Domain Indeks Belia Malaysia (IBM)

8. TINGKAH LAKU DEVIAN

Domain Tingkah Laku Devian merangkumi 13 indikator salah laku yang sering dikaitkan dengan belia. Terdapat tiga indikator terdahulu yang tidak dimasukkan sebagai indikator Tingkah Laku Devian pada tahun 2011, iaitu merokok, melepak dan membaca bahan lucah. Sebaliknya tujuh indikator tambahan dimasukkan, iaitu membawa senjata, memeras ugut, mencuri hak milik orang lain, mencederakan orang lain, terlibat dalam gangsterisme, mengedar dadah/bahan terlarang, dan jenayah siber.

 

Skor domain Tingkah Laku Devian menunjukkan dapatan yang amat memberangsangkan, di mana terdapat penglibatan belia yang sangat minima dalam tingkah laku mabuk sehingga mengganggu ketenteraman awam, berjudi sehingga berhutang, merosakkan harta benda awam dan mengadakan hubungan seks di luar nikah dan pengambilan dadah berbanding tahun terdahulu. Merujuk kepada indikator baru yang dimasukkan, terdapat penglibatan yang sangat minima dalam salah laku seperti pengedaran dadah, memeras ugut dan gangsterisme berbanding dengan salahlaku lain seperti membawa senjata, mencuri, mencederakan orang lain dan jenayah siber. Secara keseluruhannya majoriti belia Malaysia mempunyai kesedaran yang sangat jelas tentang tingkah laku yang bertentangan dengan norma dan berupaya mengawal diri mereka daripada terjerumus dengan tingkah laku devian.

Perlu ditekankan bahawa beberapa indikator dalam Indeks Belia Malaysia 2011 menambahbaik indikator dalam indeks terdahulu bagi mencerminkan populasi pelbagai budaya (majmuk) di Malaysia. Oleh itu domain mengenai mabuk mempunyai pelbagai makna berdasarkan perspektif pelbagai kaum. Oleh itu, terdapat kemungkinan bahawa takrifan pelbagai ini mempengaruhi skor bagi indikator tersebut.

 
     
[ kembali ]