SESI PERKONGSIAN KESIHATAN MENTAL DALAM MENGIMBANGI SITUASI PENDAMIK

07072021   Kesihatan Mental

PUTRAJAYA, 7 JULAI 2021 - Sesi Perkongsian Kesihatan Mental Dalam Mengimbangi Situasi Pendamik oleh Puan Siti Atiqah Moamat Mastam, Pegawai Psikologi, Jabatan Pendaftar UKM telah diadakan secara atas talian selama 1 jam 30 minit. Sesi perkongsian berkenaan psikologi kaunseling ini pertama kali dilaksanakan sepanjang tempoh pendamik. Seramai 40 orang kakitangan telah menyertainya dari kumpulan sokongan hingga ke pengurusan tertinggi.

Sesi ini diadakan bertujuan memberi sokongan dalam memastikan kehidupan yang seimbang dan sokongan mental dan fizikal warga IYRES bagi menghadapi situasi pendamik dengan perkongsian menjaga kesihatan mental, dan mengamalkan cara hidup yang seimbang iaitu “work life balance”.

Melalui perkongsian ini, panel jemputan berkongsi “work life balance” adalah meliputi diri sendiri, keluarga, kerja dan kawan-kawan, peranan diri sendiri kepada keluarga dan kerjaya dan cara mengatasi konflik sekiranya ada. Turut dikongsikan petanda-petanda kesihatan mental di tempat kerja terjejas, menceritakan pengalaman beliau mengendalikan pelanggan bagi kes-kes kesihatan mental, dan talian sokongan atau kaunseling sepanjang pendamik COVID-19 yang disediakan oleh kerajaan mahupun badan bukan kerajaan (NGO).

Antara saranan untuk kesihatan mental yang positif adalah rancang kerja harian, bersikap positif terhadap penyesuaian kerjaya, dapatkan sokongan sosial sekiranya perlu, tingkatkan kemahiran penyelesaian masalah, amalkan komunikasi secara berkesan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Kakitangan yang menyertai sesi perkongsian ini amat aktif bertanyakan soalan dan maklumbalas perkongsian ini oleh peserta amat positif.