PEMANTAUAN KUALITI DAN KESEJAHTERAAN HIDUP BELIA MELALUI PELAKSANAAN BENGKEL TWG #MYIndexbelia 6.0

24062021   Bengkel TWG IBM

24 Jun 2021 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah melaksanakan Bengkel TWG #MYIndexbelia 6.0 melalui platform ZOOM Meeting yang dijadualkan selama dua hari bermula 23 hingga 24 Jun 2021. Seramai 77 orang peserta merentas Kementerian, Jabatan, Agensi, Persatuan Belia, NGO, Badan korporat, Para Akademik dan lain- lain pemegang taruh belia telah mengikuti bengkel tersebut yang bermula pada 9.00 pagi. Ucapan perasmian telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES mewakili pengurusan tertinggi Kementerian Belia dan Sukan. Para peserta juga telah didedahkan berkaitan format pelaporan bengkel bagi memudahkan proses sesi perbincangan mengikut empat pecahan kumpulan yang disediakan.

Setiap kumpulan akan dipandu oleh fasilitator yang dilantik terdiri daripada pakar rujuk Kajian Indeks Belia Malaysia (IBM) iaitu YBrs. Prof. Dr. Ismi Arif Ismail (UPM), YBrs. Prof. Dr. Haslinda Abdullah (UPM), YBrs. Dr. Dzulzalani Eden (UNIMAS) dan YBrs. Dr. Wendy Yee Mei Tien (UM). Selain itu, seramai dua orang pelapor setiap kumpulan daripada IYRES disediakan untuk membantu fasilitator bagi melancarkan sesi perbincangan tersebut.

Setiap kumpulan telah membentangkan hasil perbincangan kepada pihak IYRES pada hari kedua merangkumi Tier 1 iaitu Lonjakan Inovasi, Tier 2 iaitu Pendekatan Intervensi & Pemerhatian Khusus dan Tier 3 iaitu Pendekatan Diagnosis & Perbincangan Kumpulan Berfokus. Antara strategi yang dihasilkan adalah seperti meningkatkan kolaborasi dengan pelbagai agensi/sektor dan antara program yang dicadangkan adalah seperti program Pemimpin Muda Lestari, Webinar/ Kursus berkaitan pembangunan belia dan sebagainya. Hasil perbincangan Bengkel TWG #MYIndexbelia 6.0 tersebut akan dijadikan input dalam menyokong pembentukan Kanvas Pembangunan Belia Malaysia untuk meningkatkan kualiti dan kesejahteraan hidup belia. dan

Pembentangan rumusan Bengkel TWG #MYIndexbelia 6.0 telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES. Manakala ucapan penutup bengkel telah disampaikan oleh YB Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia.