Jaringan Strategik IYRES - Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Diperkukuhkan

sarawak 16032017

 

KOTA SAMARAHAN, 16 MAC 2017 – Merentasi Laut China Selatan, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah memperluaskan jaringan strategiknya dengan mengadakan sesi Kunjung Hormat ke Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Sesi kunjung hormat ini diketuai oleh YBrs. Dr. Zainah Shariff, Ketua Pegawai Eksekutif, IYRES dan disambut oleh YBrs. Dr. Ahmad Nizar Yaakub mewakili Dekan Fakulti Sains Sosial.

Dalam pertemuan ini IYRES telah berpeluang memberi penerangan berkenaan fungsi serta peranan IYRES dalam pembangunan Belia Malaysia melalui kajian yang dilaksanakan. Potensi jaringan kerjasama antara dua institut ini bakal dilihat akan meningkatkan kualiti penyelidikan pembangunan belia dan penganjuran program intelektual untuk belia di negeri Sarawak amnya.

Disediakan oleh:

Siti Nur Hidayah Ismail
sitinurhidayah[at]iyres.gov.my

Disunting oleh:

Wan Nor Iza Mohd Nor
nor.iza[at]iyres.gov.my