Domain Indeks Belia Malaysia (IBM)

7. KETEMBUSAN MEDIA

Secara keseluruhan, skor Ketembusan Media pada 2011 adalah 87.4 dan tidak banyak berubah berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya iaitu pada skor 84.8 bagi tahun 2006 dan skor 85.0 pada tahun 2008. Belia Malaysia terhubung secara terus dengan pelbagai jenis saluran media. Jadual 12 menunjukkan golongan belia yang terlibat secara aktif dengan media mengikut indeks tahunan.

 

Berdasarkan kepada skor-skor indikator kesihatan ini, boleh dirumuskan bahawa tahap kesihatan para belia Malaysia adalah sangat baik.

Beberapa rumusan dapat dibuat berdasarkan domain ketembusan media seperti berikut:

• Skor Ketembusan Media untuk media berbentuk tradisional seperti Televisyen Percuma, Radio, Akhbar dan Komputer adalah tinggi dan tidak berubah berbanding indeks sebelum ini. Ia menunjukkan bahawa golongan belia masih bergantung kepada media berbentuk tradisional sebagai sumber rujukan terpenting. Skor daripada sumber rujukan buku menunjukkan sedikit peningkatan daripada 83.3 kepada 88.1.

• Hanya penggunaan internet menunjukkan peningkatan yang tinggi berbanding indeks sebelum ini. Hal ini menunjukkan bahawa golongan belia terdedah dengan media global dan pengaruh ICT seperti jaringan sosial.

 
     
[ kembali ]