PELAWAAN TAWARAN SEBAGAI ENUMERATOR BAGI KAJIAN PENILAIAN OUTCOME INDEKS BELIA MALAYSIA 2019 (IBM’19)

Sukacita dimaklumkan bahwa Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) akan melaksanakan Kajian Penilaian Outcome Indeks Belia Malaysia 2019 (IBM’19). Kajian ini adalah susulan daripada Kajian Indeks Belia Malaysia 2015 dan Kajian Penilaian Outcome Indeks Belia Malaysia 2016 dan 2017. Ianya bertujuan untuk mengukur kualiti dan kesejahteraan hidup belia Malaysia.

Sehubungan dengan itu, pihak IYRES ingin mempelawa calon yang berminat untuk menjadi Enumerator bagi kajian ini seperti ketetapan berikut:

SYARAT LANTIKAN ENUMERATOR BAGI KAJIAN PENILAIAN OUTCOME INDEKS BELIA MALAYSIA 2019 (IBM’19):

 

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur di antara 18 tahun hingga 40 tahun.
  3. Bermastautin di negeri lokasi kajian sekurang-kurangnya 2 tahun.
  4. Terbuka kepada semua etnik.
  5. Mahir berkomunikasi dan memahami Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan lain-lain bahasa.
  6. Mempunyai lesen memandu kereta atau motosikal.
  7. Mempunyai kenderaan persendirian untuk menjalankan kerja yang ditugaskan.
  8. Calon yang mempunyai pengalaman dalam bidang penyelidikan sosial menjadi keutamaan dalam pemilihan ini.
  9. Boleh dihubungi bila-bila masa.
  10. Berdedikasi, berdisiplin, mesra berinteraksi dengan pihak penyelidik dan responden kajian, komited, jujur, amanah, bertanggungjwab, berintergriti dan professional dalam menjalankan tugas yang diberikan.
  11. Antara yang boleh memohon seperti berikut:
    • Pelajar IPT/Lepasan pelajar IPT
    • Guru-guru sekolah, pejawat awam, pekerja swasta (proses pengumpulan data kajian mestilah dilaksanakan luar daripada waktu bekerja)
  12. Boleh menerima arahan daripada pegawai penyelaras.
  13. Boleh bertugas dikawasan yang telah ditetapkan.
  14. Tarikh akhir permohonan adalah pada 10 MEI 2019 (JUMAAT).
  15. Calon yang berjaya, akan dipanggil ke sesi taklimat.
  16. Boleh rujuk lokasi taklimat kajian seperti berikut:

 

LOKASI TAKLIMAT KAJIAN IBM’19

BIL

NEGERI

LOKASI TAKLIMAT

1

Johor 

Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Johor, Johor Bahru

2

Melaka      

Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka, Ayer Keroh

3

Perak

Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perak, Ipoh

4

Sabah 

Jabatan Belia Dan Sukan (P) Negeri Sabah, Kota Kinabalu

5

Terengganu

Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Terengganu,Kuala Terengganu

6

Kelantan  

Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan, Kota Bharu

7

Pahang

Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pahang, Kuantan

8

Pulau Pinang                     

Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Batu Uban

9

Selangor

Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Selangor, Shah Alam

10

Kedah 

Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah, Alor Setar

11

Negeri Sembilan               

Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan, Seremban

12

Perlis 

Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perlis-Kangar

13

Sarawak

Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak, Kuching

14

W.P Kuala Lumpur           

Jabatan Belia Dan Sukan WP Kuala Lumpur, Bukit Kiara

15

W.P Putrajaya           

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Presint 4, Putrajaya

16

W.P Labuan                         

Jabatan Belia Dan Sukan WP Labuan, Kompleks Sukan Labuan

 

  1. Maklumat permohonan yang diterima akan dimasukkan ke dalam simpanan ICE Community Enumerator (ICE)
  2. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara tersebut, anda boleh menghubungi pegawai kami atas talian berikut:

Pn. Shahhanim Yahya                               03-8871 3343

Pn. Norhidayah Omar                                 03-8871 3331

En. Shah Romnizam Ramli                       03-8871 3331

En. Mohamad Saifful Hassan                   03-8871 3335

  1. Sila klik pautan ini https://forms.gle/paFFhX7EJT6KLCbz9 bagi tujuan pendaftaran sebagai Enumerator kajian.