mygov kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
A- A A+
A A   Arial | PT Sans | Century

Penyumbang MJYS

SKOP

Malaysian Journal of Youth Studies ialah sebuah jurnal berwasit yang komited kepada perkembangan ilmu pengajian belia. Jurnal ini menerbitkan artikel yang menarik minat para sarjana, terutamanya daripada segi kandungan dan pendekatannya. Jurnal ini diterbitkan oleh sebuah Lembaga Editorial yang bebas, terdiri daripada Felo Adjung IPPBM. Selain itu, para sarjana dari luar negara turut dilantik untuk menganggotai Lembaga Penasihat Jurnal ini.

PROSEDUR PENYERAHAN MANUSKRIP 

Malaysian Journal of Youth Studies menerbitkan manuskrip yang ditulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Manuskrip yang diserahkan untuk diterbitkan dalam jurnal ini hendaklah merupakan karya asli yang belum pernah diterbitkan atau tidak dihantar untuk pertimbangan oleh mana-mana penerbitan lain. Dua salinan manuskrip, ditaip selang dua baris di atas kertas bersaiz A4, hendaklah diserahkan kepada Ketua Editor, Malaysian Journal of Youth Studies, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Aras 10, Menara KBS, 62570, Putrajaya Malaysia. Biodata ringkas penulis juga perlu disertakan bersama.

Para penulis yang manuskripnya telah diterima untuk penerbitan dikehendaki menghantar sesalinan manuskrip akhir yang telah disunting berserta dengan salinan fail soft copy dan hard copy. Satu nota ringkas biografi penulis perlu disertakan bersama-sama dengan manuskrip. Semasa manuskrip masih dalam pertimbangan Lembaga Editorial, para penulis bertanggungjawab menghubungi editor untuk memaklumkan tentang sebarang perubahan alamat. Setiap artikel yang diterbitkan akan diberikan tiga (3) naskhah salinan Malaysian Journal of Youth Studies.

FORMAT DAN GAYA

Tajuk sesuatu manuskrip perlulah ringkas, deskriptif dan seharusnya tidak melebihi 15 perkataan. Setiap manuskrip harus mempunyai abstrak (150 hingga 250 patah perkataan) dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang memerihalkan isi-isi utamanya termasuk kata kunci sekurang-kurangnya lima (5) perkataan.

Semasa ilustrasi termasuk rajah,carta dan graf, mesti dilabel dan disediakan dalam halaman yang berasingan daripada teks. Kedudukan ilustrasi seperti yang dikehendaki dalam teks hendaklah di tanda dengan jelas. Semua ilustrasi ini harus dirujuk dan di nombor secara berturutan sebagai rajah. Semua ilustrasi hendaklah sama ada dilukis dengan jelas menggunakan dakwat kekal, di fotograf dalam bentuk hitam putih atau warna dan dicetak di atas kertas yang bermutu atau dalam bentuk imej digital dan disediakan dalam bentuk camera-ready.

Rujukan dalam teks hendaklah menggunakan sistem nama penulis dan diikuti oleh tahun penerbitan. Satu senarai rujukan yang disusun mengikut abjad hendaklah dimasukkan di bahagian akhir sesebuah manuskrip. Kesemua rujukan yang dipetik dalam teks haruslah muncul dalam kesempurnaan maklumat dan senarai rujukan. Semua manuskrip mesti mengikut garis panduan rujukan Sistem A.P.A ( The American Psychological Association).

HAK CIPTA

Para penulis bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan manuskrip mereka tidak melanggar mana-mana hak cipta yang sedia ada. Penulis juga membayar ganti rugi kepada para editor dan penerbit ke atas sebarang pelanggaran terhadap hak cipta. Para penulis seharusnya mendapatkan keizinan untuk menerbitkan semula atau mengubahsuai bahan-bahan yang mempunyai hak cipta dan menunjukkan bukti keizinan tersebut semasa menyerahkan naskhah akhir manuskrip.

PROSES PEWASITAN

Sesebuah manuskrip akan dinilai dan diwasitkan oleh Lembaga Editorial. Keputusan tentang penerbitan sesebuah manuskrip didasarkan kepada saranan ahli-ahli lembaga ini. Sesebuah manuskrip akan dinilai berasaskan kesesuaiannya dengan Malaysian Journal of Youth Studies sumbangan kepada disiplin ilmu, kejituan analisis, keluasan konseptual, persembahan yang jelas dan kesempurnaan teknikal. Bagi memastikan sesebuah manuskrip dinilai semata-mata berdasarkan meritnya, identiti penulis semasa proses perwasitan tidak didedahkan kepada wasit. Manuskrip yang diserahkan oleh mana-mana anggota Lembaga Editorial juga tertakluk kepada prosedur perwasitan yang sama.

 

Malaysian Journal of Youth Studies Malaysia diterbitkan dua kali setahun oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Segala pandangan yang tersiar dalam Malaysian Journal of Youth Studies, kecuali dinyatakan sebaliknya, adalah pandangan masing-masing penulis, dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Sidang Editor. Semua surat-menyurat mengenai makalah dan sehubungan dengannya hendaklah dialamatkan kepada:

 Editor Kerja

Malaysian Journal of Youth Studies
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM)
Aras 10, Menara KBS
No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya, Malaysia
Tel: 03-8871 3705/3790
Faks: 03-8871 3342
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
http://www.ippbm.gov.my