jata kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
A- A A+
A  A Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian

PELUANG PEKERJAAN

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) mempelawa warganegara yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di IYRES.

1.       JAWATAN DITAWARKAN

i) Jawatan : Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
ii) Gred : F29
iii) Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
iv) Taraf Jawatan : Contract for services

2.       JADUAL GAJI     

Gaji Minimum Gaji Maksimum

Kadar

Kenaikan Gaji Tahunan

RM 1,746.00 RM5,104.00 RM145.00

3.       SYARAT LANTIKAN

Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia, berumur tidak kurang dari 18 tahun pada  tarikh tutup iklan
  2. Kelayakan Lantikan ke Gred S27 :
Kelayakan Masuk       : Diploma
Bidang/Kelayakan Khusus : Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
Gaji Permulaan             : F29 : P1 RM1,746.00

Kepada anda yang berminat dan mempunyai kelayakan yang dinyatakan  adalah dialu-alukan untuk membuat permohonan untuk melaksanakan tugasan seperti berikut :

i.             Bertanggungjawab dalam membangunkan program-program baru untuk sesuatu sistem  gunaan   komputer, mengembangkan sistem komputer yang sedia ada bagi memenuhi keperluan  semasa,  menyelenggara sistem dan memberi latihan serta bantuan teknikal kepada pihak pengguna.

ii.            Berpengetahuan dalam mengendalikan perisian Joomla.

iii.           Berpengetahuan dalam mengendalikan operasi server terutamanya dalam linux environment.

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

a.       Permohonan boleh dibuat dengan melayari laman web di www.iyres.gov.my dan memuat turun BORANG PERMOHONAN. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada urus setia di alamat :

           PEGAWAI TADBIR,

           UNIT PENTADBIRAN DAN SUMBER MANUSIA,

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES),

Aras 10, Menara KBS,

No.27 Persiaran Perdana, Presint 4,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62570 Putrajaya

Tel    : 03 – 8871 3254/3753

Faks  : 03 – 8871 3342

b.      Bagi pemohon yang ingin menghantar permohonan melalui e-mel, pemohon perlu menghantar borang yang lengkap diisi berserta 'resume' . Setiap permohonan melalui e-mel hendaklah dinyatakan "PERMOHONAN JAWATAN PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT" pada bahagian subjek e-mel bagi memudahkan permohonan ditapis. Permohonan boleh dihantar  ke alamat Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

         atau;

c.       Hadir sendiri ke Unit Pentadbiran dan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan, IYRES seperti alamat dia atas

PERHATIAN KEPADA PEMOHON

  1. Permohonan akan melalui tapisan terlebih dahulu. HANYA PERMOHONAN YANG DISENARAI PENDEK AKAN DIPANGGIL UNTUK TEMUDUGA.
  2. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan daripada pihak selepas satu bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan sebagai TIDAK BERJAYA.Pemohon yang dipanggil temu dugaperlu membawa dokumen-dokumen asal dan salinan sijil-sijil yang telah DISAHKAN berserta dengan borang permohonan untuk diserahkan kepada urus setia temu duga.
  3.  Tarikh tutup permohonan ialah pada hari  SABTU, 30 April  2016.