IYRES Dan myHarapan Luaskan Ruang Kerjasama

180109 myharapan

PETALING JAYA, 9 JANUARI 2018 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dan myHarapan berhasrat untuk meluaskan lagi ruang kerjasama dalam perkongsian data serta cadangan penyelidikan belia berkaitan dengan Keusahawanan Sosial. Semasa pertemuan tersebut juga pihak myHarapan turut menyatakan hasrat untuk menjadikan hasil kajian IYRES sebahagian daripada  rujukan dalam pelaksanaan program myHarapan.

IYRES yang diketuai oleh YBrs. Dr. Zainah Shariff, Ketua Pegawai Ekekutif IYRES amat menyambut baik hasrat tersebut dan berharap agar ruang kerjasama ini dapat dimanfaatkan oleh kedua-dua belah pihak.

Disediakan oleh:
Siti Nur Hidayah Ismail
sitinurhidayah[at]iyres.gov.my

Disunting oleh:
Zuarini Jumai
zuarini[at]iyres.gov.my