jata kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
A- A A+
A  A Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian

PELUANG PEKERJAAN

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

 

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) mempelawa warganegara yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di IYRES.

JAWATAN DITAWARKAN:

1) Eksekutif Penyelidik 

    Gred : S41 (Contract of Service)

SYARAT LANTIKAN

1. Warganegara Malaysia, berumur tidak kurang dari 24 tahun pada  tarikh tutup iklan.

2. Kelayakan:

  i. Ijazah Sarjana Muda (Dengan Kepujian)
  Syarat Lantikan Asas : Ijazah Sarjana Muda
  Bidang  : Sains Sosial
      Sains Sukan
      Ekonomi dan Statistik
      Psikologi

                                 

Gaji Permulaan           :    S41 :RM1,909.00

Kelayakan Mesti  Ada :

  1.   Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik.Berkemahiran menggunakan perisian SPSS dan lain-lain perisian penyelidikan (diberi keutamaan).
  2. Berpengalaman mengendalikan dan turut serta dalam penyelidikan.
  3. Berkemahiran tentang metodologi penyelidikan.
  4. Berkeyakinan mengendalikan aktiviti penyelidikan.

Kelayakan Tambahan

(i)      Berkebolehan menginterpretasikan data

(ii)      Berkebolehan dalam penulisan laporan

 

Kepada anda yang berminat dan mempunyai kelayakan yang dinyatakan adalah dialu-alukan untuk membuat permohonan bagi melaksanakan tugasan seperti berikut :

  1. Menjalankan tugas-tugas penyelidikan yang berkaitan dengan pembangunan belia;
  2. Mengumpul maklumat dan data berkaitan isu-isu pembangunan belia;
  3. Memproses dan menganalisa data hasil penyelidikan;
  4. Merangka dan menyediakan laporan penyelidikan; dan
  5. Menjalinkan hubungan kerjasama dengan mana-mana agensi / institut / individu yang terlibat dalam bidang penyelidikan sains sosial.

PERHATIAN KEPADA PEMOHON

  1. Permohonan akan melalui tapisan terlebih dahulu. Hanya permohonan yang disenarai pendek akan dipanggil untuk ditemuduga.
  2. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan daripada pihak IYRES selepas tiga (3) minggu dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.
  3. Pemohon yang dipanggil temuduga perlu membawa dokumen-dokumen asal dan salinan sijil-sijil yang telah DISAHKAN berserta dengan borang permohonan yang telah dicetak untuk diserahkan kepada setiausaha temuduga.

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Permohonan boleh dibuat dengan melayari laman web IYRES di www.iyres.gov.my dan memuat turun BORANG PERMOHONAN. Pemohon boleh menghantar borang yang lengkap diisi berserta ‘resume’ melalui e-mel ; atau

Permohonan secara terus melalui Unit Pentadbiran & Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan, IYRES.Tarikh tutup permohonan ialah pada hari Sabtu,  30 April 2016Sila kemukakan permohonan kepada:

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES),
Aras 10, Menara KBS,
No.27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya
Tel     : 03 – 8871 3254/3753
Faks  : 03 – 8871 3342
E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.