mygov kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
A- A A+
A A   Arial | PT Sans | Century

Fungsi

Function IYRES

  •  Bertindak sebagai pusat penyelidikan pembangunan belia kebangsaan;
  • Mengumpul,mengurus dan menyebarkan maklumat dan menyelenggara rekod semua perkara berkaitan yang berhubung dengan pembangunan belia;
  • Menjalankan, memudahkan atau membiayai penyelidikan yang berkaitan dengan pembangunan belia;
  • Mengadakan perkhidmatan teknikal, nasihat, perundangan dan perkhidmatan yang berkaitan berkenaan dengan pembangunan belia;
  • Mewujudkan dan mengekalkan hubungan dan kerjasama dengan lain-lain institusi yang berkaitan di dalam dan luar Malaysia bagi tujuan mempertingkatkan pembangunan belia;
  • Menganalisis, menilai dan membuat syor mengenai aktiviti belia yang dianjurkan oleh pertubuhan belia, badan kerajaan, organisasi bukan kerajaan atau mana-mana organisasi sektor swasta yang lain;
  • Menjalankan program bercorak pendidikan dan kesedaran untuk menggalakkan pembangunan belia;
  • Untuk bekerjasama, menyelaras dan menyertai dalam program atau aktiviti pembangunan belia yang berkaitan dengan penyelidikan yang dianjurkan oleh organisasi kebangsaan atau antarabangsa ;
  • Untuk melakukan apa-apa perkara lain yang didapati patut membolehkannya melaksanakan fungsi dengan berkesan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya.