E-Belia @ Ekspresi Negaraku

1803

 

PUTRAJAYA, 18 Mac 2017 - Sempena pelancaran program Ekspresi Negaraku yang diadakan di Dataran Putrajaya, IYRES turut sama mengambil bahagian dalam kemeriahan program tersebut melalui pengumpulan data e-belia. Sesi pengumpulan data e-belia di kalangan pengunjung belia telah berlangsung seawal jam 8 pagi. Team IYRES yang diketuai oleh Cik Azura Abidin, Pengurus Bahagian Perancangan telah mendapat kerjasama erat dari pengunjung belia yang hadir. Mereka telah memberi sokongan di atas usaha pengumpulan data ini. Tujuan pengumpulan data e-belia adalah untuk mendapatkan taburan demografik Belia Malaysia. Ketua Pegawai Eksekutif IYRES, Dr. Zainah Shariff turut sama dalam sesi ini.

Program Ekspresi Negaraku ini diadakan untuk memupuk dan menyemai semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia. Program tersebut telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan turut hadir Menteri Belia dan Sukan, YB Brig. Jen. Khairy Jamaluddin dan menteri-menteri kabinet yang lain.

 

Disediakan oleh:
Siti Nur Hidayah Ismail
sitinurhidayah[at]iyres.gov.my

Disunting oleh:
Wan Nor Iza Mohd Nor
nor.iza[at]iyres.gov.my