PERSIDANGAN MEJA BULAT BELIA / ROUNDTABLE DISCUSSION (RTD) – “HAD UMUR BELIA: TRANSISI DAN PELAKSANAAN”

Dengan hormatnya saya mohon menarik perhatian YBhg. Dato'/ Dr./ Tuan/ Puan kepada perkara tersebut di atas.

  1.        Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia (KBS) akan menganjurkanPersidangan Meja Bulat Beliadengan tajuk "Had Umur Belia: Transisi dan Pelaksanaan" yang akan disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan seperti ketetapan berikut:

Tarikh

:

26 September 2019 (Khamis)

Masa

:

9.00 pagi - 5.00 petang

Tempat

:

 

Dewan Kampo, Pusat Belia Antarabangsa, Cheras

 

  1. Program ini menyediakan platform untuk perkongsian ilmu dan penyebaran maklumat bersifat ilmiah dan intelektual dengan pendekatan yang lebih santai di antara pakar dalam pelbagai bidang bersama golongan belia.Output persidangan akan dijadikan resolusi / manifesto / usul bagi memandu penggubal polisi untuk hala tuju yang dapat menyumbang kepada memacu pembangunan belia secara khusus.
  1. Sehubungan itu, IYRES berbesar hati menjemput YBhg. Dato'/ Dr./ Tuan/ Puan untuk hadir ke persidangan ini. Kerjasama pihak YBhg. Dato'/ Dr./ Tuan/ Puan adalah dipohon agar dapat mengembalikan borang pengesahan kehadiran (Lampiran Asebelum atau pada 25 September 2019 (Jumaat).
  1. Bersama ini dilampirkan aturcara program sebagai rujukan YBhg.  Dato'/ Dr./ Tuan/ Puan jua. Sebarang pertanyaan, pihak YBhg. Dato'/ Dr./ Tuan/ Puan boleh menghubungi  kami Pn. Noor Ayu Sharif (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) di talian 03-8871 3640.

 Klik di sini untuk pendaftaran Online

Perhatian dan sokongan yang diberikan oleh pihak YBhg.  Dato'/ Dr./ Tuan/ Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.