JAWATAN DITAWARKAN

     1)    Eksekutif Penyelidik

            Gred : S41 /S44 (Tetap)

      

SYARAT LANTIKAN

a)            Warganegara Malaysia, berumur tidak kurang dari 25 tahun pada  tarikh tutup iklan.

b)            Kelayakan

(i)           Kelayakan Masuk :   Ijazah Sarjana Muda (Dengan Kepujian)

                     Syarat Lantikan Asas:  Ijazah Sarjana Muda

                       Bidang:  Sains Sosial, Sains Sukan, Ekonomi dan Statistik

                      Gaji Permulaan: S41 : RM1,909.00

 c)   Kelayakan Mesti  Ada :

 (i)      Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik.

 (ii)      Berkemahiran menggunakan perisian SPSS dan lain-lain perisian penyelidikan (diberi keutamaan).

 (iii)      Berpengalaman mengendalikan dan turut serta dalam penyelidikan.

 (iv)     Berkemahiran tentang metodologi penyelidikan.

 (v)     Berkeyakinan mengendalikan aktiviti penyelidikan.

 

d)   Kelayakan Tambahan

(i)      Berkebolehan menginterpretasikan data

(ii)     Berkebolehan dalam penulisan laporan

 

Kepada anda yang berminat dan mempunyai kelayakan yang dinyatakan adalah dialu-alukan untuk membuat permohonan bagi melaksanakan tugasan seperti berikut :

  1. Menjalankan tugas-tugas penyelidikan yang berkaitan dengan pembangunan belia;
  2. Mengumpul maklumat dan data berkaitan isu-isu pembangunan belia;
  3. Memproses dan menganalisa data hasil penyelidikan;
  4. Merangka dan menyediakan laporan penyelidikan; dan
  5. Menjalinkan hubungan kerjasama dengan mana-mana agensi / institut / individu yang terlibat dalam bidang penyelidikan sains sosial.

 
 PERHATIAN KEPADA PEMOHON

  1. Permohonan akan melalui tapisan terlebih dahulu. Hanya permohonan yang disenarai pendek akan dipanggil untuk ditemuduga.
  2. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan daripada pihak IYRES selepas tiga (3) minggu dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.
  3. Pemohon yang dipanggil temudugaperlu membawa dokumen-dokumen asal dan salinan sijil-sijil yang telah DISAHKAN berserta dengan borang permohonan yang telah dicetak untuk diserahkan kepada setiausaha temuduga.

 

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

a.   Permohonan boleh dibuat dengan melayari laman web IYRES di www.ippbm.gov.my dan memuat turun borang  permohonan. Pemohon boleh menghantar borang yang lengkap diisi berserta ‘resume’ melalui e-mel ; atau

b.   Permohonan secara terus melalui Unit Pentadbiran & Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan, IYRES.

 

Tarikh tutup permohonan ialah pada hari Selasa,  19 Mei 2015.

 Sila kemukakan permohonan kepada:

 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES),

Aras 10, Menara KBS,

No.27 Persiaran Perdana, Presint 4,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62570 Putrajaya

Tel     : 03 – 8871 3254/3753/3705

Faks  : 03 – 8871 3342

E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.