jata kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
A- A A+
A  A Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian

1309

PUTRAJAYA, 13 SEPTEMBER 2018 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KBS dan PUSPANITA KBS telah menganjurkan Travelog Ilmu Siri 3/2018 dengan tajuk “Sindiket Pemerdagangan Manusia: I Am Not For Sale. Pemilihan topik ini adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terutamanya golongan belia mengenai isu permedagangan manusia yang semakin membimbangkan.
Travelog Ilmu berbentuk forum ini dikendalikan oleh seorang moderator iaitu Puan Amie Sofea Ahmad, personaliti TV Al-Hijrah dan dua orang panel jemputan iaitu Tuan ASP Alif Charles Mohamad dari Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah, ATIP D7C, Bukit Aman dan Cik Puan Dini Dalilah dari Stop Human Trafficking Programme (SHUT). Beberapa perkara yang dikongsi semasa sesi ini adalah punca dan langkah-langkah bagi menangani permasalahan pemerdagangan manusia. Selain itu, para peserta turut berpeluang mendengar perkongsian pengalaman mengenai peranan masyarakat dalam membantu membendung masalah isu pemerdagangan manusia.
Seramai 80 orang peserta terdiri daripada warga KBS, agensi, Pertubuhan Bukan Kerajaan serta orang perseorangan menghadiri program ini. Turut hadir adalah YBrs. Dr. Zainah Shariff, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES.

Disediakan oleh:
Muhammad Hadi Bin Muhammad Nafis
hadi[at]iyres.gov.my

Disunting oleh:
Shah Romnizam Ramli
nizam[at]iyres.gov.my