PELANCARAN INDEKS BELIA NEGERI SARAWAK

0912

Miri, 7 Disember 2019 - Bertempat Stadium Tertutup, Miri Sarawak telah berlangsung Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sarawak bagi tahun 2019. Pada majlis yang sama, turut dilancarkan Indeks Belia Negeri Sarawak oleh YB Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. Indeks Belia Negeri Sarawak ini telah dibangunkan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dengan kerjasama dan penyaluran geran oleh Kerajaan Negeri Sarawak melalui Kementerian Belia dan Sukan Sarawak (KBSS). Indeks ini menjadi alat mengukur tahap kualiti hidup belia Sarawak dan usaha meningkatkan tahap kualiti dan kesejahteraan hidup belia dari setiap kawasan. Turut hadir ke majlis ini adalah Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES, Dr. Zainah Shariff mantan Ketua Pegawai Eksekutif IYRES, pakar rujuk kajian dan pegawai-pegawai penyelidik IYRES.

Disediakan oleh:
Muhammad Hadi Muhammad Nafis
hadi[at]iyres.gov.my

Disunting oleh:
Mastura Mohamad
mastura[at]iyres.gov.my