Pegawai Komunikasi Korporat

Pegawai Komunikasi Korporat
Gred : S41/S44 (Contract For Service)

SYARAT LANTIKAN

  1. Warganegara Malaysia, berumur tidak kurang dari 25 tahun pada    tarikh tutup iklan.
  2. Kelayakan

Kelayakan Masuk        :   Ijazah Sarjana Muda (Dengan Kepujian)

        Syarat Lantikan Asas   :  Ijazah Sarjana Muda 
        Bidang Berkaitan :   Komunikasi Korporat (Perhubungan Awam)

        Gaji Permulaan          :   S41 : RM1,909.00

c.  Kelayakan Mesti  Ada :

  1. Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik.
  2. Berpengelaman dan berkeyakinan dalam mengendalikan majlis dan program;
  3. Mempunyai kemahiran teknologi maklumat yang baik dan berkebolehan menggunakan media sosial dengan berkesan.
  4. Peka,sensitif dengan isu-isu semasa dan keupayaan untuk menangani isu;
  5. Berupaya mewujudkan rangkaian komunikasi dalam dan luar negara;
  6. Berkebolehan dalam penulisan laporan

Kepada anda yang berminat dan mempunyai kelayakan yang dinyatakan adalah dialu-alukan untuk membuat permohonan bagi melaksanakan tugasan seperti berikut :

  1. Menguruskan perhubungan awam dengan media dan merancang strategi media dalam penyebaran maklumat secara berkesan dan bagi memenuhi ketetapan masa dan objektif IYRES secara keseluruhan;
  2. Menyampaikan maklumat berhubung dengan fakta dan situasi yang ada kaitan dengan IYRES
  3. Mengurus maklum balas berhubung isu-isu yang melibatkan imej IYRES dan perhubungan baik dengan pihak media;
  4. Bertindak sebagai pegawai penyelaras media dan perhubungan;
  5. Bertindak sebagai penyelaras Aduan Awam/Pelanggan; dan
  6. Bertanggungjawab terhadap protokol dalam Pengurusan Acara

PERHATIAN KEPADA PEMOHON

  1. Permohonan akan melalui tapisan terlebih dahulu. Hanya permohonan yang disenarai pendek akan dipanggil untuk ditemuduga.
  2. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan daripada pihak IYRES selepas tiga (3) minggu dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan adalah TIDAK BERJAYA
  3. Pemohon yang dipanggil temudugaperlu membawa dokumen-dokumen asal dan salinan sijil-sijil yang telah DISAHKAN berserta dengan borang permohonan yang telah dicetak untuk diserahkan kepada setiausaha temuduga.

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

a.       Permohonan boleh dibuat dengan melayari laman web IYRES di www.ippbm.gov.my dan memuat turun BORANG PERMOHONAN . Pemohon boleh menghantar borang yang lengkap diisi berserta 'resume' melalui e-mel ; atau

b.       Permohonan secara terus melalui Unit Pentadbiran & Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan, IYRES.

Tarikh tutup permohonan ialah pada hari Isnin 29 September 2014.

Sila kemukakan permohonan kepada:

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES),
Aras 10, Menara KBS,
No.27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya

Tel     : 03 – 8871 3254/3753/3705
Faks  : 03 – 8871 3342
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.