Bengkel Penggunaan Aplikasi Pemetaan Belia Malaysia

080317 peta belia

PUTRAJAYA, 7 Mac 2016 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah menganjurkan Bengkel Penggunaan Aplikasi Pemetaan Belia Malaysia bertempat di Galeri Kementerian Belia dan Sukan. Antara tujuan pelaksanaan bengkel ialah untuk memberi penerangan dengan jelas bagaimana aplikasi tersebut berfungsi dan cara penggunaannya aplikasi dengan lebih berkesan di kalangan  pihak yang terlibat dalam pembangunan belia.  Bengkel ini merangkumi beberapa medium yang boleh dimanfaatkan pengguna termasuk penggunaan Indeks Belia Malaysia dan Pemetaan Belia Malaysia dalam memahami situasi belia Malaysia yang merangkumi pembangunan sosial, kesihatan, pendidikan dan politik. Seramai 39 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dari jabatan, bahagian dan agensi di bawah KBS telah menyertai bengkel satu hari ini. Bengkel kelolaan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan dan Unit Pengurusan Maklumat, IYRES telah dirasmikan oleh Cik Azura Binti Abidin, Pengurus Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, IYRES.

Disediakan oleh:

Siti Nur Hidayah Ismail

sitinurhidayah[at]iyres.gov.my

Disunting oleh:

Wan Nor Iza Mohd Nor

nor.iza[at]iyres.gov.my