jata kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
A- A A+
A  A Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian

PELUANG PEKERJAAN

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) mempelawa warganegara yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di IYRES.

JAWATAN DITAWARKAN

         1)    Penolong Pegawai Perangkaan

                Gred E27 (Contract For Service)

       

SYARAT LANTIKAN

a) Kelayakan
(i) Kelayakan Masuk : Diploma
Syarat Lantikan Asas    : Diploma dalam bidang perangkaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Gaji Permulaan             : E27 : RM1,362.00
Dan;
(ii) Syarat Lantikan Masuk : Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
Syarat Bahasa Melayu : Lulus

Syarat sampingan:

  1. Mempunyai pengetahuan asas dalam penggunaan perisian SPSS.

Kepada anda yang berminat dan mempunyai kelayakan yang dinyatakan adalah dialu-alukan untuk membuat permohonan untuk melaksanakan tugasan seperti berikut :

i. Bertanggungjawab membantu dalam memantau pelaksanaan program dan aktiviti pengumpulan, pemprosesan dan penyebaran data

ii.Membantu penganalisaaan data dalam bidang kependudukan, demografi, tenaga manusia dan alam sekitar untuk perancangan pembangunan belia Malaysia.

PERHATIAN KEPADA PEMOHON

a. Hanya permohonan yang melepasi tapisan SAHAJA yang akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang BERJAYA DIPANGGIL TEMUDUGA perlu membawa dokumen-dokumen asal dan salinan sijil-sijil yang telah DISAHKAN berserta dengan borang permohonan yang telah dicetak untuk diserahkan kepada setiausaha temuduga.

b. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan daripada pihak IYRES selepas satu bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.


CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

a. Permohonan boleh dibuat dengan melayari laman web IYRES di www.iyres.gov.my dan memuat turun BORANG PERMOHONAN JAWATAN. Pemohon boleh menghantar borang yang lengkap diisi berserta ‘resume’ melalui e-mel ; atau

b. Permohonan secara terus melalui Unit Pentadbiran & Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan, IYRES.

Sila kemukakan permohonan kepada:

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia,

Aras 10, Menara KBS,

No.27 Persiaran Perdana, Presint 4,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62570 Putrajaya

Tel    : 03 – 8871 3254/3753/3640

Faks : 03 – 8871 3342

E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 Tarikh tutup permohonan ialah pada hari Sabtu, 30 April 2016