mygov kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
A- A A+
A A   Arial | PT Sans | Century

Think Tank

IYRES telah mengwujudkan kumpulan pemikir IYRES yang dikenali sebagai ‘Think Tank’ bermula pada tahun 2012. Dalam usaha untuk mencapai objektif penubuhannya, Jawatankuasa Think Tank IYRES dari semasa ke semasa telah melaksanakan fungsi-fungsi seperti membantu kegiatan pembangunan ilmiah melalui penyelidikan saintifik, membantu penggubalan dasar belia dan fungsi advokasi sosial. Pada tahun 2017, seramai 11 orang ahli Think Tank telah dilantik yang terdiri daripada mereka yang arif dan pakar dalam pelbagai bidang berkaitan dengan penyelidikan pembangunan belia.

SENARAI AHLI THINK TANK IYRES 2017:
1. PM Dr. Ismi Ariff Ismail
1. Prof. Madya Dr. Ismi Ariff Ismail
Memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam pengajian Pendidikan Lanjutan, Kepimpinan dan Pembangunan Belia dari University of Warwick, UK. Kini beliau merupakan Timbalan Dekan di Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM).

2. Dr. Siti Rabaah
2. Dr. Siti Raba’ah Hamzah
Mendapat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam pengajian Pendidikan Pengembangan. Kini Beliau merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan Fakulti Pengajian Pendidikan.

3. PM Dr. Samsilah Roslan
3. Prof. Madya Dr. Samsilah Roslan
Beliau merupakan Pengarah Putra Science Park dan berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Psikologi Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang.

4. Pm Dr Haslinda Abdullah
4. Prof. Madya Dr. Haslinda Abdullah
Beliau kini merupakan Prof. Madya di Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM). Memiliki Jazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Psikologi Gunaan dari Institut of Work, Health and Organisation University of Nottingham.

5. En.ElMuhammady
5. En. Ahmad El-Muhammady Uthman El-Muhammady
Berpengalaman selama 13 tahun sebagai pensyarah di Department of Human Sciences, Centre for Foundation Studies, IIUM. Beliau mempunyai kepakaran dalam bidang Islamic extremist-militant ideology dengan merujuk kepada Jama’ah Islamiyyah, al-Qaeda, Darul Islam, Kumpulan Mujahiddin Malaysia dan Islamic State/ Daesh

6. PM Hjh Rohani
6. Prof. Madya Hajjah Rohani binti Mohd Shah
Beliau mempunyai 29 tahun pengalaman sebagai pensyarah dalam bidang perundangan di Fakulti Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dan kini masih berkhidmat sebagai pensyarah di UiTM. Kepakaran beliau adalah dalam bidang perundangan antarabangsa.

7. PM Mohamad Fazli Sabri
7. Prof. Madya Mohamad Fazli Sabri
Mempunyai kepakaran dalam bidang Kewangan Pengguna dan kini sedang berkhidmat sebagai Ketua Jabatan di Jabatan Pengurusan Sumber dan Penggajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM).

8. Prof aminuddin yusof
8. Prof. Dr. Aminuddin Yusof
Beliau memegang Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pengurusan Sukan dari university of Connecticut, USA dan kini merupakan Profesor Dr. di Jabatan Pengajian Sukan, Universiti Putra Malaysia.

9. PM Dr. Nahar Azmi
9. Prof. Madya Dr. Mohd Nahar Azmi bin Mohamed
Beliau mempunyai kepakaran dalam bidang perubatan kesukanan dan kini merupakan Ketua Perubatan Kesukanan di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

10. Dr Zulisman Maksom
10. Dr. Zulisman Maksom
Beliau merupakan Penyarah Kanan di Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi di Universiti Teknikal Melaka. Mempunyai kepakaran dalam bidang Reka Bentuk Grafik Komputer, Communication Design, Activity Theory and Activity Centered Design Research.

11. Dr. Wendy Yee Mei Tien
11. Dr. Wendy Yee Mei Tien
Memiliki kelulusan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang sosial sains dari Universiti Putra Malaysia. Kini merupakan Penyarah Kanan di Universiti Malaya.