mempengaruhi skor bagi indikator tersebut.

 
     
[ kembali ]

CONTACT US

iyres-en.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

HYPERLINK