Pegawai Penerbitan
Gred : S41 (Contract For Service)

SYARAT LANTIKAN

  1. Warganegara Malaysia, berumur tidak kurang dari 25 tahun pada    tarikh tutup iklan.
  2. Kelayakan

Kelayakan Masuk        :   Ijazah Sarjana Muda (Dengan Kepujian)

        Syarat Lantikan Asas   :  Ijazah Sarjana Muda
        Bidang Berkaitan :   Penerbitan/Penulisan Am/Akademik/Sastera         Gaji Permulaan          :   S41 : RM1,909.00

c.  Kelayakan Mesti  Ada :

  1. Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik.
  2. Berkemahiran  dalam semua aspek bidang penerbitan
  3. Mempunyai pengalaman dalam bidang penerbitan/penulisan atau bekerja dalam bidang yang relevan dengan penerbitan/penulisan

Kepada anda yang berminat dan mempunyai kelayakan yang dinyatakan adalah dialu-alukan untuk membuat permohonan bagi melaksanakan tugasan seperti berikut :

PENERBITAN

  1. Bertanggungjawab dalam melaksanakan kerja-kerja penerbitan dan perancangan penerbitan
  2. Menguruskan penerbitan berhubung dengan pihak percetakan
  3. Merancang dan menguruskan edaran bahan Penerbitan IPPBM
  4. Menguruskan hal berkaitan ISSN/ISBN dengan pihak Perpustakaan Negara Malaysia
  5. Menguruskan hal penerbitan dalam portal IYRES.
  6. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarah dari semasa ke semasa

 

PUSAT SUMBER

  1. Menguruskan hal-hal berkaitan pusat sumber melibatkan alatan, buku-buku, data-data dan yang berkaitan
  2. Mengumpul dan mengenalpasti bahan-bahan yang sesuai untuk dimuatkan di dalam  pusat sumber
  3. Merancang dan menguruskan pembelian bahan baru (buku/majalah/ surat khabar) sebagai rujukan di Pusat Sumber.
  4. Merancang dan menguruskan bahan bacaan
  5. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarah dari semasa ke semasa

PERHATIAN KEPADA PEMOHON

  1. Permohonan akan melalui tapisan terlebih dahulu. Hanya permohonan yang disenarai pendek akan dipanggil untuk ditemuduga.
  2. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan daripada pihak IYRES selepas tiga (3) minggu dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan adalah TIDAK BERJAYA
  3. Pemohon yang dipanggil temudugaperlu membawa dokumen-dokumen asal dan salinan sijil-sijil yang telah DISAHKAN berserta dengan borang permohonan yang telah dicetak untuk diserahkan kepada setiausaha temuduga.

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

a.       Permohonan boleh dibuat dengan melayari laman web IYRES di www.ippbm.gov.my dan memuat turun borang permohonan. Pemohon boleh menghantar borang yang lengkap diisi berserta ‘resume’ melalui e-mel ; atau

b.       Permohonan secara terus melalui Unit Pentadbiran & Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan, IYRES.

Tarikh tutup permohonan ialah pada hari AHAD 31 Ogos 2014.

Sila kemukakan permohonan kepada:

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES),
Aras 10, Menara KBS,
No.27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya

Tel     : 03 – 8871 3254/3753/3705
Faks  : 03 – 8871 3342
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.