Kriteria Pemilihan Pengekod Data & Pemilihan Transcriber

KRITERIA UMUM

1. Warganegara Malaysia;
2. Terbuka kepada mereka yang tinggal di kawasan Lembah Klang sahaja;
3. Berumur di antara 18 hingga 40 Tahun;
4. Mempunyai Komputer/Laptop;
5. Sekurang-kurangnya mempunyai kelayakan akademik Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)/ Diploma atau mana-mana Sijil Kemahiran;
6. Calon yang mempunyai pengalaman dalam bidang penyelidikan sosial menjadi keutamaan dalam pemilihan ini;
7. Berdisiplin, berdedikasi, komited, jujur, amanah, bertanggungjawab, berintegriti dan profesional dalam menjalankan tugas yang diberikan; dan
8. Boleh menerima arahan dari semasa ke semasa.

a) Kriteria Pemilihan Pengekod Data

1. Mempunyai pengalaman sebagai pengekod data (data Entry);
2. Mahir Menggunakan “Statistical Package for the Social Sciences” (SPSS);dan
3. Pihak IYRES berpuas hati ke atas prestasi pelaksanaan tugas-tugas pengekodan data terdahulu yang telah dipertanggungjawabkan (hanya kepada mereka yang pernah dilantik sebagai pengekod data kajian IYRES sahaja)

b) Kriteria Pemilihan Transcriber

1. Mempunyai pengalaman proses transkripsi; dan
2. Pihak IYRES berpuas hati ke atas prestasi pelaksanaan tugas-tugas transkripsi data terdahulu yang telah dipertanggungjawabkan (hanya kepada mereka yang pernah dilantik sebagai pengekod data kajian IYRES sahaja).

PANDUAN PENGEKOD DATA DAN TRANSCRIBER
1. Pengekod data WAJIB menghadiri sesi taklimat Pengekod data/ Transcriber yang dikendalikan oleh Penyelidik IYRES;

2. Pengekod data akan menerima satu set manual Pengekod data/ Transcriber yang dibekalkan semasa sesi taklimat yang dikendalikan oleh Penyelidik IYRES;

3. Pengekod data/ Transcriber perlu memastikan setiap dokumen yang diperoleh dilaksanakan mengikut peraturan yang ditetapkan. Pihak IYRES berhak untuk menolak borang/hasil transkripsi yang tidak lengkap atau dikira sebagai ‘rosak’;

4. Pengekod data/ Transcriber perlu menyimpan kerahsiaan maklumat yang terkandung dalam dokumen yang diperolehi;

5. Pengekod data perlu merekodkan maklumat tersebut ke dalam perisian yang ditetapkan dan memulangkan semula kepada pihak IYRES selewat-lewatnya 7 hari selepas menerima dokumen;

6. Pihak Pengurusan IYRES akan membuat pembayaran mengikut kadar yang telah ditetapkan menerusi akaun Pengekod Data/ Transcriber melalui “Electronic Fund Transfer” (EFT) IYRES; dan

7. Pengekod data harus memaklumkan kepada pihak IYRES sekiranya ingin menamatkan perkhidmatan sebagai Pengekod data/ Transcriber lebih awal dari tempoh yang diberikan.

i. Memaklumkan seminggu selepas tarikh taklimat; dan
ii. Perlu menyerahkan dokumen kepada IYRES.

 

Kepada calon yang berminat: Anda boleh mendaftar butiran anda pada pautan http://ebelia.iyres.gov.my/

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 31 MEI 2020 (AHAD)

 Calon yang berjaya akan dipanggil ke sesi taklimat yang akan dimaklumkan kelak oleh pihak IYRES.
 Calon yang tidak menerima apa-apa maklumat selepas 3 bulan dari tarikh permohonan adalah dikira tidak berjaya.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara tersebut, anda boleh menghubungi pegawai kami atas talian berikut:

Cik Nur Aqilah Syazwani Mohd Nor 03 8871 3389
Puan Norlyana Ahmad Hisham 03 8871 3344