Kriteria Pemilihan Enumerator

Kriteria Pemilihan Enumerator

1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur di antara 18 tahun hingga 40 tahun;
3. Berminat dalam aktiviti-aktiviti penyelidikan;
4. Mahir/boleh berkomunikasi dan memahami Bahasa Melayu dan English dan lain-lain bahasa;
5. Berpengalaman menjadi pembanci/Enumerator (sekiranya ada);
6. Mempunyai lesen memandu kenderaan;
7. Mempunyai kenderaan persendirian untuk menjalankan kerja yang ditugaskan;
8. Boleh dihubungi bila-bila masa apabila diperlukan oleh pihak penyelidik;
9. Berdisiplin, berdedikasi, mesra berinteraksi dengan pihak penyelidik dan responden kajian, komited, jujur, amanah, bertanggungjawab, berintegriti dan profesional dalam menjalankan tugas yang diberikan;
10. Boleh menerima arahan dari semasa ke semasa; dan
11. Boleh bertugas di kawasan yang telah ditetapkan.

SKOP TUGAS ENUMERATOR

1. Enumerator di wajibkan menghadiri taklimat berkaitan proses pengumpulan data yang dikendalikan oleh pihak IYRES. Mana-mana individu yang gagal menghadirkan diri dalam sesi taklimat tersebut, tidak akan dilantik sebagai Enumerator kajian;

2. Enumerator mematuhi garis panduan dan etika penyelidikan semasa proses kutipan data dilapangan. Enumerator perlu menjalankan kerja pengumpulan data dengan jujur, amanah, bertanggungjawab, berintegriti dan profesional dalam menjalankan tugas yang diberikan;

3. Enumerator yang dilantik bertanggungjawab untuk melaksanakan proses kutipan data secara bersemuka (face-to-face interview) kepada responden kajian menggunakan instrumen borang soal selidik mengikut kawasan pengumpulan data, kriteria responden yang telah ditentukan oleh pegawai penyelidik IYRES;

4. Enumerator perlu menguasai item-item yang terkandung dalam instrumen sebelum proses kerja lapangan dilaksanakan. Enumerator perlu menerangkan secara terperinci berhubung pelaksanaan kajian dan soalan-soalan yang terkandung dalam instrumen tersebut atau dengan kata lain sebagai pemudah cara dalam membantu responden menjawab soalan dengan tepat;

5. Memastikan semua soalan dilengkapkan oleh responden;

6. Enumerator perlu memulangkan semua dokumen (mengikut senarai semak pemulangan dokumen) kepada Pegawai Penyelaras/Ketua Enumerator mengikut ketetapan tempoh masa yang ditetapkan;

7. Pihak Pengurusan IYRES akan membuat pembayaran mengikut kadar yang telah ditetapkan menerusi akaun Enumerator melalui “Electronic Fund Transfer” (EFT) IYRES

Kepada calon yang berminat: Anda boleh mendaftar butiran anda pada pautan http://ebelia.iyres.gov.my/

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 31 MEI 2020 (AHAD)

 Calon yang berjaya akan dipanggil ke sesi taklimat yang akan dimaklumkan kelak oleh pihak IYRES.
 Calon yang tidak menerima apa-apa maklumat selepas 3 bulan dari tarikh permohonan adalah dikira tidak berjaya.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara tersebut, anda boleh menghubungi pegawai kami atas talian berikut:

Cik Nur Aqilah Syazwani Mohd Nor 03 8871 3389
Puan Norlyana Ahmad Hisham 03 8871 3344