kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi
kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Persidangan Meja Bulat Siri 1/2021 : Gelombang Pengundi Muda - #Tonggak Negara

 

Gelombang Pengundi Muda

 

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama UNITAR International University akan menganjurkan Persidangan Meja Bulat (RTD) Siri 1/2021: Gelombang Pengundi Muda #TonggakNegara. Persidangan ini akan dilaksanakan secara fizikal dan juga webinar demi mengupas topik aspirasi anak muda dalam menentukan landskap politik negara. Ia juga bertujuan untuk mengumpul idea, pandangan dan cadangan golongan belia bagi mengangkat suara dan hasrat pengundi muda dalam menentukan hala tuju kepimpinan negara.

Ayuh sertai Persidangan Meja Bulat (RTD) Siri 1/2021 : Gelombang Pengundi Muda #TonggakNegara!

Penyertaan secara fizikal

Tarikh : 10 April 2021 (Sabtu)
Masa : 9.30 pagi – 1.00 petang
Tempat : Dewan Auditarium, UNITAR International University
Pemakaian : Smart Casual

Peserta Luar Lembah Klang (Webinar)


Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pegawai kami En. Shah Romnizam Ramli (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) dan En. Mohamad Saifful Hassan (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) sedia membantu di talian 03-8871 3335/ 3349.

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ATURCARA PROGRAM

KLIK DI SINI UNTUK PENDAFTARAN WEBINAR

Persidangan Meja Bulat Siri 2/2020 : Keresahan Belia Alaf Baharu

rtd keresahan belia

Dengan hormatnya saya mohon menarik perhatian YBhg. Dato’ / YBrs. Dr. / Tuan / Puan kepada perkara tersebut di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia (KBS) akan menganjurkan Program Persidangan Meja Bulat Siri 2/2020 dengan membawa topik Keresahan Belia Alaf Baharu yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 28 November 2020 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi – 1.00 petang
Platform : ZOOM Webinar

3. Untuk makluman YBhg. Dato’ / YBrs. Dr. / Tuan / Puan, objektif utama program ini adalah menyediakan platform kepada masyarakat dan khususnya golongan belia dalam memberi penerangan dan maklumat yang jelas akan keresahan dan kebimbangan belia berkaitan masalah kewangan, kesihatan mental, gangguan seksual dan pengaruh teknologi. Program ini juga melibatkan penyertaan daripada pegawai Kementerian, Agensi, dan juga belia.

4. Bersama ini disertakan aturcara program sebagai rujukan YBhg. Dato’ / YBrs. Dr. / Tuan / Puan. Kerjasama YBhg. Dato’ / YBrs. Dr. / Tuan / Puan adalah dimohon agar dapat mendaftarkan butiran diri di link ZOOM tersebut sebelum atau pada 27 November 2020 (Jumaat) agar pihak IYRES dapat menyelaras tindakan selanjutnya.

5. Sebarang pertanyaan lanjut, pegawai kami En. Shah Romnizam Bin Ramli (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) dan En. Mohamad Saifful Hassan (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) sedia membantu di talian 03-8871 3335. Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat seminar, pihak IYRES akan memaklumkan dari semasa ke semasa kepada YBhg. Dato’ / YBrs. Dr. / Tuan / Puan.

Perhatian dan sokongan yang diberikan oleh YBhg. Dato’ / YBrs. Dr. / Tuan / Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, salam hormat

Klik untuk muat turun aturcara Persidangan Meja Bulat Siri 2/2020 : Keresahan Belia Alaf Baharu

Persidangan Meja Bulat Siri 1/2020 : Sosialisasi Politik Belia – Bersedia Atau Muak?

rtd sosialisasi politik

Dengan hormatnya saya mohon menarik perhatian YBhg. Dato’ / YBrs. Dr. / Tuan / Puan kepada perkara tersebut di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia (KBS) akan menganjurkan Program Persidangan Meja Bulat Siri 1/2020 dengan membawa topik Sosialisasi Politik Belia – Bersedia atau Muak? yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 21 November 2020 (Sabtu)

Masa : 9.30 pagi – 1.00 petang

Platform : ZOOM Webinar

3.         Untuk makluman YBhg. Dato’ / YBrs. Dr. / Tuan / Puan, objektif utama program ini adalah menyediakan platform kepada masyarakat dan khususnya golongan belia dalam memberi penerangan dan maklumat yang jelas berkaitan landskap sosialisasi politik belia di Malaysia. Program ini juga melibatkan penyertaan daripada pegawai kementerian, agensi, dan juga belia.

4.            Bersama ini disertakan aturcara program sebagai rujukan YBhg. Datuk / Dato’ / YBrs. Dr. / Tuan / Puan. Kerjasama YBhg. Dato’ / YBrs. Dr. / Tuan / Puan adalah dimohon agar dapat mendaftarkan butiran diri di link zoom sebelum atau pada 20 November 2020 (Jumaat) agar pihak IYRES dapat menyelaras kehadiran peserta.

5.            Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pegawai kami En. Shah Romnizam Bin Ramli (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) dan En. Mohamad Saifful Hassan (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) sedia membantu di talian 03-8871 3335. Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat seminar, pihak IYRES akan memaklumkan dari semasa ke semasa kepada YBhg. Dato’ / YBrs. Dr. / Tuan / Puan.

Perhatian dan sokongan yang diberikan oleh YBhg. Dato’ / YBrs. Dr. / Tuan / Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, salam hormat

Klik untuk muat turun aturcara Persidangan Meja Bulat Siri 1/2020 : Sosialisasi Politik Belia – Bersedia atau Muak?

CONTACT US

iyres-en.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

HYPERLINK