Prosedur Perkhidmatan Perundingan

5.1 Secara amnya, prosedur perkhidmatan perundingan boleh dibahagikan kepada

empat fasa. Fasa-fasa tersebut adalah seperti berikut:

Fasa 1: Peringkat Penerimaan Permohonan Projek Perkhidmatan Perundingan

Fasa 2: Peringkat Kelulusan dan Perlantikan

Fasa 3: Peringkat pelaksanaan

Fasa 4: Peringkat Penyerahan

5.1.1 Peringkat Penerimaan Permohonan Projek Perkhidmatan Perundingan

5.1.1.1 Menerima permintaan permohonan projek perkhidmatan perundingan

dengan menggunakan borang IPPBM-PP.GP-14-BK-01, kertas

pelaksanaan/ kertas cadangan penyelidikan dan jumlah peruntukan

melalui KPE, UPP atau terus kepada kakitangan IYRES.

5.1.1.2 Permohonan yang diterima akan dinilai oleh Ketua Cawangan

Penyelidikan dan Inovasi atau kakitangan yang diarahkan oleh KPE.

5.1.1.3 Semua permohonan kajian perlu dipersetujui dan diluluskan oleh KPE

melalui ulasan yang dikemukan oleh Ketua Cawangan Penyelidikan &

Inovasi atau kakitangan yang diarahkan.

5.1.2 Peringkat Kelulusan dan Perlantikan

5.1.2.1 Jika dipersetujui, pihak UPP akan mengeluarkan surat maklum balas

persetujuan dan satu perbincangan bagi menentukan gerak kerja

seterusnya antara perunding dan klien akan diadakan.

5.1.2.2 Kumpulan perunding akan menyediakan kertas cadangan penyelidikan

seperti yang dipohon oleh klien berserta tempoh masa kajian dan

jumlah perbelanjaan.

5.1.2.3 Perunding boleh mencadangkan nama pakar rujuk yang dirasakan

dapat memantapkan lagi projek tersebut dengan kelulusan KPE.

5.1.2.4 Perunding perlu mengambil kira kos-kos berikut dalam proses

persiapan projek:

 Analisa data

 Pemberlian barang-barang runcit dan peralatan

 Pembelian alat tulis

 Sewaan peralatan dan kemudahan seperti bilik seminar dll.

 Bayaran percetakan seperti penyediaan instrument kajian, laporan dll

 Bayaran enumerator dan pengkodan data

 Caj perundingan

5.1.3 Peringkat Pelaksanaan

5.1.3.1 Ketua projek bertangungjawab sepenuhnya terhadap pelaksanaan

projek. Peringkat pelaksanaan ini melibatkan prosedur-prosedur projek

perkhidmatan perundingan Penyelidikan seperti membentangkan

laporan akhir projek/ kajian kepada Ahli Jawatankuasa Perancangan

Penyelidikan/ KPE serta klien.

5.1.4 Peringkat Penyerahan

5.1.4.1 Semua laporan projek/ kajian yang telah lengkap perlu di buat dalam

bentuk ‘Perfect Binding’ sebanyak 5 salinan untuk (1) Pusat Sumber

IYRES, dengan kebenaran klien (2) Klien, 2 salinan (3) KPE IYRES

(4) simpanan Fail serta laporan dalam bentuk softcopy.