jata kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
A- A A+
A  A Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian

perutusan ceo bm

Mendepani pelbagai cabaran dan rintangan sebagai sebuah institusi penyelidikan nasional pembangunan belia utama di Malaysia bukannya mudah. Sepanjang 13 tahun penubuhannya, IYRES atau sebelum ini dikenali sebagai Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia sentiasa berusaha mengukuhkan peranan dan fungsi sebagai pusat penyelidikan yang mengkaji pelbagai aliran berkaitan pembangunan belia.

Sesuai dengan slogan Knowledge, Action dan Impact, IYRES terus fokus dan optimis mengkaji isu-isu belia berdasarkan trend semasa yang sentiasa berkembang dan berubah pantas bagi memastikan outcome kajian sentiasa relevan untuk dijadikan rujukan oleh semua pemegang taruh pembangunan belia dalam merancang, merangka dan melaksana dasar dan program-program pembangunan belia.

IYRES turut terbuka dalam menjalin kerjasama dan kolaborasi dengan pelbagai pihak melalui pelaksanaan kajian serta pelaksanaan program sokongan penyelidikan seperti Travelog Ilmu, Persidangan Meja Bulat Belia (RTD) dan seminar sebagai salah satu usaha bagi memastikan hasil-hasil kajian dapat disebarluaskan kepada semua pihak.

Semoga IYRES terus kukuh sebagai peneraju dan pusat rujukan hasil penyelidikan pembangunan belia. Ilmu dan pengetahuan yang kami garapkan hasil daripada pelbagai kajian akan diterjemahkan ke dalam pelbagai bentuk tindakan demi menyumbang kepada peningkatan kualiti dan kesejahteraan hidup belia Malaysia.

‘KNOWLEDGE | ACTION | IMPACT’

DR. ZAINAH BT SHARIFF
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF