20170223 ltdlgerik

GERIK, 23 FEBRUARI 2017 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah melaksanakan Kajian Impak Penganjuran Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 di Gerik, Kedah. Kajian tersebut dilaksanakan adalah bertujuan untuk mengenalpasti impak penganjuran LTdL 2017 di peringkat komuniti. Kajian tersebut telah diketuai oleh Cik Asnida Abd. Hamid, Eksekutif Penyelidik dan dibantu oleh 5 orang penyelidik IYRES.

Kajian impak ini telah melibatkan 480 orang responden yang terdiri daripada masyarakat setempat yang menyertai LTdL secara lansung mahupun tidak lansung yang berusia 15 tahun ke atas. Sebanyak 16 lokasi di sepanjang LTdL berlangsung telah dilibatkan dalam kajian tersebut. Disediakan oleh : Nursyafatin Ahmad
nursyafatin[at]iyres.gov.my

Disunting oleh : Nadya Shaffinaz Bajuri
nadya[at]iyres.gov.my

 

20170224 travellog1

PUTRAJAYA, 24 FEBRUARI 2016 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KBS dan Biro Pendidikan & Pembangunan Keluarga, Puspanita Cawangan KBS telah menganjurkan Program Travelog Ilmu Siri 1/2017 dengan membawa topik “Penampilan Diri & Potensi Penjawat Awam”. Penceramah jemputan adalah YBhg. Dr. Kamril Abdul Karim yang merupakan pakar motivasi profesional. Program yang telah diadakan di Galeri, Menara KBS turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Hatipah Binti Ibrahim, Ketua Pengarah JBSN dan YBhg. Datin Wan Razanawani Bt Wan Zakaria, Pengerusi Puspanita Cawangan KBS.

Pelbagai ilmu berkaitan penampilan diri dan potensi penjawat awam telah dikongsikan dalam program tersebut bersama-sama peserta yang hadir dari pelbagai kementerian dan agensi. Antaranya adalah asas komunikasi yang perlu diamalkan oleh penjawat awam iaitu memberi salam sesama insan, saling memuji dengan ikhlas dan ucapkan terima kasih. Program diakhiri dengan penyampaian cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada Dr. Kamril Abdul Karim oleh YBhg. Dr. Zainah Shariff, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES.

Disediakan oleh : Nursyafatin Ahmad
nursyafatin[at]iyres.gov.my

Disunting oleh : Nadya Shaffinaz Bajuri
nadya[at]iyres.gov.my

170121

SERIAN, 21 JANUARI 2017 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah melaksanakan Kajian Impak PLKN 2.0 2016 di Kem PLKN Juara, Serian, Sarawak. Kajian ini melibatkan seramai 163 orang responden terdiri daripada bekas peserta PLKN dari Kem Juara, Kem Puncak Permai dan Kem Putra Sentosa. Sesi taklimat kajian telah disampaikan oleh Pn. Shahhanim Yahya, Eksekutif Penyelidik Kanan II dengan dibantu oleh 3 orang penyelidik IYRES.

Antara tujuan perlaksanaan kajian adalah untuk mengenal pasti aspek pembangunan kendiri, potensi serta identiti diri dalam kalangan bekas peserta PLKN 2.0 2016. Pengukuran tahap hubungan sosial dalam kalangan bekas peserta PLKN juga dapat dikenal pasti melalui kajian impak ini. Selain daripada itu ia juga dikendalikan untuk mengenal pasti kemahiran dan aktiviti waktu senggang mereka selepas daripada menjadi pelatih PLKN selaras dengan apa yang telah diterapkan dan dipelajari di sepanjang mereka menjalani latihan. Kajian impak ini dilaksanakan di 9 kem PLKN yang telah dikenalpasti di seluruh negara bermula 6 Januari hingga 21 Januari 2017.

Gerak kerja lapangan yang terakhir untuk kajian ini telah turut sama dihadiri oleh YBrs. Dr. Zainah Shariff, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES, Lt. Kol. Rahamen @Abd Rahman Bin Wok, Pengarah Zon J Negeri Sarawak merangkap Komanden Kem PLKN Putra Sentosa, YBrs. Major Mohammad Ali, Ketua PLKN Juara dan Mejar Norman Tay Haji Abidin, Komandan Kem PLKN Puncak Permai.

Disediakan oleh:
Nursyafatin Ahmad
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Disunting oleh :
Wan Nor Iza Mohd Nor
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

20161220 ice

Putrajaya, 20 Disember 2016 – Majlis Penganugerahan Pemenang Projek 4D Outreach IYRES Community Enumerator (ICE) 2016 telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Hj Adnan Bin Hj. Abu Hassan, Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) yang diiringi oleh YBrs. Dr. Zainah Binti Shariff, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES dan Cik Azura Binti Abidin, Pengurus Bahagian Perancangan dan Penyelidikan IYRES. Penubuhan ICE adalah sebagai platform untuk golongan belia menjadi agen penggerak bagi membantu IYRES memantapkan lagi budaya penyelidikan yang berkaitan dengan belia. Melalui program ini turut memberi manfaat kepada pemegang taruh belia di peringkat negeri dan daerah sebagai “penggerak” bagi membantu melaksanakan program-program yang berkaitan pembangunan belia di peringkat komuniti setempat. Seramai 6 kumpulan telah berjaya melaksanakan projek ini yang telah bermula September 2016 sehingga Disember 2016. Projek Ekspresi Dirimu Hindari Stres yang diketuai oleh Mohd Effendi @ Ewan Bin Mohd Matore dari SMK Khir Johari, Tanjung Malim Perak telah memenangi tempat pertama dalam projek ini. Tempat kedua dimenangi oleh Projek Skuad Bakti yang diketuai oleh Wan Aida Liyana Binti Wan Abdillah. Sementara itu tempat ketiga di menangi oleh Projek Approching Digital Natives With QR Code Technology yang diketuai Salasiah Binti Sulaiman. Tiga kumpulan belia lagi menerima hadiah saguhati penyertaan bagi penganjuran program yang julung kali diadakan ini. Disediakan oleh:
Nursyafatin Ahmad
nursyafatin[at]iyres.gov.my

Disunting oleh :
Shariffah Mamat
shariffah[at]iyres.gov.my

20161128 ydi

JAKARTA , 28 NOVEMBER 2016 – Kementerian Belia dan Suka Malaysia (KBS) telah menyertai Regional Workshop For The Development of ASEAN Youth Development Index (YDI) di Indonesia. Bengkel yang berlangsung dari 28 – 29 November 2016 diadakan di Le Meridien Hotel, Jakarta Indonesia ini diwakili oleh YBrs. Dr. Zainah Shariff, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Encik Ahmad Huzairi bin Rawee, Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik KBS dan Puan Shahhanim Yahya, Eksekutif Penyelidik Kanan IYRES.
Bengkel ini merupakan salah satu daripada task force pembentukan ASEAN Youth Development Index (YDI) yang digerakkan oleh Sekretariat Asean dengan kerjasama UNFPA Asia-Pacific Regional Office (APRO). Indeks Belia Malaysia (IBM) yang dibangunkan oleh IYRES, agensi di bawah KBS telah dijadikan salah satu daripada rujukan oleh Sekretariat ASEAN dalam membina YDI.
Bengkel juga dihadiri oleh wakil-wakil daripada negara ASEAN termasuk beberapa NGO’s seperti Council for ASEAN Cooperation (CAYC), ASEAN Youth Forum dan International Federation Red Cross.

Disediakan oleh:
Nursyafatin Ahmad
nursyafatin[at]iyres.gov.my

Disunting oleh :
Wan Nor Iza Mohd Nor
nor.iza[at]iyres.gov.my

20161026 bicaraintelek

PUTRAJAYA, 26 Oktober 2016 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KBS dan PUSPANITA Biro Pendidikan dan Pembangunan Keluarga menganjurkan Bicara Intelek Siri 7/2016 membawa tajuk ‘Sukarelawan Antarabangsa, Bakti Kemanusiaan’. Bicara Intelek pada kali ini menjemput YBrs. Tuan Haji Zairulshafuddin Zainal Abidin, Country Director Islamic Relief Malaysia menyampaikan perkongsian pengalaman beliau dalam bidang kesukarelawan. Dalam perkongsian beliau, menyatakan bahawa manusia yang melakukan aktiviti sukarelawan umpama pokok yang mempunyai nilai-nilai murni memberi kesan kepada manusia yang menerima kebaikkan.
Program diakhiri dengan penyampaian cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada YBrs. Tuan Haji Zairulshaifuddin Zainal Abidin oleh YBrs. Dr. Zainah Shariff, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES.

Disediakan oleh:
Nursyafatin Ahmad
nursyafatin[at]iyres.gov.my

Disunting oleh :
Shariffah Mamat
shariffah[at]iyres.gov.my

20161022 rtdb40

Bandar Tun Razak, Muadzam Shah, 22 Oktober 2016 - Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dengan kerjasama Majlis Belia Felda telah menganjurkan Persidangan Meja Bulat Belia di Dewan Bandar Tun Razak, Keratong, Muadzam Shah yang membawa tajuk Cabaran Isi Rumah B40 Belia Luar Bandar . Persidangan tersebut disempurnakan oleh YBhg. Cik Azura Abidin, Pengurus Bahagian Perancangan dan Penyelidikan IYRES dan dihadiri YBhg. Dato’ Wan Khadri Wan Mahussin, ADUN Bukit Ibam. Persidangan tersebut telah disertai seramai 80 orang peserta yang terdiri daripada Persatuan Gerakan Belia 4B Wilayah Rompin, Majlis Belia Felda Keratong, badan NGO dan agensi Kerajaan.
Pelbagai luahan harapan telah diutarakan oleh belia mewakili belia luar bandar dalam mengharungi cabaran isi rumah yang kian mencabar. Antara jangkaan dan harapan yang diutarakan golongan belia dalam persidangan tersebut adalah peluang pekerjaan yang ditawarkan kepada belia luar Bandar dan isu pemilikan rumah belia luar Bandar. Hasil persidangan tersebut juga turut menggesa belia luar Bandar dalam menguasai kemahiran yang khusus dalam sesuatu bidang. Belia juga digalakkan menawarkan kepakaran diri kepada komuniti tempatan dan meraih pendapatan melalui kemahiran yang dikuasai. Dengan pendapatan melalui kemahiran ini dapat mengukuhkan pendapatan ekonomi keluarga bagi mengurangkan isu sosial. Selain itu, belia luar Bandar perlu bersemangat kental dan fokus dalam memajukan diri, keluarga dan komuniti setempat dalam mengharungi cabaran ekonomi masa kini. Belia luar bandar diingatkan hak-hak sebagai pengguna supaya tidak ditindas pihak yang tidak bertanggungjawab. Belia luar bandar bersetuju dalam memberikan sokongan kepada bekas banduan belia dalam menjalani kehidupan dengan menggunakan kemahiran yang mereka pelajari dalam tempoh tempoh kelompok ini menjalani hukuman.
Hasil perbincangan persidangan ini akan dirumuskan untuk dijadikan sebagai satu suara belia yang bersifat jangkaan dan harapan belia luar bandar yang akan diketengahkan kepada pihak pengurusan tertinggi Kementerian Belia dan Sukan.

Disediakan oleh:
Nursyafatin Ahmad
nursyafatin[at]iyres.gov.my

Disunting oleh :
Shariffah Mamat
shariffah[at]iyres.gov.my

20161014 bengkelydata

CHERAS, 15 OKTOBER 2016 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dengan kerjasama UniKL (IPROM) telah menganjurkan Persidangan Meja Bulat Belia - TVET Satu Pilihan pada 15 Oktober 2016 bertempat di Dewan UniKL IPROM, Taman Shamelin. Persidangan ini telah disertai seramai 115 orang peserta yang terdiri daripada belia massa, ahli akademik dan pelajar yang mewakili pelbagai institusi kemahiran kerajaan dan swasta. Penyertaan daripada pemain industri dan majikan juga telah hadir di persidangan tersebut. Objektif utama Persidangan Meja Bulat Belia – TVET Satu Pilihan pada kali ini telah tercapai dengan terhasilnya 17 resolusi yang menggesa kerajaan agar lebih peka terhadap bidang TVET dalam menempuh cabaran kerjaya di masa akan datang. Persidangan juga telah membincangkan pelbagai strategi bagi memantapkan sistem pendidikan Negara dan tadbir urus bidang TVET selaras dengan permintaan dan keperluan masa kini. Resolusi berkenaan telah disampaikan oleh wakil belia kepada YBrs. Tuan Nik Abd Kadir Nik Mohamad Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), mewakili Ketua Setiausaha Kementerian. Penyerahan resolusi tersebut disaksikan bersama oleh YBhg. Dato’ Adnan Abu Hassan, Pengerusi Lembaga Pengarah IYRES dan, YBrs. Dr. Zainah Shariff, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES. Resolusi ini akan diangkat ke peringkat pengurusan tertinggi Kementerian Belia dan Sukan untuk rujukan dan tindakan agensi pelaksana yang berkaitan dengan TVET.

Disediakan oleh:
Nursyafatin Ahmad
nursyafatin[at]iyres.gov.my

Disunting oleh :
Wan Nor Iza Mohd Nor
nor.iza[at]iyres.gov.my

20161014 bengkelydata

 

Bangi, 14 Oktober 2016 - Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah menganjurkan Bengkel Latihan Penggunaan Sistem Ydata@IYRES Bersama Focal Point di Hotel Bangi-Putrajaya, Selangor. Bengkel ini telah dilaksanakan oleh Cawangan Pembangunan Penyelidikan dan Inovasi, IYRES dengan kerjasama pihak Opensoft Technologies Sdn. Bhd. Seramai 26 orang peserta terdiri daripada 12 orang wakil Focal Point daripada Kementerian-Kementerian, 9 orang wakil daripada Agensi dan 5 orang wakil daripada Kementerian Belia dan Sukan. Bengkel ini juga turut disertai oleh pegawai IYRES iaitu seramai 7 orang. Tujuan bengkel ini dilaksanakan adalah untuk memberi penerangan yang jelas mengenai tatacara penggunaan dan pengoperasian Sistem Ydata@IYRES. Terdapat 4 modul yang dibentangkan merangkumi Modul Pengguna Tidak Berdaftar, Modul Pengguna Berdaftar, Modul Pembekal Data dan Modul Mobile Apps. Majlis perasmian penutup bengkel telah dihadiri oleh YBrs. Dr. Zainah Bt. Shariff selaku Ketua Pegawai Eksekutif, IYRES bersama-sama Cik Azura Abidin, Pengurus Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, IYRES. Dengan adanya Sistem Ydata@IYRES ini, ia dapat memudahkan penggubal dasar dan pakar rujuk pembangunan belia Malaysia untuk merujuk data statistik belia yang telah dijanakan di dalam bentuk laporan yang menarik dan dinamik (Business Intelligent).

Disediakan Oleh:
Norlyana binti Ahmad Hisham

Disunting Oleh:
Cik Azura binti Abidin

20161008 hsn

Putrajaya, 8 Oktober 2016 – Hari Sukan Negara 2016 peringkat kebangsaan telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia diiringi oleh YB Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan. Dalam ucapannya YAB Datuk Seri Najib menyeru agar semua rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat dengan menjadikan sukan sebagai satu budaya. Melalui sukan juga boleh dijadikan wadah untuk memupuk semangat patriotik dan perpaduan pelbagai kaum. Bersempena dengan sambutan Hari Sukan Negara 2016, IYRES telah melaksanakan kajian lapangan penilaian Hari Sukan Negara 2016 di seluruh Malaysia. Kajian ini terbahagi kepada 4 zon utama iaitu Zon Utara, Zon Selatan, Zon Tengah Dan Zon Timur. Seramai 95 orang enumerator telah terlibat dalam proses pengumpulan data dan sejumlah 3,800 borang soal selidik telah diedarkan. Skop penyelidikan ini dilaksanakan untuk mengenal pasti tahap kesedaran serta aspek “Tangible Outcome” dari pelbagai elemen mencakupi pembudayaan sukan dan gaya hidup sihat, perpaduan, sosio-ekonomi.. Penyelidikan ini juga akan melihat corak penglibatan dan kerjasama oleh syarikat-syarikat GLC/Korporat/Swasta dan sokongan ke atas inisiatif kementerian menganjurkan program Hari Sukan Negara dan membantu usaha kerajaan untuk mencapai misi menjadikan Malaysia sebuah Negara bersukan (Sporting Nation) menjelang tahun 2020.

Disediakan oleh:
Nursyafatin Ahmad
nursyafatin[at]iyres.gov.my
Disunting oleh :
Wan Nor Iza Mohd Nor
nor.iza[at]iyres.gov.my

20160928 bicara intelek

 

PUTRAJAYA, 28 SEPTEMBER 2016 – Institute for Youth Research (IYRES) dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Puspanita Biro Pendidikan & Pembangunan Keluarga, Cawangan KBS telah menganjurkan Program Bicara Intelek Siri 6/2016 dengan membawa topik “Bahasa Jambatan Perpaduan, Benteng Jati Diri”. Penceramah jemputan dibawa iaitu Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Teo Kok Seong, Felo Utama KITA-UKM, Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya dan Majlis Professor Negara. Program yang telah diadakan bertempat di Dewan Podium, Menara KBS, Putrajaya ini telah dihadiri seramai 55 orang peserta.
Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada YBhg. Prof. Dato’ Dr. Teo Kok Seong oleh YBrs. Dato’ Hjh Wasitah Hj. Wan Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES. Harapan IYRES semoga perkongsian ilmu menerusi program tersebut dapat memberi manfaat dan pemahaman kepada peserta program.

20160926 arp

KUALA LUMPUR, 26 SEPTEMBER 2016 – YBrs. Dr. Hjh. Wasitah Hj. Mohd Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES pada hari ini telah membentangkan hasil kajian berkaitan Pembangunan Belia di Malaysia dan juga Kajian Impak Program Anugerah Remaja Perdana (ARP) melalui penyelidikan IYRES bertempat di Institute for Youth Centre (IYC), Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur bersempena dengan program Gold Award International Network (GAIN).
Tujuan pembentangan adalah untuk memberikan pendedahan kepada peserta impak pelaksanaan program ARPRM di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukan kepada peserta sebagai panduan dalam melaksanakan program seumpama ini di negara masing-masing.
GAIN merupakan sebuah organisasi yang menggabungkan alumni Penerima Emas dari seluruh dunia bagi program The Duke of Edinburgh International Award yang berpangkalan di London.
Ia merupakan program yang bertujuan untuk mengumpulkan Alumni Penerima Emas tersebut daripada pelbagai negara Komanwel termasuk Malaysia. Program kali ini bertemakan “Youth Empowerment For A Better World” yang bertujuan membincangkan pelan tindakan bagi memastikan semua Penerima Emas agar terus menyumbang kepada negara dan dunia selaras dengan matlamat utama pelaksanaan program The Duke of Edinburgh International Award.
GAIN 2016 telah dihadiri seramai 40 orang yang terdiri daripada ahli-ahli Award Holders Association dan para sukarela daripada negara Malaysia, Korea, Ghana, Kenya, Mauritius dan Rodrigues.

Disediakan Oleh: Siti Shazwani binti Md Yusoof
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Disunting Oleh: Wan Nor Iza Mohd Nor
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

20160925 tautan kasih

 

PENGKALAN CHEPA, 25 SEPTEMBER 2016 – Program Tautan Kasih anjuran Puspanita cawangan KBS telah berlansung sempena Fit Kelantan telah disempurnakan oleh Y.Bhg Datin Wan Razanawani Wan Zakaria, Pengerusi Puspanita cawangan KBS. Program tersebut turut dihadiri oleh Y.Brs Dr. Hjh Wasitah Hj Mohd Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES dan Cik Azura Abidin, Pengurus (Bhg. Perancangan dan Penyelidikan) IYRES. Antara aktiviti menarik sepanjang program berlansung adalah kunjungan ke rumah warga emas di Rumah Seri Kenangan. Ahli puspanita diberi peluang untuk berbakti kepada warga emas sepanjang berada di sana. Sempena dengan Fit Malaysia Kelantan, ahli puspanita menyahut cabaran Menteri Belia dan Sukan dengan menyertai larian sejauh 5 KM. Selain daripada itu ahli puspanita turut berkesempatan melawat ke tempat-tempat menarik di sekitar negeri Siti Wan Kembang seperti Wakaf Che Yeh, Rantau Panjang dan Pasar Siti Khadijah.

20160921 um

Kuala Lumpur - 21 September 2016. Program Bual Bicara : Peranan Keamanan Terhadap Kestabilan Ekonomi dan Politik bersempena Ulang Tahun Universiti Malaya yang ke 111 dan sambutan International Day of Peace telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Lokman Hakim Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) . Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Naib Cancelor Universiti Malaya, Prof. Dr. Noor saadah Binti Abd Rahman, YBrs. Dr. Hjh. Wasitah Hj Mohd Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Prof. Datin Dr. Raihanah Abdullah, Dekan/Pengarah Program Kluster Penyelidikan Humanities, UM dan Pengarah Negara , Islamic Relief Malaysia, Ir. Tn. Hj. Zairulshahfuddin Zainal Abidin.
Di dalam majlis tersebut YBhg Dato’ KSU turut melancarkan buku-buku penerbitan di bawah Kluster Penyelidikan Humanities Universiti Malaya (UM). Pada majlis yang sama turut dimeterai perjanjian persefahaman antara UM dan IYRES yang ditandatangani oleh KPE IYRES bersama Timbalan Naib Cancelor UM dan majlis tersebut telah disaksikan oleh YBhg. Dato' Lokman Hakim Ali, KSU KBS.

Sebagai acara simbolik Sambutan International Day of Peace yang disambut pada tarikh yang sama diseluruh dunia, Dif-dif kehormat Jemputan turut melepaskan burung merpati sebagai simbol keamanan di perkarangan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Selain daripada itu terdapat 11 aktiviti akan dilaksanakan di Akademi Pengajian Islam, UM di sepanjang sambutan pada hari ini dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk badan-badan bukan kerajaan. Aktiviti tersebut adalah berkaitan dan bertemakan Keamanan.

Disediakan Oleh: Nursyafatin binti Ahmad
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Disunting Oleh: Wan Nor Iza binti Mohd Nor
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

20160919 ibj pontian

PONTIAN, 19 SEPTEMBER 2016 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) pada hari ini telah melaksanakan sesi taklimat dan bengkel Training of Trainers (TOT) kepada enumerator bagi kajian Indeks Belia Johor 2016 (IBJ’16) peringkat Daerah Pontian dan bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pontian, Johor. Taklimat dan bengkel tersebut telah disempurnakan oleh YBrs. Pn. Mastura Mohamad, Eksekutif Penyelidik Kanan IYRES dan turut dihadiri oleh En. Muzaizi Hj. Mohammad, Pegawai Belia dan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Daerah Pontian dan Pn. Sharifah Zuwana, Pegawai Penyelaras Pusat Belia Pembangunan Johor (JOYDEC). Sesi taklimat dan bengkel tersebut melibatkan 11 orang enumerator yang telah dilantik oleh IYRES untuk menjalankan kajian IBJ’16 peringkat Daerah Pontian tersebut. Kerja lapangan bagi pengumpulan data kajian akan dilaksanakan di seluruh Daerah Pontian bermula September 2016 sehingga Oktober 2016 yang melibatkan belia di Daerah Pontian yang berumur 15 hingga 30 tahun di semua peringkat.

Disediakan Oleh: Siti Shazwani binti Md Yusoof
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Disunting Oleh: Shariffah binti Mamat
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

20160919 ibj kulai

KULAI, 19 SEPTEMBER 2016 – Sesi taklimat dan bengkel Training of Trainers (TOT) kepada enumerator bagi kajian Indeks Belia Johor 2016 (IBJ’16) peringkat Daerah Kulai telah dilaksanakan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) pada hari ini bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Kulai, Johor. Taklimat dan bengkel tersebut telah disempurnakan oleh YBrs. En. Mohd Rizal Mohd Sham, Eksekutif Penyelidik IYRES. Sesi taklimat dan bengkel tersebut turut dihadiri oleh En. Muhammad Faiz Maula Kahar, Pegawai Unit Sukarelawan, Pusat Belia Pembangunan Johor (JOYDEC) dan melibatkan 18 orang enumerator yang telah dilantik oleh IYRES untuk menjalankan kajian IBJ’16 peringkat Daerah Kulai tersebut. | Kerja lapangan bagi pengumpulan data kajian akan dilaksanakan di seluruh Daerah Kulai bermula September 2016 sehingga Oktober 2016 yang melibatkan belia di Daerah Kulai yang berumur 15 hingga 30 tahun di semua peringkat.

Disediakan Oleh: Siti Shazwani binti Md Yusoof
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Disunting Oleh: Shariffah binti Mamat
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

20160919 ibj

KLUANG, 19 SEPTEMBER 2016 – Satu sesi taklimat dan bengkel Training of Trainers (TOT) kepada enumerator bagi kajian Indeks Belia Johor 2016 (IBJ’16) peringkat Daerah Kluang telah dilaksanakan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, Wisma Persekutuan Daerah Kluang, Johor. Taklimat dan bengkel tersebut telah disempurnakan oleh YBrs. Cik Azura Abidin, Pengurus Bahagian Perancangan dan Penyelidikan IYRES dan turut dihadiri oleh Tuan Haji Azli Lee Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Daerah Kluang. Sesi taklimat dan bengkel ini telah dihadiri oleh 45 orang enumerator yang telah dilantik oleh IYRES untuk menjalankan kajian IBJ’16 peringkat Daerah Kluang tersebut. Kerja lapangan bagi pengumpulan data kajian akan dilaksanakan di seluruh Daerah Kluang bermula September 2016 sehingga Oktober 2016 yang melibatkan belia di Daerah Kluang yang berumur 15 hingga 30 tahun di semua peringkat.

Disediakan Oleh: Siti Shazwani binti Md Yusoof
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Disunting Oleh: Shariffah binti Mamat
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

IBJ

JOHOR BAHRU, 15 SEPTEMBER 2016 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) pada hari ini telah melaksanakan satu sesi taklimat dan bengkel Training of Trainer (TOT) Enumerator bagi kajian Indeks Belia Johor 2016 (IBJ’2016) bertempat di Pusat Latihan Tema Viana, Johor Bahru. Taklimat dan bengkel tersebut telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Hjh. Wasitah Hj. Mohd Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES dan turut dihadiri oleh En. Ruhisham Ibrahim, Pegawai Belia dan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Johor Bahru. Sesi taklimat dan bengkel ini telah dihadiri oleh 137 orang enumerator yang dilantik oleh IYRES untuk menjalankan kajian IBJ’16 tersebut. IBJ’16 merupakan satu petunjuk atau benchmarking yang dibina untuk memantau perkembangan tahap kualiti dan kesejahteraan hidup generasi belia di Johor berdasarkan 12 domain dan 58 indikator. Kerja lapangan bagi pengumpulan data kajian akan dilaksanakan di seluruh negeri Johor bermula September 2016 sehingga Oktober 2016 yang melibatkan belia di negeri Johor yang berumur 15 hingga 30 tahun di semua peringkat.

Disediakan Oleh: Siti Shazwani binti Md Yusoof
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Disunting Oleh: Wan Nor Iza binti Mohd Nor
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

20160907 tksu

 

KUALA LUMPUR, 5 September 2016 – Unit Perpustakaan, Bahagian Khidmat Pengurusan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengambil inisiatif dengan melaksanakan pelbagai program dalam kalangan warga KBS bagi menyemarakkan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan di peringkat KBS. Antaranya ialah KBS telah membuat kunjungan hormat ke atas Pengarah Jabatan Penerbitan, Tuan Haji Khalik Bin Sulaiman bertempat di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur. Delegasi yang diketuai oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KBS, YBhg. Tuan Nik Abd Kadir Bin Nik Mohamad, turut disertai oleh Puan Shariffah Mamat, Eksekutif Penyelidik Kanan III, IYRES dan Cik Nur Aqilah Syazwani Mohd Nor, Pegawai Penerbitan, IYRES.
Kunjungan hormat ini diadakan adalah bertujuan untuk mewujudkan hubungan kerjasama dalam pelaksanaan Bulan Bahasa Kebangsaan di peringkat kementerian. Di samping itu, kunjungan ini menzahirkan jalinan hubungan rasmi dua hala antara DBP dan KBS selaras dengan keperluan National Blue Ocean Strategy (NBOS).
Di akhir lawatan, Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan KBS berbesar hati menyerahkan cenderahati kepada Pengarah Jabatan Penerbitan sebagai simbolik kerjasama pihak KBS dan DBP. Semoga kerjasama yang terjalin ini akan dapat memartabatkan bahasa kebangsaan di peringkat kementerian seterusnya diterapkan dalam kalangan belia di Malaysia.

Disediakan oleh : Nur Aqilah Syazwani Mohd Nor (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
Disunting oleh : Nadya Shaffinaz Bajuri (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. )

20160824 bicaraintelek

Putrajaya, 24 Ogos 2016 – Institute for Youth Research (IYRES) dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Puspanita Biro Pendidikan & Pembangunan Keluarga, Cawangan KBS telah menganjurkan Program Bicara Intelek Siri 5/2016 dengan membawa topik “Maqasid Syariah : Generasi Yang Dijanjikan Kemenangan Sebenar”. Penceramah jemputan dibawa khas iaitu YBhg. Sahibus Samahan Dato’ Arif Perkasa Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Dr. MAZA), Mufti Perak merangkap Ahli Lembaga Pengarah IYRES. Program yang telah diadakan bertempat di Dewan Podium, Menara KBS, Putrajaya ini telah dihadiri oleh seramai 50 orang peserta.

“Tujuan jihad untuk mengangkat kalimah Allah untuk menjadi Maha Tinggi. Perlu ada maqasid. Perlu pelajari Maqasid Jihad,” tegas beliau.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati sebagai penghargaan kepada YBhg. Dr. MAZA oleh YBhg. Dato’ Haji Adnan Abu Hassan, Pengerusi Lembaga Pengarah IYRES. Harapan IYRES semoga perkongsian ilmu menerusi program tersebut dapat memberi manfaat dan pemahaman maqasid syariah kepada peserta program. Video rakaman bagi program tersebut boleh ditonton di Facebook dan Youtube Pro Media Tajdid

Disediakan oleh: Nadya Shaffinaz Bajuri (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

20160809 seminar penyelidikan

 

Bandar Baru Sri Petaling, 09 Ogos 2016 – Institute for Youth Research (IYRES) buat julung kalinya  menganjurkan Seminar Penyelidikan IYRES 2016 bertempat di Hotel Sri Petaling, Kuala Lumpur. Seminar ini merupakan usaha penyebarluasan hasil kajian yang dilaksanakan oleh IYRES pada tahun 2015 iaitu sebanyak 22 kajian di bentang.  Seminar yang membawa tema ‘Menerajui Penyelidikan, Menempa Perubahan’ ini telah disempurnakan oleh YB En. Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

 Majlis Perasmian Seminar tersebut turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Lokman Hakim Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Datuk Hjh. Hatipah Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBSN), YBhg. Dato’ Hj. Adnan Hj. Abu Hassan, Pengerusi Lembaga Pengarah IYRES, dan ahli Lembaga Pengarah lain iaitu  YBhg. Sahibus Samahah Dato’ Arif Perkasa Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan En. Muammar Ghadafi,  YBhg. Dr. Hjh. Wasitah Hj. Mohd Yusof, Ketua Pegawai IYRES dan pegawai-pegawai kanan KBS.

Majlis tersebut telah dihadiri seramai 119 peserta yang merupakan wakil dari kementerian, agensi kerajaan dan swasta, Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, Badan NGO, Pertubuhan Politik, Belia Massa dan individu yang terlibat dalam bidang pembangunan belia.

“Seminar penyelidikan ini akan menyokong dan membudayakan amalan penyelidikan, pembangunan, inovasi dan penerbitan dan penterjemahan. Sebagaimana yang disebut oleh Neil Armstrong, “Research is creating new knowledge”. Ini menunjukkan betapa pentingnya bidang penyelidikan dan seminar yang dianjurkan oleh IYRES ini menjadi medan perbincangan para ilmuan secara intelektual mengenai isu dan fenomena yang berkaitan dengan pembangunan belia serta melihat ruang bagi penonjolan kepentingan sesuatu hasil penyelidikan bagi memahami golongan belia dengan lebih dekat lagi,” YB En. Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan Malaysia dalam majlis perasmian Seminar Penyelidikan IYRES 2016.

 

Disediakan oleh    :  Nadya Shaffinaz Bajuri

                                    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Disunting oleh      :  Wan Nor Iza Mohd Nor

                                 :  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

20160802 uat

Bangi, 2 Ogos 2016 - Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah menganjurkan Bengkel User Acceptance Test (UAT) Sistem Ydata@IYRES bersama Focal Point bertempat di Hotel Bangi-Putrajaya, Bandar Baru Bangi.  Bengkel ini dilaksanakan selama sehari dan telah dirasmikan oleh Y.Brs Dr. Hjh. Wasitah Haji Mohd Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES. Dalam usaha menjayakan bengkel ini, IYRES bekerjasama dengan pihak Opensoft Technologies Sdn. Bhd sepanjang bengkel ini berlangsung. Penglibatan focal point seramai 20 orang iaitu 9 orang daripadanya adalah wakil dari Kementerian dan 11 orang selebihnya adalah wakil dari Jabatan dan Agensi.

Bengkel User Acceptance Test (UAT) ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi penerangan dan latihan pengujian Sistem Ydata@IYRES kepada Focal Point. Susulan daripada bengkel ini, satu bengkel lanjutan iaitu Final Acceptance Test (FAT) akan dilaksanakan mengikut lokasi Focal Point masing-masing berdasarkan tarikh dan masa yang akan ditentukan kelak.

Disediakan Oleh: Shah Romnizam Bin Ramli & Naifah Aqilah Mohamad Najib

2 OGOS 2016 (Selasa)

Disunting Oleh: Mastura Bt. Mohamad

20160803 uat

Putrajaya, 3 Ogos 2016 - Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah menganjurkan Bengkel User Acceptance Test (UAT) Sistem Ydata@IYRES kepada pegawai IYRES bertempat di Bilik Makmal Penyelidikan dan Audio Visual, Aras 10 Menara KBS bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 5.00 petang.  Bengkel ini dilaksanakan rentetan daripada sesi Pre-UAT yang telah dilakukan sebelum ini bagi menguji dan menilai pengaturcaraan teknikal di dalam Sistem Ydata@IYRES. Seramai 3 orang wakil daripada pihak Opensoft Technologies Sdn. Bhd. bersama-sama dengan 4 orang pegawai IYRES iaitu Cik Afifah Johari, En. Shah Romnizam Ramli, En. Muhammad Ridzuan Mohd Rohani dan Cik Norlyana Ahmad Hisham terlibat sepanjang bengkel ini berlangsung.

Terdapat 5 buah modul yang dinilai antaranya Modul Pengguna Pentadbir Sistem, Modul Pengguna Pentadbir Data, Modul Pengguna Pengesahan Artikel, Modul Pengguna Pentadbir Portal dan Modul Pengguna Pengurusan Tertinggi.

Disediakan Oleh: Shah Romnizam Bin Ramli

3 OGOS 2016 (Rabu)

Disunting Oleh: Mastura Bt. Mohamad

20160729 mesyuarat

PUTRAJAYA, 29 JULAI 2016 – YBhg. Dato’ Lokman Hakim bin Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) telah mempengerusikan Mesyuarat Kajian Profil Belia dengan dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif IYRES, YBrs. Dr. Hjh. Wasitah binti Hj. Mohd Yusof serta beberapa agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Penjara Malaysia, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik KBS, Unit Komunikasi Korporat KBS termasuk 2 orang Felo Pemikir IYRES.
Mesyuarat ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas, pandangan berkaitan konsep, skop dan objektif bagi melaksanakan Kajian Profil Belia Yang Terlibat Dalam Kegiatan Ekstremisme. Di samping itu, mesyuarat ini turut memohon kerjasama dari agensi-agensi berkenaan untuk berkongsi data serta maklumat agar hasil kajian ini dapat membantu kerajaan merancang strategi pencegahan fahaman radikalisme dan tindakan ekstremisme dalam kalangan belia secara lebih berkesan.

Disediakan Oleh: Siti Shazwani binti Md Yusoof
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Disunting Oleh: Azura binti Abidin
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

20160725 bernama

 

KUALA LUMPUR, 25 JULAI 2016 – YBhg. Dr. Hjh. Wasitah Hj. Mohd Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES telah ke udara di Bernama Radio pada jam 6.15 – 7.00 petang bersama-sama deejay Hezri dan Ziana bagi menjawab persoalan “adakah tanggungjawab penglibatan komuniti atasi masalah belia berisiko di Malaysia?”.

Dalam temubual tersebut, beliau juga telah berkongsi maklumat berkaitan data dan senario isu belia berisiko di Malaysia. Ini termasuklah faktor yang mempengaruhi pembentukan belia berisiko serta impaknya terhadap pembangunan belia secara khusus. Kajian Belia Berisiko ini telah dilaksanakan oleh pihak IYRES pada tahun 2015. Perkongsian maklumat juga berkaitan dengan langkah-langkah pencegahan dan cara untuk menangani belia berisiko. Beliau juga menerangkan dengan lebih jelas peranan IYRES dalam pembangunan belia di Malaysia.

Beliau juga mengambil kesempatan dalam menghebahkan program anjuran IYRES iaitu Persidangan Meja Bulat Belia : ‘Kesediaan Belia Tempatan Dalam Industri 3D (Dirty, Dangerous & Difficult)’ yang akan diadakan pada 28 Julai 2016 bertempat di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras, Kuala Lumpur dan Seminar Penyelidikan IYRES 2016 yang akan diadakan pada 09 – 10 Ogos 2016, bertempat di Hotel Seri Petaling, Kuala Lumpur.

Disediakan Oleh : Nadya Shaffinaz Bajuri
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Disunting oleh : Wan Nor Iza Mohd Nor
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

20160721 harirayakbs

PUTRAJAYA, 21 JULAI 2016 – Bersempena dengan Majlis Aidilfitri Team Kementerian Belia dan Sukan (KBS) 2016, YB. En. Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan serta isteri telah meluangkan masa beramah mesra dengan pelbagai tetamu yang hadir ke Dewan De Seri Endon, PUSPANITAPURI. YB. Datuk M. Saravanan, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YBhg. Dato' Lokman Hakim Bin Ali, Ketua Setiausaha, Dato' Harun bin Che Su, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) dan Nik Abd Kadir bin Nik Mohamad, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), YBhg. Datuk Hatipah Binti Ibrahim, Ketua Pengarah JBSN dan YBrs. Dr. Hjh. Wasitah Hj. Mohd Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES juga turut bersama-sama sebagai tuan rumah bagi majlis tersebut.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran YB. Datuk Johari bin Abdul Ghani, Menteri Kewangan II dan YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

YB. Menteri Belia dan Sukan telah menyampaikan sumbangan kepada anak-anak dari Rumah Tahfiz Al-Kitab, Beranang dalam majlis tersebut.

IYRES juga telah terlibat sama sebagai Jawatankuasa Jemputan, Sambutan dan Protokol bagi kelancaran majlis tersebut. Di samping itu, juga membuka gerai aiskrim dan Air Batu Campur bagi dijamukan kepada tetamu yang hadir.

Disediakan Oleh : Nadya Shaffinaz Bajuri
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Disunting oleh : Wan Nor Iza Mohd Nor
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

20160712 wasitahbelia

 

Pembangunan belia kini memainkan peranan penting malah menjadi cerminan kepada pembangunan negara pada peringkat nasional mahupun antarabangsa. Malah masyarakat Malaysia semakin prihatin terhadap isu dan cabaran yang timbul dalam kalangan belia. Perhatian kepada penyelesaian yang harus diambil juga dititikberatkan bagi memastikan negara dapat melahirkan belia yang positif.

Sokongan komuniti adalah satu daripada aset luaran belia yang diperlukan oleh golongan belia dalam proses pembentukan diri mereka yang akan mencorak sesama belia kepada komuniti. Belia adalah kelompok terbesar dalam agenda pembangunan negara.

Menerusi Indeks Belia Malaysia (IBM) 2015, ada menyatakan bahawa belia di Malaysia seramai 13.88 juta yang mewakili 45.8 peratus daripada 30.26 juta penduduk Malaysia.

Bagi meninjau profil dan punca kepada pembabitan belia dalam komuniti di sesuatu persekitaran komuniti pesat membangun maka, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) menjalankan Kajian serta Projek Intervensi Bagi Menangani Isu Belia Berisiko Tinggi ke atas belia berisiko dalam kalangan komuniti di Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA).

Projek Intervensi Bagi Menangani Isu Belia Berisiko Tinggi pada peringkat komuniti B40 (Kumpulan isi rumah berpendapatan sehingga RM3,855.00), adalah satu projek penyelidikan yang dilaksanakan di kawasan kejiranan bagi mengumpul profil belia berisiko dan seterusnya melaksanakan program intervensi yang bersesuaian bagi membimbing belia yang terbabit dalam kes jenayah.

Definisi belia berisiko

Istilah belia berisiko merujuk sebagai belia yang mempunyai kumpulan, tinggal di kawasan setinggan atau flat, mempunyai ibu bapa tunggal, mengalami masalah ekonomi dan ketinggalan dalam pelajaran.

Kajian ini telah turut membantu dalam proses merangka strategi bagi membolehkan kelompok kejiranan mengatasi masalah belia berisiko tinggi di kawasan Wilayah Iskandar. Ia juga berjaya merungkai permasalahan golongan belia berisiko yang terbabit dengan isu jenayah, gengsterisme dan isu sosial.

Hasil dapatan data daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor sehingga Julai 2015, mengenai pembabitan belia dalam jenayah berat sebanyak 66 peratus membabitkan belia yang berumur 15 hingga 30 tahun. Bagi jenayah harta benda adalah sebanyak 69 peratus belia terbabit dalam jenayah berkenaan.

Dapatan ini membuktikan bahawa isu jenayah sebahagian besar masih membabitkan kelompok belia. Menerusi kajian projek juga mendapati 18.3 peratus daripada jumlah responden adalah golongan belia yang keciciran daripada alam persekolahan. Perkara ini juga adalah satu daripada punca pembabitan belia dalam jenayah.

Kelompok belia ini yang dikesan menerusi Focus Group Discussion (FGD) yang dilaksanakan bersama pihak IYRES menyatakan bahawa antara punca mereka terbabit dalam jenayah adalah kerana mereka berasa bosan dengan sistem persekolahan yang wujud pada masa kini. Malah, ada segelintir daripada kelompok belia yang ditemubual dikesan lebih cenderung untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan yang memberi imbuhan kepada mereka.

Di kawasan Wilayah Iskandar, belia yang keciciran lebih cenderung untuk bekerja di Singapura kerana memberi pendapatan yang lumayan dan ia digelar sebagai 'Sindrom Singapura'. Bagi memastikan pembangunan ilmu dalam kalangan belia, maka pihak berkenaan malah masyarakat perlu mengenalpasti usaha yang harus dipertingkatkan ke arah mengembangkan ilmu pengetahuan. Perkara itu perlu mengambil kira pelbagai aspek agar mampu menjadi tunggak kepada pembangunan dan kemantapan generasi belia.

Seterusnya, menerusi usaha sama yang dijalankan bersama IRDA dan agensi kerajaan seperti Jabatan Belia dan Sukan Johor, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), antara cadangan yang perlu bagi mengatasi isu belia berisiko tinggi adalah kerajaan melalui Kementerian Pendidikan perlu merangka strategi bagi mengatasi isu belia tercicir daripada alam pendidikan dengan mewujudkan aliran persekolahan khas yang lebih menjurus kepada bidang kemahiran.

Selain itu, perlu diwujudkan pelaksanaan program mentor-mentee pada peringkat kejiranan untuk menangani isu belia berisiko terutama belia di kawasan B40. Sehubungan itu, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) perlu mengkaji semula penstrukturan Kelab Rukun Tetangga (KRT) untuk membabitkan belia yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Persekitaran berisiko

Pada dasarnya, belia berisiko adalah kelompok belia yang sentiasa terdedah kepada sebarang pembabitan dalam gejala sosial berpunca daripada persekitaran yang berisiko. Ia adalah seperti belia yang terdedah kepada aktiviti najis dadah, latar belakang masyarakat daripada taraf sosio ekonomi yang rendah, isu kemiskinan serta kelompok rakan sebaya yang datang dari masalah yang dibawa dari institusi kekeluargaan masing-masing.

Bertitik tolak daripada Indeks Belia Malaysia 2015, IYRES turut mencadangkan untuk menghasilkan Indeks Belia Johor (IBJ). Indeks ini akan dapat menjadi kayu pengukur kesejahteraan belia Negeri Johor terutama yang berkaitan dengan pelbagai perkara yang berkait rapat dengan domain yang terbabit dalam IBM.

Sebagai contoh Domain Pembangunan Kendiri, Identiti, Pendidikan, Hubungan Sosial Dalam Kalangan Belia Dengan Ibu Bapa/Keluarga, Rakan Dan Masyarakat serta yang berkaitan agar selaras dengan pencapaian KPI Nasional dalam mengukur pencapaian kesejahteraan hidup belia menjelang 2020.

 

Oleh Dr Wasitah Mohd Yusof,

Ketua Pegawai Eksekutif,

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)

Sumber : Berita Harian

20160628 bengkelpemurnian

SELANGOR, 28 JUN 2016– Bengkel Pembentukan dan Pemurnian Instrumen Indeks Belia Johor 2016 (IBJ’16) telah diadakan selama dua hari pada 27 dan 28 Jun 2016 bertempat di RHR Hotel@UNITEN. Bengkel ini melibatkan kehadiran pakar rujuk IBJ’16 iaitu ahli-ahli akademik dari pelbagai Institusi Pengajian Tinggi yang telah dilantik iaitu Prof Dr Safie Mat Yatim, Prof Madya Dr Haslinda Abdullah, Prof Madya Dr Russayani Ismail, Prof Madya Dr Samsilah Roslan, dan Prof Madya Dr Ismi Arif Ismail. Turut dijemput bagi memberi pandangan dan idea dalam memantapkan instrumen IBJ’16 ini ialah Prof Madya Dr Steven Krauss@ Abdul Lateef Abdullah dan Dr Zoharah Omar. Pengurus Bahagian Perancangan dan Penyelidikan IYRES, Cik Azura Abidin telah mempengerusikan bengkel yang diadakan selama dua hari ini.

IBJ’16 merupakan satu petunjuk atau “benchmarking” yang dibina untuk memantau perkembangan tahap kualiti dan kesejahteraan hidup generasi belia di Johor berdasarkan domain dan indikator yang akan dibangunkan. Menerusi dapatan IBJ’16 nanti, input bagi pembentukan atau penggubalan polisi dan dasar pembangunan belia dapat disediakan justeru memandu pembentukan pelan tindakan bagi meningkatkan kesejahteraan hidup belia Johor. 

 

Disediakan Oleh: Rozahidah Roslee
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Suntingan: Azura Abidin
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

20160624 bukapuasa

PUTRAJAYA, 24 JUN 2016 - Sempena Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) menganjurkan Program Outreach Ramadhan 1437H/2016 bertempat di Dewan Putra Perdana, Putrajaya.

Majlis tersebut dimeriahkan lagi dengan kehadiran YBhg. Dato' Adnan Bin Hj. Abu Hassan, Pengerusi Lembaga Pengarah IYRES, Ahli-ahli Lembaga Pengarah IYRES dan team IYRES bersama ahli keluarga.
Pengerusi Lembaga Pengarah IYRES turut meluangkan masanya untuk beramah mesra dengan seluruh Warga IYRES dan keluarga yang hadir. Antara aktiviti yang berlangsung adalah pengagihan cenderahati kepada seluruh Warga IYRES dan
Sesi Bergambar Beramai-ramai. Majlis ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Unit Komunikasi Korporat KBS, En. Shahrom Ravin Daram Bin Abdullah dan Encik Razali Bin Mohd Yassin.

___________________________________________________________________
Unit Komunikasi Korporat
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)

Disediakan Oleh: Muhammad Zahid Alif Bin Abdul Aziz
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Suntingan: Shariffah Mamat
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

20160618 csr

SELANGOR 18 JUN 2016 – Pusat Jagaan Nur Hikmah yang terletak di Taman Mesra, Kajang Selangor menjadi lokasi program CSR Ziarah Kasih bagi Kelab Rekreasi IYRES pada tahun ini. Program ini juga turut mendapat kerjasama dengan Alumni Kapal Belia Asia Tenggara Dan Jepun(KABESA). Pusat Jagaan Nur Hikmah ini menempatkan seramai 35 orang anak-anak yatim dan miskin yang berumur antara 1 hingga 18 tahun dan 8 orang Ibu tunggal.

Selain itu, program ini diserikan dengan pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik seperti hiburan sepetang bersama badut, sambutan hari lahir, majlis berbuka puasa, sembahyang maghrib secara berjemaah, penyerahan sumbangan duit raya, sesi bergambar dan diakhiri dengan rondaan anak-anak yatim bersama dengan kumpulan bikers. Kegembiraan anak-anak yatim sepanjang program ini dilaksanakan memberikan seribu satu makna kepada penganjuran program seperti ini di mana secara tidak langsung dapat membantu meringankan beban dan berkongsi rezeki dan kasih sayang yang diperlukan oleh mereka.

Turut sama memeriahkan program ziarah kasih ini adalah Dr. Hajah Wasitah Hj. Mohd Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES bersama keluarga beliau. Selaku penganjur, pihak Kelab Rekreasi IYRES mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama dari semua pihak yang menjayakan program ini dan semoga mendapat keberkatan dari-NYA dalam menjayakan program bersama anak-anak yatim Nur Hikmah ini.

Disediakan oleh: Noor Afifah Johari

Disunting oleh: Shahhanim Yahya

20160607 majlis sosial 

PUTRAJAYA, 07 JUN 2016 - Pembentangan Dapatan Indeks Belia Malaysia 2015 dan hala tuju mengukur kesejahteraan hidup Belia 2020 - 2035 telah dilaksanakan oleh YBrs. Dr. Hajah Wasitah Mohd Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES dalam Persidangan Majlis Sosial Negara. Persidangan tersebut yang telah diadakan di Dewan Persidangan ICU, Jabatan Perdana Menteri ini dipengerusikan oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi.

Turut hadir YBhg. Dato' Lokman Hakim Ali, Ketua Setiausaha KBS mewakili YB. En. Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Persidangan tersebut turut dihadiri oleh 13 orang Menteri berkaitan Majlis Sosial Negara dan 27 orang wakil dari Kementerian-kementerian berkaitan.

Disediakan Oleh : Muhammad Zahid Alif Bin Abdul Aziz
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Disunting oleh : Nadya Shaffinaz Bajuri
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

20160528 malam aspirasi anak muda

JOHOR BAHRU, 28 MEI 2016 – Malam Inspirasi Anak Muda Bangsa Johor 2016 yang berlangsung selama dua hari anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru @ Y-Centre UTC Johor telah dirasmikan oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), YBhg. Tuan Haji A. Rahim Bin Haji Nin bertempat di Dataran Bandaraya Johor Bahru. Turut hadir untuk menyampaikan ucapan aluan pada majlis tersebut Dr. Hajah Wasitah Haji Mohd Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Penyelidikan Pembanguan Malaysia (IYRES). Antara inti pati ucapan aluan oleh beliau adalah memperkenalkan Indeks Belia Johor (IBJ) yang akan dilaksanakan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor.

Acara dimulakan dengan majlis makan malam meraikan pemain-pemain bola 4th HMFC – MBJB Johor International Soccer 9s 2016 diikuti dengan majlis perasmian Malam Inspirasi Anak Muda Bangsa Johor dan Pelancaran Kelab Rekreasi Integrasi Selatan (KERIS).

Terdapat pelbagai pameran dan aktiviti-aktiviti telah disediakan oleh pihak penganjur dan IYRES juga telah turut serta dalam pameran tersebut bagi mempromosikan Projek 4D Outreach kepada belia Johor yang hadir di dalam program tersebut.

Disediakan oleh:

Farahnina Ahmad Salludin

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Disunting oleh:

Shariffah Mamat

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

20160529 hbn melaka

BANDAR HILIR, 29 MEI 2016 – Sambutan Hari Belia Negara 2016 Peringkat Negeri Melaka disambut meriah dengan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ir.Idris bin Haron, Ketua Menteri Melaka di hadapan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Bandar Hilir, Melaka.

Sebanyak 400 borang soal selidik telah diedarkan oleh enumerator yang dilantik. Pengumpulan data kajian turut melibatkan kaedah Focus Group Discussion (FGD) yang terdiri daripada 4 orang wakil dari JBSN Melaka dan seorang wakil dari Majlis Gabungan Belia Melaka. Menurut pegawai penyelaras Puan Siti Mariam Ahmad Tobias, pihak mereka mensasarkan penyertaan daripada belia seramai 40,000 orang. Beliau yakin dengan aktiviti utama yang dianjurkan seperti  Majlis Bacaan Yassin, Mr. Body Beautiful, Melaka Food & Lokal Festival, Melaka X-Games Championship dan persembahan artis popular tanah air seperti Khai Bahar, Bunkface, Mark Adam, Karl Cromok dan Fivelous dan lain-lain aktiviti mampu menarik golongan belia untuk hadir memeriahkan lagi sambutan HBN di negeri Melaka.

Hasil komitmen dan kerjasama yang baik daripada wakil pihak JBSN Melaka telah membantu dalam menjayakan kajian lapangan yang dilaksanakan oleh pihak IYRES.

Disediakan oleh: Muhammad Ridzuan b Mohd Rohani dan Muhammad Azamuddin b Hashim

Disunting oleh: Cik Azura bt Abidin

20160527 hbn terengganu

 

KUALA TERENGGANU, 27 MEI 2016 – Kajian Sempena Sambutan Hari Belia Negara 2016 bagi Negeri Terengganu telah diadakan bertempat di Hotel Permai, Kuala Terengganu. Sambutan Hari Belia Negara di negeri Terengganu telah dirasmikan oleh Y.B.M Dato’ Haji Tengku Putera Bin Tengku Awang, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Dalam Negeri Terengganu. Menurut pegawai penyelaras Siti Nur Ahya-Hydayah Bt Ahmad, sambutan Hari Belia Negara peringkat negeri Terengganu kali ini hanya dilaksanakan dalam skala kecil sahaja iaitu Majlis Penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara dan Pelancaran Hari Belia Negara Peringkat Negeri Terengganu 2016 yang dihadiri oleh seramai 220 orang.

Kajian lapangan ini telah dilaksanakan menggunakan dua kaedah iaitu pertama, kaedah kuantitatif dan kaedah kedua melibatkan pengumpulan data secara kualitatif menggunakan teknik Focus Group Discussion (FGD) yang melibatkan wakil dari JBSN, Pertubuhan Belia dan sebagainya. Hasil komitmen dan kerjasama yang baik daripada wakil pihak JBSN Terengganu telah membantu dalam menjayakan kajian lapangan yang dilaksanakan oleh pihak IYRES.

Disediakan oleh: Nur Rifhan Kamaludin & Muhammad Hafiz Hassan

Disunting oleh : Cik Azura Abidin

20160525 bicaraintelek

Putrajaya, 25 Mei 2016 - IYRES dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) & PUSPANITA Cawangan KBS telah menganjurkan Program Bicara Intelek Siri 4/2016 dengan membawa topik 'Bahaya Penyebaran Hadis Palsu & Peranan Masyarakat'. Penceramah jemputan ialah YBhg. Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle, Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Program yang diadakan di Galeri, Menara KBS ini telah disertai seramai 70 orang peserta dalam kalangan Team KBS dan agensi seperti Pusat Belia Antarabangsa (IYC) dan Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA). Turut hadir ke program tersebut ialah Tn. Nik Abd Kadir bin Nik Mohamad, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), En. Abdul Raouf Bin Mohd. Yusof, Setiausaha Bahagian Pengurusan Maklumat, En. Azunan bin Daud, Ketua Unit Audit Dalam Juruaudit, En. Ahmad Hassanuddin Afendy Bin Ridzuan, Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan dan En. Shahrom Ravin Daram Bin Abdullah, Timb. Ketua Komunikasi Korporat.

Dalam penyampaiannya, YBhg. Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle telah membangkitkan supaya masyarakat perlu bertindak bijak dalam menilai, memahami dan bertanggungjawab dalam menyebarkan sebarang hadis. Masyarakat perlu menyemak terlebih dahulu kesahihan sesuatu hadis serta tidak semudahnya menolak hadis yang datang dari mazhab yang berlainan. Beliau menggalakkan masyarakat untuk memperluaskan pengetahuan berkaitan hadis melalui pembacaan kitab-kitab hadis yang sahih dan merujuk kepada pihak yang lebih pakar dalam bidang tersebut. Masyarakat berperanan untuk menjaga kesucian Agama Islam dan menjaga nama Rasulullah S.A.W. dengan tidak menyebarkan hadis palsu.

Di akhir program, YBrs. Dr. Hajah Wasitah Hj. Mohd. Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES telah menyampaikan cenderahati kepada YBhg. Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle sebagai tanda penghargaan daripada pihak penganjur program tersebut.

Disediakan Oleh :  Nadya Shaffinaz Bajuri

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Disunting Oleh     :  Wan Nor Iza Mohd Nor

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

20160521 hbn kuala pilah

 

Kuala Pilah, 21 Mei 2016 – Sambutan Hari Belia Negara 2016 Peringkat Negeri Sembilan disambut meriah dengan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan dan turut dihadiri oleh Yang Berhormat Encik Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Pelbagai acara yang menarik minat belia selaras dengan tema “The Future is Now”  yang telah diadakan seperti pertandingan futsal, sepak takraw, flashmob, street dance dan banyak lagi. Pada Majlis Sambutan tersebut juga, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) juga telah membuat penyerahan ICE Fund Project 4D Outreach kepada Persatuan Belia Dinamik Barat oleh Yang Berhormat Encik Khairy Jamaluddin. Majlis Penyerahan tersebut turut disaksikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah IYRES, Dato’ Adnan Hj Abu Hassan bersama Cik Azura Abidin, selaku Pengurus Bahagian Perancangan dan Penyelidikan IYRES dan Puan Azura Sarbin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.

Disediakan oleh: Noor Sheila Mhd Nasir

Disunting oleh: Shariffah Mamat

20160522 hbn selangor

Kuala Langat, 22 Mei – Kajian Sempena Sambutan Hari Belia Negara 2016 bagi Negeri Selangor telah diadakan bertempat di Kolej Matrikulasi Selangor, Kuala Langat pada 22 Mei 2016. Sambutan Hari Belia Negara di negeri Selangor telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Haji Noh bin Omar, Ahli Parlimen Tanjung Karang. Sebanyak 400 borang soal selidik telah diedarkan oleh enumerator yang dilantik. Pengumpulan data kajian turut melibatkan kaedah Focus Group Discussion (FGD) yang terdiri daripada 4 orang wakil dari JBSN, Agensi Anti Dadah Selangor, Kolej Komuniti Langat dan Majlis Belia Selangor.

Menurut pegawai penyelaras Encik Muhammad Rozaimi bin Abdul Kadir Jelani, pihak mereka mensasarkan penyertaan daripada belia seramai 5,000 orang. Beliau yakin dengan aktiviti utama yang dianjurkan seperti Aerobikton, pertandingan futsal, pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan tamiya dan hot wheel, paintball target shooting dan lain-lain aktiviti mampu menarik golongan belia untuk hadir memeriahkan lagi sambutan HBN di negeri Selangor.

Hasil komitmen dan kerjasama yang baik daripada wakil pihak JBSN Selangor telah membantu dalam menjayakan kajian lapangan yang dilaksanakan oleh pihak IYRES.

Disediakan oleh: Shahhanim Yahya & Mohamad Saifful Hassan

Disunting oleh : Cik Azura Abidin

 

20160519 plkn tambunan

 

TAMBUNAN, 19 MEI 2016 – Kerja lapangan bagi Penilaian Outcome PLKN 2016 untuk negeri Sabah telah diadakan di Kem PLKN Tanaki, Tambunan, Kota Kinabalu, Sabah. Seramai 110 orang pelatih terlibat dalam proses pengumpulan data kajian ini. Iaitu 100 orang mewakili untuk kaedah kuantitatif menggunakan borang soal selidik dan 10 orang pelatih lagi bagi kaedah kualitatif melalui sesi perbincangan kumpulan berfokus (Focus Group Discussion – FGD).

            Untuk sesi FGD tersebut, 10 orang pelatih yang terlibat terdiri daripada latar belakang kaum yang berbeza iaitu 4 orang Melayu dan 6 orang lagi merupakan Kristian. Bagi yang berketurunan Melayu, 2 orang ialah pelatih perempuan dan 2 orang pelatih lelaki serta bagi yang berketurunan Kristian pula , 4 orang merupakan pelatih lelaki dan 2 orang merupakan pelatih perempuan.

            Jumlah keseluruhan pelatih bagi kem tersebut ialah seramai 282 orang yang terdiri daripada pelajar lepasan SPM dari kawasan sekitar Kota Kinabalu. Namun difahamkan terdapat sebilangan kecil pelatih yang telah menamatkan sesi latihan terlebih dahulu kerana terlibat untuk melanjutkan pengajian di peringkat seterusnya.

Proses pengumpulan data kajian berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama sepenuhnya dari pihak kem yang terlibat terutamanya dari Timbalan Kem Komandan Kapten Mohd Azhar bin Azmi yang membantu urusan kerja lapangan bagi kajian ini berjalan dengan lancar.

Disediakan oleh: Asnida Abd Hamid & Siti Hawa Jamil\

Disunting oleh: Cik Azura Abidin

20160516 plkn kedah

 

BALING,  16 MEI 2016 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah menjalankan kerja lapangan bagi Kajian Penilaian Outcome Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2016 bagi modul 2.0 telah dilaksanakan di Kem PLKN Rekreasi Belia Baling, Kampung Sungai Limau, Mukim Pulai 09100 Baling, Kedah. Kajian lapangan ini telah dilaksanakan menggunakan dua kaedah penyelidikan  iaitu pertama, kaedah kuantitatif yang melibatkan 108 orang responden  pelatih PLKN, manakala kaedah kedua melibatkan pengumpulan data secara kualitatif menggunakan kaedah Focus Group Discussion (FGD) yang melibatkan 10 orang informan pelatih PLKN . Menurut Komandan Mej. Sejeli Mat, jumlah keseluruhan pelatih adalah seanyak 181 orang yang mengikuti program PLKN kali ini. Kajian lapangan ini telah berjaya dilaksanakan hasil kerjasama pihak pengurusan Kem PLKN Rekreasi Belia Baling Kedah dan pelatih PLKN.

Disediakan oleh: Shahhanim Yahya & Muhd Hafiz Hassan

Disunting oleh: Cik Azura Abidin

20160515 4D

 

SERDANG, 15 MEI 2016 – YB. Encik Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan, telah melancarkan 4D ICE AWARD di bawah Program Outreach IYRES Community Enumerator (ICE) anjuran Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) sewaktu kunjungan beliau ke tapak pameran I - KNOW @ IYRES (IYRES RESEARCH HUB) sewaktu sambutan Hari Belia Negara 2016 bertempat di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Projek 4D Outreach IYRES ini merupakan satu projek berasaskan penyelidikan, yang akan dilaksanakan di peringkat komuniti bagi membangunkan budaya “Inquiry Mind”  dalam kalangan belia. Projek ini menawarkan “ICE FUND” sebanyak RM3,000 sebagai dana untuk para belia menjalankan projek serta merancang intervensi dan penyelidikan di peringkat komuniti setempat bagi menangani isu-isu atau permasalahan yang berlaku di peringkat komuniti.

Menurut Dr. Hajah Wasitah Mohd Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES, melalui Projek 4D ini, belia dapat membudayakan penyelidikan dalam kalangan belia serta memberi pengiktirafan kepada enumerator IYRES yang berperanan penting dalam konteks integriti dan menjana kualiti penyelidikan.

Mengulas lanjut, permohonan telah dibuka kepada warganegara Malaysia yang berusia 15-40 tahun untuk mendaftar sebagai ICE (IYRES COMMUNITY ENUMERATOR) bagi menyertai projek ini. Bagi belia yang belum mendaftar, pendaftaran boleh dibuat melalui laman web www.iyres.gov.my.

Majlis perasmian tersebut turut disaksikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah IYRES, Dato' Adnan Hj. Abu Hassan bersama Ketua Pegawai Eksekutif IYRES, Dr. HajahWasitah Mohd Yusof.

 

Unit Komunikasi Korporat

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)

Disediakan Oleh: Muhammad Zahid Alif Bin Abdul Aziz

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Suntingan: Shariffah Mamat

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

20160515 birthdayiyres

 

SERDANG, 15 MEI 2016 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) yang sewaktu penubuhan awalnya dikenali dengan IPPBM telah menyambut ulang tahun Kesebelas bersempena sambutan Hari Belia Negara 2016 di Universiti Putra Malaysia (UPM). Sambutan sedekad IYRES ini telah disempurnakan oleh YB. Encik Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan bertempat di tapak pameran I-KNOW @ IYRES (IYRES RESEARCH HUB). Sejarah penubuhan IYRES adalah pada 15 Mei 2005 iaitu sewaktu sambutan Hari Belia Negara pada tahun 2005 yang diumumkan oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Sambutan tersebut turut dihadiri oleh Dato' Adnan Hj. Abu Hassan, Pengerusi Lembaga Pengarah IYRES dan Dr. Hajah Wasitah Hj. Mohd Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES.

Unit Komunikasi Korporat

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)

Disediakan Oleh: Muhammad Zahid Alif Bin Abdul Aziz

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Suntingan: Shariffah Mamat

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

20160514 hbn sarawak

 

SARAWAK, 14 MEI 2016– Pengumpulan data bagi Kajian Sempena Sambutan Hari Belia Negara 2016 bagi Negeri Sarawak telah diadakan bertempat di kompleks Belia dan Sukan Kuching, Sarawak. Sambutan Hari Belia Negara di negeri Sarawak telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Encik Fazzrudin Bin Haji Abdul Rahman, Adun N.6 Tupong. Sebanyak 400 borang soal selidik telah diedarkan oleh enumerator yang dilantik. Pengumpulan data kajian turut melibatkan kaedah Focus Group Discussion (FGD) yang terdiri daripada 5 orang wakil dari JBSN, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong dan Sibu, Seberkas Negeri Sarawak dan Seberkas cawangan Sibu.

Menurut pegawai penyelaras Encik Rawing Anak Uking dari JBSN Sarawak, pihak mereka mensasarkan penyertaan daripada belia seramai 1,200 orang. Beliau yakin dengan aktiviti utama yang dianjurkan seperti Senaman Aerobik, Auto Show kereta dan motor, pertandingan Dota, Mr. Gym, dan lain-lain aktiviti mampu menarik golongan belia untuk hadir memeriahkan lagi sambutan HBN di negeri Sarawak.

Hasil komitmen dan kerjasama yang baik daripada pihak JBSN Sarawak telah membantu dalam menjayakan kajian lapangan yang dilaksanakan oleh pihak IYRES.

Disediakan oleh: Noratiqah Talib & Mohamad Saifful Hassan

Disunting oleh : Cik Azura Abidin

20160512 plkn sepang

 

SEPANG, 12 MEI 2016 – Pengumpulan data bagi Kajian Penilaian Outcome Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2016 bagi Negeri Selangor telah diadakan bertempat di Kem PLKN Princess Heliza, Sepang, Selangor. Kajian lapangan ini melibatkan 100 orang pelatih yang mendaftarkan diri secara sukarela bagi menyertai program ini bagi modul PLKN 2.0. Pengumpulan data kajian juga melibatkan kaedah Focus Group Discussion (FGD) yang melibatkan 10 orang pelatih daripada dua orang kaum Melayu, 4 orang India, 4 orang Cina.

Menurut Timbalan Kem Komandan, Kapten Mohamad Firdaus bin Mohd Salleh, jumlah keseluruhan peserta PLKN 2.0 yang sedang menjalani program ini di Kem Princess Heliza adalah seramai 339 orang.

Secara keseluruhannya, majoriti peserta meluahkan pandangan bahawa, tujuan mereka menyertai program bersifat sukarela ini adalah sebagai persediaan mereka untuk membiasakan diri dengan alam pembelajaran di peringkat kolej atau universiti. Berdasarkan modul yang diikuti, majoriti berpandangan bahawa melalui 5 modul yang diikuti memberikan pengalaman yang berupaya membentuk keperibadian, keyakinan diri, semangat perpaduan, semangat kesepasukan dan nilai-nilai yang luhur sebagai persediaan ke arah alam lepasan persekolahan yang lebih mencabar.

Disediakan oleh: Shariffah Mamat & Mohd Hafiz Hassan

Disunting oleh : Cik Azura Abidin

20160512 plkn kuching 

LUNDU, 12 MEI 2016 – Proses Pengumpulan data bagi Kajian Penilaian Outcome Program Latihan Khidamat Negara (PLKN) 2016 untuk Negeri Sarawak telah diadakan di Kem PLKN Putera Sentosa, Lundu, Kuching Sarawak. Sebanyak 100 borang soal selidik telah diedarkan kepada para pelatih PLKN di kem tersebut. Secara keseluruhannya, pelatih di Kem PLKN ini melibatkan diri secara sukarela dalam program PLKN 2.0 yang dijalankan oleh pihak Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN).

Selain menggunakan kaedah kuantitatif iaitu melalui pengedaran borang soal selidik, kajian juga melibatkan sesi perbincangan kumpulan berfokus (Focus Group Disscussion – FGD). Sesi FGD ini melibatkan sepuluh orang pelatih yang mewakili keseluruhan pelatih dari kem PLKN ini yang dipilih sebagai Informan kajian.  Informan terdiri daripada tujuh orang pelatih lelaki iaitu empat orang pelatih berbangsa Melayu , dua orang pelatih berbangsa Iban dan seorang pelatih berbangsa Boyan. Manakala 3 orang lagi mewakili pelatih wanita dan mereka semua berbangsa Bidayuh.

Sesi penilaian dibantu oleh guru yang bertugas iaitu Lefternan Kol Rahamen @ Abd Rahman Bin Wok dengan mendapat  kebenaran dari Timbalan Kem Komanden iaitu Kapten Saiful Baharuddin Bin Zainal. Menurut mereka lagi, jumlah pelatih di Kem ini ialah seramai 289 orang keseluruhannya.

 

Disediakan oleh: Shah Romnizam Ramli & Norhidayah Omar

Disunting oleh : Cik Azura Abidin

20160512 plkn pd

 

PORT DICKSON,  12 MEI 2016 – Kajian lapangan bagi Kajian Penilaian Outcome Program Latihan Khidmat Negara 2016 telah dilaksanakan di Kem PLKN PDS Resort, Kg. Telok Pasir Panjang Port Dickson, Negeri Sembilan. Kajian lapangan ini telah dilaksanakan menggunakan dua kaedah iaitu pertama, kaedah kuantitatif yang melibatkan 100 orang responden  wira dan wirawati PLKN. Manakala kaedah kedua melibatkan pengumpulan data secara kualitatif menggunakan tatacara Focus Group Discussion (FGD) yang melibatkan 10 orang informan wira dan wirawati PLKN (4 orang Melayu, 4 orang Cina dan 2 orang India). Kajian lapangan ini telah dilaksanakan dengan jayanya hasil komitmen pihak pengurusan Kem PLKN Port Dickson dan para peserta PLKN.

                        Disediakan oleh: Mastura Mohamad & Mohd Hafiz Hassan

Disunting oleh: Cik Azura Abidin

20160512 plkn setiu

 

SETIU, 12 MEI 2016 – Proses Pengumpulan data bagi Kajian Penilaian Outcome Program Latihan Khidamat Negara (PLKN) 2016 untuk Negeri Terengganu telah diadakan di Kem PLKN Merang Suria Holiday Camp, Merang, Setiu, Terengganu. Sebanyak 100 borang soal selidik telah diedarkan kepada para pelatih PLKN di kem tersebut. Secara keseluruhannya, pelatih di Kem PLKN ini melibatkan diri secara sukarela dalam program PLKN 2.0 yang dijalankan oleh pihak Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN).

Selain menggunakan kaedah kuantitatif iaitu melalui pengedaran borang soal selidik, kajian juga melibatkan sesi perbincangan kumpulan berfokus (Focus Group Disscussion – FGD). Sesi FGD ini melibatkan sepuluh orang pelatih yang mewakili keseluruhan pelatih dari kem PLKN ini yang dipilih sebagai Informan kajian.  Informan terdiri daripada lima orang pelatih lelaki iaitu empat orang pelatih Melayu dan seorang pelatih berbangsa Cina. Manakala 5 orang lagi mewakili pelatih wanita iaitu 2 orang berbangsa Melayu dan 3 lagi berketurunan Cina. Difahamkan bahawa tidak terdapat pelatih berbangsa India di dalam Kem PLKN Merang Suria Holiday Camp ini.

Sesi penilaian dibantu oleh guru yang bertugas iaitu Tuan abdul Ghani bin Tuan Mohd Affandi dengan mendapat  kebenaran dari Timbalan Kem Komanden iaitu Kapten Muhammad Farisnizar bin Baser. Menurut mereka lagi, jumlah pelatih di Kem ini ialah seramai 263 orang keseluruhannya.

 

Disediakan oleh: Asnida Abd Hamid & Nur Rifhan Kamaludin

Disunting oleh : Cik Azura Abidin

20160511 plkn juarasarawak

 

11 MEI 2016, SARAWAK: Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dengan kerjasama Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) telah melaksanakan Kajian Penilaian Outcome terhadap Peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2016 di Kem PLKN Juara, Serian, Sawarak. Kajian ini dilaksanakan bagi menilai pencapaian outcome peserta Program PLKN setelah dua bulan atau lapan minggu mengikuti  PLKN bermula Mac sehingga Mei 2016. Seramai 314 pelatih telah mengikuti PLKN di kem tersebut.

Kajian lapangan ini dilaksanakan menggunakan dua kaedah penyelidikan iaitu secara kuantitatif dan kualitatif. Kaedah kuantitatif atau pengedaran borang soal selidik telah dilaksanakan ke atas 100 orang pelatih PLKN. Manakala kaedah kualitatif atau Focus Group Discussion (FGD) telah dilaksanakan ke atas 10 orang pelatih PLKN (5 lelaki dan 5 wanita) yang dipilih secara sukarela menjadi infoman kajian. Turut hadir semasa pelaksanaan kajian lapangan tersebut ialah Pn. Taziah, Timbalan Komandan Latihan PLKN Juara, Pn. Shahhanim Yahya, Eksekutif Penyelidik Kanan, IYRES dan Cik Norhidayah Omar, Eksekutif Penyelidik, IYRES.

Disediakan oleh: Norhidayah Omar & Shahhanim Yahya

Disunting oleh : Cik Azura Abidin

20160511 plkn pdgbesar

 

PADANG BESAR, 11 MEI 2016: Penilaian Outcome Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2016 bagi Negeri Perlis telah dijalankan di Kem Gua Chenderai, Padang Besar Perlis. Kem tersebut mempunyai seramai 257 orang pelatih dan pelatih akan tamat latihan pada 25 Mei 2016. Kajian lapangan ini melibatkan seramai 110 orang pelatih terlibat yang telah mendaftarkan diri secara sukarela bagi menyertai program ini bagi modul PLKN 2.0. Kajian menggunakan dua kaedah penyelidikan iaitu kantitatif (melibatkan 100 orang responden) dan kualitatif (melibatkan 10 orang responden).

Disediakan oleh : Muhammad Azamuddin b Hj Hashim

Disunting oleh : Cik Azura Abidin

20160511 plkn kualakrai

 

KELANTAN, 11 MEI 2016 – Pengumpulan data bagi Kajian Penilaian Outcome Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2016 bagi Negeri Kelantan telah diadakan bertempat di Kem PLKN Batu Jong, Kuala Krai, Kelantan. Kajian lapangan ini melibatkan 100 orang pelatih yang terdiri dari mereka yang mendaftarkan diri secara sukarela untuk menyertai program ini bagi kaedah survey modul PLKN 2.0. Pengumpulan data kajian juga melibatkan kaedah Focus Group Discussion (FGD) yang melibatkan 10 orang pelatih yang terdiri daripada 6 orang kaum Melayu, 2 orang kaum Siam, dan 2 orang kaum Cina.

Menurut komandan kem, Lt. Kol. Shamsudin Jusoh, jumlah keseluruhan peserta PLKN 2.0 yang sedang menjalani program ini di Kem Kuala Krai adalah seramai 257 pelatih yang terdiri daripada 232 orang Melayu, 22 Cina dan 3 orang Siam.

Kajian lapangan ini telah dilaksanakan dengan jayanya hasil komitmen yang baik daripada pihak pengurusan Kem PLKN Batu Jong Kuala Krai, Kelantan dan para pelatih PLKN 2.0, 2016.

Disediakan oleh: Noratiqah Talib & Mohamad Saifful Hassan

Disunting oleh : Cik Azura Abidin

20160507 hbn kelantan

 

GUA MUSANG, 7 MEI 2016 – Penilaian Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2016 peringkat Negeri Kelantan telah diadakan bertempat di Dewan Sivik, Gua Musang. Majlis yang dianjurkan bermula 5 Mei sehingga 7 Mei 2016. Sebanyak 46 acara dianjurkan bagi memeriahkan sambutan Hari Belia Negara peringkat Negeri Kelantan. Majlis sambutan HBN Kelantan dirasmikan oleh YB Tan Sri Tengku Razaleigh Bin Tengku Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang. HBN Kelantan menyasarkan seramai 20ribu belia dikumpulkan dalam festival tersebut.

HBN Kelantan mendapat sambutan meriah daripada penduduk setempat kerana buat julung kali diadakan di Gua Musang.  Secara keseluruhan HBN Kelantan mendapat sambutan yang padu daripada masyarakat setempat dan kerjasama yang erat daripada setiap agensi bagi menjayakan festival tersebut.

 

Disediakan oleh: Muhammad Azamuddin Hashim

Disunting oleh : Cik Azura Abidin

bi

 

Unity Is The Most Important Ingredient For Malaysia To Achieve 2020 Vision.” Tan Sri Dato' Seri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah

PUTRAJAYA, 27 APRIL 2016 - Program Bicara Intelek 3/2016 (IYRES) "KENALI DIRI, HARAPAN KESEJAHTERAAN BELIA" oleh YBhg. Tan Sri Dato' Seri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah, Pengerusi Yayasan MINDA & Mantan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara di Podium A, Menara KBS.

Menurut beliau, generasi belia bertanggungjawab mewarnakan dan mencernakan bagi melaksanakan misi dan visi bagi membawa masyarakat ke arah yang lebih baik. Menerusi tajuk “Kenali Diri, Harapan Kesejahteraan Belia” belia diseru agar bersyukur kerana Malaysia adalah satu Negara yang amat baik dan aman. Sebagai seorang individu dan rakyat di Malaysia khususnya belia, seharusnya menggelakkan perasaan yang kotor dan berbau politik. Beliau berpesan kepada belia Malaysia agar jangan kerana tersilap langkah dan membuat keputusan terburu-buru kerana akan membawa kesan dan padah kepada negara. Katanya lagi ‘Menang Jadi Abu, Kalah Jadi Arang’.

Beliau juga berharap agar belia di Malaysia seharusnya menerapkan amalan mulia dan baik bagi menghindari pelbagai ancaman sama ada dalam atau luar negara sama ada dalam kita sedar atau tidak sedar.

Ibrahim menegaskan bahawa, kita harus berbalik kepada asal bagi proses mengenali diri iaitu Agama telah mengajar kita di mana menerapkan 4 sifat iaitu “Sidiq, Amanah , Tabligh, Fatonah” Iaitu berkata yang benar, amanah, bijaksana dan menyampaikan yang benar. Daripada perspektif menggunakan saluran media massa golongan belia disarankan agar menggunakan dengan sebaiknya sama ada menerusi medium surat khabar, laman sosial, televisyen dan sebagainya.

Akhir kata, beliau menekankan amalan kerja dengan ikhlas tidak mengira kaum, agama dan bangsa kerana kita adalah masyarakat Malaysia yang duduk di bawah satu payung yang sama.

Unit Komunikasi Korporat

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)

 

Disediakan Oleh: Muhammad Zahid Alif Bin Abdul Aziz

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Suntingan: Shariffah Mamat

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

daesh

PUTRAJAYA, 30 MAC 2016 - Program Bicara Intelek dengan membawa tajuk “ISU DAESH DAN RELIGIOUS DEVIANT” anjuran Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah membuka mata belia khususnya belia di Malaysia. Pembentang yang dijemput khas bagi membincangkan topik ini merupakan Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penyelarasan Undang-undang JAKIM, Hajah Norliah Binti Sajuri.

Berdasarkan pembentangan beliau, Daesh merupakan ancaman kepada Agama dan ancaman keselamatan dalam Negara sehingga ke peringkat Antarabangsa. Pemuda-pemuda belia Islam di Malaysia dan Dunia khususnya di peringkat Asia Tenggara berada dalam situasi yang membimbangkan jika terjerumus atau terlibat “dalam kemasukan “Recruitment” kumpulan Daesh ini. Kaedah recruitment bagi memasuki kumpulan ini dilaksanakan secara meluas menerusi media sosial dengan menggunakan versi Bahasa Malaysia.
Menurut beliau lagi, perbezaan Daesh dengan IS (Islamic State) adalah IS merupakan satu terma yang digunakan oleh kebanyakan Islam Radikal malah kalau dilihat dalam Negara kita pergerakan Islam yang cuba dikategorikan sebagai “Deviant Teaching” yang mula mempromosikan dan membuat edaran di Masjid-masjid sebagai contoh pada hari Jumaat di hadapan masjid yang mempromosikan Negara Islam Berkhalifah seiring mempopularkan IS (Islamic State). IS adalah khusus kepada ayat yang membawa maksud Islamic State of Iraq and Syria manakala Daesh pula ayat dalam bahasa Arab.

Teknik atau kaedah untuk menarik seseorang individu agar terlibat dalam kumpulan ini adalah menggunakan senjata “Takhfiri” iaitu mengkufurkan. Mereka melaksanakan tindakan dan keganasan yang tidak dapat kita gambarkan. Secara kesimpulannya, Ketua-ketua ulamak dan ulamak Dunia menyatakan bahawa kumpulan dan Daesh ini adalah golongan yang tersesat dari ajaran Islam. Golongan Daesh ini akan mengkufurkan yang bukan dari golongan kumpulan mereka sendiri iaitu orang luar. Teknik dan kaedah yang mereka gunakan ini berada pada tahap membimbangkan sehingga di peringkat Antarabangsa termasuk Malaysia.

Program Bicara Intelek IYRES ini, dihadiri oleh Ketua Setiausaha KBS, Dato' Lokman Hakim Bin Ali, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS, Dato' Harun Bin Che Su, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KBS, Encik Mazlan Bin Abd Mutalib, Ketua Pegawai Eksekutif (IYRES), Dr. Hjh. Wasitah Hj. Mohd Yusof dan Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Datuk Hatipah Binti Ibrahim. Program berakhir dengan penyampaian cenderahati kepada pembentang dan sesi bergambar beramai-ramai. Nantikan siri Bicara Intelek IYRES yang seterusnya.

 

Disediakan Oleh: Muhammad Zahid Alif Bin Abdul Aziz
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Suntingan: Shariffah Mamat
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

iknow

PUTRAJAYA, 7 APRIL 2016 - Pusat Sumber IYRES (I-KNOW @ IYRES) "IYRES KNOWLEDGE CENTRE" telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Adnan bin Hj. Abu Hassan, Pengerusi Lembaga Pengarah IYRES. Majlis perasmian tersebut diadakan bersempena dengan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah IYRES kali pertama bagi tahun 2016. Turut hadir sewaktu majlis perasmian adalah YBhg. Sahibus Samahah Dato' Arif Perkasa Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin (Mufti Negeri Perlis merangkap Ahli Lembaga Pengarah IYRES.

Pusat Sumber IYRES ini telah dibuka kepada semua dan dijemput kepada semua untuk datang ke Pusat Sumber IYRES bertempat di Aras 10, Menara KBS. Waktu operasi pusat sumber IYRES adalah bermula pada hari Isnin hingga Jumaat dan waktunya adalah bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 4.30 petang.

Untuk makluman semua, kira-kira 3000 naskhah buku-buku yang disediakan di pusat sumber tersebut yang merangkumi Buku, Jurnal, Majalah, Kertas Laporan, Kertas Persidangan, Perundangan dan CD.
Kepada yang berkelapangan untuk mendapatkan informasi terbaru berkenaan Pembangunan Belia Malaysia dan pelbagai informasi yang boleh datang ke pusat sumber IYRES.

Informasi tentang I-KNOW:
Menggunakan Sistem Virtua Pembangunan Sistem Virtua (Integrated Library System).
Sirkulasi Pinjaman: Setiap peminjam boleh meminjam lima (5) buah buku bagi tempoh dua (2) minggu.

Waktu Operasi:
HARI: Isnin – Jumaat
MASA: 9.00 pagi – 4.30 petang
Sabtu & Ahad -Tutup
Cuti Umum - Tutup
Kemudahan Questia Online Library (www.questia.com)

 

Disediakan Oleh: Muhammad Zahid Alif Bin Abdul Aziz
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Suntingan: Shariffah Mamat
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

160412 Berita

KUALA LUMPUR, 05 – 08 APRIL 2016 – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah terpilih bagi mewakili Sektor Sosial dalam pelaksanaan inisiatif Blue Ocean Leadership (B.O.L) sepertimana yang dipersetujui oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia  dalam Mesyuarat Blue Ocean Strategy (NBOS) Summit. Seramai 15 orang pegawai kanan KBS yang merupakan kelompok pengurusan telah mengikuti Makmal Pembangunan Profiling Experts B.O.L @ Ministry selama 4 hari di Dewan Banquet, Bukit Kiara, INTAN. Team B.O.L @ Ministry KBS telah diketuai oleh YBrs. Dr. Hjh Wasitah Hj. Mohd Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES. Makmal yang dilaksanakan oleh INTAN ini bertujuan untuk melahirkan kelompok Profiling Expert bagi setiap kementerian yang menghasilkan Kanvas Kepimpinan di pelbagai peringkat perjawatan kementerian.

YBhg. Dato' Mohamad Zabidi Bin Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, JPA menerusi ucapan beliau mengharapkan agar proses NBOS dapat ditunjangi oleh barisan kepimpinan yang menumpu kepada 4 tahap kecekapan bagi memastikan pelaksanaan NBOS berkesan. 4 teras utama kepimpinan yang berkesan dalam konteks ini adalah:

1)fokus kepada tindakan dan aktiviti pemimpin;

2)strategi berkaitan dengan realiti pasaran;

3)tahap kepimpinan yang bersesuaian di semua peringkat; dan

4)keutamaan kepada aktiviti dan tumpuan masa kepimpinan kepada tindakan dan aktiviti yang berimpak tinggi pada kadar kos yang rendah.

 Justeru itu, pihak kerajaan khususnya JPA berusaha menangani soal kepimpinan yang sememangnya penting dalam menjayakan inisiatif NBOS Kebangsaan.

Sebagai hasilnya, KBS akan mempunyai Team Profil Expert yang mengendalikan penyelidikan kualitatif meliputi 96 responden yang mewakili pelbagai lapisan kepimpinan di peringkat KBS. Hasil daripada kajian ini yang akan mengambil masa selama 3 bulan akhirnya akan dibentangkan di peringkat kepimpinan KBS untuk mendapat mandat seterusnya dibawa ke NBOS yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia .

 

Disediakan Oleh : Nadya Shaffinaz Bajuri

                          Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Disunting oleh   : Dr. Hjh. Wasitah Hj. Mohd Yusof

                          Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

cscc1

 

LAWATAN MENTERI BELIA DAN SUKAN KE CURE & CARE SERVICE CENTRE (CCSC)

KUALA LUMPUR, 05 APRIL 2016 – YB. Encik Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan telah mengadakan lawatan ke Cure & Care Service Centre (CCSC) di Kerinchi, Kuala Lumpur. Lawatan tersebut bertujuan untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan operasi rawatan dan pemulihan yang dijalankan di pusat tersebut yang merupakan Pusat Aktiviti Harian bagi mereka yang memerlukan perkhidmatan berhubung dengan permasalahan dadah. Beliau juga telah mendengar taklimat berkaitan Kajian Penggunaan Metadon Ke Atas Klien CCSC oleh Pihak Universiti Malaya dalam majlis lawatan tersebut.

Lawatan tersebut turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Lokman Hakim Bin Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Datuk Hatipah Bt Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Belia Sukan Negeri, YBhg. Dr. Hajah Wasitah Hj Mohd. Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES, Yang Berusaha Tuan Izhar Bin Abu Talib, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), serta Yang Berusaha Prof. Dr. Adeeba Bt Kamarulzaman, Pengarah Centre of Excellence For Research In Aids.

CCSC telah dibina sebagai pusat yang memberikan perkhidmatan rawatan dan pemulihan kepada mereka yang menghadapi permasalahan dadah dalam komuniti. Dengan menyediakan perkhidmatan berkonsepkan ‘caring’, belia yang bermasalah dengan dadah boleh mendapatkan khidmat nasihat, rawatan serta pencegahan dari terlibat dengan dadah. Malah YB. Encik Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan juga menyokong serta menawarkan untuk memberi kerjasama dengan melibatkan Institusi Kemahiran Belia Negeri (IKBN) melalui Agensi Antidadah Kebangsaaan (AADK) dalam aktiviti pencegahan dan juga rawatan yang disediakan.

KBS dan AADK  juga telah membincangkan berhubung kaedah yang dirasakan wajar bagi menyokong pembangunan belia iaitu dengan mengambilkira pendekatan bahawa seorang belia yang ditangkap dan diberi rawatan hendaklah dilihat sebagai pesakit yang memerlukan rawatan dan bukan penjenayah. Selain itu, KKM wajar membuat penyelarasan dengan semua pihak yang terlibat dalam program pemulihan dan sokongan yang dilaksanakan. AADK juga wajar melihat semula KPI dengan meletakkan jumlah penagih yang berjaya dipulih bagi melahirkan persepsi yang positif terhadap belia dalam kalangan masyarakat.  

Disediakan Oleh :    Nadya Shaffinaz Bajuri

                                 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

berita 16032016

PUTRAJAYA, 15 MAC 2016 – Kementerian Belia dan Sukan telah menganjurkan Majlis Jasamu Dikenang YBhg. Dato’ Sri Jamil Bin Salleh, Mantan Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Belia dan Sukan di Dewan Podium, Menara KBS, Putrajaya. Majlis tersebut turut meraikan kenaikan pangkat beliau daripada Jusa A ke Turus 3 serta pertukaran beliau ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bermula pada 15 Mac 2016. Majlis tersebut juga meraikan YBhg. Dato’ Lokman Hakim Ali yang turut  dinaikkan pangkat menjadi Ketua Setiausaha KBS.

Di majlis tersebut, YBhg. Dr. Hajah Wasitah Hj. Mohd Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES  telah menyampaikan cenderamata kepada YBhg. Dato’ Sri Jamil Bin Salleh, sebagai tanda penghargaan jasa yang telah dicurahkan selama beliau berkhidmat di Kementerian Belia dan Sukan.

Disediakan Oleh :    Nadya Shaffinaz Binti Bajuri 

asean 3

PNOM PENH, 14 -15 MAC 2016 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah menerima undangan daripada Kementerian Pendidikan, Belia dan Sukan Kemboja untuk menghadiri Bengkel Asean Work Plan On Youth 2016 – 2020 & Proposed Asean Youth Development Index (YDI) di Kemboja. Pn. Shahhanim Yahya dan En. Mohd. Rizal Sham telah menghadiri bengkel tersebut bagi meyumbangkan kepakaran, idea, pendapat dan pengalaman dalam penyediaan #Myindexbelia untuk diimplimentasikan di peringkat ASEAN. Bengkel tersebut turut dihadiri oleh YBhg. Dr. Zainah binti Shariff, Pengarah   
Bahagian Pembangunan Belia, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Pelaksanaan bengkel tersebut merupakan kesinambungan daripada ASEAN Ministerial Meeting on Youth (AMMY) dan Senior Officials Meeting on Youth (SOMY) yang telah diadakan pada tahun lalu di Siem Reap. Bengkel tersebut merupakan platform bagi membincangkan polisi dan strategi bagi memajukan sektor Belia dalam ASEAN melalui peringkat akhir Pelan Kerja ASEAN mengenai Belia (Asean Work Plan On Youth).

asean1

Disediakan Oleh :    Nadya Shaffinaz Bajuri

                                 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

mem3

Abu Dhabi, 8-9 Mac 2016 – YBhg. Dr. Hjh. Wasitah Hj. Mohd Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES telah dijemput sebagai Panelis bagi Program 21st Annual Conference, Abu Dhabi United Arab Emirates anjuran  The Emirates Centre for Strategic Studies and Research (ECSSR). Beliau telah membentangkan The Role Of Malaysian Youth Index As Result Based Management For Malaysian Youth Policy kepada 500 orang peserta dari 11 buah negara termasuk dari Malaysia. Antara topik yang dikongsikan dalam pembentangan tersebut adalah Latarbelakang IYRES yang berperanan sebagai pusat rujukan utama pembangunan belia di peringkat nasional dan antarabangsa, Framework of Youth Development, Why Are The Youth Important For Our Country, What Are Key Insights On Malaysian Youth, Malaysian Youth Policy, Malaysian Youth Challenges dan Relationship Of MYI’15 & MYP.

Harapan IYRES semoga dengan penglibatan IYRES dalam program tersebut, akan dapat meningkatkan lagi profil IYRES di peringkat antarabangsa pada masa akan datang serta menyumbang kepada agenda pembangunan belia di Malaysia.

Disediakan oleh :

Nadya Shaffinaz Bajuri 

roy GBIM

PUTRAJAYA, 9 MAC 2016 – Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia ( ROY ) hari ini dikunjungi dua belia yang berjiwa besar dan bercita-cita tinggi untuk membangunkan imej belia Malaysia di mata dunia.
Kunjungan Presiden Gerakan Belia Inspirasi (GBIM), Yoga dan Setiausahanya, Najib adalah untuk membincangkan proses penubuhan pertubuhan peringkat Nasional di samping memohon semakan terperinci berkenaan Perlembagaan GBIM.
Dalam pertemuan ini, Penolong Pendaftar ROY bersama-sama berbincang dan membuat percambahan fikiran tentang cara-cara penubuhan pertubuhan bercawangan yang agak rumit daripada proses penubuhan tunggal.
Perlembagaan mereka juga telah disemak dan terdapat beberapa perkara yang perlu ditambah baik. Sempena kehadiran mereka hari ini, GBIM ini turut bertemu dengan Pendaftar dan Ketua Penolong Pendaftar ROY untuk beramah mesra dan berkenal-kenalan. Pendaftar memuji semangat dan kecekalan mereka untuk mendaftarkan pertubuhan peringkat kebangsaan.
Oleh : Sarah Maria Izuma Saruji (ROY HQ)
Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

berita 2032016

Tahniah diucapkan kepada Pengerusi Lembaga Pengarah (IYRES), Dato' Haji Adnan Abu Hassan diatas Penganugerahan Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) yang Membawa Gelaran Dato'.

Seluruh Warga Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) mengucapkan Tahniah dan syabas diatas Penganugerahan tersebut.

Semoga (IYRES) terus maju dan melonjak kehadapan dibawah kepimpinan Dato'.

  ___________________________________________________________________

Unit Komunikasi Korporat

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)

Disediakan Oleh: Muhammad Zahid Alif Bin Abdul Aziz

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

berita 3D 01032016

PUTRAJAYA, 27 FEBRUARI 2016 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah menganjurkan Persidangan Meja Bulat Belia yang bertajuk ‘3D Industries (Dirty, Dangerous, Difficult)’, di Podium Menara Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS).

Persidangan ini diadakan adalah untuk membincangkan isu semasa yang telah menjadi “viral” di laman media sosial dan menjadi topik perbualan hangat khususnya golongan belia diMalaysia.

Melalui Persidangan ini, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) membuka ruang kepada belia untuk berbincang serta menyuarakan pandangan dan pendapat berkenaan kesediaan golongan belia menceburi bidang Pekerjaan 3D iaitu Dirty, Dangerous dan Difficult (Kotor, Bahaya dan Sukar). Inisiatif bagi memahami situasi ini dilaksanakan bagi merapatkan jurang pengetahuan dan pemahaman antara keperluan pihak kerajaan mengambil pekerja asing yang dihadkan dalam sektor pembinaan, perladangan dan perkhidmatan dengan fenomena yang dikatakan tidak menerima permintaan daripada belia tempatan yang amat memilih pekerjaan.

Hasil dari persidangan ini, sebanyak 12 resolusi telah dipersetuiui di termasuk menyeru pihak kerajaan agar memberi penerangan yang lebih jelas dan terperinci  berhubung maklumat dan maksud sebenar yang dikatakan pekerjaan di bawah sektor 3D kepada kumpulan sasar khususnya golongan belia. Penerangan ini membantu pihak dalam menentukan apakah sector 3D sebenarnya yang mampu menyelesaikan konflik dan seterusnya bidang pekerjaan 3D dalam kalangan Belia tempatan.

Persidangan diakhiri dengan pembentangan resolusi oleh moderator persidangan, Mohd Alifh Abu Hassan dan penyerahan resolusi persidangan daripada wakil belia kepada Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Belia dan Sukan(KBS), Datuk Lokman Hakim Ali dengan di saksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (IYRES) YBhg. Dr. Hajah Wasitah Mohd Yusof.

Resolusi ini akan diangkat kepada Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB. Encik Khairy Jamaluddin agar dapat dikemukakan ke peringkat Kabinet.


Unit Komunikasi Korporat

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)

Disediakan Oleh: Muhammad Zahid Alif Bin Abdul Aziz

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Suntingan: Wan Nor Iza Binti Mohd Nor

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

berita 01032016

PUTRAJAYA, 28 FEBRUARI 2016 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah melaksanakan Program Bicara Intelek Siri 1/2016 bagi membincangkan “Fitrah dan Implikasi dalam Kehidupan Belia dan Masyarakat” yang dibentangkan oleh Pengerusi Pertubuhan Amal Mabrur Malaysia, Ustaz Haji Muhammad Hasnil Bin Abu Bakar di Dewan Serbaguna Menara KBS.

Ustaz Haji Muhammad Hasnil dalam pembentangan berkata “Pendidikan daripada ibubapa perlu diberi perhatian yang lebih teliti supaya tidak menjejaskan sifat-sifat fitrah yang ada pada setiap manusia sejak azali dimana mampu melahirkan pemikiran masyarakat yang lebih positif dan berkualiti khususnya golongan belia di Malaysia”.

Lantaran itu, satu pesanan daripada beliau yang boleh diamalkan oleh semua yang hadir iaitu "Jangan Putus Berdoa, doa adalah "Mughkul Ibadah" otak kepada ibadah dan merupakan kemuncak kepada ibadah. Jadi janganlah kita putus berdoa kepada Allah S.W.T kerana doa merupakan senjata umat Islam".

Program “Bicara Intelek” “Fitrah dan Implikasi dalam Kehidupan Belia dan Masyarakat”  membawa satu perbincangan dan perkongisan ilmu secara terbuka dan santai yang dapat menghimpunkan warga Team KBS disemua peringkat dan kakitangan kerajaan dari pelbagai kementerian untuk bersama-sama dapat ilmu disamping melakukan transformasi diri agar lebih cemerlang sekaligus menjadikan ia sebagai satu platform dalam sesuatu bidang intelektual. Sehubungan dengan itu, program ini mampu menyumbangkan kepada pembangunan sumber manusia di Kementerian atau Agensi yang tertentu bagi membentuk pemikiran yang baru demi generasi masa hadapan.

Program Bicara Intelek ini dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif (IYRES), Dr. Hajah Wasitah Mohd Yusof dan turut hadir ialah, Setiausaha Bahagian, Encik Mazlan Bin Abd Mutalib.

 

Unit Komunikasi Korporat

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)

Disediakan Oleh: Muhammad Zahid Alif Bin Abdul Aziz

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Suntingan: Wan Nor Iza Binti Mohd Nor

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

berita 02 17022016

PUTRAJAYA, 17 FEBRUARI 2016 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) melalui Unit Pengurusan Maklumat telah mengadakan Kursus Adobe Illustrator kepada kakitangan IYRES & Team KBS.Seramai 21 orang Team IYRES & turut disertai oleh unit ICT KBS mengikuti kursus selama dua (2) hari yang diadakan pada 15 Februari 2016 dan 17 Februari 2016 bertempat di Makmal Komputer ICT, KBS.

Unit Komunikasi Korporat

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)

Disediakan Oleh: Muhammad Zahid Alif Bin Abdul Aziz

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Suntingan: Shariffah Mamat

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

berita 19022016

PUTRAJAYA, 17 FEBRUARI 2016 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) menerusi Sistem E-Belia telah dianugerahkan sijil Penghargaan yang telah disenaraikan diantara 20 sistem dalam Projek Rintis Galeri Applikasi Mudah Alih, Applikasi Kerajaan Malaysia (GAMMA).

Penganugerahan sijil tersebut disampaikan oleh YBhg. Dato' Sri Zainal Rahim Bin Seman (Ketua Pengarah Mampu) kepada YBhg. Dr. Hajah Wasitah Mohd Yusof (Ketua Pegawai Eksekutif IYRES).

Unit Komunikasi Korporat

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)

Disediakan Oleh: Muhammad Zahid Alif Bin Abdul Aziz

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Suntingan: Shariffah Mamat

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

berita 17022016

PUTRAJAYA 15 Feb. - Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersedia mengurangkan jumlah kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh ke Malaysia sekiranya pekerjaan sektor 3D iaitu bahaya, kotor dan sukar mendapat sambutan daripada rakyat negara ini.Ketua Setiausahanya,Datuk Seri Alwi Ibrahim menegaskan, kementerian sentiasa mengutamakan rak­yat dalam sebarang urusan pengambilan tenaga kerja di negara ini.

“Buat masa ini, pihak industri masih memerlukan khidmat pekerja-pekerja asing untuk sektor 3D. Menurut statistik, KDN telah menerima 352,981 permohonan daripada majikan untuk mendapatkan pekerja asing pada tahun lalu.
“Kita juga menerima kira-kira 400 permohonan sehari daripada majikan untuk mengambil pekerja asing. Jadi, tidak adil hendak me­nuduh KDN mempunyai agenda lain,” katanya.
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini menegaskan, jumlah kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh ke Malaysia bukannya dilakukan secara sere­ntak sebaliknya dibuat berperingkat-peringkat merangkumi tempoh tiga hingga lima tahun.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, tiada angka mutlak bagi jumlah kemasukan pekerja Bangladesh kerana pengambilan akan bergantung kepada keperluan sebenar pihak majikan di negara ini dan kelayakan serta kemampuan setiap majikan untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan. Dalam pada itu, Alwi menjelaskan, kerajaan memberi jaminan tidak akan mendakwa majikan yang menyertai Program Penggajian dan Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).
Beliau berkata, sebaliknya majikan hanya akan dikenakan kompaun sebanyak RM800 kerana menggaji PATI berbanding undang-undang sedia ada yang membenarkan majikan didakwa dan didenda sehingga RM10,000.
- See more at: http://www.utusan.com.my

 DSC6754

JOHOR BAHRU – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dengan kerjasama Iskandar Regional Development Authority (IRDA) akan melaksanakan Projek Smart Youth Commnunity (SYC)sebagai projek ‘Pelaksanaan Strategi Intervensi bagi menangani golongan Belia Berisiko Tinggi di Wilayah Iskandar. Projek ini dihasilkan menerusi hasil kajian yang dilaksanakan oleh pihak IYRES dan IRDA iaitu Kajian Menangani Isu Belia Berisiko Tinggi Wilayah Iskandar yang telah dilaksanakan bermula pada bulan Januari – Disember 2015.

Pelaksanaan projek ini telah menggunakan pendekatan kaedah kajian kes iaitu dengan mengenal pasti kawasan kejiranan yang menjadi platform yang sesuai bagi melaksanakan strategi intevensi bagi menangani isu belia berisiko.

Berdasarkan kerjasama yang efektif dengan pelbagai agensi berteraskan pendekatan National Blue Ocean Strategi (NBOS), profil belia berisiko telah diperoleh dan difokuskan kepada kelompok sasaran, dua (2) kawasan dalam wilayah Iskandar iaitu kawasan Pasir Gudang (Taman Cendana & Desa Mutiara) dan Kulai Jaya (Flat Temenggung & Felda Taib Andak).

Pembentangan hasil kajian tersebut telah mewujudkan satu pendekatan yang menyeluruh dan komprehensif bagi membangunkan golongan belia berasaskan kepada kekuatan atau potensi yang ada dalam diri mereka. Di samping itu, faktor persekitaran seperti kawasan tempat tinggal dan pengaruh komuniti tempat tinggal mereka juga perlu diubah bagi menyediakan golongan ini kepada persekitaran hidup yang lebih kondusif dengan menyediakan peluang pekerjaan, menggalakkan minat, kemahiran dan kemampuan golongan Belia. Melalui pendekatan secara in-situ ini adalah dijangkakan akan dapat membanteras penglibatan golongan belia dengan anasir-anasir yang mendedahkan mereka kepada aktiviti yang berisiko.

Unit Komunikasi Korporat Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)

Disediakan Oleh: Muhammad Zahid Alif Bin Abdul Aziz (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

Suntingan: Shariffah Mamat (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

 

 DSC7274

KOTA KINABALU, 7 JANUARI 2016 – Sabah muncul sebagai negeri pertama yang mempunyai Indeks Belia Sabah 2015 (IBS’15) yang akan menjadi penanda aras bagi mengukur tahap kesejahteraan hidup belia serta menyediakan input bagi penggubalan polisi atau dasar untuk pembangunan holistik golongan belia khususnya di Sabah. IBS’15 juga dihasilkan menerusi kerjasama antara Institute For Youth Research Malaysia (IYRES) sebuah agensi dibawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS).

Seiring dengan Indeks Belia Malaysia yang dilancarkan pada 8 September 2015 lalu, tahap kesejahteraan hidup belia di Sabah berada pada tahap sederhana dengan skor keseluruhan IBS’15 adalah 68.68 berdasarkan kepada 12 domain dan 55 indikator. Hasil daripada IBS’15 kerajaan negeri dan agensi-agensi di bawah kerajaan negeri Sabah akan menyediakan perancangan dan program yang lebih menepati sasaran.

IBS’15 juga akan memandu pelan tindakan bagi meningkatkan kesejahteraan hidup belia di Sabah serta sebagai indikator bagi mengukur pencapaian Dasar Belia Malaysia dan Dasar Belia Sabah.

YAB. Datuk Seri Panglima Musa Aman, (Ketua Menteri Sabah) dalam ucapannya merakamkan ucapan tahniah kepada Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) serta Kementerian Belia dan Sukan atas komitmen tinggi serta kerjasama pintar mereka dalam menjayakan pelancaran IBS’15.

Katanya kerajaan negeri akan terus menyokong sebarang usaha menggembeleng kemahiran dan kepakaran belia yang merupakan aset berharga untuk menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negeri Sabah.

Menurutnya selaras dengan prinsip kerajaan negeri yang mesra belia dan bersesuaian dengan keperluan 'penurunan kuasa' serta konsep 'Dari Belia Untuk Belia',kerajaan negeri akan terus memberi kepercayaan dan mengupayakan Majlis Belia Sabah (MBS) bersama 14 anggota gabungannya dalam merangka dan melaksanakan program belia yang sesuai dengan aspirasi belia masa kini.

"Bagi merealisasikan Agenda Pembangunan Memperkasa Belia dan Mempersiapsiaga Modal Insan, kerajaan negeri Sabah dalam Bajet 2016 telah menyediakan peruntukan lebih RM200 juta kepada pelbagai agensi untuk melaksanakan program-program latihan, pembelajaran, kemahiran, keusahawanan, pemantapan jati diri, peradaban serta 'peningkatan keupayaan dan semangat berpasukan'," katanya.

Unit Komunikasi Korporat
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)

Disediakan Oleh: Muhammad Zahid Alif Bin Abdul Aziz (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

Suntingan: Shariffah Mamat (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

 DSC7085

KUANTAN, 22 Disember 2015 -Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang telah menganjurkan Program Mini Talk Show #MYindexbelia Negeri Pahang bertempat di Rumah Tamu dan Kelab Pegawai Kerajaan Negeri Sri Gelora, Kuantan, Pahang.

Mini Talk show Indeks Belia Malaysia (IBM’15) ini bertujuan bagi menyebarluas dan memberi pendedahan kepada belia serta pemegang taruh pembangunan belia berkaitan Indeks Belia Malaysia 2015 (IBM'15) agar lebih sensitif dengan perubahan dalam indikator yang diukur. Indeks Belia Malaysia 2015 juga merupakan satu petunjuk kepada kesejahteraan hidup generasi belia di Malaysia bagi menilai semula keberkesanan program yang telah dilaksanakan dan juga menambah baik program yang akan datang.

Program yang disertai seramai 110 orang dimulakan dengan sesi Pembentangan oleh Dr. Wan Hasmawati Wan Ismail dari Jabatan Kesihatan Negeri Pahang dengan tajuk Kesihatan Mental dalam kalangan Belia dapat dirumuskan tentang tanda-tanda tekanan mental, punca-punca tekanan mental dan bagaimana menangani tekanan mental dalam kalangan belia. Pemilihan skop pembentangan adalah selaras dengan Domain Kesihatan yang terkandung dalam IBM’15.

Sesi pembentangan bagi Mini Talk Show #MYindexbelia dimoderatorkan oleh Encik Wan Emril Nizam Wan Embong, Naib Presiden Majlis Belia Negeri Pahang dan ahli panelis terdiri daripada Pn. Wan Nor Iza Mohd Nor, Pengurus Bahagian Khidmat Pengurusan IYRES, dan Pn. Shariffah Mamat, Eksekutif Penyelidik Kanan IYRES. Turut hadir di Mini Talk Show Tersebut adalah ahli Think Tank IYRES, Kluster Teknologi Maklumat dan Komunikasi Prof. Madya Dr. Muhammad Nubli Abd Wahab dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Presiden Majlis Belia Negeri Pahang, En. Khairul Amin Bin Osman .

Melalui penyebarluasan ini adalah diharapkan agar golongan belia khususnya belia di Malaysia dan penggubal dasar bersama-sama mengembeling tenaga dalam menyumbang kepada peningkatan IBM yang seterusnya. Penyebarluasan ini akan diteruskan bagi tahun 2016.

Unit Komunikasi Korporat

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)

Disediakan Oleh: Muhammad Zahid Alif Bin Abdul Aziz (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

Suntingan: Shariffah Mamat (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

KIK

PUTRAJAYA, 14 DISEMBER 2015: Bersempena dengan Sambutan Hari Inovasi Peringkat Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah membuka pameran hasil kejayaan Kumpulan Der-Forsher IYRES memenangi tempat ketiga bagi kategori pengurusan dalam Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) tahun 2015 anjuran Khidmat Pengurusan KBS. Turut hadir semasa pameran tersebut YB. Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan Malaysia dan Dr. Hjh Wasitah Hj. Mohd Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES.

 

 

berita 01122015

SELANGOR, 30 NOVEMBER 2015 - Indeks Belia Malaysia (IBM) 2015 menunjukkan tahap kesejahteraan belia Malaysia berada pada tahap sederhana iaitu dengan skor 70.22. Hasil kajian menunjukkan terdapat banyak lagi ruang dan penambahbaikan yang perlu dilaksanakan secara bersepadu dengan melibatkan semua pemegang taruh dalam agenda pembangunan belia.

Bagi merealisasikan hasrat tersebut, KBS mengambil inisiatif strategik menerusi pelaksanaan #MYindexbelia sebagai salah satu teras dalam Pelan Transformasi Perkhidmatan Awam 2016. Inisiatif #MYindexbelia memberikan penekanan dari aspek pendekatan program di KBS kepada tiga (3) domain utama dalam belia iaitu Kesejahteraan Ekonomi, Waktu Senggang dan Potensi Diri. Pembentangan pelan Transformasi (LAB Transformasi Perkhidmatan Awam 2.0) 2016 yang dibentangkan kepada YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia.

Jangka masa pelaksanaan #MYindexbelia akan bermula pada bulan November 2015 sehingga Disember 2016. Gerak kerja peningkatan kualiti kesejahteraan hidup belia ini menjadi lonjakkan kepada KBS bagi pembentukan Technical Working Group (TWG) antara Agensi Pusat (EPU) dan Kementerian-kementerian yang berkaitan.

Penetapankualiti kesejahteraan hidup belia akan membantu semua pemegang taruh berkaitan pembangunan belia daripada segi penggubalan polisi belia dan perancangan Rancangan Malaysia dalam masa lima (5) tahun yang lebih jelas.

Disediakan Oleh: Muhammad Zahid Alif Bin Abdul Aziz (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

Suntingan: Shariffah Mamat (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

 

Kuala Lumpur, 4 Oktober 2015 - Pertubuhan Kebaikan Malaysia (Kindness Malaysia) telah menganjurkan pertandingan mini futsal antara 2 rumah anak yatim iaitu Asrama Darul Falah (ASDAF) dan Madrasah Hashimiah (Anak Yatim dan Miskin Muslim, Rohingya), Selayang serta sukarelawan bertempat di KSL Futsal, Sri Gombak, Kuala Lumpur.

 Seramai 9 pasukan yang bertanding pada hari tersebut. 4 pasukan anak-anak yatim lelaki dan 2 pasukan anak-anak yatim perempuan bersama 3 pasukan sukarelawan dari Kindness Malaysia dan juga Gelombang Biru yang turut bersama dalam menjayakan mini futsal tersebut. Pertandingan mini futsal ini telah diadakan sebagai inisiatif untuk menghiburkan, memberi perhatian serta  menyuntik semangat berpasukan di samping menanamkan minat bersukan dalam kalangan anak-anak tersebut.

 Pertandingan mini futsal berakhir dengan penyampaian hadiah yang ditaja oleh IYRES sebanyak 10 buah hamper dan disampaikan oleh Encik Shah Romnizam Bin Ramli, wakil daripada IYRES. Pihak IYRES berharap agar jalinan ukuhwah dapat dieratkan lagi dalam program yang akan datang.

 Disediakan Oleh         :    Raja Shahida Binti Raja Hassan

Disunting oleh             :    Nadya Shaffinaz Bajuri

PUTRAJAYA, 30 SEPTEMBER 2015 - Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah menganjurkan program Lucheon Talk Siri 1/2015 dengan membawa topik ‘Cabaran Anjakan Ekonomi’ yang disampaikan oleh YBhg. Dr. Yusof Saari, Pensyarah Kanan, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Putra Malaysia.

Program yang dilaksanakan selama satu jam ini telah berkongsi pengetahuan dan membincangkan isu-isu semasa ekonomi dalam pembangunan belia yang boleh dijadikan panduan dalam pengurusan di Kementerian Belia Sukan. Perkongsian tersebut dapat memberi gambaran situasi ekonomi terkini kepada peserta yang terdiri daripada pihak yang berperanan penting dalam merangka, merancang dan merencanakan agenda pembangunan belia di Malaysia.

Antara isu yang dibincangkan ialah ‘Di Mana Kita Dalam Ekonomi Global?’ ‘Perancangan Tempoh Pertengahan Ekonomi’, ‘Kebergantungan Diversifikasi dan Komoditi’ dan Ketidaksepadanan Kelulusan Pendidikan dan Pekerjaan Belia’. Topik-topik tersebut juga telah dikaitkan dengan impak tukaran matawang yang berlaku kini serta belanjawan 2016.

Di akhir program, penyampaian cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada YBhg. Dr. Yusof Saari sebagai penceramah telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Harun bin Che Su, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik).

 

Disediakan Oleh :    Nadya Shafinaz Binti Bajuri 

IPOH, 13 September 2015 - Pelancaran program Fit Malaysia peringkat Negeri Perak telah diadakan di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh, Perak. Program tersebut telah dimulakan seawal jam 7.30 pagi dengan pelepasan bagi acara larian dan berbasikal oleh YAB Menteri Besar Ipoh dan YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

Program tersebut telah dirasmikan oleh YB Khairy Jamaluddin. Program tersebut telah dianggarkan penyertaan seramai 15,000 dari seluruh Negeri Perak .

IYRES turut terlibat dalam menjalankan Penilaian Partisipasi Masyarakat Dalam Amalan Gaya Hidup Cergas melalui Program Fit Malaysia Perak. Seramai 10 orang enumerator telah terlibat dalam urusan pengedaran borang soal selidik kepada 200 orang responden bagi penilaian ini. Responden yang terlibat juga merupakan peserta dan pengunjung program Fit Malaysia Perak. Manakala bagi penilaian berbentuk kualitatif pula, IYRES telah mengadakan satu sesi perbincangan kumpulan berfokus (FGD- Focus Group Discussion) kepada 10 orang wakil daripada golongan pelaksana dan urusetia program tersebut.

 

Disediakan oleh       :    Asnida Abd Hamid

Disunting oleh          :    Nadya Shaffinaz Bajuri  

PUTRAJAYA, 8 SEPTEMBER 2015 - Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah melancarkan Indeks Belia Malaysia 2015 (IBM’15) yang disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB En. Khairy Jamaluddin di Podium A, Menara KBS semalam.

IBM’15 merupakan tools dalam  mengukur kesejahteraan hidup belia yang berumur  15 hingga 35 tahun di Malaysia. IBM’15 ini dibangunkan bermatlamat menjadi rujukan dan panduan kepada  pihak yang terlibat dengan agenda pembangunan belia terutamanya pihak Kementerian belia dan Sukan sepertimana yang telah dilaksanakan oleh  ‘IBM 2011’. Disamping itu, mereka juga dapat menilai semula keberkesanan program yang telah dilaksanakan dan juga menambah baik program yang akan datang.

Kepentingan IBM’15 ini merupakan sebagai penanda aras untuk mengukur tahap kesejahteraan hidup belia untuk menyediakan input bagi pembentukan atau menggubal polisi dan dasar.

Kajian IBM’ 15 ini telah melibatkan seramai 6,098 orang responden (Melayu 57.10%, Cina 18.35%, India 14.51% dan lain-lain 10.04%) di seluruh Malaysia dengan menggunakan kaedah tinjauan dan survei dengan menggunakan borang soal selidik. Kajian ini mewakili populasi belia yang melibatkan etnik, lokaliti, jantina dan pelbagai latar belakang.

Hasil pelaporan IBM’15 menunjukkan tahap kesejahteraan belia Malaysia berada pada tahap sederhana iaitu dengan skor 70.22. Hasil dapatan menunjukkan bahawa terdapat banyak ruang serta penambahbaikan yang perlu dilaksanakan secara bersepadu dengan semua pemegang taruh pembangunan belia  sama ada agensi kerajaan mahupun pihak NGO bagi melahirkan belia yang unggul serta mampu mendepadi segala cabaran pada masa hadapan.

 

Dengan terlaksananya majlis Pelancaran IBM’15 ini, kewujudan IBM’15, dapat dimaklumkan kepada semua pihak yang memainkan penting dalam agenda pembangunan belia di Malaysia dan hasil penyelidikan IYRES ini dapat memantapkan lagi perancangan dari segi polisi dan dasar belia di pelbagai lapisan dan peringkat.

 

Disediakan Oleh :    Muhammad Zahid Alif Bin Abdul Aziz

Disunting oleh     :    Nadya Shafinazz Binti Bajuri

 

 

 

PUTRAJAYA, Ogos 2015 – Pengerusi Biro Pendidikan dan Pembangunan Keluarga, YBrs. Dr. Wasitah Hj. Mohd. Yusof, juga merangkap Ketua Pegawai Eksekutif IYRES dan suami, Pengerusi Biro Sukan Puspanita, YBhg. Datin Rosni Binti Koronay dan suami, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, YBhg. Dato' Ahmad Shapawi bin Ismail, merupakan antara yang dirai dalam majlis bacaan yassin dan doa selamat untuk bakal jemaah haji ahli PUSPANITA Cawangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta warga kementerian baru-baru ini. Selain itu, antara pegawai dan kakitangan KBS yang turut serta bagi menunaikan rukun Islam kelima itu pada tahun ini ialah Encik Azunan Daud, Ketua Audit Dalam KBS, Encik Badrulsham bin Idris serta Puan Rokiah binti Ibrahim.

 

Majlis anjuran Biro Kebajikan dan Agama PUSPANITA KBS dengan kerjasama Biro Agama dan Kebajikan Kelab ‘Team KBS’ ini bagi mendoakan keselamatan, selamat pergi dan kembali, diberikan kesihatan dan kekuatan untuk melakukan ibadah haji dengan sempurna serta mendapat haji yang mabrur. Majlis tersebut juga bertujuan menyuntikkan azam dan impian kepada para hadirin dan jemputan untuk ke tanah suci bagi mengerjakan ibadah haji pada masa akan datang serta meletakkan urusan mengerjakan haji lebih utama daripada keinginan-keinginan yang lain.

 

Majlis yang dipimpin oleh Ustaz Mohamad Tahir B. Kamis daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KBS turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Jamil Bin Salleh, Ketua Setiausaha KBS serta isteri YBhg Datin Asmah Bin Samat selaku Pengerusi PUSPANITA Cawangan KBS.

 

Di akhir majlis, YBhg Datuk Jamil Bin Salleh merangkap Penaung Puspanita dan isteri menyerahkan sumbangan ikhlas kepada bakal jemaah haji dan mendoakan semoga bakal jemaah haji dikurniakan kesihatan yang baik dan memperoleh haji yang mabrur.  

 

Disediakan oleh : Raja Shahida Raja Hassan

Disunting oleh : Nadya Shaffinaz Bajuri

Program Persidangan Meja Bulat  Belia : Hutang Belia Terbebankah Anda ? yang disempurnakan oleh Dr Aisyah Bin Kasa , Pengurus Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) mendapat  sambutan dan galakkan dari  Belia  kerana membawa  isu-isu yang menarik dan tidak bosan untuk diperbincangkan. Program persidangan meja bulat tersebut banyak mengupas  perkara yang menyebabkan seseorang belia itu bankrap atau muflis dan  mengenai kos sara hidup belia di era 2015 ini.

Kos sara hidup yang semakin tinggi menyebabkan kebanyakan daripada kita dan khususnya kepada golongan belia yang berumur dari 18 hingga 35 tahun menjadi tertekan dan kerana tidak dapat mengurus kewangan dengan baik akhirnya berhutang dan tidak dapat dibayar dan menyebabkan seseorang itu menjadi muflis.

Muflis atau bangkrap adalah perkataan yang paling sinonim kerana sekiranya ia berlaku banyak kesan buruknya, Setiap orang apabila ditanyakan soalan berkaitan kepentingan wang dalam kehidupan biasanya, ada yang menjawab “wang bukan segala-galanya” dan ada juga yang “menjawab tanpa wang kita tidak boleh hidup di dunia ini “.

Kebankrapan merujuk kepada satu proses dimana seorang penghutang diistiharkan muflis melalui perintah mahkamah,segala harta kepunyaaan bankrap terletak hak kepada ketua pengarah Insolvensi dan ketua pengarah Insolvensi bertanggungjawab untuk menghasilkan dan menjual harta tersebut. Tambahnya lagi, hasil jualan harta akan diagihkan kepada pemiutang yang memfailkan bukti hutang dalam kes kebankrapan bankrap.’kata En. Joseindra Abu Senin’, wakil dari Jabatan Insolvensi (MDI).

Justeru itu, perlu diingatkan dari peringkat remaja lagi agar mengawal perbelanjaan dengan bijak dan jangan ikut nafsu semasa berbelanja kerana secara purata, setiap hari dianggarkan terdapat 14 orang diisytiharkan muflis atau bangkrap di negara ini. Hal ini berlaku kerana sikap suka berbelanja lebih daripada pendapatan.

Hari ini, semakin ramai belia yang muflis, gara-gara menanggung beban hutang yang serius seperti kad kredit, pinjaman membeli kereta dan pinjaman peribadi. Sebanyak 50 peratus daripada mereka ialah pemegang kad kredit yang berusia di bawah 30 tahun, Lebih menyedihkan 15 peratus daripada mereka tiada tabungan dan 37 peratus lagi tidak pernah memikirkan persediaan untuk persaraan. Perancangan kewangan yang lemah dan kurangnya pengetahuan mengenai pengurusan wang menjadi faktor utama masalah hutang. Hal ini membawa kepada bebanan hutang pada usia muda akibat berbelanja secara berlebihan.

Gaya hidup di luar kemampuan sering menjadi punca utama masalah kewangan yang semakin meruncing dalam kalangan remaja. Mereka merasakan status orang muda bagaikan tercabar sekiranya tidak mengikut trend masa kini dari segi penampilan dan gajet. Hal ini membawa kepada bebanan hutang pada usia muda akibat berbelanja secara berlebihan. Maklumlah hendak membayar bil Internet, telefon, kelab, gimnasium dan Implikasi muflis ada macam-macam. Antaranya, menyebabkan seseorang itu tidak boleh memegang jawatan tertentu dalam perkhidmatan awam. Seorang pegawai pemegang harta akan ditugaskan untuk mengawasi harta benda dan memantau tindakan anda dalam menyelenggarakan harta untuk melangsaikan hutang. Anda juga tidak boleh ke luar negara.

Dalam pada itu, Sekretariat Bebas Muflis perlu berperanan agar penggunaan khidmat CTOS yang banyak menyusahkan orang ramai dari segi maklumat yang tidak dikemaskini dan menimbulkan ketidakadilan dan penganiayaan ini, dikaji semula atau dihentikan terus dan digantikan serta diuruskan oleh pihak kerajaan sendiri dalam menentukan status kredit seseorang untuk dinilai oleh institusi kewangan dan sebagainya.

Proses pinjaman dan lain-lainnya seharusnya juga dinilai semula agar tidak timbul masalah dari segi penjamin, teraniaya dan tertipu dengan sistem yang ada sekarang ini.

Selain itu, Belia di program tersebut  turut memohon agar program-program motivasi dan kewangan seperti yang diadakan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) melalui Program Persidangan Meja Bulat Belia: Hutang Belia Terbebankah Anda? anjuran Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) harus diperhebatkan kerana perkara-perkara yang dibincangkan ini akan dijadikan resolusi dan seterusnya disampaikan sehingga keperingkat nota jemaah menteri.

Program yang dijalankan ini bertujuan memupuk tahap disiplin belia agar tabiat meminjam secara bijak sekali gus menggalakkan budaya pembayaran semula pinjaman secara konsisten.

Penyerahan Resolusi oleh wakil Belia En. Mohd Alif Bin Abu Hassan yang merupakan peserta di program tersebut dan diserahkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (IYRES) dan juga wakil Kementerian Belia dan Sukan Malaysia YBhg. Dr. Wasitah Hj. Mohd Yusof untuk diserahkan kepada KBS dan seterusnya keperingkat tertinggi agar suara belia sampai ke peringkat cabinet.

 

 

PUTRAJAYA 24 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terus mengingatkan semua syarikat korporat yang dimiliki kerajaan dan swasta agar mencapai sasaran 30 peratus penglibatan wanita di pe­ringkat pembuat keputusan dalam tempoh terdekat.

 Menurutnya, dasar itu adalah salah satu indeks yang terkandung di dalam laporan tahunan untuk tahun hadapan dan mesti dicapai sejajar dengan transformasi ekonomi negara.Perdana Menteri berkata, semua sektor korporat perlu menunjukkan komitmen penuh dan mengambil langkah sewajarnya untuk mencapai sasaran peratusan tersebut.

 “Namun menerusi indeks di dalam laporan tahunan itu kita akan tahu syarikat mana yang telah mencapai sasaran dan yang mana belum capai. Sehingga Jun lalu, sektor korporat atau swasta baru mencapai 15 peratus.

“Namun dalam tempoh yang sama di sektor awam, angka penyer­taan wanita di peringkat pembuat keputusan telah mencapai 33 peratus iaitu lebih daripada sasaran, tahniah kepada semua,” katanya semasa berucap pada majlis Sambutan Hari Wanita 2015 'Raikan Kegemilangan' di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Yang hadir sama, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan Timbalannya, Datuk Azizah Mohd. Dun.Sambutan Hari Wanita 2015 itu disambut meriah oleh 3,000 wa­nita yang terdiri daripada penjawat awam, sektor swasta, ahli akademik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pelajar dari institusi pengajian tinggi (IPT).

Najib berkata, sempena meraikan hari wanita kebangsaan beliau juga menggesa jabatan, agensi dan kementerian yang masih belum mewujudkan taska di dalam bangu­nan supaya segera mendirikan pusat untuk kanak-kanak itu.Perdana Menteri memberitahu, program Permata merupakan kokurikulum yang terbaik untuk diambil oleh setiap kementerian dan agensi dalam usaha mewujudkan pusat yang kini menjadi keutamaan kerajaan dalam merealisasikan transformasi negara.

 

“Perlunya kita wujudkan taska di tempat kerja kerana taska ini bukan sahaja memudahkan wanita tetapi untuk anak-anak agar mereka dapat bimbingan, didikan dan ajaran yang sempurna,” katanya.Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut menekankan mengenai waktu kerja anjal yang kini dilihat hanya dilaksanakan di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).Menurutnya, dalam Bajet 2014, kerajaan telah menyediakan peruntukan untuk pelaksanaan waktu kerja anjal, menunjukkan dasar seumpama itu boleh dilaksanakan di kementerian atau jabatan lain.Beliau berkata, kerajaan menyo­kong pelaksanaan waktu kerja anjal di kementerian lain bagi me­ningkatkan penyertaan wanita ke pasaran kerja.

 

UTUSAN ONLINE : MUZDALIFAH MUSTAPHA  |  25 Ogos 2015

- See more at : http://www.utusan.com.my/

SABAH, 20 OGOS 2015 - Pembentangan Laporan Akhir Indeks Belia Sabah 2015 (IBS15),Kepada Menteri Belia dan Sukan Sabah oleh Ketua Pegawai Eksekutif IYRES, YBhg. Dr. Wasitah Hj. Mohd Yusof.

SEPANG, 19 OGOS 2015 – “ Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang mendoakan serta membimbing saya sehingga saya berada di tahap ini”, demikian diucapkan ra Ainul Firham Che Amran. Anak kelahiran negeri Perlis ini berjaya membawa nama Malaysia ke satu tahap yang tertinggi setelah berjaya membawa pulang pingat gangsa di Pertandingan Kemahiran Dunia (WSC2015) di Sao Paulo, Brazil. “ Alhamdulillah, berkat bimbingan pengajar dan juga jurulatih ianya menjadi satu sejarah yang sangat bermakna”, ujar beliau. Bagi Airul, walaupun pada mulanya beliau tidak meletakkan harapan yang tinggi, memandangkan bersaing dengan peserta yang jauh lebih hebat. Beliau ditemui di Majlis ketibaan Kontinjen World Skills Competition (WSC2015), di Balai Ketibaan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).hari ini.  “Saya juga turut bersyukur dan berterima kasih yang tidak terhingga kepada Pengarah Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak dan peluang yang diberikan Kementerian Belia dan Sukan”. Malaysia telah menyertai Pertandingan Kemahiran Dunia (WSC) sejak tahun 1993. Pertandingan kemahiran yang dianjurkan setiap dua tahun sekali ini merupakan program bagi mengeratkan hubungan kerjasama diantara negara anggota dalam usaha untuk meningkatkan kemahiran dan kompetensi belia dan pekerja bertaraf dunia.

 

Oleh : Khalid Khairuddin ( Unit Komunikasi Korporat KBS) 
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Disunting :Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS) 
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Kemunculan pakar ekonomi 'segera' dalam media sosial yang mengaitkan kejatuhan nilai ringgit dengan situasi politik semasa telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan rakyat, menurut seorang ahli akademik.
Prof Razli Che Razak, ahli Jawatankuasa Kluster Ekonomi dan Pengurusan, Majlis Profesional Negara, berkata penyusutan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bukan berpunca daripada kemelut politik negara.Sebaliknya, katanya, kejatuhan nilai mata wang ringgit dalam pasaran dunia disebabkan kejatuhan harga minyak mentah dunia serta peranan pemain dalam pasaran tukaran matawang."Sekarang ini, banyak orang dalam dunia siber menjadi pakar ekonomi 'segera' yang menyebarkan kerisauan mengenai nilai ringgit tanpa berdasarkan fakta sebenar," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Ketidaktentuan nilai matawang berlaku terhadap semua negara yang berdagang dengan dolar Amerika Syarikat seperti Australia dan New Zealand, katanya.Pendaftar Universiti Malaysia Kelantan itu berkata yang memburukkan keadaan kini apabila pakar ekonomi 'segera' tidak bertauliah ini mengambil kesempatan mengaitkannya dengan keyakinan terhadap politik negara.Sementara itu, pensyarah Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Dr Syed Azizi Wafa Syed Khalid Wafa berkata bagi membendung spekulasi yang boleh menjejaskan imej kerajaan, pihak berkenaan seperti Bank Negara harus memberi penerangan sehingga ke peringkat akar umbi."Penerangan berdasarkan fakta harus diberi untuk menenangkan kekhuatiran orang ramai dan menghentikan spekulasi tidak tentu hala yang dikeluarkan," katanya. Beliau juga tidak menolak kemungkinan peniaga akan menaikkan harga barangan walaupun ia tiada kaitan dengan import.Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama), Datuk Moehamad Izat Emir berkata tiada khabar angin mengatakan harga barangan terutama yang diimport akan naik ekoran situasi mata wang kini."Saya lihat peniaga menjual barangan mereka dengan harga biasa dan ada juga yang menjual murah kerana menghabiskan stok yang ada," katanya.Namun beliau meminta peniaga supaya berurus niaga dengan negara yang menggunakan mata wang rendah supaya barangan tidak dijual dengan harga tinggi.Pada 5 petang, mata wang ringgit ditutup rendah pada RM4.04 berbanding dolar AS daripada RM3.96 semalam. -- BERNAMA

 

 

Putrajaya, 1 Ogos 2015 - Majlis Perasmian Lead Asia-Pacific Program (LAP) 2015 anjuran  Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dan Asia- Pacific Youth Organisation (APYO) telah dirasmikan oleh Tan Sri Dr. Rebecca Fatima St Maria, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Majlis perasmian tersebut tutur dihadiri oleh wakil Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Dr. Aishah Kasa dan wakil Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC).

 Program ini telah dilaksanakan bersama-sama 18 delegasi daripada negara East Asia Summit (EAS) seperti 10 negara ASEAN, Jepun, China, Australia,dan India. Program ini dilaksanakan bertujuan untuk menyediakan satu platform interaksi antara badan kerajaan rasmi di East Asia Summit dengan golongan belia bagi mendapat pelbagai input untuk menghasilkan dasar dan polisi yang berkualiti dan dinamik. Program ini berlangsung selama 5 hari bertempat di Pusat Belia Antarabangsa (IYC) yang padat dengan sesi seminar dan bengkel penulisan dasar dan siri kunjungan hormat dan lawatan ke beberapa institusi yang berkaitan.

 Pelaksanaan LAP 2015 merupakan penganjuran kali ketiga dan Malaysia dipilih sebagai tuan rumah bersempena dengan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun 2015. APYO adalah sebuah pertubuhan pelajar (non-profit organization) yang beribu pejabat di Canberra, Australia dan mempunyai cawangan di Melbourne dan Indonesia. 

   Program ini juga, menjadi platform kepada pemimpin muda dari seluruh rantau Asia untuk mengetengahkan, membincangkan dan menyelidik tentang isu- isu serantau secara lebih terbuka dan seiring membawa misi LAP untuk menyediakan platform perbincangan yang berkualiti tinggi dan berterusan antara golongan Belia dan anggota kerajaan di peringkat East Asia Summit (EAS).

Oleh: Muhammad Zahid Alif Bin Abdul Aziz

Disunting: 
Shariffah Bte. Mamat

Oleh Nur Aimidiyana Zuher dan Erda Khursyiah Basir

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Mempertingkatkan pembangunan modal insan adalah antara teras utama Rancangan Malaysia ke-11 (2016-2020), tempoh yang berkebetulan sama dengan peringkat kritikal Malaysia melangkah ke arah mencapai status negara maju.Menurut RMK-11 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat pada 21 Mei, pembangunan modal insan adalah sumber penting dalam memacu dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi, serta menyokong peralihan kesemua sektor ekonomi ke arah aktiviti intensif pengetahuan.Peralihan seumpama itu, menurut ahli akademik, memerlukan modal insan bertaraf dunia yang bukan sahaja berpengetahuan dan berkemahiran tinggi tetapi juga fleksibel dan kreatif, serta memiliki etika kerja positif dan nilai-nilai rohaniah.Pensyarah Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed menegaskan bahawa pembangunan fizikal yang dikecapi negara ini perlu dilengkapkan dengan modal insan yang berprinsip dan berakhlak tinggi. Beliau berkata Malaysia perlu lebih menekankan ke arah pembangunan modal insan yang melambangkan nilai-nilai murni, kerana mereka adalah generasi yang diamanahkan dengan tugas membangunkan negara."Kami mahu rakyat kita mempunyai pendidikan tinggi dan mereka hendaklah menggunakan pendidikan tersebut untuk memakmurkan masyarakat dan negara, dan bukan sebaliknya," katanya kepada Bernama. MEMBANGUNKAN TENAGA KERJA BERETIKA Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Madya Datuk Dr Junaidy Abu Bakar dalam menyokong keperluan pembangunan modal insan yang holistik, berkata bahawa negara ini perlu memberi tumpuan kepada menghasilkan tenaga kerja yang bukan sahaja berkemahiran tinggi, intelektual dan berbakat tetapi berprinsip serta mempunyai akhlak yang tinggi.Beliau berkata pendekatan yang holistik dan seimbang dalam membangunkan modal insan juga akan menghasilkan individu yang kental dan berdaya tahan dalam menghadapi pelbagai cabaran pada masa hadapan.Sementara itu, Pensyarah Psikologi dan Kaunseling Universiti Terbuka Malaysia (OUM) Dr R. Nambiar, berkata selain pembangunan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan inovatif, aspek rohani, emosi dan pembentukan peribadi mereka hendaklah diberi penekanan bagi mewujudkan individu yang seimbang mental dan fizikalnya.Beliau menegaskan bahawa pengetahuan sahaja tidak mencukupi sebagai ciri-ciri modal insan yang berkualiti, sebaliknya hendaklah juga menumpukan aspek asimilasi etika yang baik dan nilai-nilai murni.Tambahnya, kejayaan sesebuah negara tidak boleh diukur berdasarkan kepesatan kemajuan teknologi semata-mata tetapi juga nilai kemanusiaan yang tinggi serta mempunyai keperibadian dan akhlak mulia.Sementara itu, Ahmad Martadha menegaskan amat penting bagi Malaysia untuk membangunkan tenaga kerja berkualiti, jika tidak ia mungkin akan dilabel sebagai sebuah negara yang mempunyai "infrastruktur bertaraf dunia dengan mentaliti rakyat dunia ketiga".Nambiar yang bersetuju turut menyatakan akan kepentingan memupuk mentaliti bertaraf dunia dalam kalangan tenaga kerja."Malaysia mempunyai infrastruktur yang baik, tetapi mentaliti rakyatnya masih di tahap dunia ketiga. Bukanlah mudah untuk mengubah mentaliti mereka, justeru perlulah ada alternatif untuk memastikan Malaysia mencapai Wawasan 2020," tambahnya. DASAR KERAJAAN Sebelum ini, kata Ahmad Martadha, kerajaan memperkenalkan pelbagai dasar bagi membentuk jati diri dan keperibadian kakitangan dalam sektor awam dan swasta.Beliau berkata Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam dan Kepimpinan Melalui Teladan adalah antara dasar kerajaan yang berjaya mendidik anggota perkhidmatan awam dan swasta agar menjadi modal insan yang berkualiti.Di samping itu, pengenalan Pelan Integriti Nasional (PIN) pada 2004 adalah satu daripada mekanisme penting ke arah meningkatkan lagi etika dan integriti kakitangan awam dan swasta.Beliau berkata kualiti pendidikan di peringkat paling asas perlu ditekankan agar kanak-kanak diberi pendedahan untuk membina jati diri, akhlak dan integriti yang baik."Apabila kanak-kanak membesar kelak, mereka akan dapat membezakan antara perbuatan baik dan buruk, serta mengelakkan sebarang salah laku yang boleh merosakkan imej mereka. PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN Junaidy berkata institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta adalah penyumbang kepada pembangunan modal insan dengan menyediakan platform untuk melengkapkan individu dengan pengetahuan dan kemahiran tertentu bagi membolehkan mereka bersaing dengan berkesan di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.Beliau percaya bahawa modal insan seperti yang dibayangkan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025 mempunyai kapasiti untuk bertindak sebagai pemangkin dalam mencorak tahap ketamadunan bangsa, sekaligus menjulang kedudukan Malaysia di mata masyarakat antarabangsa.Rangka tindakan itu menggariskan 10 anjakan yang bertujuan untuk merangsang kecemerlangan berterusan dalam sistem pendidikan yang lebih tinggi.Ia bagi menghasilkan, antara lain, graduan yang seimbang, holistik serta bersifat keusahawanan; pembelajaran sepanjang hayat; dan graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berkualiti.Menyentuh tumpuan RMK11 dalam memperkasa TVET, Junaidy berkata negara sudah bersedia menggunakan latihan teknikal dan vokasional sebagai platform utama bagi meningkatkan tenaga kerja mahir sepertimana dilakukan di Jerman dan negara-negara maju lain.Menurut beliau, di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP), Malaysia memerlukan peningkatan 2.5 kali ganda enrolmen TVET menjelang 2025.Beliau berkata Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pengajian Tinggi) telah menggariskan pelbagai pendekatan untuk meningkatkan enrolmen TVET.Ini termasuk membolehkan industri untuk menerajui kurikulum reka bentuk dan penyampaian melalui model perkongsian baru, menyelaras dengan pelbagai kementerian dan agensi yang menawarkan program-program TVET untuk memperkemas kerangka kelayakan kebangsaan, menambah bilangan dan kualiti program yang ditawarkan oleh pelbagai IPT serta kolej vokasional dan mempromosi TVET sebagai aliran yang berdaya maju dan menarik.Beliau pada masa sama yakin TVET akan memberi berpeluang pekerjaan yang lebih luas kepada graduan selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan graduan berkemahiran dapat seiring dengan graduan akademik dan profesional. -- BERNAMA

 

 

Kuala Lumpur, 25 JULAI 2015 – Pihak Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) bersama Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan satu Kajian Geran Jangka Panjang (LRGS) yang bertajuk “ Mainstreaming Youth in the Marginalised Communities : From Transition to Generational Pathway “. Pilot Test kajian tersebut telah melibatkan 60 orang responden terdiri daripada belia kaum India sahaja yang berumur diantara 15 hingga 25 tahun sekitar Sentul, Kuala Lumpur.

 Pilot Test kajian ini dilaksanakan dengan jayanya hasil kerjasama yang baik oleh responden yang ditemubual. Tujuan penyelidikan ini diadakan bagi menilai remaja yang terpinggir di dalam masyarakat serta mengambil tindakan selanjutnya demi kemajuan dan pembangunan negara. Hasil pilot test ini diharap dapat memberikan gambaran awal bagi pemantapan instrumen kajian serta membantu pihak penyelidik untuk membuat perancangan kajian lapangan yang melibatkan keseluruhan Malaysia dengan lebih terperinci. Kajian lapangan di seluruh Malaysia akan dilaksanakan pada minggu pertama dan kedua Ogos 2013.

 

 Disediakan oleh       :    Muhammad Hafiz Hassan

Disunting oleh :           Shahhanim Bt Yahya

23-24 Julai 2015 bertempat di palm garden hotel,  telah diadakan workshop bil ke 3 berkaitan penulisan laporan interim Indeks Belia Malaysia 15 dan penulisan artikel YBM berkaitan indeks belia malaysia 2015. IBM merupakan satu petunjuk kepada kesejahteraan hidup generasi belia di Malaysia.  Tujuan utama IBM dibangunkan untuk membantu pemegang taruh yang berkaitan dengan pembangunan belia agar lebih sensitif dengan perubahan dalam indikator yang diukur. Di samping itu mereka juga dapat menilai semula keberkesanan program yang telah dilaksanakan dan juga menambahbaik program yang akan datang.  

KUALA LUMPUR, 13 JULAI 2015 – Rumah Anak-Anak Yatim Darul Taqwa yang terletak di Sg. Besi, Kuala Lumpur telah menjadi pilihan penganjur program Corporate Social Responsbility (CSR) iaitu Biro Pendidikan dan Pembangunan Keluarga dengan gabungan Biro Kebajikan dan Agama, PUSPANITA. Program tersebut juga program kerjasama antara Kelab Rekreasi IPPBM bersama Pertubuhan Belia Perdana yang diketuai oleh Encik Suhail Bin Mohamed Kamaruddin juga selaku penceramah jemputan dalam sesi Interaksi Akademik bersama-sama anak-anak yatim. Sesi Interaksi Akademik telah dilaksanakan dengan bantuan sukarelawan seramai 17 orang daripada Pertubuhan Belia Perdana dan seramai 31 orang jemputan yang terdiri di kalangan pegawai kanan KBS, warga team KBS dan warga IYRES turut bersama-sama dalam menjayakan program ini. Manakala penglibatan dari rumah anak-anak yatim tersebut telah dikendalikan oleh Timbalan Pengerusi Rumah Anak-anak Yatim Darul Taqwa, Ustaz Tukiran bin Purman dan 21 orang penghuni rumah Darul Taqwa.

Lawatan ini merupakan salah satu aktiviti pendidikan dalam memberi bimbingan serta ilmu tambah tentang cara dan pembelajaran yang betul kepada anak-anak yatim. Pihak penganjur juga telah mengambil kesempatan dengan menyalurkan sumbangan dalam pelbagai bentuk seperti pemberian al-quran, makanan dan duit raya sebagai bantuan persiapan raya Aidilfitri 1436H.  Serahan sumbangan tersebut telah dilaksanakan oleh  YBhg. Datuk Jamil Bin Salleh selaku Penaung PUSPANITA Cawangan KBS dan YBhg. Datin Dr. Asmah Binti Samat, Pengerusi PUSPANITA Cawangan KBS. Selain itu juga, anak-anak yatim dan para jemputan dikejutkan dengan kehadiran khas selebriti jemputan iaitu Encik Muhd Asraff Muslim.

Program diakhiri dengan majlis berbuka puasa dan solat Mahgrib berjemaah. Selaku penganjur pihak PUSPANITA Cawangan KBS, mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama dari pihak yang berkaitan dan sumbangan dan yang diberikan serta berharap mendapat keberkatan dari-NYA dalam menjayakan program bersama anak-anak yatim Darul Taqwa.

Oleh                       : Raja Shahida Binti Raja Hassan

Disunting Oleh         : Nadya Shaffinaz Binti Bajuri

PUTRAJAYA, 8 JULAI 2015 – “ Mereka yang terpilih sudah mendapat pengiktirafan kerana mempunyai kualiti kepimpinan,” ujar Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Abd Razak semasa menyampaikan ucapan dalam Majlis Penyerahan Felo Perdana Kepada Menteri Kabinet.   

“ Kita juga melakukan program ini kerana kita inginkan kepimpinan genarasi muda diperkukuh,” tambah beliau dalam majlis tersebut yang diadakan di Bangunan Perdana Putra.  

Beliau menasihatkan peserta felo perdana agar menggunakan pengalaman dalam program ini untuk memahami apa yang berlaku di sebalik sesuatu keputusan ataupun dasar yang dibuat.  

Beliau berharap felo perdana dapat memainkan peranan dalam komunikasi dengan rakyat dan membantu kerajaan dengan menjadi jurucakap tidak rasmi kepada kerajaan di samping menimba satu pengalaman yang besar.  

Seramai 83 peserta felo perdana dipilih untuk menyertai program felo perdana tahun ketiga ini. Kesemua mereka merupakan pelajar-pelajar daripada lebih 50 universiti dari sembilan buah negara seperti Malaysia, United Kingdom, Amerika Syarikat, Perancis, Jordan dan Australia.  

Bagi tahun ketiga ini juga, Ketua Setiausaha Negara akan menjadi mentor kepada dua peserta felo perdana yang terpilih buat pertama kalinya. Hadir sama dalam majlis ini ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa dan Menteri-menteri Kabinet lain.   

Oleh : Azlin Emiza Jamri (Unit komunikasi Korporat KBS)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

PUTRAJAYA, 7 JULAI 2015 - Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Mohd. Zabidi Zainal merangkap Timbalan Yang Dipertua MAKSAK Malaysia hari ini turun padang bagi bersama-sama memeriahkan Program Iftar Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) 2015 Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) disini. Program yang diadakan di perkarangan Menara KBS ini turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Othman Haji Mahmod, Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Dato’ Sri Haji Zulkifli Omar, serta Ketua Pengarah Pelajaran,. Dato’ Sri Dr. Khair Mohamad Yusof. Program Iftar ini juga turut meraikan 40 anak yatim dari Rumah Bakti Hassanah Ampang serta Atlet-atlet Paralimpik Kebangsaan yang dibawa Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB). Tan Sri KPPA juga turut menyempurnakan majlis pemberian bantuan dan sumbangan kepada wakil-wakil MAKSAK yang hadir.

 

Oleh :
Khalid Khairuddin ( Unit Komunikasi Korporat KBS)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  Disunting : 
Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

Kuala Lumpur 04 Julai 2015 - Majlis Berbuka Puasa Warga IYRES dianjurkan oleh Unit Komunikasi Korporat. Dihadiri oleh Tetamu Kehormat Y.Brs. Hj. Adnan b. Abu Hassan, Pengerusi Lembaga Pengarah IYRES & Y.Bbhg. Dr. Wasitah Mohd Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES.

Cyberjaya 01 Julai 2015 - Y.Bhg. Dr. Wasitah Mohd Yusof bersama pegawai dari IYRES telah menghadiri program 'Wise Word With YB Khairy Jamaluddin' anjuran MaGIC. Perkongsian pengetahuan berkaitan keusahawanan sosial bersama YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

‪#‎MaGICSE

 

 

 

KUALA LUMPUR, 18 JUN 2015 – Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan hari ini menjadi tetamu di Majlis Taklimat dan Penghargaan meraikan calon-calon yang telah menerima tawaran kemasukan ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institut Latihan Perindustrian (ILP).  Majlis yang diadakan di Wisma Tun Sambanthan disini itu merupakan program yang julung kalinya diadakan bagi memberi penjelasan dan pemahaman kepada para calon yang terpilih berkenaan program dan kursus yang ditawarkan. Dalam ucapannya, Datuk M. Saravanan mahukan lebih ramai lagi belia India untuk menceburi bidang kemahiran kerana bidang kemahiran ternyata dapat membantu meningkatkan taraf ekonomi di samping memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh industri.  “ Dalam dunia yang semakin mencabar pada hari ini, dengan peluang pekerjaan yang terhad, kita tidak mahu anda semua ketinggalan dan hanya mengharapkan sesuatu tanpa berusaha” ujar beliau. “Oleh itu, gunakan peluang ini sebaik-baiknya, kerana bidang Kemahiran ini sangat memberi manfaat bukan sahaja kepada diri sendiri malah kepada orang lain”, tambahnya.  Menurut beliau, langkah ini juga merupakan kehendak Perdana Menteri yang meletakkan sasaran sekurang-kurangnya 75% belia India mengikuti program-program kemahiran tetapi apa yang dicapai pada hari ini adalah lebih dari apa yang disasarkan. Beliau berharap kesemua calon yang mendapat tawaran pada hari ini akan melapor diri dan mengikuti pengajian dengan jayanya. Majlis yang dianjurkan Yayasan MySkill ini turut dihadiri Pengarah Cawangan Operasi dan Latihan, Bahagian Pembangunan Kemahiran Kementerian Belia Dan Sukan, Abd. Rashid Deraman.

Oleh :
Khalid Khairuddin ( Unit Komunikasi Korporat KBS) 
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

MELAKA, 15 JUN 2015 - Usaha berterusan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan (JBSN) Melaka dalam melibatkan golongan wanita mengamalkan gaya hidup cergas diteruskan lagi dengan pelaksanaan Women Fitness Boot Camp yang dilaksanakan di semua daerah di Negeri Melaka. Program yang memasuki tahun ketiga ini mendapat sambutan menggalakkan daripada semua pihak termasuk pemimpin tempatan yang menyokong usaha ini yang dilihat mampu merangsang setiap wanita di negeri ini mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas. Diantara yang menyokong usaha ini ialah Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Hajah Mas Ermiayati Shamsudin yang turut sama menaja program ini diperingkat Daerah Alor Gajah. Program sehari itu melibatkan lebih 300 peserta pelbagai latar belakang yang diberikan pendedahan tentang kepentingan penjagaan kesihatan melalui senaman, pemakanan, amalan hidup sihat dan pelbagai lagi input yang disampaikan oleh pakar daripada pelbagai agensi termasuk Jabatan Kesihatan. Pengkhususan program ini di kalangan golongan wanita adalah disebabkan golongan inilah yang lebih ramai berada di rumah menguruskan keluarga di kala pasangan mereka bekerja dan mempunyai masa yang sedikit berbanding mereka.

Oleh : 
Zailani Bin Siran, JBSN Melaka 
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS) 

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

JOHOR BAHRU, 31 MEI 2015 - Dalam kedukaan terpancar kegembiraan di wajah kanak-kanak di Wad 8C, Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru dengan kehadiran ahli-ahli PUSPANITA Cawangan Kementerian Belia dan Sukan, pegawai-pegawai kanan dan juga pegawai dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor. Lawatan mesra anjuran Biro Pendidikan & Pembangunan Keluarga/Latihan bertujuan meringankan beban penjaga disamping menghiburkan kanak-kanak tersebut. Delegasi PUSPANITA KBS yang diketuai oleh YBhg. Datuk Jamil Bin Salleh, Penaung PUSPANITA dan YBhg. Datin Dr. Asmah Binti Samat selaku Pengerusi PUSPANITA telah disambut mesra oleh Pengarah Hospital, Dr. YBhg. Dr. Arbain Bin Lani.

 

Lawatan ini dimulakan dengan tayangan video mengenai Pusat Jagaan Paliatif Peadiatrik dan juga aktiviti kanak-kanak istimewa ini sepanjang tahun 2015. Kemudian rombongan di bawa melawat ke wad 8C dimana terletaknya Pusat Jagaan Paliatif Peadiatrik yang dihuni oleh 28 orang pesakit kanak-kanak berada di wad tersebut yang disahkan menghidap kanser dan penyakit  buah pinggang. Disamping itu, sesi ramah mesra oleh YBhg. Datuk Jamil Salleh dan YBhg. Datin Dr. Asmah Binti Samat ternyata amat menghiburkan kanak-kanak dengan nyanyian dan lawak spontan daripada ahli-ahli PUSPANITA dan warga kerja wad 8C, Hospital Sultan Ismail.   

Lawatan tersebut diserikan lagi dengan majlis sambutan hari lahir bulan Mei dan sesi penyerahan sumbangan serta bahan pendidikan kepada kanak-kanak di wad 8C.  Doktor Pakar Perunding Kanan Peadiatrik, Dr. Susan Pee  mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli PUSPANITA dan pegawai-pegawai kanan kerana sudi datang untuk menghiburkan pesakit kanak-kanak, penjaga dan juga petugas di wad 8C serta berharap program seumpama itu dapat diadakan lagi pada masa hadapan.

 

Oleh : Raja Shahida Bt. Raja Hassan

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Disunting oleh : Dr. Wasitah Haji Mohd Yusof

Biro Pendidikan & Pembangunan Keluarga/Latihan

 

SINGAPURA, 3 Jun (Bernama) -- Setelah terlepas pingat emas dalam acara lawan pedang hari ini, kontinjen Malaysia akan meneruskan pemburuan pingat emas pertama pada Sukan SEA ke-28, Khamis. Kontinjen negara hampir meraih pingat emas pertama pada Rabu, namun tidak kesampaian selepas atlet lawan pedang acara Sabre individu lelaki, Yu Peng Kean terkandas di peringkat separuh akhir. Peng Kean tewas 4-15 kepada atlet Vietnam, Vu Thanh An. Hilang fokus ketika beraksi menjadi punca kegagalan anak jati Bukit Cina, Melaka itu yang baru pulih sepenuhnya daripada kecederaan 'Anterior Cruciate Ligament (ACL). Harapan kontinjen negara untuk melihat atlet lawan pedang, Natasha Ezzra Abu Bakar untuk meraih pingat emas pada Sukan SEA Singapura juga berkecai apabila beliau terkandas di peringkat suku akhir acara foil individu wanita. Pemenang pingat gangsa Sukan SEA 2011 di Indonesia itu tewas tipis kepada atlet tuan rumah, Wenying Wang dengan 14-15 dalam acara yang berlangsung di Arena OCBC, Hab Sukan Singapura Rabu. Kutipan pingat kontinjen negara, bagaimanapun bertambah hari ini apabila pasukan renang berirama negara meraih pingat perak dalam acara rutin bebas berpasukan. Pasukan yang baru setahun lebih dibentuk dengan mengandingkan atlet senior dan pelapis seperti dijangka sekadar meraih pingat perak. Sandaran negara kini diletakkan kepada gandingan Katrina Ann Abdul Hadi dan Zylane Lee untuk meraih pingat emas dalam acara duet rutin teknikal dan bebas. Tinggal dua hari sebelum tirai temasya Sukan SEA ke-28 dibuka secara rasmi, kontinjen tuan rumah mendahului pungutan pingat dengan lima pingat emas, tiga perak dan tiga gangsa. Kedudukan itu diikuti Vietnam (2-0-3) dan Thailand (0-2-4), manakala Malaysia di kedudukan keempat dengan mengutip satu perak dan dua gangsa.

 

Daripada Farhanah Azmi

-- BERNAMA

 

PUTRAJAYA , 24 MEI 2015 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah menganjurkan Karnival Penyelidikan Belia (KPB) sempena Festival Belia Putrayaja 2015 (FBP2015) pada 22 hingga 24 Mei 2015 lalu di Dataran Gemilang, Presint 4, Putrajaya.

 

Bertema ‘Showcase of Talent’, pihak kerajaan menerusi Kementerian Belia dan Sukan telah telah menghimpunkan ramai para belia dari seluruh negara dengan pelbagai acara yang diketengahkan. Malah FBP 2015 telah membuka peluang kepada Usahawan Sosial dalam kalangan belia terlibat sama dalam memasarkan produk tersendiri.

 

Karnival Penyelidikan Belia yang merupakan kesinambungan HUB Inovasi dan Intelektual (i-youth) pada tahun 2014, IYRES telah menghimpunkan organisasi yang terlibat dalam bidang penyelidikan mahupun yang terlibat dengan agenda pembangunan belia di Malaysia. Konsep pelaksanaan KPB ini adalah bertemakan tagline IYRES iaitu ‘Knowledge.Action.Impact’ sejajar dengan peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan sebagai think tank belia. KPB tersebut telah dirasmikan oleh Tn. Haji Adnan Abu Hassan (Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah IYRES). Di samping itu, KPB juga telah berjaya menarik penyertaan belia daripada pelbagai agama dan bangsa melalui aktiviti-aktiviti yang menjadi tumpuan mereka di antaranya ‘answer and wins’, ‘snake and ladders’, ‘i-talk session’ , photobox, persembahan live muzik dari kumpulan buskers Malaysia bersama artis jemputan.

 

Selain daripada itu, Majlis Perasmian IYRES Community Enumerator (ICE) telah disempurnakan oleh Menteri Belia Dan Sukan Malaysia, YB Encik Khairy Jamaluddin di KPB bersama YBhg. Dr. Wasitah Hj. Mohd Yusof (Ketua Pegawai Eksekutif IYRES). KPB juga telah menerima kunjungan hormat dari YB Datuk M. Saravanan (Timbalan Menteri, Kementerian Belia dan Sukan) dan YB. Prof. Madya Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah (Timbalan Menteri, Kementerian Sains, teknologi dan Inovasi).

Perasmian ICE merupakan pengiktirafan kepada enumerator dalam menjayakan kajian-kajian IYRES yang menyokong pembangunan belia, komuniti ini dibangunkan bertujuan untuk mengumpul data-data kumpulan sasar atau subjek kajian melibatkan kawasan di seluruh Malaysia serta membudayakan penyelidikan dalam kalangan belia Malaysia.

  Selain itu, kewujudan ICE dilihat sebagai platform terbaik menyuburkan budaya penyelidikan khususnya berpotensi untuk menyumbang kepada agenda strategik pembangunan belia.

  Pendekatan ini turut membantu pihak IYRES melihat profil psiko grafik belia dengan lebih mendalam dalam sesuatu kawasan serta memberi gambaran sebenar situasi berkaitan belia melalui kewujudan ICE ini juga  bukan sahaja membantu dalam proses penyelidikan, malah ia memberi manfaat kepada pegawai di peringkat negeri dan daerah sebagai ‘penggerak’ bagi membantu melaksanakan program-program yang berkaitan di peringkat komuniti setempat.

 

Disediakan oleh   :  Muhammad Zahid Alif Abdul Aziz

Disunting oleh     :  Nadya Shaffinaz Bajuri

Menteri Belia dan Sukan Encik Khairy Jamaluddin telah melakukan tinjauan mesra di tapak Festival Belia Putrajaya 2015 yang terletak di Presing 4 Putrajaya. Beliau meluangkan masa melihat kerja-kerja persiapan terakhir Festival yang akan bermula Jumaat ini.

 

 

 

JITRA, KEDAH: Bermula 8 Mei 2015 hingga 9 Mei 2015 telah berlangsungnya sambutan Karnival Fiesta Mesra Belia 1 Malaysia Peringkat Negeri Kedah yang bertempat di Taman Tasik Darul Aman, Jitra Kedah. Pasukan penyelidik dari Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) penyelidik telah turut sama terlibat dalam melaksanakan Kajian Penilaian Hari Belia 2015 tersebut.

 

Sepanjang tempoh 2 hari karnival dijalankan, kumpulan penyelidik IYRES telah melaksanakan soal selidik terhadap pengunjung-pengunjung festival, yang mana dianggarkan sebanyak 10,000 pengunjung yang telah membanjiri karnival berkenaan. Ia juga turut dibantu oleh 20 orang enumerator yang telah dilantik bagi melancarkan lagi pengumpulan data-data kajian. Selain itu juga, Focus Group Discussion (FGD) turut dilaksanakan kepada penganjur festival berkenaan bagi melihat dari sudut penganjuran itu sendiri. Sesi soal selidik tersebut juga turut dijalankan kepada peniaga-peniaga di tapak festival, yang mana mewakili pelbagai jenis barangan jualan.

 

Secara keseluruhannya, festival ini telah berjalan dengan lancar dengan pelbagai acara-acara yang menarik dan semua pihak telah memberikan kerjasama yang terbaik kepada IYRES terutamanya Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Kedah bagi melancarkan lagi Kajian Penilaian Hari Belia 2015 ini. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh En. Aminuddin Omar selaku Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Kedah mewakili Dato’ Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah.

 

Majlis ini turut diserikan lagi dengan kehadiran tetamu-tetamu kehormat seperti YBDatuk M. Saravanan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, , Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Belia KBS, Dr. Mohd Ghani Mohd Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif, IYRES, Dr. Wasitah Mohd. Yusof, Setiausaha Bahagian Pembangunan KBS, Ahmad Hassanuddin Afendy Ridzuan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Haji Aziz Haji Hamid, Presiden Majlis Belia Malaysia, Mua’ammar Ghadafi Dato’ Jamal Jamaluddin  dan Presiden Majlis Belia Negeri Kedah, Mohd. Aizad Roslan.

  

Disediakan oleh   : Noor Afifah Johari

Disunting oleh     :  Nadya Shaffinaz Bajuri

KOTA SAMARAHAN, SARAWAK : Pada 8 hingga 10 Mei 2015 telah berlangsung Fiesta Mesra Belia 1 Malaysia bertempat di Summermall, Kota Samarahan, Sarawak. Pelaksanaan Fiesta Mesra Belia 1 Malaysia di Sarawak mendapat sambutan yang baik dan meriah di kalangan belia setempat.

 

Kumpulan Penyelidik IYRES yang diketuai oleh Puan Shahhanim Yahya, Eksekutif Penyelidik Kanan II tidak ketinggalan untuk turut serta dalam sambutan tersebut bagi melaksanakan Kajian Penilaian Hari Belia Negara 2015 Peringkat Negeri Sarawak. Sepanjang 8 hingga 10 Mei 2015, Kumpulan Penyelidik IYRES telah memberi taklimat kepada semua enumerator sebelum mereka menjalankan tugas, mengetuai Focus Group Discussion (FGD) dan menjalankan soal selidik ke atas peniaga/usahawan yang terlibat.

 

Seramai 20 orang enumerator IYRES yang terdiri daripada belia setempat, penuntut universiti berhampiran (UNIMAS dan UITM) dan penggiat aktif NGO Belia yang telah membantu Kumpulan Penyelidik IYRES dalam melaksanakan kajian tersebut. Pelaksanaan kajian ini turut dibantu dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Sesi kajian dan penilaian melibatkan teknik kuantitatif (borang soal selidik) dan kualitatif (FGD dan pemantauan). Melalui FGD yang dilaksanakan, pelbagai maklumbalas diperolehi dari golongan pelaksana dan golongan belia.

 

Majlis Perasmian Fiesta Mesra Belia 1 Malaysia telah dirasmikan oleh YB Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah selaku Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) dan Menteri Muda Perumahan Negeri Sarawak pada 9 Mei 2015 jam 12.00 tengahari. Wakil kementerian yang turut hadir ke Majlis Perasmian tersebut ialah YBhg. Dato’ Harun Che Su, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS dan YM Engku Mohd Azmi bin Engku Mohd Basri, TKP Bahagian Pembangunan Rakan Muda, KBS.

 

Disediakan oleh:

Nur Diyana Nadirah Binti Mohd Hadi

 

Disunting oleh:

Shahhanim Binti Yahya

 

 

BANGI, 9 Mei 2015 – Persatuan Pemikir Muda Malaysia (PPMM) dengan kerjasama Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia  (IYRES) telah mengadakan program ‘Sidang Bicara Kos Sara Hidup Pasca GST Pemikir Muda Malaysia’ di Universiti Kebangsaan Malaysia. Program yang diadakan selama dua hari ini telah melibatkan peserta yang terdiri daripada belia yang mempunyai pelbagai latarbelakang serta sembilan badan profesional di Malaysia.

 Program ‘Sidang Meja Bulat Belia Kos Sara Hidup Pasca GST Pemikir Muda’ juga telah dilaksanakan dalam Sidang tersebut pada 8 dan 9 Mei 2015 yang merupakan platform belia untuk mengenengahkan pandangan dan hasrat kesan daripada kenaikan kos sara hidup selepas pelaksanaan GST. Pelbagai pandangan telus yang telah diperolehi berkaitan isu yang dibawa merangkumi isu perumahan, keperluan harian, kebolehpekerjaan, dan perkhidmatan. Justeru itu, peserta program tersebut sebulat suara telah menghasilkan 24 resolusi yang telah diserahkan kepada YAB Perdana Menteri dalam acara kemuncak program tersebut seterunya akan dibawa ke peringkat kabinet.

 Turut hadir dalam acara perasmian program tersebut ialah isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor, En. Lokman Hakim Bin Ali, (Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia), Dr. Wasitah Hj. Mohd Yusof (Ketua Pegawai Eksekutif IYRES), Mohd Rafiq Naizamohideen (Presiden PMM) dan Prof Datuk Dr Nor Azlan Ghazali (Naib Canselor UKM).

 Program tersebut telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak. Dalam perasmian program tersebut beliau berkata, ‘’Kerajaan juga sentiasa terbuka mendengar pandangan pelbagai pihak berhubung perkara menangani kos sara hidup di malaysia khususnya kepada belia, keutamaan tertinggi dalam penelitian setiap  keluarga dan sebab itulah kerajaan memperkenalkan pelbagai kaedah serta cara. Pelbagai usaha yang telah kerajaan  lakukan, sama ada secara langsung dan tidak langsung .”

 Pihak penganjur berharap agar program tersebut dapat memberi manfaat kepada golonagn belia dalam menyuarakan hasrat hati dalam mengharungi kenaikan harga barang dan perkhidmatan kesan dari pasca GST yang telah dilaksanakan di Malaysia pada 1 April 2015 yang lalu.

 

 Oleh: Muhammad Zahid Alif Bin Abdul Aziz

Disunting: Nadya Shaffinaz Binti Bajur

i

MELAKA TENGAH, 6 MEI 2015 – Klinik Grafiti Y-Centre Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka telah dilaksanakan baru-baru ini bagi memberi pendedahan dan peluang kepada golongan remaja untuk meluahkan karya seni dan kreativiti mereka dengan cara yang sihat.

Program ini dianjurkan Y-Centre KBS UTC Melaka dengan kerjasama Majlis Gabungan Belia Daerah Melaka Tengah, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Terendak, Sungai Udang dan Persatuan Penduduk Taman Seri Duyong 3.

Para pelajar ini didedahkan dengan teknik membuat graffiti oleh pengajar yang berpengalaman. Pelbagai aksi dan idea telah dikeluarkan  para pelajar yang mengikuti klinik ini. Bagi menghargai mereka, hasil kerja mereka  dinilai dan diberikan markah untuk mencari yang terbaik. Melalui klinik dan program seperti ini, para remaja dapat menghasilkan idea dan bermain dengan kreativiti mereka dengan cara yang sihat.  

Jom meriahkan Sidang Meja Bulat Kos Sara Hidup (Pasca GST) pada 8 & 9 Mei 2015 bertempat di Dewan Senat UKM, Bangi.

KUALA LUMPUR, 28 APRIL 2015 –  Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menganjurkan Program Dialog Intelektual Belia yang bertajuk ‘Cabaran Merealisasikan Budaya Sukan Di Malaysia’  bermula 9.00 pagi sehingga 5.30 petang bertempat Di White Box, Publika Solaris, Dutamas Damansara, Kuala Lumpur. Program tersebut adalah  merupakan salah satu platform mendekati belia dalam mengenalpasti cabaran dan kekangan yang wujud dalam membudayakan sukan dalam kehidupan seharian. 

 Peserta yang terlibat adalah terdiri dalam kalangan belia dari pelbagai institusi, agensi yang terlibat dengan agenda pembangunan belia di Malaysia dan sebagainya. Program tersebut telah  mengenengahkan 4 orang pembentang iaitu Y.Bhg. Dr. Hamdan bin Hj. Mohd Ali yang merupakan Penyelaras Pusat Sukan, Universiti Malaya; Cik Normala Deman dari Bahagian Pembangunan Sukan, Kementerian Belia dan Sukan; Y.Bhg. Prof. Madya Dr. Zulkifli Kadir dari Fakulti Sains Sosial dan En. Mohd. Azlan iskandar yang merupakan Pengasas ‘Akademi Squash Azlan Iskandar.

 Keempat-empat pembentang masing-masing telah membawa topik ‘Perspektif Am Budaya Sukan –Kajian Iyres’,  ’Fit Malaysia Pemangkin Negara Bersukan’, ’Antara Gaya Hidup Aktif Dan Pembangunan Kecergasan Belia’ dan ‘Dari Gelanggang Ke Penerapan Budaya Sukan. Topik-topik tersebut telah mendapat perhatian yang hebat dari kalangan peserta dalam sesi soal jawab.

 Hasil Dialog Intelektual Belia yang berupa Resolusi/Pelan Tindakan telah diserahkan kepada Dato’ Harun Che Su, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), Kementerian Belia dan Sukan untuk dibawa ke peringkat Nota Jemaah Menteri sebagai rujukan dalam penggubalan dasar menjurus kepada pembangunan belia secara holistik.

Oleh           : Muhammad Zahid Alif Bin Abdul Aziz

Disunting    :           Nadya Shaffinaz 

PUTRAJAYA, 18 APRIL 2014  - Seramai 400 belia seluruh Malaysia telah mengikuti Ujian Penilaian Psikologi yang dilaksanakan  Unit Antarabangsa, Bahagian Pembangunan Belia dengan kerjasama Unit Pengurusan Psikologi, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia di Dewan Serbaguna, Podium B, Menara Kementerian Belia Dan Sukan disini hari ini.

Ujian Psikologi ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenalpasti tahap kesediaan calon-calon serta “Intelligence Quotient” dan “Emotional Intelligence” sebelum calon-calon yang berjaya di bawa ke Kem Pemilihan Program Pertukaran Belia Antarabangsa 2015 yang  dijadualkan pada awal bulan Mei nanti.

Ujian Psikologi ini adalah kali pertama dilaksanakan secara berpusat berdasarkan sesi sebelum ini yang dilaksanakan mengikut zon-zon tertentu untuk mengurangkan kos.  Program yang dilaksanakan ini merupakan program tahunan yang akan melibatkan Negara-negara ASEAN.

Oleh: Hafizan bin Ahmad, 
Bahagian Pembangunan Belia
 
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin 
(Unit Komunikasi Korporat KBS) Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

FATIN FARHANA JAPRE kagum dengan belia yang berani menyahut cabaran acara sukan lasak 1M Youth Go Green (1MYGG15) selain memelihara alam semula jadi untuk tatapan generasi akan datang.

Kita mesti sedar akan kepentingan memelihara alam semula jadi yang masih ada pada hari ini. Usaha memupuk kesedaran masyarakat terutamanya belia terhadap kepentingan alam sekitar sering kali dilakukan pelbagai pihak seperti kempen kebersihan, promosi media, perkhemahan alam sekitar bagi belia dan lain-lain.

Semuanya bagi meningkatkan pengetahuan dan kesedaran bahawa menjaga alam sekitar tanggungjawab bersama. Minggu lalu, Kementerian Belia dan Sukan menganjurkan program 1M Youth Go Green 2015 di Bagan Datoh, Perak khusus untuk belia yang berlangsung selama tiga hari bermula 27 Mac lalu.

Program berkonsepkan ‘Go Green’ dan memasukkan elemen berbasikal dalam keseluruhan acara lebih merapatkan belia dengan alam semula jadi.

Justeru, kesemua 17 pasukan dapat membentuk jati diri, semangat berpasukan, disiplin, cabaran persekitaran dan kebudayaan antara ahli kumpulan.

Cabaran berbasikal sejauh 40 kilometer merangkumi enam ‘checkpoint’ menguji kekuatan dari segi fizikal dan mental peserta dalam pelbagai tugasan mencabar. Antara tugasan mencabar berteraskan elemen alam semula jadi adalah menghasilkan kraf tangan daripada tempurung kelapa. Peserta perlu menghasilkan pasu bunga dan pencedok air mengikut kreativiti tersendiri.

Selain itu, peserta turut berpeluang menghayati dan mendekatkan diri dengan alam semula jadi ketika berbasikal di hutan dan jalan kampung. Penulis sendiri merasakan kelainan kesegaran udara di sana selain menghayati flora dan faunanya yang masih belum diteroka.

Bukan itu saja, peserta turut berpeluang ke Pulau Sembilan yang menjadi destinasi pelancong luar untuk tujuan memancing, mandi-manda atau berkhemah. Kami ditugaskan untuk membersih dan mengutip bahan buangan terutama bahan plastik terbiar bersama belia Kampung Sungai Nipah Baroh, Bagan Datoh, Perak. Kecantikan pulau yang masih dipelihara dan air yang jernih memukau penulis.

Selaras dengan itu, peserta dikehendaki membuat dayung berasaskan kayu, mendayung bot orang kampung, memancing ikan, memetik kelapa dan membuat kuih bahulu kemboja. Bagi penulis, ini pengalaman baru kepada semua peserta kerana tidak semua berpeluang merasai pengalaman ini.

Bukan sekadar merapatkan diri dengan alam semula jadi, malah peserta juga diberi peluang untuk mengenali keluarga baru dalam program anak angkat bersama penduduk kampung. Sikap orang kampung dan keluarga angkat yang peramah sangat menyentuh hati penulis ditambah layanan mereka yang baik terhadap kami. Tinggal serumah dengan mereka dan ahli kumpulan juga dapat merapatkan silaturahim antara satu sama lain.

Pengarah Acara Azman Hasan dari Radiance Holidays dan Discovery Adventure Communication berkata, program berkenaan kesinambungan kepada acara ‘Go Green’ yang pernah menjelajah seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak sekitar 2007 hingga 2011 sebelum ini.

“Pihak Kementerian Belia dan Sukan sentiasa memberi tumpuan terhadap aktiviti membabitkan golongan belia melalui acara seperti ini dan Bagan Datoh dipilih kerana ia kawasan yang mempunyai keindahan alam semula jadi dan masih hijau. Kita mahu terapkan belia dengan aktiviti seperti ini yang kita lihat semakin berkurangan pada hari ini,” katanya.

Komen Gen Y

“Ini bukan saja program yang mengajak belia menghargai alam semula ,jadi malah dapat mengurangkan masalah sosial dalam kalangan belia. Konsep kali ini bertemakan alam semula jadi, saya setuju 100 peratus kerana dalam masa kita bersukan, kita dapat memelihara alam sekitar. Kebanyakan alam sekitar sudah tercemar, jadi dengan program seperti ini belia boleh menjaga dan mendekatkan diri dengan alam sekitar dengan tugasan yang diberi,” katanya. - Zulfaisal Muhamad, 26, peserta 1MYGG15

“Aktiviti ini bagus untuk perkembangkan pengetahuan belia pentingnya memelihara alam semula jadi dan dapat mencuba aktiviti yang kami tidak tahu, contohnya macam memetik kelapa. Biasanya belia tidak tahu benda-benda macam itu, jadi dengan program macam ini belia dapat belajar caranya.

“Tambahan program anak angkat bersama penduduk kampung dapat merapatkan hubungan silaturahim dan dapat mengenali emak, ayah, adik-beradik angkat baru selain tahu cara hidup di kampung dan cara pergaulan mereka,” katanya. - Nur Idayu Tik, 25, peserta 1MYGG15

“Sebagai anak jati Kampung Sungai Nipah Baroh, ini kali pertama program seperti ini diadakan. Aktiviti seperti berbasikal sejauh 40km sangat mencabar, namun dengan adanya tugasan dengan elemen alam semula jadi, belia seperti saya dapat mengetahui kepentingan flora dan fauna, justeru terus memelihara kecantikannya.

“Selain itu, kehadiran pihak media dan menjadi peserta dalam program ini membuatkan saya gembira kerana tidak mudah nak jumpa mereka kerana biasanya lihat di dalam televisyen atau akhbar, dan ini peluang saya dan orang kampung beramah mesra dengn mereka. Di harap program seperti ini dapat diperluaskan lagi pada masa akan datang,” katanya.- Mohamad Qatrun Shamsul Kamal, 16, peserta 1MYGG15

- See more at: http://www.hmetro.com.my

PWTC, KUALA LUMPUR 19–21 Mac 2015 - Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menganjurkan Persidangan Antarabangsa Pemimpin Muda (ICYL 2015) yang bertemakan “Keusahawanan Sosial Menjana perubahan Komuniti”. Program tersebut telah diadakan bertujuan untuk membincangkan senario semasa mengenai keusahawanan sosial sebagai satu pemangkin dalam usaha KBS melahirkan generasi muda yang mempunyai kesedaran untuk membawa perubahan positif kepada masyarakat.

 Seramai 385 peserta belia dari sekitar negara ASEAN dan tempatan terdiri daripada individu, organisasi, agensi, badan korporat yang terlibat dengan keusahawanan sosial, belia dari NGO, mahasiswa IPTA dan IPTS yang berkecimpung dalam keusahawanan sosial serta mempunyai pendidikan keusahawanan sosial, persatuan belia dan lain-lain pemegang taruh di Malaysia telah menyertai program yang diadakan selama 3 hari ini.

 Antara kandungan persidangan ialah siri ucaptama dan perasmian yang akan diterajui oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak dan diteruskan dengan pembentangan kertas kerja oleh pembentang dari dalam negeri dan luar negeri iaitu antaranya ialah Prof.  Dean Dr. S. Karlan (Universiti YALE, US), En. Jose Luis Oquinena (Filipina), Ms. Jaya Myler (Singapura) dan lain-lain. Malah pihak Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC) yang pada masa ini berperanan sebagai pemandu kepada perkembangan keusahawanan sosial dan terlibat memperjelaskan mengenai hala tuju dan visi keusahawanan sosial dalam kalangan belia di Malaysia.

 Kaedah perkongsian pengalaman dengan industry player dalam negara juga telah dilaksanakan. Sebanyak 6 pilihan topik bagi bengkel-bengkel selari ditawarkan kepada para belia disertai oleh Scope Group Malaysia, Genovasi Malaysia, Social Enterprise Alliance (SEA), MyHarapan, Myskills Foundation, dan Amanah Ikhtiar Malaysia.

ICYL 2015 telah memberi perhatian dan penghargaan istimewa kepada gologan belia yang terlibat dalam menyumbang idea mahupun tenaga kepada usaha pembangunan belia di Malaysia dalam konteks Keusahawanan Sosial. Anugerah ini adalah Anugerah Tunas Harapan atau Hope Awards yang telah disampaikan oleh YAB Perdana Menteri. Anugerah ini dinilai menerusi 7 kategori iaitu ‘Education & Employability’, ‘Civic Action & Human Rights’, ‘Environmental Conservation & Sustainability’, ‘Arts, Culture & Heritage’, Less is More’, Poverty Alleviation’ dan ‘Youth-Friendly Company of The Year’. Penilaian terhadap anugerah ini telah dilaksanakan oleh pihak IYRES dengan kerjasama MyHARAPAN.

Malah peserta yang terlibat dengan ICYL 2015 juga berpeluang menyebarluaskan jalinan hubungan di antara satu sama lain dalam Majlis Networking Session yang diadakan pada malam hari pertama program tersebut.

 Di samping itu, ICYL 2015 ini juga memberi laluan kepada usahawan sosial dari seluruh Malaysia untuk menonjolkan bakat serta mengenengahkan perniagaan yang dijalankan menerusi booth-booth pameran yang disediakan. Pelbagai booth telah dibuka dengan pelbagai jenis jualan seperti makanan-makanan unik, barangan unik, bank yang menawarkan pinjaman khusus untuk usahawan sosial, beberapa organisasi yang menawarkan khidmat konsultansi berkenaan usahawan sosial dan pelbagai lagi.

Disediakan oleh :  Nadya Shaffinaz Bajuri 

Disunting oleh : Mastura bt. Mohamad

Kota Kinabalu, 26 Mac 2015 – Penyediaan laporan Indeks Belia Sabah 2014 (IBS’14) kini telah melangkah ke fasa akhir iaitu fasa penyediaan laporan akhir kajian. Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dijemput untuk membentangkan hasil pelaporan Indeks Belia Sabah 2014 yang buat julung kalinya dibangunkan di Negeri Sabah dengan mengenengahkan 12 domain sebagai tanda aras bagi mengukur kesejahteraan dan kualiti belia di Sabah. Pembentangan tersebut disampaikan oleh Y.Bhg. Dr. Wasitah Bt Hj Mohd Yusof, selaku Ketua Pegawai Eksekutif IYRES merangkap Ketua Penyelidik IBS’14 sempena Majlis Perundingan Belia Negeri Sabah (MPBN) siri 1/2015 bertempat di Grand Ballroom Le Meridien Hotel, Kota Kinabalu. Seramai 120 orang terlibat dalam persidangan pada kali ini terdiri daripada Ahli Majlis Belia Sabah (MBS) dan 13 badan gabungan, agensi kerajaan, serta pemimpin-pemimpin belia.

Dalam sesi  pembentangan tersebut,  intipati penting yang ditekankan adalah berkaitan cadangan dan syor kepada Majlis Perundingan Belia Negeri Sabah (MPBNS) dalam merangka Program Aspirasi Masa Depan berpaksikan 12 domain dan 55 indikator untuk mengukur kualiti hidup belia Negeri Sabah. Beliau turut menyatakan bahawa hasil penemuan IBS’14 menunjukkan skor bagi Indikator perpaduan dan Integriti dalam Domain Identiti Diri berada pada tahap yang sangat memuaskan. Keunikan masyarakat belia Sabah ini menjadi satu identiti yang perlu dibanggakan dan dikekalkan serta dipertingkatkan pada masa hadapan. Tambahan beliau, semua pemegang taruh belia perlu mengambil tugas dan memberi keutamaan dalam mencorak identiti belia aspirasi masa depan kerana ia adalah kepentingan utama kerajaan agar nilai positif dalam kalangan belia  diperkukuh dan memastikan hala tuju pembangunan negeri serta Agenda Transformasi Pemerkasaan Pembangunan Belia dicapai.

Sesi Persidangan MPBNS dimulakan dengan ucaptama daripada Yang Berhormat Datuk Hj Tawfiq bin Datuk Seri Panglima Hj Abu Bakar Titingan, Menteri Belia dan Sukan Sabah merangkap Pengerusi Majlis Perundingan Belia Negeri Sabah. Hadir sama Pembantu Menterinya, Datuk Masiung Banah, Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Negeri, Datuk Suzannah Liaw dan Presiden MBS, Nourman Ryan Awang Zaini.

 

Disediakan oleh   :  Mohd Rizal Mohd Sham

Disunting oleh     : Dr. Wasitah bt Hj. Mohd Yusof

 

UTUSAN ONLINE : KAMIL MASLIH  |  20 Mac 2015

KUALA LUMPUR 19 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak menggalakkan golongan belia menceburi bidang keusahawanan sosial bagi menyumbang kepada keseimbangan sosio ekonomi negara.

Perdana Menteri berkata, perjalanan Malaysia menuju ke arah negara berpendapatan tinggi tidak akan lengkap tanpa model ekonomi yang dapat memberi impak sosial.

“Mengubah masyarakat melalui keusahawanan sosial adalah sesuatu yang boleh dilakukan dan diukur pencapaiannya, perkara ini bukan hanya untuk mencipta kekayaan semata-mata tetapi mencipta kekayaan yang dapat dikongsi dengan komuniti selain menyumbang kepada ekonomi yang mampan.

“Selain itu, golongan yang terpinggir dalam arus ekonomi juga akan mendapat peluang menerusi keusahawanan sosial dan ini akan menyumbang kepada perkembangan positif dalam kebahagiaan masyarakat, kesihatan, keselamatan dan gaya hidup sihat,” katanya ketika berucap merasmikan Persida­ngan Antarabangsa Pemimpin Muda (ICYL) 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Najib turut menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang Anugerah Harapan yang terdiri daripada usahawan-usahawan sosial yang berjaya meraih kejayaan dalam bidang perniagaan dan menyumbang kepada komuniti.

 

Yang turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin; Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof; dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan.

Menurut Perdana Menteri, komitmen kerajaan dalam menja­yakan bidang keusahawanan sosial telah dibuktikan menerusi peruntukan sebanyak RM20 juta yang telah disalurkan kepada Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) pada tahun 2013.

Jelas beliau, dengan kedudukan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN, beliau akan mengangkat agenda keusahawanan sosial di peringkat rantau ini dan memperbanyakkan lagi aktiviti.

“Konsep keusahawanan sosial masih lagi baharu di Malaysia tetapi kita sudah ada beberapa contoh usahawan, mereka berjaya melihat peluang dan bukannya masalah dan mereka berjaya mengaplikasikan perniagaan untuk membentuk masyarakat yang lebih saksama.

“Saya percaya golongan muda yang mempunyai impian untuk mengubah dunia akan menggunakan model ke­usahawanan sosial bagi memberi impak positif dalam isu kemasyarakatan dan alam sekitar,” katanya.

 

- See more at: http://www.utusan.com.my

Johor Bahru, 1 Mac 2015 – Institut Penyelidikan dan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah mengadakan satu mesyuarat Pelaksanaan Strategi Intervensi Bagi Menangani Isu Belia Berisko Tinggi Di Wilayah Iskandarkerjasama antara Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Johor. Turut hadir bersama semasa sesi mesyuarat ini ialah Hj. Mohd Amin Othman, Timbalan Pengarah Pembangunan Sosial IRDA, Cik Khairunisa Abd Khalid, Penolong Eksekutif Bahagian sosial IRDA dan En. Azmi Othman Penolong Pengarah Belia dan Sukan, Unit Pembangunan Sosial, JBSN Johor.

Kajian ini telah dilaksanakan hasil tindakan yang diambil dari satu daripada 10 resolusi yang telah dihasilkan melalui Forum Belia Kebangsaan iaitu Menangani Jenayah dan Gengsterisme di Malaysia yang dianjurkan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan pada 28 September 2013 yang lepas.

Oleh itu, pihak IYRES dengan kerjasama KITA-UKM telah melaksanakan satu kajian bertajuk ’Action Research On Serious Crime, Gangsterisme and Youth In Malaysia’ pada Februari sehingga November 2014 yang lalu. Kajian tersebut telah dilaksanakan ke atas belia berisiko yang berumur 15 hingga 29 tahun.

 Berdasarkan kepada outcome penilaian/kajian yang telah dilaksanakan itu maka IYRES telah bekerjasama dengan pihak IRDA dan JBSN Johor dalam melaksanakan projek di kawasan kejiranan bagi mengumpulkan profil belia berisiko di kawasan tersebut dan melaksanakan program strategi intervensi yang bersesuaian untuk belia berisiko tinggi di wilayah Iskandar.

 Hasil daripada perbincangan, mesyuarat bersetuju memilih Kulai Jaya dan Pasir Gudang sebagai kawasan kajian memandangkan kedua-dua kawasan ini merupakan kawasan yang berisiko tinggi bagi kes jenayah. Selain itu, mesyuarat bersetuju mengadakan satu bengkel bersama Agensi Negeri/ Daerah dan Ketua Kejiranan bagi membincangkan keperluan Projek Pelaksanaan Strategi Intervensi dan bengkel ini dijangka akan diadakan pada bulan April ini.

Oleh: Norhidayah Binti Omar

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Disunting oleh: Dr. Wasitah Binti Hj Mohd Yusof

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

ANGKASAPURI, 9 MAC 2015 -

Bagi meluaskan promosi dan publisiti berkaitan International Conference Youth Leaders (ICYL2015), hebahan melalui media elektronik iaitu radio turut dilakukan.

Pagi ini, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), telah hadir untuk ditemubual di Nasional FM (95.3) di Wisma Radio, Angkasapuri.

Maklumat lanjut berkaitan ICYL 2015, layari www.kbs.gov.my /www.ippbm.gov.my / www.icyl.com .

Kota Kinabalu, 26 Februari 2015 – Penyediaan Indeks Belia Malaysia 2015 (IBM’15) kini melangkah ke fasa baru. Ini memandangkan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) sedang berusaha melahirkan Indeks Belia Sabah 2014 (IBS’14) sebagai aktiviti subset kepada Kajian IBM’15. Projek khas ini dapat dilaksanakan berdasarkan persetujuan oleh Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan Malaysia untuk membantu Negeri Sabah mempunyai  indeks belianya yang tersendiri. Sehubungan dengan itu, satu pembentangan Laporan Interim Kajian Indeks Belia Sabah 2014 telah diadakan bertempat di Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS). Pembentangan tersebut yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif IYRES, Dr. Wasitah Hj. Mohd Yusof, kepada Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Haji Tawfiq Bin Datuk Haji Abu Bakar Titingan. Turut dihadiri oleh Yang Berhormat Masiung Banah (Pembantu Menteri KBSS), Datuk Suzannah Liaw (Setiausaha Tetap), dan Hj. Ag. Damit bin Ag. Anak (Timbalan Setiausaha Tetap). Selain itu, turut hadir mendengar pembentangan dapatan awal kajian adalah Pegawai –Pegawai Penyelaras Daerah, wakil dari Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah dan Majlis Belia Sabah.

Sesi pembentangan ini adalah untuk melaporkan dapatan awal kajian ke atas populasi belia Sabah di 25 daerah serta mendapatkan maklum balas/pandangan serta penambahbaikan dari pihak KBSS dan JBS Sabah bagi laporan akhir Kajian IBS’14. Tempoh pelaksanaan bagi membangunkan IBS’14 telah bermula Januari 2014 melibatkan proses technical work, kerja lapangan di 25 buah daerah di Sabah serta penulisan laporan bersama pakar rujuk IBS’14 dan pihak KBSS.

Satu taklimat secara ringkas juga telah diadakan terlebih dahulu kepada Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan Malaysia (KBS), Encik Khairy Jamaluddin dan juga Ketua Setiausaha KBS, Datuk Jamil Bin Salleh berkenaan dapatan awal kajian ini.

Terdapat sejumlah 12 domain IBS 2014 yang merangkumi pembangunan kendiri, hubungan sosial, identiti, potensi diri, waktu senggang, kesihatan, teknologi maklumat dan komunikasi, tingkah laku devian,  kesejahteraan ekonomi, pendidikan, keselamatan dan sosialisasi politik. Kesemua domain ini diperihalkan dengan lebih mendalam melalui 57 indikator yang telah dibangunkan oleh pakar.

Disediakan oleh: Rozahidah Roslee

Disunting oleh: Dr. Wasitah Hj. Mohd Yusof & Puan Mastura Mohamad

PUTRAJAYA, 2 MAC 2015 – Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Putrajaya bersama Majlis Belia Kawasan Putrajaya telah membantu dalam menjayakan Karnival Peluang Kerjaya Dan Kemahiran Remaja Putrajaya yang diadakan di SMK Putrajaya Presint 16(1) di sini.

 

Program yang bermula 28 Februari hingga 1 Mac lalu mengumpulkan seramai 200 pelajar tingkatan 5 termasuk calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia  (SPM) 2014. Karnival ini adalah anjuran Majlis Permuafakatan Sekolah-Sekolah Putrajaya dan Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya. 

 

Objektif karnival ini adalah untuk memberi pendedahan dan maklumat awal kepada bakal penerima keputusan SPM tentang peluang dan kaedah menyambung pengajian di Institusi Latihan Kemahiran Awam yang terdapat di seluruh Malaysia.

 

Di antara agensi yang hadir dalam karnival ini adalah Politeknik Shah Alam, Malaysian Automotif Institute (MAI), Universiti Kuala Lumpur dan Institut Latihan Perindustrian Kuchai Lama.

 

Majlis penutupan disempurnakan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

 

Oleh: Siti Rahayu Binti Rabudin ( PBSD Putrajaya)

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

KUANTAN – Golongan belia berusia lingkungan 15 hingga 35 tahun dikenal pasti paling ramai terlibat dalam kes rasuah di negara ini sekali gus menunjukkan tahap kefahaman mereka berkaitan menerima dan memberi suapan masih rendah.

Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Shamshun Baharin Mohd. Jamil (gambar) berkata, statistik menunjukkan 54 peratus iaitu kira-kira 5,000 kes yang dikendalikan dalam tempoh 2003 hingga 2012 membabitkan golongan berkenaan.

Katanya, pembabitan golongan belia dikenal pasti berpunca daripada tahap pemahaman mereka masih rendah selain kurang terdedah mengenai kesalahan rasuah hingga mendorong melakukannya.

Oleh LUQMAN HAKIM AB. RAHIM
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

SIBU: Hospital Sibu menyasarkan untuk menjadikan golongan belia sebagai penganjur muda dalam kempen derma darah bagi meningkatkan jumlah penderma dan memastikan bekalan darah di hospital itu mencukupi.

Pengarah hospital itu, Dr Ngian Hie Ung berkata, ini kerana golongan belia yang aktif mempunyai pengaruh terhadap rakan sebaya mereka sekali gus dapat menarik ramai dalam kalangan mereka untuk menderma darah.

"Usaha ini boleh dimulakan di peringkat sekolah menengah di mana sudah ada sekolah dan pusat pengajian tinggi yang melakukan kempen derma darah dengan berterusan," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata sebagai contoh, Sekolah Menengah Kebangsaan Sacred Heart di sini mempunyai rekod yang baik apabila mengadakan kempen seumpama itu sebanyak tiga kali setahun secara berterusan.

"Ini adalah sesuatu yang amat memberangsangkan pada masa akan datang. Bagaimanapun, buat masa ini kami belum mempunyai kumpulan belia yang tetap bagi memulakan program khas dalam kalangan belia itu," katanya.

Mereka yang boleh menderma darah hendaklah sekurang-kurangnya berusia 17 tahun dan sihat tubuh badan, katanya.

Dr Ngian berkata, pada tahun lepas, Hospital Sibu menerima sebanyak 8,686 pain darah daripada 5,520 penderma melalui kempen yang dijalankan oleh agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan, pihak sekolah dan pusat pengajian tinggi.

Beliau berkata bekalan darah di bank darah hospital itu ada kalanya tidak mencukupi kerana perlu dibekalkan kepada hospital-hospital di Kanowit, Sarikei, Mukah dan Kapit.

"Sekiranya ramai penderma darah atau penderma yang berdaftar itu menderma dua kali setahun, kita yakin akan dapat memperoleh lebih 10,000 pain darah yang akan mencukupi bagi kegunaan hospital ini dan hospital lain di kawasan tengah Sarawak," katanya.

Bagi menggalakkan orang ramai menderma darah, Hospital Sibu turut menganjurkan beberapa program antaranya majlis penghargaan derma darah bersama Persatuan Bulan Sabit Merah serta bengkel untuk penganjur kempen pada Mei ini.

"Kita akan tekankan tentang pendermaan darah yang selamat iaitu bebas daripada penyakit, menggalakkan orang ramai menderma darah secara sukarela dan menyedarkan mereka bahawa darah bukan untuk dijual beli," katanya.

Selain itu, hospital itu juga akan mengadakan sambutan Hari Penderma Darah Sedunia pada 14 Jun ini. - BERNAMA

PUTRAJAYA,10 FEBUARI 2015 -  Kunjung hormat pihak Malaysian Global Innovation And Creativity Centre (MaGIC) yang diketuai Ketua Pegawai Operasi MaGIC, Norita Ja’afar ke atas Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Datuk Jamil Salleh, di pejabatnya di sini hari ini sememangnya membuahkan hasil yang amat bermakna.

 

Hala tuju pembangunan minat dan kecenderungan golongan belia usahawan. Malaysia amat cerah hasil dari perbincangan dan keterbukaan KBS dan MaGIC selaku pemandu kepada perjalananan bidang keusahawanan Sosial.

 

Kedua-dua pihak sepakat bagi memastikan  agar Penganjuran Konferen Antarabangsa Pemimpin Muda (ICYL) berhubung Keusahawanan Sosial anjuran Institut Penyelidikan Dan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) yang  akan dilaksanakan pada Mac nanti  akan menjadi permulaan kepada aktiviti susulan yang mantap dan bersepadu dengan tumpuan kepada kumpulan sasaran belia.
Menerusi perbincangan tersebut, Datuk Jamil menyarankan agar MaGIC bertindak sebagai pihak yang akan menerima dan memberi perhatian kepada tindakan dalam bentuk susulan yang diperlukan para belia yang sentiasa memerlukan perhatian dalam bentuk sokongan kewangan, khidmat nasihat dan keperluan program bagi terus menyuburkan semangat generasi muda yang telah mula berkecimpung dalam bidang keusahawanan sosial ini.

 

Perbincangan ini ternyata membuahkan hasil yang positif dan bakal menjana satu bentuk perkembangan baharu dalam melahirkan generasi belia usahawan berwatak positif dalam menjana perubahan masyarakat.

 

Turut hadir dalam perbincangan tersebut, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Datuk Hajah Hatipah Haji Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif IYRES, Dr. Wasitah Mohd Yusof.

 

Oleh : Dr Wasitah Binti Haji Mohd Yusof ( Ketua Pegawai Eksekutif IYRES )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

PUTRAJAYA, 29 JANUARI 2015 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah menganjurkan Program Persidangan Meja Bulat Belia yang membincangkan isu Kumpulan Militan Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL), dengan tajuk “ Antara Perjuangan Dan Semangat Jihad” .

 Persidangan Meja Bulat Belia ini telah diadakan di Galeri Kementerian Belia dan Sukan membawa agenda isu semasa untuk memberi penerangan dan maklumat yang jelas mengenai perkembangan terkini krisis perjuangan di Timur tengah dan membincangkan isu penyertaan belia di dalam perjuangan kumpulan negara islam iraq dan jajahannya (ISIL).

Oleh hal sedemikian, tindakan yang bersesuaian atas kapasiti dan kemampuan sebagai generasi muda bagi menyuarakan pandangan dan pendapat terhadap perjuangan (ISIL).

        Persidangan Meja Bulat Belia ini sangat menarik kerana telah dijalankan secara santai dengan penglibatan seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada golongan belia. Mereka terdiri daripada belia yang memiliki pelbagai latar belakang dan pendidikan seperti ahli akademik muda, NGO muda, penggerak persatuan IPT, kakitangan belia kerajaan dan swasta, belia tidak berpersatuan dan masyarakat pelbagai kaum.       

 Persidangan Meja Bulat Belia ini khususnya  untuk memberikan penerangan kepada Belia Malaysia mengenai perbezaan jihad, maklumat penuh mengenai jihad, ajaran Islam dan jihad yang diterjemahkan oleh Kumpulan (ISIL) dari pelbagai perspektif.

 Ternyata maklum balas yang diberikan  para peserta sewaktu persidangan sangat memberangsangkan dan menunjukkan betapa mereka risau akan isu ini merebak ke tanah air tercinta ini dalam pada menyalahguna dan memburukkan lagi nama Islam itu sendiri.

Hasil perbincangan di persidangan ini akan di rumuskan  segala input yang diterima dari semua peringkat untuk dijadikan sebagai satu resolusi yang akan diketengahkan untuk ke pihak kerajaan.

 

Oleh: Muhammad Zahid Alif Bin Abdul Aziz

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Disunting : Dr.Wasitah bt Haji Mohd Yusof

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

PUTRAJAYA, 22 JANUARI 2015 –Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah melaksanakan sesi taklimat kemajuan gerak kerja bersama YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia,  Encik Khairy Jamaluddin berhubung keusahawanan sosial bersempena program International Conference For Young Leaders (ICYL) ‘Changing Communities Through Social Entrepreneurship yang bakal berlangsung pada bulan Mac 2015 nanti.

Tujuan utama IYRES mengadakan sesi taklimat kemajuan gerak kerja ini adalah untuk melaporkan gerak kerja dan status kemajuan pelaksanaan Persidangan (ICYL) kepada YB Menteri beserta maklumbalas dan tindakan selanjutnya dalam menjalankan gerak kerja bagi menjayakan konferen antarabangsa (ICYL) yang bakal diadakan pada bulan Mac 2015 nanti.

Sesi taklimat ini juga telah dihadiri oleh wakil-wakil dari bahagian dalaman KBS sendiri dan pemegang taruh seperti MaGIC, iM4u, tandemic, UPM, MySkills Malaysia dan beberapa agensi lain yang bakal terlibat bersama dalam persidangan (ICYL) pada 19 hingga 21 Mac 2015 akan datang.

 Konferen ini merupakan sebuah forum unik kerana bakal menghimpunkan pemimpin-pemimpin muda kebangsaan dan serantau dalam ruang perbincangan intelektual secara tahunan. Program ini juga menjadi pemangkin dalam usaha Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) untuk melahirkan generasi muda yang mempunyai kesedaran untuk membawa perubahan yang positif kepada masyarakat di samping mewujudkan peluang dan ruang bagi peningkatan penglibatan belia Malaysia dalam bidang keusahawanan sosial.

 

Pengisian program akan dilaksanakan selama tiga hari melibatkan 200 peserta tempatan dan 100 peserta antarabangsa merangkumi sesi konferen,  pameran yang melibatkan pelbagai tokoh serta organisasi keusahawanan sosial dan perniagaan sosial dari seluruh dunia.

Selain itu, tujuan sesi taklimat ini adalah untuk mengumpul cadangan dan pandangan di peringkat kementerian dan pemegang taruh di samping mewujudkan  smart networking partnership bagi mewarwarkan pelaksanaan konferen antarabangsa ini.

Penglibatan pelbagai pihak bagi sesi taklimat kemajuan gerak kerja bersama YB Menteri berkaitan pelaksanaan konferen antarabangsa (ICYL) tersebut diharapkan dapat membantu kelancaran kementerian dan semua pihak yang terlibat dalam usaha menjayakannya.

Oleh : Mohd.Farhan Hazwan Bin Ismail
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah , Unit Komunikasi Korporat
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

PUTRAJAYA, 29 JANUARI 2015 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia atau IYRES hari ini menganjurkan satu lagi Program Persidangan Meja Bulat Belia yang membincangkan isu Kumpulan Militan Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL), dengan tajuk “ Antara Perjuangan Dan Semangat Jhad” .

Program yang diadakan di Galeri Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ini membawa agenda isu semasa membincangkan dan mengemas kini perkembangan terkini dan situasi sebenar krisis perjuangan ISIL di negara-negara Timur Tengah.

Dia00ntara sub - topik yang dibincangkan adalah berkenaan ‘Apa itu ISIL?’ dan ‘Jihad Menurut Perspektif Islam” yang dibentangkan  pegawai yang bertauliah dari agensi di Kementerian Luar Negeri dan juga dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Persidangan yang dianjurkan ini khusus untuk memberikan penerangan kepada Belia Malaysia mengenai perbezaan jihad, maklumat penuh mengenai jihad, ajaran Islam dan jihad yang diterjemahkan oleh Kumpulan ISIL ini.

Ternyata maklum balas yang diberikan  para peserta sewaktu persidangan sangat memberangsangkan dan menunjukkan betapa mereka risau akan isu ini merebak ke tanah air tercinta ini dalam pada menyalahguna dan memburukkan lagi nama Islam itu sendiri.

Hasil perbincangan di persidangan ini akan didokumenkan sebagai satu Resolusi untuk dijadikan Nota Jemaah Menteri seterusnya dibincangkan di peringkat Kabinet.

Resolusi telah diserahkan wakil peserta kepada Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS, Dato’ Harun  Che Su. 

Oleh : Khalid Khairuddin ( Unit Komunikasi Korporat KBS)

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

PUTRAJAYA, 15 Jan 2015 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah memenangi tempat ketiga dalam Pertandingan Pengemaskinian Portal Peringkat Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi tahun 2014. Tempat pertama disandang Institut Sukan Negara dan tempat Kedua adalah milik Institut Sukan Negara Perbadanan Stadium Malaysia.

Ia Turut dipertandingkan di peringkat JBSN/APBM dan juga IKBN/IKTBN. Pertandingan ini telah bermula pada Jun 2014 sehingga Disember 2014 yang dipantau sepenuhnya oleh jawatankuasa khas yang telah dilantik untuk membuat penilaian.

Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Menteri  Belia dan Sukan bersempena dengan Perhimpunan Bulananan KBS yang dianjurkan Sumber Manusia KBS. Para pemenang masing-masing membawa pulang sebuah trofi, sijil penghargaan serta wang saguhati.

Oleh :    Noor Afifah Binti Johari (Unit Pengurusan Maklumat IYRES)

                Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

KUALA LUMPUR, 12 JANUARI 2015 - Parlimen Belia Malaysia yang bersidang buat kali pertamanya bermula 10 hingga 11 Januari 2015 di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia.

Seramai 133 Ahli Perwakilan Belia Malaysia (APBM) yang dipilih dan dilantik telah menyertai persidangan kali ini. Dari  kalangan 133 ahli pewakilan tersebut, seramai 110 pewakilan lelaki manakala 23 wanita. 

Diantara yang menjadi  tumpuan adalah satu-satunya perwakilan untuk kerusi Orang Kurang Upaya (OKU) iaitu Muhammad Haiqal Hazani Abdullah daripada Kedah.  Kehadiran Haiqal dalam senarai APBM ini di samping membawa suara belia daripada Parlimen yang beliau wakili, juga mewakili suara para OKU di Malaysia. Beliau yang cukup ramah, sering menyuarakan pandangan bagi pihak OKU dalam usul yang dibawa perwakilan pada kedua-dua hari persidangan tersebut. 

Persidangan Parlimen Belia Malaysia (PBM) ini  adalah bertujuan untuk melatih dan melahirkan barisan pelapis kepimpinan muda yang berkaliber dan berwibawa sejajar dengan keperluan negara masa kini dan masa hadapan.

Tiada lagi perbincangan yang agak ‘simple’ seperti mengurangkan peratusan mat rempit yang berleluasa di negara tetapi, PBM berfokus kepada isu-isu nasional diantaranya adalah terhadap ekonomi, teknologi dan inovasi serta pendidikan dan kerjaya belia agar mereka mempunyai masa depan yang boleh membela diri, keluarga, bangsa dan negara.

 Oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ,Unit Komunikasi Korporat

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) -- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersetuju dengan cadangan penubuhan Dewan Perhimpunan Belia Asean namun ia perlu mendapat kelulusan Jemaah Menteri terlebih dahulu. Menteri berkenaan Khairy Jamaluddin berkata mekanisme yang sesuai akan diwujudkan dengan kerjasama Kementerian Luar untuk pelaksanaannya kelak. "Bagi peringkat awal, dewan ini akan digerakkan sama ada dengan sekretariat sendiri atau melalui kerjasama dengan Jawatankuasa Kerjasama Belia Asean," katanya ketika menggulung ucapan penutup persidangan pertama Parlimen Belia Malaysia di Dewan Rakyat di sini Ahad. Khairy berkata penubuhan dewan itu akan membuka peluang dan ruang kepada belia tempatan bertukar pandangan dengan rakan Asean mereka dan bertepatan dengan kalendar tahun ini yang menyaksikan Malaysia menjadi pengerusi Asean. Penubuhan dewan berkenaan merupakan antara sembilan usul yang dibentang, dibahas dan diluluskan dalam dua hari persidangan yang dihadiri 133 anggota belia pelbagai lapisan masyarakat seluruh negara. Parlimen Belia Malaysia, platform melahirkan barisan pelapis kepimpinan muda berkaliber dan berwibawa, yang bersidang buat kali pertama sejak semalam, ditangguhkan hari ini ke satu tarikh yang belum ditetapkan. Antara yang menarik perhatian adalah usul penubuhan program Perhimpunan Belia Asean yang berfungsi sebagai medium perbincangan dan penggubalan polisi serantau dalam kalangan belia serantau serta usul penubuhan Institut Kemahiran Insaniah Belia. Usul lain adalah supaya kerajaan menubuhkan 'Skim Biasiswa Kecemerlangan Kemahiran', penyediaan Kad Diskaun Khas kepada belia bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam darat, penubuhan 'Kesatuan Pekerja Muda' bagi permasalahan dan isu-isu melibatkan pekerja muda. Persidangan itu turut meluluskan usul pelaksanaan Pelan Pengurusan Bencana Peringkat Komuniti untuk keberkesanan mekanisme pengurusan bencana selain penambahbaikan pendidikan di luar bandar dalam konteks guru cemerlang. Mengulas mengenai perbahasan, Khairy kagum kerana perwakilan berjaya membuktikan bahawa ia bukan satu inisiatif yang membazir kerana perhimpunan itu sebaliknya menjadi medan mengumpulkan idea-idea baik untuk pembangunan belia dan negara. Khairy berkata segala perkara yang dibangkitkan semasa persidangan itu akan diproses dan dijadikan laporan untuk diajukan kepada Kabinet sebelum diserahkan kepada mana-mana kementerian untuk tindakan lanjut. Pada sidang media kemudian, beliau berkata tarikh bagi sesi Parlimen Belia seterusnya akan ditentukan selepas perbincangan dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Bagaimanapun, beliau menekankan bahawa Parlimen Belia itu akan bersidang tiga sesi setiap tahun dan dijadual diadakan seterusnya pada Jun dan September. Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Ronald Kiandee berkata pada keseluruhannya, perwakilan membuat persiapan yang baik dan mampu berbahas dengan baik. "Perbahasan yang sangat memuaskan. Mereka ada kemahiran dan tajuk perbincangan yang menarik malah ada perwakilan yang boleh dibanggakan," katanya kepada Bernama. Parlimen Belia merupakan inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kira-kira dua tahun lepas bertujuan melahirkan barisan pelapis kepimpinan muda sejajar keperluan negara masa kini dan akan datang. -- BERNAMA

AKHIRNYA pada Sabtu dan Ahad ini di Dewan Rakyat, persidangan pertama Parlimen Belia Malaysia (PBM) direalisasikan dengan sejumlah 120 anggotanya akan terlibat dalam sesi perbahasan dan penggulungan

Bagaimana agaknya ragam dan gelagat ahli-ahli Parlimen Belia ini bercakap, mencelah dan bersoal jawab? Adakah sama seperti ahli-ahli Parlimen yang dipilih rakyat melalui pilihan raya?

Setiap negeri mempunyai kuota ahli PBM berdasarkan taburan populasi belia setempat yang mana kuota setiap negeri adalah 1:100,000. Untuk pemilihan tahun lalu, kuota berdasarkan taburan populasi belia pada 2012. 

Antaranya, sejumlah 25 ahli PBM dari Selangor yang mempunyai belia teramai iaitu 2.27 juta orang, 14 dari Johor (1.37 juta belia), 11 dari Sabah (1.42 juta), 10 dari Sarawak (1.01 juta) selain pecahan-pecahan dari setiap negeri.

Sebenarnya, perancangan pelaksanaan PBM telah bermula awal tahun 2011, seterusnya Persidangan Parlimen Percubaan dilaksanakan pada 2012 bagi melihat kesesuaian format pelaksanaan program. Masa agak lama digunakan untuk memantapkan pelaksanaan PBM dengan mewujudkan Sistem e-PBM yang bertujuan mendaftarkan pemilih ahli PBM sebelum melaksanakan proses pencalonan dan pemilihan ahli PBM, yang sistemnya telah diaudit dan disahkan kredibilitinya.

Sebagai penganjur, Kementerian Belia dan Sukan yang diketuai Khairy Jamaluddin telah ambil maklum terdapat 33 negara lain yang turut melaksanakan Parlimen Belia. Model Parlimen Belia Australia dan United Kingdom dijadikan panduan dalam merangka pelaksanaan PBM.

Walau bagaimanapun, pelaksanaan PBM lebih memberi fokus dan disesuaikan dengan senario belia Malaysia.

Apakah yang boleh diharapkan kerajaan daripada wakil PBM? Pihak kerajaan yakin bahawa wakil

PBM mampu membawa suara belia di peringkat akar umbi kepada pihak kerajaan untuk diambil tindakan yang sewajarnya. Idea dan pandangan APBM mampu menyumbang kepada pihak kerajaan untuk merangka program Pembangunan belia yang bersesuaian. Selain itu, ahli PBM mempunyai kualiti sebagai pemimpin dan boleh digilap potensinya untuk menjadi pemimpin pelapis.

Bagaimana pula dengan isu yang akan dibincangkan? Ahli-ahli PBM akan masing-masing ditempatkan dalam jawatankuasa-jawatankuasa, antaranya Sosio Ekonomi, Hubungan Antarabangsa Dan Diplomatik, Keselamatan, Undang-Undang Dan Integriti, Pembangunan Dan Alam Sekitar serta Pembangunan Masyarakat Dan Kesihatan.

Jawatankuasa-jawatankuasa itu akan mengenal pasti isu berkenaan dengan topik jawatankuasa mereka dan mengangkat isu tersebut sebagai usul dalam perbahasan. Sekretariat tidak mengekang ahli-ahli parlimen belia dalam perbahasan mereka sekiranya ia dalam perbatasan topik jawatankuasa mereka. Sudah tentu isu-isu yang dibawa akan berpaksikan isu yang dihadapi oleh belia.Bagi Khairy, PBM suatu platform terbaik belia menyuarakan idea dan isu-isu yang berkaitan dengan mereka.

“Saya juga telah berjanji bahawa usul yang dipersetujui akan dibawa ke Jemaah Menteri dan kalau usul tersebut mempunyai intipati yang benar-benar sesuai, saya yakin usul-usul ini akan diterima dan digunapakai oleh kerajaan.

“Ahli-ahli Parlimen Belia ini dipilih oleh generasi muda Malaysia tanpa sebarang unsur penipuan. “Oleh itu, menjadi harapan utama saya agar mereka menggunakan peluang ini untuk membawa suara dan keinginan anak muda Malaysia, dan bukan hanya kepentingan peribadi,” kata Khairy.

Berita Selanjutnya :: http://www.utusan.com.my

KOTA BHARU 28 Dis. - Hampir 6,000 mangsa banjir di enam pusat pemindahan di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijang di sini belum mendapat bantuan makanan ekoran kesukaran pasukan penyelamat memasuki kawasan itu.

Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Zaluzi Sulaiman berkata, paras air yang masih tinggi serta arus deras di kawasan tersebut menyukarkan bantuan disalurkan terutama melalui laluan darat.

Beliau berkata, kesemua mang­sa yang masing-masing ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Semut Api, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badang, SK Kedai Buluh, SK Che Latif dan Kem Kijang telah terputus hubungan sejak dua hari lalu.

Bagaimanapun katanya, setakat ini bekalan makanan dan keperluan-keperluan lain di pusat pemindahan tersebut masih mencukupi.

“Pengangkutan nak masuk ke kawasan itu (Kijang) sukar kerana air terlalu tinggi.

“Keseluruhan DUN Kijang tenggelam akibat banjir ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah Zaluzi, banjir kali ini turut menjejaskan daerah Pengkalan Chepa yang sebelum ini jarang ditenggelami air.

Katanya, setakat ini hampir 20,000 mangsa terlibat dan mereka kini ditempatkan di 15 pusat pemindahan.

“Kebanyakan kawasan di sini tidak ada masalah dari segi pengagihan makanan, cuma masalah sekarang adalah bekalan air bersih.

“Kebanyakan pusat pemindahan terputus bekalan air, mereka hanya bergantung kepada bekalan air yang dihantar oleh pasukan penyelamat dan agensi-agensi kerajaan yang lain,” katanya.

Berita Selanjut :  http://www.utusan.com.my

JEMPOL, 12  DISEMBER 2014 - Seramai 53 peserta telah  menjayakan Program Rock Your Sprit Peringkaat Negeri Sembilan 2014 yang berlangsung di Kompleks Rakan Muda Jempol dekat sini pada 9 hingga 11 Disember lalu.

Rock Your Sprit merupakan satu branding dan tagline yang menaikkan semangat belia agar mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi, patriotism, beretika dan berintegriti.

Program ini adalah satu usaha untuk mendekatkan Rakan Muda dengan golongan sasar di peringkat akar umbi. Pelaksanaan program ini juga merupakan usaha untuk menarik dan  memupuk semangat gaya hidup rakan muda melalui pengisian yang lebih menarik mengikut perkembangan  budaya semasa yang bersesuaian dengan kehendak remaja masa  kini.

Beberapa pengisian  disajikan kepada peserta-peserta yang terlibat seperti pendedakan kepada Kesedaran Semangat Patriotisme, Pengenalan Kepada Anugerah Remaja Perdana (ARP) serta Program Mesra Komuniti Majmuk iaitu bagi mengeratkan hubungan remaja dengan komuniti.

 

Majlis penutup dan penyampaian sijil disempurnakan Pegawai Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan  Negeri Sembilan, Hasnan  Hashim. Turut sama di sepanjang program berlangsung, Reena Nornisha Nordin selaku Pegawai Penyelaras Program.

 Oleh : Shareen Mohd Yusof ( JBSN Negeri Sembilan )

 

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

KUALA LUMPUR, 4 DISEMBER 2014: Program ‘Meet Your Minister! Road to Putrajaya’ yang diadakan di Teh Tarik Place, NU Central telah berjaya menarik seramai lebih daripada 70 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

 

Program yang telah dihadiri oleh YB Senator Dato’ Seri Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri adalah bagi berkongsi pengalaman hidup beliau, dan memberi nasihat untuk belia-belia negara pada masa kini. Program tersebut bertujuan supaya belia di Malaysia dapat lebih mendekatkan diri mereka dengan pemimpin negara, memberikan motivasi, berkongsi pengalaman, menaikkan semangat patriotisme, selain daripada dapat membina karektor belia itu sendiri.

 

Program tersebut telah dianjurkan oleh Persatuan Alumni Felo Perdana iaitu mereka yang terdiri daripada bekas serta peserta Program Felo Perdana dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan.

 

Disediakan oleh : Mohd Khairul bin Japok, Bahagian Pembangunan Belia

 

Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

KUALA LUMPUR, 28 NOVEMBER 2014 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah menjayakan satu sesi sindikasi bersama pemegang taruh belia (stakeholders) berkenaan transisi perubahan umur belia Malaysia dan kepimpinan Rakan Muda bertempat di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras, Kuala Lumpur.

Sindikasi ini dijalankan meliputi dua (2) kajian iaitu melibatkan kajian Kepimpinan Rakan Muda dan Kajian Dasar Belia Malaysia (DBM)  bagi mendapatkan reaksi dan tahap kesediaan pemegang taruh belia berkaitan mengenai transisi takrifan umur belia Malaysia yang baharu. Usaha ini dilakukan berdasarkan rentetan keputusan Kerajaan menghendaki supaya Dasar Pembangunan Belia Negara (DPBN) 1997 yang digunakan pada masa ini dikaji semula dan dilaksanakan perubahan terutama dari segi takrifan umur belia dan kumpulan sasar. DBM dijangka akan dilaksanakan pada tahun 2015 merupakan dasar bagi memperkukuh dan menyerlahkan potensi belia sebagai pemacu pembangunan strategik Negara. Manakala, Jangkaan pelaksanaan takrifan baru umur belia adalah pada tahun 2018.

Seramai 42 orang peserta telah hadir daripada pelbagai latar belakang Pertubuhan Belia antaranya Majlis Belia Malaysia (MBM), Persatuan Belia Xiang Lian Malaysia, Pergerakan Pemuda Malaysia (YMM), Sekretariat Rakan Muda Kuis, Bekas Penggerak Rakan Muda, Rakan Muda Persatuan Belia Dinamik Negeri Sembilan dan lain-lain persatuan.  Semasa sesi sindikasi ini dijalankan, peserta atau informan dibahagikan mengikut empat (4) kumpulan kecil yang dipandu oleh Penyelidik IYRES sebagai fasilitator dalam membincangkan berkaitan isu DBM dan Program Kepimpinan Rakan Muda.

Melalui dapatan kedua-dua kajian ini, diharap dapat membuktikan bahawa Rakan Muda merupakan salah satu program yang mampu melahirkan pemimpin belia dari kalangan mereka yang berumur 15 hingga 25 tahun. Seterusnya mampu menjadi fakta penting kepada pihak Kementerian dalam memurnikan konsep dan kerangka DBM yang menyentuh perkara berkaitan transisi perubahan takrifan umur belia Malaysia seperti yang di aspirasikan oleh YB. Menteri.

Sesi sindikasi ini turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif IYRES, Y.Brs Dr Wasitah Hj Mohd Yusof, memberikan ucapan alu-aluan di awal sesi kepada peserta bagi menghargai keterlibatan mereka dalam sesi tersebut

Oleh: Mohd Rizal Mohd Sham

Disunting : Siti Aimi Dayana Muhamad

PERTANDINGAN ROBOTIK DI INDONESIA ROBOFEST 2014 PERINGKAT ASEAN

BANDUNG, 18 NOVEMBER 2014 - Pertandingan Robotik Indonesia Robofest 2014 telah berlangsung di Festival Citylink, Bandung, Indonesia pada 8 hingga 9 November  melibatkan penyertaan negara Indonesia, Singapura dan Malaysia.

 

Keputusan pertandingan secara individu, menyaksikan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang memenangi beberapa pertandingan kategori Battle Robot sehingga berjaya ke peringkat separuh akhir.

 

Pencapaian  pasukan Malaysia yang melibatkan IKTBN Sepang, Maktab Melayu Kuala Kangsar dan Sekolah Sintok telah berjaya meletakkan nama Malaysia secara keseluruhannya di tempat ketiga dan kedua mengatasi 60 pasukan daripada Indonesia dan Singapura.

 
Bagi kategori Automated Storage and Retrieval System pula, pasukan Malaysia diletakkan di dalam kategori khas mengikut kategori perisian. Kejayaan ini amat membanggakan memandangkan ia merupakan peryertaan pertama  Malaysia di dalam pertandingan ini.

 

Hadiah pertandingan tempat ketiga dan kedua adalah di dalam bentuk trofi dan wang tunai, masing-masing sebanyak RM500 untuk tempat ketiga dan RM800 untuk tempat kedua.

Oleh: Mohd Hezir bin Mohd Amin (IKTBN Sepang )

 

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

YouthUnited.MY yang ditubuhkan pada tahun ini untuk mewujudkan platform yang membabitkan, menginspirasikan dan meraikan belia. Untuk maklumat lanjut layari www.youthunited.my atau 'Like' laman Facebook www.facebook.com/YouthUnitedMY.

 

Acara Youth United Festival

 

Youth United Festival 2014 adalah acara yang membabitkan, menginspirasikan dan meraikan belia dari aspek sukan, kerohanian, keinsanan, hiburan, kecerdasan, kreativiti dan sebagainya. Acara kemuncak akan berlangsung pada Ahad, 14 Disember ini di tempat letak kereta awam Stadium Malawati, Shah Alam.

 

Program disediakan khas untuk pelajar yang masih menuntut di institusi pengajian tinggi awam atau swasta di seluruh negara dan berusia antara 17 hingga 28 tahun. Antara program anjuran Youth United Festival 2014 termasuk:Pertandingan Youth Band Stage Pertandingan Youth Band Stage dipersembahkan E Studios Production yang memberi peluang kepada belia untuk menyertai acara 'battle of the bands' dan memenangi hadiah lumayan iaitu merakamkan lagu dengan kos tajaan RM50,000. Kumpulan kugiran juga berpeluang untuk memenangi hadiah utama bernilai RM5,000. Wang tunai bernilai RM5,000 juga akan disalurkan kepada Persatuan Kebajikan Belia, YouthCares, atas nama kumpulan pemenang. Peserta hanya perlu daftarkan profil band di laman www.YouthUnited.MY/YouthUnitedFest2014.

 

Pertandingan Futsal Challenge

 

Pertandingan Futsal Challenge diaktifkan oleh Shell Advance Motorcycle Oils dan penaja bersama, Revive Isotonic Drink. Ia adalah pertandingan kejohanan futsal peringkat universiti. Setiap pasukan harus diwakili empat pemain utama, tiga pemain simpanan dan seorang penjaga gol.

Hadiah lumayan menanti juara iaitu wang tunai RM 5,000, piala dan sijil. Wang tunai RM5,000 juga akan disalurkan kepada Persatuan Kebajikan Belia, YouthCares, atas nama pemenang.

Peserta hanya perlu mendaftar di laman www.YouthUnited.MY/YouthUnitedFest2014.

 

Pertandingan Youth Icon

 

Pertandingan Youth Icon yang disemarakkan Honor adalah pertandingan peringkat kebangsaan bagi mencari 10 Duta Kampus Honor yang berkaliber. Sepuluh Duta Kampus itu akan memenangi hadiah bernilai lebih RM10,000. Pelajar berkenaan haruslah memiliki empat kriteria utama iaitu berkeyakinan tinggi, aktif dalam persatuan dan kelab, mempunyai prestasi akademik cemerlang dan aktif membabitkan diri dalam aktiviti komuniti sosial.

Untuk menyertai pertandingan Youth Icon, pelajar haruslah merakam video berdurasi satu minit mengenai diri sendiri berdasarkan kriteria itu, kemudian daftar dan muat naik rakaman serta profil di laman www.YouthUnited.MY/YouthUnitedFest2014.

 

Sesi Bual Bicara YouthLab

 

Program YouthLab dicetuskan Maybank, penaja bersama Kementerian Kesihatan Malaysia dan dipandu oleh Proton. R3 adalah sesi bual bicara yang memberi inspirasi bersama ikon dan personaliti terulung Malaysia. Pelbagai sesi disediakan untuk pelajar, contohnya music clinic with celebrity, sesi bual bicara dengan selebriti, kesihatan, sesi motivasi dan inspirasi, defence driving dan lain-lain.

 

Peserta hanya perlu mendaftar secara percuma di laman http://www.YouthUnited.MY/YouthUnitedFest2014.

Pertandingan Youth Games

 

Pertandingan Youth Games yang diaktifkan oleh jenama telefon bimbit Honor adalah pertandingan sengit di mana peserta akan bertanding untuk mendapatkan 'race time' paling laju. Seratus pelajar dengan 'race time' terbaik akan mengharungi cabaran pada acara kemuncak untuk memenangi hadiah lumayan seperti telefon pintar Honor 6 dan tablet Honor.

Untuk menyertai pertandingan ini, pelajar harus mengunjungi booth di roadshow kampus yang dilawati pengunjung Youth United Fest 2014.

Pertandingan YouthZibition

Pertandingan YouthZibition yang dijana Harian Metro Gen Y adalah pertandingan khas untuk pelajar menonjolkan hasil bakat mereka. Kategori yang dipertandingkan adalah pereka fesyen, fotografi, seni lukis dan illustrasi, keusahawanan muda, seni ukiran, visual grafik serta elektrik dan elektronik.

 

- See more at: http://www.hmetro.com.my

-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 November 2014 

YouthUnited.MY yang ditubuhkan pada tahun ini untuk mewujudkan platform yang membabitkan, menginspirasikan dan meraikan belia. Untuk maklumat lanjut layari www.youthunited.my atau 'Like' laman Facebook www.facebook.com/YouthUnitedMY.

 

Acara Youth United Festival

 

Youth United Festival 2014 adalah acara yang membabitkan, menginspirasikan dan meraikan belia dari aspek sukan, kerohanian, keinsanan, hiburan, kecerdasan, kreativiti dan sebagainya. Acara kemuncak akan berlangsung pada Ahad, 14 Disember ini di tempat letak kereta awam Stadium Malawati, Shah Alam.

 

Program disediakan khas untuk pelajar yang masih menuntut di institusi pengajian tinggi awam atau swasta di seluruh negara dan berusia antara 17 hingga 28 tahun. Antara program anjuran Youth United Festival 2014 termasuk:Pertandingan Youth Band Stage Pertandingan Youth Band Stage dipersembahkan E Studios Production yang memberi peluang kepada belia untuk menyertai acara 'battle of the bands' dan memenangi hadiah lumayan iaitu merakamkan lagu dengan kos tajaan RM50,000. Kumpulan kugiran juga berpeluang untuk memenangi hadiah utama bernilai RM5,000. Wang tunai bernilai RM5,000 juga akan disalurkan kepada Persatuan Kebajikan Belia, YouthCares, atas nama kumpulan pemenang. Peserta hanya perlu daftarkan profil band di laman www.YouthUnited.MY/YouthUnitedFest2014.

 

Pertandingan Futsal Challenge

 

Pertandingan Futsal Challenge diaktifkan oleh Shell Advance Motorcycle Oils dan penaja bersama, Revive Isotonic Drink. Ia adalah pertandingan kejohanan futsal peringkat universiti. Setiap pasukan harus diwakili empat pemain utama, tiga pemain simpanan dan seorang penjaga gol.

Hadiah lumayan menanti juara iaitu wang tunai RM 5,000, piala dan sijil. Wang tunai RM5,000 juga akan disalurkan kepada Persatuan Kebajikan Belia, YouthCares, atas nama pemenang.

Peserta hanya perlu mendaftar di laman www.YouthUnited.MY/YouthUnitedFest2014.

 

Pertandingan Youth Icon

 

Pertandingan Youth Icon yang disemarakkan Honor adalah pertandingan peringkat kebangsaan bagi mencari 10 Duta Kampus Honor yang berkaliber. Sepuluh Duta Kampus itu akan memenangi hadiah bernilai lebih RM10,000. Pelajar berkenaan haruslah memiliki empat kriteria utama iaitu berkeyakinan tinggi, aktif dalam persatuan dan kelab, mempunyai prestasi akademik cemerlang dan aktif membabitkan diri dalam aktiviti komuniti sosial.

Untuk menyertai pertandingan Youth Icon, pelajar haruslah merakam video berdurasi satu minit mengenai diri sendiri berdasarkan kriteria itu, kemudian daftar dan muat naik rakaman serta profil di laman www.YouthUnited.MY/YouthUnitedFest2014.

 

Sesi Bual Bicara YouthLab

 

Program YouthLab dicetuskan Maybank, penaja bersama Kementerian Kesihatan Malaysia dan dipandu oleh Proton. R3 adalah sesi bual bicara yang memberi inspirasi bersama ikon dan personaliti terulung Malaysia. Pelbagai sesi disediakan untuk pelajar, contohnya music clinic with celebrity, sesi bual bicara dengan selebriti, kesihatan, sesi motivasi dan inspirasi, defence driving dan lain-lain.

 

Peserta hanya perlu mendaftar secara percuma di laman http://www.YouthUnited.MY/YouthUnitedFest2014.

Pertandingan Youth Games

 

Pertandingan Youth Games yang diaktifkan oleh jenama telefon bimbit Honor adalah pertandingan sengit di mana peserta akan bertanding untuk mendapatkan 'race time' paling laju. Seratus pelajar dengan 'race time' terbaik akan mengharungi cabaran pada acara kemuncak untuk memenangi hadiah lumayan seperti telefon pintar Honor 6 dan tablet Honor.

Untuk menyertai pertandingan ini, pelajar harus mengunjungi booth di roadshow kampus yang dilawati pengunjung Youth United Fest 2014.

Pertandingan YouthZibition

Pertandingan YouthZibition yang dijana Harian Metro Gen Y adalah pertandingan khas untuk pelajar menonjolkan hasil bakat mereka. Kategori yang dipertandingkan adalah pereka fesyen, fotografi, seni lukis dan illustrasi, keusahawanan muda, seni ukiran, visual grafik serta elektrik dan elektronik.

 

- See more at: http://www.hmetro.com.my

-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 November 2014 

YouthUnited.MY yang ditubuhkan pada tahun ini untuk mewujudkan platform yang membabitkan, menginspirasikan dan meraikan belia. Untuk maklumat lanjut layari www.youthunited.my atau 'Like' laman Facebook www.facebook.com/YouthUnitedMY.

 

Acara Youth United Festival

 

Youth United Festival 2014 adalah acara yang membabitkan, menginspirasikan dan meraikan belia dari aspek sukan, kerohanian, keinsanan, hiburan, kecerdasan, kreativiti dan sebagainya. Acara kemuncak akan berlangsung pada Ahad, 14 Disember ini di tempat letak kereta awam Stadium Malawati, Shah Alam.

Program disediakan khas untuk pelajar yang masih menuntut di institusi pengajian tinggi awam atau swasta di seluruh negara dan berusia antara 17 hingga 28 tahun. Antara program anjuran Youth United Festival 2014 termasuk:Pertandingan Youth Band Stage Pertandingan Youth Band Stage dipersembahkan E Studios Production yang memberi peluang kepada belia untuk menyertai acara 'battle of the bands' dan memenangi hadiah lumayan iaitu merakamkan lagu dengan kos tajaan RM50,000. Kumpulan kugiran juga berpeluang untuk memenangi hadiah utama bernilai RM5,000. Wang tunai bernilai RM5,000 juga akan disalurkan kepada Persatuan Kebajikan Belia, YouthCares, atas nama kumpulan pemenang. Peserta hanya perlu daftarkan profil band di laman www.YouthUnited.MY/YouthUnitedFest2014.

 

Pertandingan Futsal Challenge

Pertandingan Futsal Challenge diaktifkan oleh Shell Advance Motorcycle Oils dan penaja bersama, Revive Isotonic Drink. Ia adalah pertandingan kejohanan futsal peringkat universiti. Setiap pasukan harus diwakili empat pemain utama, tiga pemain simpanan dan seorang penjaga gol.

Hadiah lumayan menanti juara iaitu wang tunai RM 5,000, piala dan sijil. Wang tunai RM5,000 juga akan disalurkan kepada Persatuan Kebajikan Belia, YouthCares, atas nama pemenang.

Peserta hanya perlu mendaftar di laman www.YouthUnited.MY/YouthUnitedFest2014.

 

Pertandingan Youth Icon

Pertandingan Youth Icon yang disemarakkan Honor adalah pertandingan peringkat kebangsaan bagi mencari 10 Duta Kampus Honor yang berkaliber. Sepuluh Duta Kampus itu akan memenangi hadiah bernilai lebih RM10,000. Pelajar berkenaan haruslah memiliki empat kriteria utama iaitu berkeyakinan tinggi, aktif dalam persatuan dan kelab, mempunyai prestasi akademik cemerlang dan aktif membabitkan diri dalam aktiviti komuniti sosial.

Untuk menyertai pertandingan Youth Icon, pelajar haruslah merakam video berdurasi satu minit mengenai diri sendiri berdasarkan kriteria itu, kemudian daftar dan muat naik rakaman serta profil di laman www.YouthUnited.MY/YouthUnitedFest2014.

 

Sesi Bual Bicara YouthLab

Program YouthLab dicetuskan Maybank, penaja bersama Kementerian Kesihatan Malaysia dan dipandu oleh Proton. R3 adalah sesi bual bicara yang memberi inspirasi bersama ikon dan personaliti terulung Malaysia. Pelbagai sesi disediakan untuk pelajar, contohnya music clinic with celebrity, sesi bual bicara dengan selebriti, kesihatan, sesi motivasi dan inspirasi, defence driving dan lain-lain.

Peserta hanya perlu mendaftar secara percuma di laman http://www.YouthUnited.MY/YouthUnitedFest2014.

Pertandingan Youth Games

Pertandingan Youth Games yang diaktifkan oleh jenama telefon bimbit Honor adalah pertandingan sengit di mana peserta akan bertanding untuk mendapatkan 'race time' paling laju. Seratus pelajar dengan 'race time' terbaik akan mengharungi cabaran pada acara kemuncak untuk memenangi hadiah lumayan seperti telefon pintar Honor 6 dan tablet Honor.

Untuk menyertai pertandingan ini, pelajar harus mengunjungi booth di roadshow kampus yang dilawati pengunjung Youth United Fest 2014.

Pertandingan YouthZibition

Pertandingan YouthZibition yang dijana Harian Metro Gen Y adalah pertandingan khas untuk pelajar menonjolkan hasil bakat mereka. Kategori yang dipertandingkan adalah pereka fesyen, fotografi, seni lukis dan illustrasi, keusahawanan muda, seni ukiran, visual grafik serta elektrik dan elektronik.

 - See more at Harian Metro : http://www.hmetro.com.my

 -Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 November 2014 

KERJASAMA STRATEGIK KBS DAN MAI DALAM PROGRAM TRANSFORMASI  IKBN

 PUTRAJAYA, 19 NOVEMBER 2014 – “ Perjanjian ini merupakan satu perkembangan positif dalam menjadikan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)  sebagai sebuah Institut Latihan Kemahiran Awam yang terbaik di Malaysia”, demikian diucapkan Menteri Belia dan Sukan,  Encik Khairy Jamaluddin sewaktu menyaksikan majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Di antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Malaysia Automotive Institute (MAI) di Galeri Menara KBS disini hari ini.

 

MAI telah ditubuhkan pada 16 April 2010 dan berfungsi sebagai organisasi bukan keuntungan. MAI dipilih berdasarkan khidmatnya sebagai pusat setempat dan pusat penyelarasan untuk pembangunan industri automotif tempatan dalam semua perkara yang berkaitan dengan industri automotif termasuk menggubal satu dasar automotif negara, mengurus tenaga kerja, teknologi dan pembangunan rantaian bekalan dan menyelaras jangkauan aktiviti.

 

Diantara inisiatif utama dalam perjanjian ini adalah perkongsian antara KBS dan Industri (majikan) dalam meningkatkan lagi kulaiti kebolehpasaran graduan IKBN. “ Kita menyasarkan peningkatan daripada 83 peratus kepada 90 peratus kebolehpasaran pelatih IKBN menjelang 2016”, ujar beliau lagi.

 

“ Pemeteraian MoU ini juga dapat meningkatkan lagi nilaitambah khususnya kepada pelatih IKBN dari segi kemahiran yang dipelajari serta pengalaman yang akan diperolehi nanti”, tambah beliau.

 

Di majlis ini juga turut menyaksikan seramai 60  graduan IKBN menerima surat tawaran kerja yang mengikuti program IPC Khas IKBN.

 

Hadir sama di majlis ini, Ketua Setiausaha KBS,  Datuk Jamil Salleh, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara,  Datuk Hajah Hatipah Ibrahim serta Pemangku Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran, Haji Zainuddin Yahaya.

 

 

Oleh : Khalid Khairuddin ( Unit Komunikasi Korporat KBS)

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

ACE-Dinner-1

IYRES JURUAUDIT RASMI MALAM ANUGERAH 15TH NATIONAL CUSTOMER EXPERIENCE GEN Y 2014

KUALA LUMPUR, 8 NOVEMBER 2014 – Association of Customer Experience Industry of Malaysia (ACE) telah mengadakan 15th National Customer Experience Industry Awards Gala Dinner 2014  bagi mengiktiraf pencapaian terbaik dan cemerlang dari pelbagai organisasi dan individu yang terdiri daripada pelbagai sektor call centre dari seluruh Malaysia yang mempunyai rekod dan prestasi yang cemerlang dalam memberi nilai perkhidmatan kepada semua pelanggan di Malaysia.

Pelaksanaan  anugerah ini telah berjaya memberikan kesempatan kepada para pemain industri yang terlibat dalam sektor ini khususnya gen Y untuk bersama-sama berkumpul di bawah satu bumbung seterusnya membina hubungan yang lebih mesra dan harmoni bersama syarikat-syarikat rangkaian yang lain di samping mewujudkan persaingan sihat yang memberi manfaat kepada semua pihak. Majlis makan malam ini dijalankan secara santai dimana para hadirin dibenarkan bebas untuk menikmati hidangan sambil beramah mesra di sepanjang majlis bersesuaian dengan tema ‘Retro Night’ yang merupakan tema klasik yang sangat menarik.

Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Azhar Mohamed Isa, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan serta YBrs. Dr. Wasitah Hj. Mohd Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES). IYRES merupakan juruaudit rasmi bagi keseluruhan anugerah yang disampaikan di dalam majlis makan malam berprestij ini.

Majlis telah dirasmikan oleh En. Michael Warren, Naib Presiden Kluster Perkhidmatan Perkongsian dan Penyumberan Luar di Multimedia Development Corporation (MDeC) selaku wakil Dato' Yasmin Mahmood, Ketua Pegawai Eksekutif MDeC.

Disediakan Oleh:Siti Aimi Dayana Muhamad
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Disunting oleh: Shariffah Mamat

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

KARNIVALGENEXTER2014

KARNIVAL GENEXTER 2014

PUTRAJAYA, 8 NOVEMBER 2014 – Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) telah menganjurkan Karnival Genexter 2014 di Dataran Putrajaya dengan jayanya. Tujuan utama karnival tersebut diadakan bertujuan untuk memberi platform kepada golongan muda untuk membabitkan diri dalam aktiviti positif bagi meningkatkan tahap kecekapan, keupayaan kepimpinan, gaya hidup, mencungkil bakat dan potensi serta menjadi generasi bermaklumat di samping memberi ruang dan peluang kepada golongan berkenaan mendekati pemimpin.

 

Dalam perlaksanaan karnival tersebut, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) yang merupakan salah satu agensi dalam Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) telah mengambil bahagian dengan mengadakan pameran yang berkaitan semua hasil kajian dan program-program intelektual yang telah dan bakal dilaksanakan seperti yang telah dirancang dan dijadualkan. Gerai-gerai jualan hasil penerbitan IYRES juga telah dibuka termasuklah dengan mengadakan pertandingan sukaneka dan kuiz yang telah menggamatkan lagi kemeriahan karnival tersebut.

 

Penganjuran karnival ini adalah formula berkesan bagi generasi muda bertemu dan berkongsi pendapat serta idea mereka bersama kepimpinan negara. Karnival ini menjadi sangat menarik kerana melalui perkongsian pelbagai idea di dalam karnival yang telah disambut ini telah menjadikan konsep 1Malaysia dapat disemai dengan lebih berkesan terutamanya kepada golongan muda atau belia yang lebih dikenali sebagai generasi Y yang menjadi pewaris kepada negara pada masa depan. Masyarakat turut dapat bekerjasama memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan golongan berkenaan dan tidak hanya menyerahkan tugas tersebut kepada kerajaan.

 

Karnival ini berlangsung dengan lancar dan menampakkan bilangan pengunjung yang sangat memuaskan. Penglibatan booth pameran dan jualan IYRES dalam karnival kali ini menjadi sangat istimewa kerana telah menerima kunjungan YB En Khairy Jamaluddin, Menteri Belia Dan Sukan Malaysia dan juga YB. Datuk Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia. Karnival ini telah berlangsung selama dua hari bermula 8 November sehingga 9 November 2014 di Perbadanan Putrajaya.

 

Oleh: Mohd. Farhan Hazwan Bin Ismail
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Disunting oleh: Shariffah Mamat

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

20141110

JOHOR BAHRU, 1 NOVEMBER 2014 - Bersempena Forum dan Dialog berkaitan isu (GST) yang dilaksanakan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Galleria Johor Baru. Y-CENTRE, UTC Johor telah menerima kunjungan rasmi  oleh Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) Antarabangsa dan Pengurusan, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bagi meninjau perkembangan serta melihat sendiri berkaitan  kemudahan fasiliti yang tersedia Y-Centre UTC Johor.

Y-Centre merupakan salah satu daripada kemudahan yang disediakan di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Johor atau dahulunya dikenali sebagai bangunan Kotaraya. Y-Centre UTC Johor telah mula beroperasi sepenuhnya pada  Julai 2014.

 

Sesi lawatan bermula dengan taklimat oleh Timbalan Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Johor, En Daniel Batin. Pelbagai isu telah dibincang khususnya berkaitan aspek pengurusan serta kemudahan fasiliti di Y-Centre. Beliau kemudiannya meluangkan masa hampir 20 minit melawat dan mencuba pelbagai kemudahan yang disediakan Y-Centre.

 

Lawatan ini diharapkan dapat meningkatkan lagi kualiti pengurusan  di Y-Centre, serta  menarik lebih ramai warga Johor khususnya belia mengisi masa lapang dengan pelbagai aktiviti bermanfaat dengan kemudahan fasiliti yang tersedia. 

 

Disediakan Oleh: Mohd Rizal Mohd Sham

gst

FORUM DAN DIALOG BELIA BERKAITAN GST DI UTC Galleria Johor Bahru.

JOHOR BAHRU, 1 NOVEMBER 2014  - Forum dan Dialog berkaitan isu (GST) yang dilaksanakan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Galleria Johor Bahru, telah dilancarkan Timbalan Ketua Setiausaha ( Antarabangsa dan Pengurusan) Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Dato’ Azhar  Mohamed Isa  disini semalam..

Forum Belia berkaitan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ini merupakan kesinambungan daripada tiga siri Persidangan Meja Bulat Belia mengenai  GST yang telah pun dilaksanakan sebelum ini melibatkan mahasiswa,Persatuan Pemimpin, NGO’s, Persatuan Peniaga ,dan kakitangan akademik.

Selain itu, Forum dan Dialog ini juga dapat meningkatkan satu  inquiry mind ” dikalangan generasi muda mengenai inisiatif yang membawa input kepada kehidupan mereka untuk menyebarluaskan GST  kepada golongan belia sebagai kumpulan sasar  sebagai persediaan awal  sebelum  pelaksanaannya tahun depan.

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor melaksanakan Forum dan Dialog Belia  mengenai isu GST untuk memberi peluang kepada generasi  muda untuk mengetengahkan suara mereka sehingga ke perinkat tertinggi.

Berdasarkan persetujuan dan kelulusan program tersebut, siri forum ini akan dilaksanakan di enam lokasi Pusat Transformasi Bandar dan Luar Bandar (UTC dan RTC) di Johor Bahru, Kota Bharu, Melaka, Kota Kinabalu, Gopeng dan Pekan.

Oleh: Muhammad Zahid Alif Bin Abdul Aziz (Unit Komunikasi Korporat)

zAlamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Disunting oleh: Dr.Wasitah Bt Mohd Yusof (CEO IYRES)

kikiyres

PORT DICKSON, 29 OKTOBER 2014 – Kementerian Belia dan Sukan telah mengadakan Konvensyen Kumpulan Kreatif Inovatif dan Kreatif (KIK) peringkat kementerian yang turut disertai oleh 13 kumpulan bagi Kategori Pengurusan dan 8 kumpulan bagi Kategori Teknikal.

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) juga tidak ketinggalan dalam menyertai konvensyen tersebut dengan membawa gelaran kumpulan Der Forscher yang bermaksud Penyelidik dalam bahasa German. IYRES telah membawa projek KIK ini yang bertajuk permasalahan Lambakan Data Di IYRES dengan memperkenalkan Aplikasi Pemetaan Belia Malaysia sebagai platform penyelesaian masalah untuk memusatkan data yang mana diterjemahkan dalam landskap peta.

Walaupun ini merupakan kali pertama IYRES memasuki pertandingan KIK, dengan usaha, kerjasama dan tungkus-lumus yang diberikan oleh setiap ahli kumpulan Der Forscher dan sokongan daripada seluruh warga IYRES telah membuktikan bahawa IYRES juga berjaya dalam memberikan persembahan yang terbaik pada hari itu.

Tahniah diucapkan kepada Silver-T dari JBSN Perak dan Pasukan Ivotech dari IKBN Pagoh yang diumumkan sebagai Johan bagi Kategori Pengurusan dan Teknikal. Hadiah kemenangan telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, YBhg. Datuk Jamil Salleh. Penyertaan IYRES dalam KIK tidak berakhir disini, malah lebih bersemangat untuk menyertainya pada tahun hadapan.

Disediakan oleh: Noor Afifah Johari

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Disunting oleh: Mastura Mohamad

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

care-for-needy

PROGRAM FEED THE HOMELESS “CARE FOR NEEDY”

ANJURAN BIRO SOSIAL, PUSPANITA CAWANGAN KBS

Oleh : Puan Suraya Bt Sulaiman Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

KUALA LUMPUR, 18 OKTOBER 2014 – Semangat kecintaan dalam kerja-kerja sukarela bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran kepada golongan muda untuk membantu golongan yang lebih memerlukan. Sehubungan itu, Biro Sosial PUSPANITA KBS telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan program tersebut dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Rakan Muda dan pelajar-pelajar daripada Kelab Budi Penyayang UniKL MIAT serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Seramai 45 orang peserta daripada UniKL , 25 orang daripada PADU, Rakan Muda dan                  11 orang ahli PUSPANITA KBS terlibat yang diketuai oleh Pengerusi Biro Sosial PUSPANITA KBS, Dr Wasitah Hj Mohd Yusof, selaku wakil rasmi kepada Y.Bhg Datin Dr. Asmah Bt Samat, Pengerusi Puspanita Cawangan KBS.

Program ini bertujuan untuk memupuk semangat saling membantu kepada insan-insan yang kurang berkemampuan ke dalam jiwa ahli Puspanita dan Ahli Kelab Budi Penyayang UniKL MIAT serta menyemai kesedaran dalam diri terhadap kepentingan dalam memberi sumbangan dalam membantu orang yang lebih memerlukan.

Dr. Wasitah dalam ucapan aluannya, mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada golongan muda UniKL dan semua pihak dan agensi-agensi seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta pasukan Polis yang terlibat dalam menjayakan program ini. Beliau berharap agar kerjasama yang terjalin ini dapat diteruskan di masa akan datang dalam samada program yang sama atau pun yang lain.

Dianggarkan lebih 300 orang golongan gelandangan mendapat manfaat dari agihan barangan keperluan harian serta makanan. Agihan tersebut diberikan kepada gelandangan yang berada di sekitar Masjid Jamek dan sekitar Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Sepanjang aktiviti agihan tersebut berjalan, pihak DBKL turut serta di setiap lokasi bagi memastikan keselamatan semua peserta bersama pihak Polis. Program tersebut berakhir pada jam 11.00 malam dan semua peserta berpuas hati kerana program yang telah lama dirancang ini berjalan dengan lancar dan baik.

 

 

iyres evolusimuda14

FORUM EVOLUSI POLITIK ANAK MUDA

KELANA JAYA, 15 OKTOBER 2014 - Politik Anak muda Malaysia merupakan pembuka tirai kepada Sekolah Parti, Akademi Kepimpinan Kapten Hussein (AKHI), satu usaha pengkaderan berstruktur yang julung kali diperkenalkan oleh YB Encik Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan Malaysia yang juga merupakan Ketua Pemuda Pergerakan UMNO Malaysia.

Pelancaran AKHI yang berlangsung di Premis AKHI yang bertempat di Kelana Jaya Centre Point bermula dengan sesi Forum Bersama YB Encik Khairy Jamaluddin berhubung evolusi serta perubahan iklim Politik Generasi muda pada hari ini yang jauh berbeza dengan politik anak muda 20 tahun dahulu. Usaha Peremajaan keahlian sesuatu Parti politik adalah penting memandangkan pada hari ini wujud persepsi mengenai kurangnya kecenderongan dalam kalangan anak muda hari ini terhadap kepimpinan sesuatu Parti seperti UMNO.

Pengisian Forum yang dikendalikan sendiri oleh YB Encik Khairy Jamaluddin dan di mudahcara oleh Cik Syahira mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan dewan forum  penuh sesak dengan bukan saja ahli dalam kalangan pemuda UMNO bahkan sambutan dari belia- belia pelbagai bangsa, pemberita, dan belia-belia yg datang dari persekitaran .Dianggarkan seramai lebih dari 700 belia dan pemuda hadir mengambil peluang dari forum pertama anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein.

Seperkara yang menarik ditimbulkan adalah unsur keterbukaan sebagai ‘aproach’ terkini dalam menarik penglibatan generasi muda untuk menjayakan agenda politik.

YB Khairy menolak sesetengah pandangan yg menyalahsangka mengenai keterbukaan dengan usaha membawa populariti bagi tujuan peribadi sesuatu tokoh. Beliau turut disogokkan dengan soalan dari para peserta mengenai kepentingan persepsi dan fakta dari kacamata YB Khairy.

Bagi beliau sendiri, mengurus persepsi itu sendiri adalah sangat penting yang mana jika tidak diurus ia pasti akan menenggelamkan fakta dan kebenaran yang juga penting.

YB Khairy turut di berikan pujian kerana rata- rata belia yang hadir amat menghargai usaha beliau sebagai Menteri Belia dan Sukan yang telah dapat menterjemahkan kesungguhan beliau dalam memperjuangkan belia melalui peruntukan budget belia yang sangat mesra belia.

YB Khairy turut berkongsi maklumat mengenai pelbagai Program Pembangunan Belia yang sedang berjalan di peringkat Kementerian dan berharap platform pelbagai program pembangunan modal insan yg dilaksanakan oleh KBS seperti Parlimen Belia Malaysia, Felo Perdana, YAKEB, Rakan Muda dan beberapa aktiviti di peringkat luar bandar akan dapat menjadi tapak kepada pembangunan, kepimpinan dinamis, belia dan pemuda pada hari ini.

Disediakan oleh : Dr. Wasitah Mohd Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Disunting oleh : Nasrudin H Mahmud, Unit Komunikasi Korporat

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

hi 04.2

Oleh HARYATI KARIM

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

BERMULA 15 September lalu, stesen radio iM4U FM telah beroperasi di sekitar Lembah Klang menerusi frekuensi 107.9 FM. Melihat kepada nama iM4U yang diguna pakai, timbul persoalan adakah stesen itu bertindak sebagai salah sebuah radio saluran kerajaan memandangkan sebelum ini nama itu pernah digunakan dalam kempen 1Malaysia Untuk Belia (1M4U) yang diasaskan oleh kerajaan.

Menjawab persoalan itu, Ketua Pegawai Operasi iM4U FM, Azlan Rudy Malik menyedari penggunaan nama yang lebih kurang sama iaitu iM4U FM dan kempen 1M4U menyebabkan kekeliruan tersebut. Namun, peranan kerajaan dalam radio iM4U hanyalah menyalurkan sebahagian daripada dana sukarelawan 1 Malaysia (DRe1M) yang berjumlah RM100 juta kepada stesen radio tersebut.

“iM4U merupakan sebuah badan bukan kerajaan, kami beroperasi seperti radio komersial yang lain. Bezanya, kami menumpukan kepada aktiviti khidmat sosial dan hiburan untuk golongan belia. Selain itu radio ini ditubuhkan menggunakan sebahagian daripada dana RM100 juta yang disalurkan kerajaan untuk melakukan aktiviti dan kempen khidmat sosial melibatkan golongan muda.

“Ingin saya tegaskan disini, radio iM4U tidak terlibat dan tidak dimiliki oleh mana-mana parti politik. Saya harap semua orang jelas dengan perkara ini,” ujar Azlan yang ditemui pada majlis pelancaran radio iM4U di White Box, Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.

Tegas Azlan, iM4U bermakna 1 Malaysia For Youth dipilih sebagai nama stesen radio itu kerana sesuai dengan misi yang dibawakan mereka iaitu menyatukan golongan belia tidak kira bangsa dan agama untuk sama-sama terlibat dalam aktiviti khidmat sosial. Keuntungan yang diraih stesen radio itu juga akan digunakan semula kepada aktiviti khidmat sosial golongaan belia.

“Berdasarkan kajian, belia daripada pelbagai kaum lebih mudah bersatu apabila mereka terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan. Jadi, saya berpendapat alangkah bagusnya jika golongan belia yang suka melakukan aktiviti khidmat sosial ini mempunyai platform mereka sendiri iaitu radio iM4U.

“Di sini, mereka boleh berkongsi aktiviti yang dilakukan dan tugas kami menyebarkan aktiviti khidmat sosial tersebut supaya disertai oleh lebih ramai belia. Kenapa memilih radio, saya rasa hiburan tidak dapat dipisahkan daripada golongan belia. Sambil mereka berhibur, kami juga memupuk kesedaran untuk melakukan kerja sukarelawan kepada pendengar,” kata Azlan.

Azlan yang merupakan salah seorang anggota band terkenal iaitu Pop Shuvit memberitahu, pihaknya sengaja memilih penyampai radio baharu daripada mengambil selebriti popular supaya mereka boleh memberi produk yang lebih segar kepada pendengar. Bahkan, pihak iM4U telah menjalankan proses uji bakat di seluruh negara untuk mencari penyampai radio yang berbakat.

“Saya tidak nafikan pengaruh selebriti untuk radio ini lebih dikenali. Bagaimanapun saya percaya, jika kami mencari penyampai radio yang benar-benar berbakat walaupun mereka tidak popular pendengar tetap akan tertarik dengan mereka.

“Sungguhpun begitu, saya tidak menolak andai ada selebriti yang ingin turut serta dalam perjuangan radio iM4U. Mungkin kami akan mengundang selebriti tampil dalam segmen khas. Antara selebriti yang dilihat berminat ialah penyanyi Altimet. Dia selalu menyokong aktiviti khidmat sosial yang kami jalankan. Andai segmen itu mendapat sambutan, kami akan jadikan ia satu segmen tetap. Bagaimanapun, semuanya masih dalam peringkat perbincangan,” ulas Azlan.

Radio iM4U yang bersiaran dari Kompleks Rakan Muda, Puchong, Selangor itu memainkan 70 peratus lagu dalam bahasa Melayu dan 30 peratus lagu bahasa Inggeris.

Terang Pengarah Radio iM4U FM, Kartini Kamalul Ariffin, berdasarkan kajian yang dilakukan sebelum radio itu bersiaran, lagu antarabangsa juga memberi impak yang besar kepada rating sesebuah stesen radio.

“Bukan saya kata lagu Melayu tidak diminati tetapi mereka juga suka mendengar lagu bahasa Inggeris. Untuk menarik perhatian golongan muda, radio iM4U harus menghidangkan lagu dan segmen mengikut cita rasa belia,” kata Kartini.

Tambah Kartini, pihaknya juga merancang untuk meluaskan frekuensi radio iM4U ke luar bandar selepas berjaya memikat hati pendengar di Lembah Klang.

“Perancangan kami mahu meluaskan frekuensi radio iM4U ke seluruh negara. Bagaimanapun, perkara itu melibatkan kos yang amat tinggi. Sebelum kita pergi lebih jauh, lebih baik kukuhkan dahulu pengaruh di kawasan Lembah Klang,” ujar Kartini yang memberitahu, pihak im4U turut menganjurkan pelbagai bengkel untuk golongan belia.

Buat masa ini, radio iM4U mempunyai lima segmen tetap yang dikendalikan oleh Mohd Shahrizal Sulaiman (Shah Bangkit), Mohammad Nasrun Abu Sofian (Nasrun), Thevanesh Rao (TV), Mohammad Aizat Ahmad Nazri (Jiggy), Tyler Sern Liang Lim (Tyler), Izzul Faiz Idrus (John Bear) dan Nur Hidayah Abu Bakar (Dayah Bakar).

Pada majlis pelancaran iM4U FM, ramai selebriti turut hadir memberi sokongan antaranya Amy Search, Noh (Hujan), Sazzy Falak, Diandra Arjunaidi, Fynn Jamal, Radhi OAG dan Bunkface.

Artikel Penuh:http://www.kosmo.com.my
Hakcipta terpelihara

 

ibm

Satu Bengkel TOT kepada Pegawai Penyelaras bagi Kajian Indeks Belia Sabah 2014 telah dianjurkan oleh IYRES yang bertempat di Arena Belia Kepayan, Kota Kinabalu Sabah pada 14 Oktober 2014. Bengkel yang melibatkan kerjasama dari pihak KKBS dan JBSN Sabah ini telah dihadiri oleh 28 orang pegawai setiap daerah di Sabah bagi mendapatkan maklumat dan penerangan untuk menjalankan kerja lapangan yang dijangka bermula pada November 2014. Turut hadir semasa pelaksanaan bengkel ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif IYRES, Dr. Wasitah Hj. Mohd Yusof serta Timbalan Setiausaha Tetap I KKBS, Tuan Hj. Ag. Damit Bin Ag. Anak.

skim-perumahan

Astro Awani | Kemas kini: Oktober 10, 2014

Kerap kali, golongan belia di negara ini menyuarakan kebimbangan mereka tentang kemampuan pemilikan rumah yang seiring dengan keperluan asas setelah berkerjaya dan seterusnya membina  keluarga yang sejahtera. Dalam pembentangan Bajet 2015, di bawah strategi membangun Program Transformasi Belia Negara, akses kepada pinjaman perumahan (rumah pertama) dipermudahkan melalui Skim Perumahan Belia secara perkongsian pintar antara kerajaan, Bank Simpanan Nasional, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Cagamas. Syarat kelayakan bagi pinjaman tersebut adalah had pembiayaan rumah pertama bernilai tidak melebihi RM500 ribu, berusia antara 25 hingga 40 tahun, telah berkahwin, pendapatan isi rumah RM10 ribu dan ke bawah, serta tempoh pembiayaan maksimum 35 tahun. Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak, turut menggariskan manfaat pembiayaan itu dalam pembentangan Bajet 2015 di Dewan Rakyat hari ini. Antara manfaat yang diumumkan ialah pemberian RM200 sebulan oleh Kerajaan untuk tempoh 2 tahun pertama bagi mengurangkan beban ansuran bulanan pinjaman, pengecualian 50 peratus duti setem ke atas suratcara pindah milik dan perjanjian pinjaman. "Lebih menarik, Kerajaan turut menyediakan jaminan pinjaman sebanyak 10 peratus bagi membolehkan peminjam mendapatkan pembiayaan penuh termasuk kos insuran. Peminjam juga boleh mengeluarkan wang daripada Akaun 2 KWSP mereka untuk menampung pembayaran ansuran bulanan dan kos lain yang berkaitan," ujar Najib. Peluang itu perlu direbut oleh belia kerana ditawarkan secara 'first come first served basis' untuk 20,000 unit rumah sahaja.

Read more at: http://www.astroawani.com

Sindakasi

Oleh: Mohd. Farhan Hazwan Bin Ismail
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

PUTRAJAYA, 8 Oktober 2014 – Sesi sindikasi yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Jamil Bin Salleh, Ketua Setiausaha KBS diadakan sebagai persiapan ke arah pelaksanaan International Conference For Young Leaders (ICYL). ICYL yang membawa tema ‘Changing Communities Through Social Entrepreneurship’ bakal berlangsung pada tahun 2015.

Selain itu, sesi sindikasi ini dilaksanakan juga bertujuan untuk mengumpul cadangan, membincangkan penambahbaikan pengisian konferen dan mengambil kira pandangan daripada pegawai di peringkat kementerian dan pemegang taruh di samping melaksanakan smart networking partnership di peringkat serantau bagi mewar-warkan pelaksanaan konferen antarabangsa yang telah dirancang oleh KBS.

Antara yang turut hadir adalah YBhg. Dato’ Azhar Mohamed Isa Timbalan Ketua Setiausaha (Antarabangsa dan Pengurusan) KBS, Y.Brs Dr Wasitah Hj. Mohd Yusof Ketua Pegawai Eksekutif IYRES merangkap Setiausaha Jawatankuasa Induk, pegawai-pegawai kanan KBS, wakil Unit Perancangan Ekonomi (EPU), wakil Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan, wakil Kementerian Luar Negeri, JBSN, IYC dan pemegang taruh dari beberapa agensi yang berkaitan dalam bidang keusahawanan sosial di Malaysia iaitu Agensi Inovasi Malaysia, Social Enterprise Alliance (SEA), My Harapan, Osiris International, Myskills Foundation, Yayasan Inovasi Malaysia (YIM), Genovasi Malaysia, Tandemic Fund, 1M4Ufm, MaGIC, Yunus CASB UKM, UKM, Binary University dan UMK Social Enterprise Malaysia.

Pengisian ICYL dijangka akan dilaksanakan selama tiga (3) hari melibatkan 200 orang peserta tempatan dan 100 orang peserta antarabangsa merangkumi sesi konferen, pameran yang melibatkan pelbagai tokoh dan organisasi-organisasi keusahawanan sosial dan perniagaan sosial dari seluruh dunia.

Disunting oleh: Shahhanim Yahya

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

ELY 0450

PUTRAJAYA, 9 OKTOBER 2014 – Sempena Seminar Pengurusan Aduan Awam 2014 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya(PICC), Biro Pengaduan Awam(BPA) menganugerahkan sijil kepada kementerian dan agensi yang berjaya mencapai KPI pengurusan aduan yang telah ditetapkan pada tahun 2013.

Kementerian Belia dan Sukan(KBS) merupakan salah satu kementerian yang menerima sijil Anugerah Pengurusan Aduan Cemerlang Tahun 2013. Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KBS, Dato’ Azhar Mohamed Isa menjadi wakil KBS untuk menerima sijil yang disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri(JPM), YB. Senator Datuk Paul Low Seng Kuan.

Penilaian dibuat berdasarkan dua kiriteria iaitu mencapai atau melebihi KPI 80% bagi penyelesaian aduan dan mencapai atau melebihi KPI 60% bagi penyelesaian aduan dalam masa 15 hari berkerja.

Selain daripada KBS, terdapat sembilan buah kementerian dan tiga buah agensi menerima sijil yang sama.

Oleh : Azlin Emiza Jamri (Unit Komunikasi Korporat KBS)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Oleh : Adeli Hussin@Drus (Unit Komunikasi Korporat KBS)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

jbsnsbh MEDIAkreatif

PUTATAN, 1 OKTOBER 2014– Bahagian Pembangunan Rakan Muda telah menganjurkan Kursus Penulisan Media Kreatif 2014 yang dihadiri seramai 34  peserta dari seluruh Negeri Sabah bermula 26 hingga 28 September lalu bertempat di Kompleks Belia dan Sukan ( Persekutuan) Negeri Sabah.

 Kursus ini bertujuan untuk melahirkan penulis atau blogger di kalangan generasi muda khasnya dari persatuan belia dengan menggunakan media sosial sepertiFacebook, Twitter dan Instagramsebagai alat penyebaran maklumat. Peserta diberi pendedahan mengenai asas kewartawanan dan kreativiti penulisan di samping menekankan aspek keharmonian media sosial.

Majlis perasmian penutupan disempurnakan Ketua Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah, Hasmah Ajem. Turut sama di majlis tersebut, Timbalan Rektor Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni, UiTM Cawangan Sabah, Dr. Rozita @ Uji Mohammed dan, Pengarah Urusan Bumitera Jaya Sdn. Bhd, Azhar Datuk Haji Matussin.

 

Oleh : Abang Syamsulzainuri Bin Abang Sapini ( Jabatan Belia Dan Sukan (P) Negeri Sabah )

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

ELY 9786

#FIT MALAYSIA GEGAR TANJUNG LIPAT

LIKAS, 21 SEPTEMBER 2014 –#Fit Malaysia hari ini berjaya mengegarkan kawasan perkelahan Taman Awam Tanjung Lipat di sini apabila lebih 10,000 hadir untuk mengambil bahagian sempena Majlis Palancaran #Fit Malaysia Negeri Sabah oleh Menteri Belia dan Sukan, YB. Encik Khairy Jamaluddin di sini.

 Program yang bermula dari awal pagi dengan kayuhan santai oleh kira-kira 500 peserta di dalam #Fit Malaysia Ride Kota Kinabalu 2014 dari perkarangan Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu sejauh 11 kilometer melalui Penampang, Likas sebelum berakhir di kawasan perkelahan Taman Awam Tanjung Lipat ini.

Kayuhan ini dilepaskan bersama Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Datuk Jamil Salleh bersama-sama Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Hajah Hatipah Haji Ibrahim. 

Acara larian #Fit Malaysia Run sejauh lima kilometer mengisi aturcara majlis pelancaran dengan pelepasan dilakukan bersama Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah, Datuk Haji Tawfik Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar Titingan dan Datuk Jamil Salleh yang bermula dan berakhir di Taman Awam Teluk Lipat di sini.

Kehadiran Menteri Belia dan Sukan, YB. Encik Khairy Jamaluddin pada jam 9.30 pagi disambut ramai pengunjung yang memang mahu melihat pemimpin secara dekat. Selepas merasmikan pelancaran #Fit Malaysia Sabah, YB. Encik Khairy kemudian melakukanwalkaboutkesemua khemah yang menyediakan pelbagai aktiviti yang menyokong pelaksanaan program #Fit Malaysia itu.

Turutsama,  Timbalan Ketua Setiausaha (Antarabangsa dan Pengurusan ) Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Dato’  Azhar Mohamed Isa, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan ( Persekutuan ) Negeri Sabah dan beberapa Setiausaha Bahagian KBS dan pemimpin-pemimpin masyarakat tempatan.

Majlis yang berlangsung sehingga jam 5.30 petang itu menampilkan pelbagai aktiviti kecergasan dan seni mempertahankan diri di dalam usaha mewujudkan Negara bersukan bagi melahirkan rakyat yang sihat dan mengurangkan penyakit-penyakit berbahaya seperti sakit jantung, kencing manis, darah tingi dan penyakit-penyakit kronik lain yang kian menghantui sebahagian rakyat di Negara ini.

 

 Oleh : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS) 

Disunting : Adeli bin Hussin@Drus ( Unit Komunikasi Korporat KBS)Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

sukanasia-22092014

Emas pertama cetus momentum cipta kejayaan

KEMENANGAN pingat emas pertama negara menerusi acara wusyu pada hari pembukaan Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan bakal mencetuskan momentum untuk mencipta lebih banyak kejayaan, sekali gus menepati sasaran yang ditetapkan Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata kejayaan atlet wusyu negara, Tai Cheau Xuen kelmarin membuktikan kemampuannya yang setanding atlet handalan dunia dengan menewaskan jaguh dunia dari China, Wei Hong, sekali gus memberi rangsangan kepada kontinjen negara untuk mencapai sasaran lapan pingat emas pada temasya kali ini.

"Kemenangan kita semalam (kelmarin) adalah di luar jangkaan. Kita memang ada sasaran dalam sukan wusyu tetapi semalam (kelmarin) atlet kita berjaya mengalahkan juara dunia.

Saya yakin kebolehan kontinjen Malaysia dan kemampuan atlet negara selepas membuat persiapan selama empat tahun dan kejayaan pasti akan jadi milik kita," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program FitMalaysia-Sabah di Teluk Likas, Kota Kinabalu semalam ketika diminta mengulas kejayaan Cheau Xuen, 24, yang merangkul emas acara gabungan nanquan-nandao wanita.

Cheau Xuen tidak diletakkan sebagai harapan untuk meraih pingat pada temasya kali ini, tetapi dia telah membuktikan bahawa dia memiliki kemampuan untuk memberi saingan.

Skuad wusyu meramalkan atlet veteran, Diana Bong untuk menyumbang pingat tetapi atlet kelahiran Sarawak itu gagal menempatkan diri dalam kelompok tiga terbaik.

 

13 September 2014. IYRES  menerima khabar berita yang sangat mendukacitakan. Pelajar Praktikal IYRES, Mohd Kamal Bin Basran telah kembali ke rahmatullah pada jam 2 pagi  akibat kemalangan di Pagoh, Johor. Jenazah telah dibawa untuk dikebumikan di Batu Pahat, Johor selepas Zohor. 

Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman dan mendapat rahmatNya. 

IYRES mengucapkan takziah kepada keluarga beliau. Semoga tabah menerima dugaan ini. 

 

Al-Fatihah

 

rumah

Harga rumah perlu ikut kemampuan

Oleh MOHD. RAZLAN MUHAMMAD RAFII


Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd

PEMBANGUNAN pesat bandar-bandar utama seluruh negara terutama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur begitu mengagumkan dan membanggakan warganya.

Pelbagai mercu tanda dan bangunan pencakar langit begitu mengujakan bagi sesiapa sahaja yang melihatnya tetapi ia tidak mencukupi bagi warga kota yang merupakan penghuni setia bandar raya ini.

Memiliki rumah sendiri merupakan impian utama golongan muda yang bertungkus-lumus mencari rezeki dan mempunyai keluarga di sini.

Kegagalan memiliki rumah di dalam bandar bukannya satu isu yang baru didengari hari ini sebaliknya merupakan masalah yang telah lama menjadi perbualan hangat mahupun perdebatan bagi kumpulan sasar ini memiliki rumah idaman.

Pasaran harga rumah di Malaysia mula meningkat pesat bermula pada awal 1990-an dengan peningkatan sebanyak 25.5 peratus daripada nilai sebenar 20.3 peratus dan merosot sedikit selepas krisis kewangan Asia antara 1997 dan 1999 sebanyak 39 peratus.

Namun pasaran harga rumah terus melonjak tinggi selepas pelancaran Pelan Greater Kuala Lumpur termasuk projek transit aliran massa (MRT), monorel dan transit aliran ringan (LRT) yang dinaik taraf.

Halangan sebenar yang mendorong tercetusnya masalah pemilikan rumah kepada golongan muda di bandar adalah kerana nilai hartanah yang melambung tinggi.

Pemaju membeli tanah dengan kadar yang tinggi kemudian ditambah dengan kos bahan-bahan binaan yang terlalu mahal menyebabkan harga sesebuah rumah meningkat dan tidak mampu dimiliki oleh mereka terutama yang baru mendirikan rumah tangga.

Kaji selidik yang dilakukan dalam laman sosial, Facebook mendapati antara faktor utama anak-anak muda gagal memiliki rumah adalah kerana sukar untuk mendapatkan pembiayaan perumahan daripada institusi kewangan disebabkan faktor gaji kerana harga jualan rumah paling rendah sekitar RM300,000 ke atas.

Jika dilihat pada tangga gaji lepasan diploma yang bermula sekitar RM1,300 sehingga RM2,000 dan lepasan ijazah pula RM1,900 sehingga RM3,000 sebulan, sudah tentu tidak memungkinkan seseorang itu merealisasikan hasrat memiliki rumah sendiri.

Pemilikan rumah begitu penting bagi generasi muda terutama bagi yang baru berkahwin dan belum mempunyai cahaya mata kerana kos perbelanjaan lebih ringan berbanding setelah mempunyai anak. Kos perbelanjaan sara hidup dapat dikurangkan atas dasar tahun pinjaman pembelian rumah.

Statistik perkahwinan bagi pasangan muslim dan bukan muslim di Wilayah Persekutuan mencatatkan kenaikan sebanyak 14,000 setahun. Ia sekali gus memperlihatkan kenaikan permintaan yang tinggi daripada golongan ini.

Tidak dinafikan bahawa kerajaan telah menyediakan pelbagai bentuk insentif seperti projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang banyak dibina di seluruh negara.

Namun ia masih tetap gagal dimiliki oleh golongan sasar kerana terdapat syarat-syarat terlalu ketat dikenakan oleh pihak bank sebelum diluluskan pinjaman.

Selain itu, pelarasan gaji minimum yang tidak disahut sepenuhnya oleh majikan antara salah satu faktor pinjaman tidak diluluskan.

Mungkin sudah tiba masanya pihak bank melonggarkan sedikit syarat atau memberi skim pinjaman istimewa untuk golongan memerlukan bantuan membuat pembelian rumah pertama.

Jika hendak memiliki rumah yang berharga antara RM300,000 dan RM450,000 sesebuah keluarga itu harus mempunyai pendapatan seisi rumah sekurang-kurangnya RM5,000 sebulan dengan tempoh bayaran semula selama 25 tahun hingga 30 tahun. Persoalannya berapa banyakkah keluarga muda di bandar mempunyai pendapatan sebanyak itu?

Kajian menunjukkan purata gaji seisi rumah dalam negara adalah sekitar RM4,300 untuk sebanyak 40 peratus dan RM1,700 untuk 40 peratus. Ini bermakna kebanyakan rakyat masih tidak mampu membeli rumah dengan harga yang ditawarkan.

Ini tidak termasuk lagi dengan perkiraan umur peminjam. Lebih muda umurnya, maka lebih lama tempoh pinjaman yang boleh dibuat.

Namun rata-rata pendapatan isi rumah di Kuala Lumpur boleh dianggarkan sekitar RM3,000. Maka semaksimum rumah yang boleh dimiliki dengan purata gaji itu adalah antara RM150,000 dan RM200,000 untuk tempoh pinjaman yang sama 25 tahun ke atas.

Namun ia akan berbalik semula kepada kekangan utama dasar pinjaman daripada institusi perbankan yang sudah pasti tidak pernah merujuk kepada geoekonomi di kawasan bandar dan keduanya, faktor hartanah kerana ia merujuk kepada sesuatu tempat serta bukan nilai semasa keseluruhan.

Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan berpendapat bahawa suatu pelan jangka panjang perlu diwujudkan bagi mengelakkan pemaju mengaut keuntungan berlipat kali ganda terutama di kawasan strategik sekitar Lembah Klang.

Kerajaan harus menghentikan penjualan tanah kepada pemaju, sebaliknya menyediakan tanah untuk dibangunkan dengan perumahan awam dan rumah mampu milik. Lebih murah tanah, lebih murah kos sebuah rumah untuk dibina.

PR1MA, Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB), syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) seperti Felda atau mana-mana yayasan perlu mewujudkan skim sewa beli kepada golongan sasar yang gagal mendapatkan pinjaman daripada institusi perbankan.

Sebagai contoh, Yayasan Wilayah Persekutuan membantu memberikan pinjaman kepada penduduk yang berhasrat membeli rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) yang diduduki tetapi mempunyai masalah kewangan.

Mengambil kira faktor keperluan rumah mampu milik hari ini, mungkin kerajaan boleh memikirkan satu projek perumahan yang dinamakan Bandar Belia sebagai perintis bagi memacu demografi Malaysia.

Kerjasama antara pemaju swasta adalah satu langkah terbaik dalam penawaran rumah mampu milik dengan tawaran nilai di bawah RM150,000 yang dirasakan berbaloi dan lebih prihatin akan masalah yang membelenggu golongan sasar hari ini.

Dalam masa sama, kerajaan diminta memantau aktiviti Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) yang kerap kali dilihat berpaksikan kepada keuntungan dengan memanipulasi harga tanah dan perumahan tanpa menghirau dan mengambil kira kemampuan sebenar pembeli.

Kerajaan sewajarnya melaksanakan dasar yang berpihak kepada kepentingan rakyat dan sudah tiba masanya mengenakan cukai tinggi kepada mereka yang mengambil keuntungan daripada hasil penjualan rumah.

PENULIS ialah Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan.

konferen-singapura

Iyres Wakil KBS ke Konferen Antarabangsa Keusahawanan Sosial

Oleh : Muhammad Ariff Mat Jusoh
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

SINGAPURA, 29 Ogos 2014 – Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) melalui Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah menghantar penyertaan ke Konferen Antarabangsa Keusahawanan Sosial ‘A Brave New Marketplace: Unleashing Opportunities At The Base Of The Pyramid’.

Konferen ini berlangsung bermula pada 27 Ogos 2014 sehingga 30 Ogos 2014 bertempat di ITE Headquarters & ITE College Central. Penyertaan ini diwakili oleh Dr. Wasitah Hj. Mohd Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES bersama dua orang pegawai IYRES.

Program ini merupakan sebuah forum unik yang menggalakkan pemegang taruh daripada pelbagai latar belakang sektor dan industri untuk berkongsi pengetahuan, membincangkan isu-isu semasa berkaitan, di samping mencari ruang serta peluang jaringan kerjasama bagi mendapatkan solusi berkesan yang mampu memanfaatkan semua orang. Pengisian program sepanjang tiga (3) hari ini merangkumi sesi konferen dan pameran yang melibatkan pelbagai tokoh serta organisasi keusahawanan sosial dan perniagaan sosial dari seluruh dunia

Penyertaan IYRES ke konferen tersebut adalah bagi melaksanakan pengumpulan maklumat melalui kaedah Pemerhatian Turut Serta terhadap penganjuran di peringkat antarabangsa bagi melaksanakan Konferen Antarabangsa Pemimpin Peringkat ASEAN yang bertemakan ‘Keusahawanan Sosial Sebagai Fenomena Global yang akan dianjurkan oleh KBS pada bulan Disember 2014.

Selain itu, penglibatan IYRES juga bertujuan memberikan pendedahan kepada pegawai di peringkat kementerian di samping melaksanakan smart networking partnership di peringkat serantau bagi mewarwarkan pelaksanaan konferen antarabangsa yang telah dirancang oleh KBS.

Penglibatan IYRES mewakili KBS di konferen antarabangsa tersebut diharapkan dapat membantu kementerian dalam menjayakan program seumpamanya di peringkat Malaysia.

Disunting oleh: Shariffah Mamat

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

dn 10.1

 

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Kerajaan dicadang membangunkan projek bandar belia di pinggir Lembah Klang membabitkan pembinaan rumah mampu milik berharga di bawah RM150,000 untuk mengatasi masalah kesukaran memiliki rumah yang dihadapi golongan itu.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, memorandum berhubung cadangan itu akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbang dimasukkan di dalam Bajet 2015 yang akan dibentang kelak.

Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, sekiranya diterima, projek perumahan rakyat (PPR) dan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) boleh dibangunkan secara tertumpu di kawasan berkenaan untuk dimiliki golongan muda yang masih bujang dan sudah berkahwin.

"Ketika ini, PR1MA dan rumah transit kita tahu masih tidak mencukupi manakala pasaran perumahan pula dibanjiri dengan rumah kos tinggi.

"Maka kami mencadangkan kerajaan bekerjasama dengan pemaju swasta menambah lagi tawaran perumahan awam dan rumah mampu milik melalui bandar belia di pinggir bandar terutama sekali sekitar Lembah Klang," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan cadangan Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd. Razlan Mohd. Rafii agar kerajaan mewujudkan makmal kajian melalui Bajet 2015 bagi mendalami isu jurang pendapatan masyarakat yang menyebabkan wujudnya masalah golongan bumiputera khususnya generasi muda hari ini yang masih tidak mampu membeli rumah sendiri.

Sementara itu, jelas Khairy, pemilihan lokasi boleh ditentukan di kawasan yang mengambil masa perjalanan antara 45 minit hingga sejam ke pusat bandar untuk memudahkan golongan yang bekerja.

Selain itu katanya, pembangunan kemudahan lain juga perlu disertakan seperti pusat beli-belah dan pusat riadah untuk menarik minat golongan muda membeli rumah dan tinggal di kawasan berkenaan.

"Ramai golongan belia sekarang memilih untuk tinggal di kawasan bandar kerana bagi mereka di situlah tempat yang lengkap dan dapat memenuhi setiap keperluan.

"Justeru, di bandar belia itu ada pusat beli-belah, sukan, kerohanian, hiburan dan banyak lagi untuk tarikan yang jika berjaya saya yakin akan mengatasi masalah perumahan," jelasnya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Khairy berkata, Pemuda UMNO akan melancarkan kempen Derma Darah Untuk Palestin bagi mendapatkan bekalan darah yang akan dihantar ke negara itu dalam misi bantuan selepas ini.

Menurut beliau, kempen tersebut dibuat kerana permintaan oleh agensi kemanusiaan di Gaza yang mengalami kekurangan bekalan darah untuk merawat penduduknya yang cedera akibat serangan Zionis.

Artikel Penuh:  © Utusan Melayu (M) Bhd 

ilmu-tun-M

Pegangan Kuat Identiti Asal Halang Wujud Identiti Bangsa Malaysia - Tun Dr Mahathir

Usaha membentuk identiti bangsa Malaysia sukar dicapai kerana rakyat negara ini masih berpegang kuat dengan identiti, budaya dan bahasa masing-masing selepas negara mencapai kemerdekaan hampir 57 tahun, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau berkata halangan itu bukan sahaja melebarkan jurang perpaduan tetapi turut membantutkan usaha kerajaan dalam melahirkan generasi baharu bangsa Malaysia. Katanya sebaliknya aspek itu berlainan di negara jiran Indonesia, Filipina dan Thailand apabila rakyat pelbagai kaum, bahasa dan budaya menerima satu identiti untuk kepentingan dan masa depan negara. "Kita di Malaysia bersetuju bahawa masing-masing kekalkan identiti mereka. Ia adalah persetujuan di bawah kontrak sosial pada ketika itu (1957). "Tetapi kita kekalkan identiti negara asalnya. Atas sebab itu, kita tidak mahu berubah, dan itu tidak akan dapat melahirkan bangsa Malaysia sebenar," katanya dalam sidang media selepas menghadiri diskusi bertajuk 'Evolusi Identiti Anak Muda Malaysia' anjuran Akademi Belia di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini. Lebih 150 belia dan siswazah daripada institut pengajian tinggi awam dan swasta serta badan bukan kerajaan menghadiri siri kedua diskusi inspirasi itu. Menurut Dr Mahathir, kurikulum pendidikan negara juga perlu menitikberatkan pembentukkan keperibadian mulia dan bukan ilmu semata-mata dalam melahirkan generasi berwibawa. "Kita mengisi pelbagai ilmu kepada anak-anak kita, tetapi kita tidak membentuk peribadinya, dengan itu ilmu mungkin disalahgunakan," katanya. Dr Mahathir juga berpuas hati dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 6.3 peratus bagi enam bulan pertama 2014, berbanding 4.4 peratus yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lalu. "Memang baik. Kita boleh tumbuh dengan lebih pesat lagi kalau kita tak ada masalah perbezaan ekonomi antara kaum. "Kalau kita cuma utamakan pertumbuhan tanpa agihan yang saksama, ia juga mungkin akan membawa kepada masalah ketegangan antara kaum," katanya. Semalam, Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata negara dijangka mencatat pertumbuhan ekonomi melebihi 5.5 peratus bagi tahun ini ekoran prestasi kukuh yang dicatatkan dalam enam bulan pertama 2014. -- BERNAMA

FPEB

KBS SEDIAKAN PLATFORM UNTUK BELIA BUMIPUTERA TAMBAH NILAI KEUSAHAWANAN

Oleh : Muhammad Ariff Mat Jusoh
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

PUTRAJAYA, 21 Ogos 2014 – Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) melalui Unit Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (UPEB) dengan kerjasama Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah mengadakan Forum Pemerkasaan Ekonomi Belia Bumiputera bertempat di Dewan Podium, Menara KBS Putrajaya.

Forum ini telah dirasmikan oleh YB. Menteri Belia dan Sukan, En. Khairy Jamaluddin. Beliau dalam ucapan perasmiannya menggesa usahawan bumiputera agar lebih kreatif dalam sesuatu bidang yang diusahakannya dengan mencari peluang perniagaan yang lebih luas dan bukan hanya bergantung kepada tender-tender yang diberikan oleh pihak kerajaan sahaja. Seru beliau lagi, para usahawan belia haruslah menjalankan penyelidikannya tersendiri dalam memahami apakah keperluan industri masa kini yang boleh diketengahkan untuk menjadikan para usahawan lebih berdaya maju.

Pelasanaan program ini bertujuan menghimpunkan usahawan belia yang sedang menjalankan perniagaan agar mereka mendapat pendedahan maklumat berhubung kemudahan serta peluang pembiayaan perniagaan pada masa kini.

Seramai 209 orang peserta telah menyertai program ini yang berlatarbelakangkan usahawan Melayu belia bumiputera dalam pelbagai bidang keusahawanan.

Sejumlah enam sesi pembentangan kertas kerja telah dibentangkan oleh panel jemputan yang mencakupi sesi perkongsian usahawan bumiputera berjaya, pembiayaan perniagaan, kaedah mendapatkan kontrak kerajaan, peluang usahawan mendapatkan ruang niaga di pasar raya besar, peluang menjadi vendor kepada syarikat multinasional dan perkongsian kejayaan Penerima Geran Skim Permulaan Usahawan Bumiputera.

Forum tersebut juga telah berjaya menarik 20 orang usahawan bumiputera bagi mempamerkan produk dan perkhidmatan masing-masing sempena program tersebut.

KBS melalui penganjuran program ini mengharapkan golongan usahawan belia dapat memahami penerangan dan penjelasan mengenai langkah untuk menjadi usahawan yang berjaya dan dapat memperluaskan lagi perniagaan dan produk daripada mikro hingga ke tahap Industri Kecil dan Sederhana (IKS) serta boleh menjadi syarikat induk dan berpeluang menjadi Vendor.

Turut hadir semasa sesi perasmiannya ialah YBhg. Datuk Jamil Salleh, Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Dato' Harun Che Su, Timbalan Ketua Setiausaha Strategik KBS, dan Pegawai-pegawai Kanan KBS.

Disunting oleh: Shariffah Mamat

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

 

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI TEAM KBS MERIAH

PUTRAJAYA, 14 OGOS 2014 -  Kementerian Belia dan Sukan ( KBS ) hari ini berkesempatan untuk menganjurkan Sambutan Aidilfitri Team KBS 2014 yang  diadakan secara sederhana diadakan sejurus Perhimpunan Mesra Bulanan bagi Bulan Ogos 2014 berakhir.

 

Majlis yang mengambil tempat di Lorong Seni, perkarangan Menara KBS ini dihadiri lebih seribu tetamu dari pelbagai latar belakang agama dan bangsa dengan mengambil kira beberapa penyesuaian acara demi menghormati keluarga mangsa tragedi MH17 dan MH370 dan selaras arahan terbaharu kerajaan mengenai perkara itu.

 

Majlis yang berkonsepkan gerai  menyajikan perbagai juadah menyelerakan yang dikelolakan Bahagian-bahagian dan Agensi-agensi di bawah KBS. Konsep ini bagi memberi peluang mereka mengetengahkan kretaviti serta semangat kerja berpasukan bagi menarik minat pengunjung. Dua hadiah disediakan sebagai insentif kepaad agensi-agensi yang terlibat yang dimenangi Pusat Belia Antarabangsa (IYC) Ceras dan Institut Penyelidikan dan Pembangunan Belia (IYRES). Hadiah –hadiah disampaikan oleh Ketua Setiausaha KBS, Datuk Jamil Salleh.

 

Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti-selebriti sukan seperti Datuk Misbuk Sidek dan Jailani Sidek serta atlet veteran yang pernah mewakili Negara suatu ketika dahulu.

 

 

Oleh : Khalid Khairuddin ( Unit Komunikasi Korporat KBS)

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

Warga IYRES merakamkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Abu Qassim Nor Azmi, Al-Fatihah.

Assalamualaikum. Seluruh keluarga ABIM - WADAH - PKPIM merakamkan rasa sedih dan takziah atas kembalinya kerahmatullah sahabat kami Saudara Abu Qassim .Seorang yang komited dalam gerakan dan dakwah. Beliau meninggal dunia kerana di langgar lori di UMP Pahang dalam suasana yang menyayat hati. Almarhum merupakan Mantan Exco PKPIM , Mantan Naib Presiden PKPIM,mantan Setiausaha Agung PKPIM dan juga Mantan Exco ABIM Pusat. Kini Adalah Exco MBM (Majlis Belia Malaysia) Makluman lanjut akan dimaklumkan oleh ABIM Pusat melalui FB, website dan Twitter. 
Al fatihah. 

Kenapa pilih kawan siber

Oleh : Mymetro

SHUHADA MANSOR faham kes penipuan membabitkan rakan dalam talian makin meningkat. Mungkin itu antara punca kita lebih berhati-hati dalam berkawan. Namun, bagi sesiapa yang mempunyai rakan baik di alam maya pasti mengakui ada kalanya golongan ini lebih memahami daripada rakan realiti.

Tersenyum atau ketawa seorang diri dalam dunia sekarang yang dikelilingi teknologi bukan lagi perkara aneh. Teknologi sedia ada menghubungkan kita dengan manusia lain di seluruh pelosok dunia. Dan disebabkan itu jugalah kita mempunyai rakan bukan saja di dalam negara sendiri, malah serata dunia walaupun hakikatnya jarak mereka jauh beribu-batu.

Golongan yang sering dikaitkan dengan alam maya sudah tentulah generasi Y. Sebagai anak muda, kita lebih suka mencari maklumat sendiri selain dari apa yang diajar di sekolah atau kuliah. Landasan terbaik pastinya Internet yang menghidangkan pelbagai maklumat tidak kira berkaitan kehidupan, isu dunia, masalah, kesihatan dan sebagainya. Internet digambarkan sebagai ‘dunia tanpa sempadan’ menghubungkan kita dengan sesiapa saja. Wujudnya landasan ini membolehkan kita mengenali kawan baru selain mengembangkan hubungan sosial seluruh dunia. Persoalannya, apakah tarikan kawan alam maya berbanding realiti hinggakan ada di antara kita sanggup berkurung di dalam bilik ‘menghadap’ komputer selama berjam-jam tanpa jemu.

Artikel ini akan mengupas beberapa sebab kawan alam maya menjadi pilihan berbanding dunia nyata.

Bebas pilih Banyak artikel berkaitan kes dan kesan negatif berkaitan media sosial kita ketahui, namun tidak ada satu pun yang mampu mempengaruhi persahabatan anda dengan kawan alam maya. Di sini, kita bebas memilih sesiapa saja untuk berkawan. Seronoknya tentang kawan online ialah tidak terhad, sesiapa saja boleh jadi kawan dan yang penting jika pergi ke sesuatu tempat, yang bermain di fikiran hanyalah telefon pintar atau komputer riba. Mencari kawasan yang mempunyai spot ‘wifi’ adalah keutamaan kita berbanding dunia luar yang menyesakkan.Selalunya, rakan siber tak mudah berkecil hati atau terasa hati. Contohnya, hanya dengan memberitahu mereka kita sibuk dengan kerja harian hingga tiada masa untuk melayari Internet pastinya tidak memberi kesan emosi kepada mereka. Jujur dan terus terang pastinya lebih mudah selain mereka dikatakan berfikiran lebih terbuka.
Ada pada bila-bila masa Isu yang sering kita hadapi dalam persahabatan adalah komitmen. Jika setiap orang memahami konsep ini mungkin tidak akan wujud sebarang masalah, namun ada antaranya dianggap kawan hanya pada masa tertentu. Realitinya, kawan di dunia sebenar tidak selalunya ada dengan kita 24 jam. Berbeza dengan rakan atas talian, mereka sentiasa ada pada bila-bila masa apatah lagi jika mereka ‘gila’ melayari Internet sama seperti anda. Berkawan dengan golongan ini tidak perlukan masa tertentu kerana boleh berborak panjang tanpa mengira masa. Apatah lagi jika kawan itu tinggal di zon masa berbeza dengan anda, pastilah dia mampu menemani kita bersembang sekiranya tidak boleh tidur sepanjang malam. Mungkin saudara atau kawan yang mengenali kenalan anda yang lain sukar untuk simpan rahsia, tetapi lain kisahnya dengan kawan atas talian. Kita boleh berkongsi dan bercerita tentang apa saja. Ramai mengakui alam siber lebih berkesan untuk membuat pengakuan berbanding bersua muka. Di sini, kita bebas mengadu, menagih simpati dengan kawan baik walaupun realitinya tidak pernah bertemu. Ringkasnya, ia lebih mudah dan jimat kos daripada berjumpa dengan pakar terapi.
Tak perlu berpakaian cantik Antara faktor utama remaja gemar memilih rakan karib dalam talian disebabkan kita tidak perlu hipokrit dan lebih penting tidak perlu berpakaian cantik setiap masa. Bertemu dengan kawan di dunia sebenar memerlukan kita bersiap selain masa yang cukup untuk berdandan. Berlainan dengan kawan di alam maya, pastinya tidak perlukan semua itu. Hanya berpakaian baju tidur atau lebih malas jika anda tidak mandi sepanjang hari bukanlah menjadi masalah. Tiada siapa akan bising dengan penampilan anda apatah lagi tidak perlu bersusah payah keluar rumah hanya untuk berborak kosong. Internet memudahkan hidup kita, apa sahaja ada di Internet. Nak cari kawan baru, resipi, fesyen terkini, sebutlah apa saja pasti akan kita temui. Tiada pihak boleh menghalang penyebaran maklumat, segalanya bergantung kepada kesedaran sendiri. Gunakan sebaiknya untuk mempelajari sesuatu atau mengenali seseorang yang banyak memberi tunjuk ajar walaupun anda tidak pernah berjumpa dengannya. Pilih yang terbaik kerana ia membantu pembangunan jati diri kita.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/12

 

BELIA MULA TERTARIK PROGRAM PERANTIS

 

SUNGAI PETANI, 5 OGOS 2014 – Golongan belia di Daerah Kuala Muda kini mula membuka mata dan minda mereka kepada program PERANTIS yang diperkenalkan tidak lama dahulu.

 

Objektif program ini adalah bagi memberi latihan kemahiran berdasarkan proses kerja sebenar secara sepenuh masa. Oleh itu, belia yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi masih mempunyai peluang yang cerah untuk membina kemahiran seterusnya mengusahakan perusahaan sendiri jika mereka bijak menggunakan peluang ini.

 

Program ini adalah kerjasama di antara Bahagian Pembangunan Kemahiran, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dengan Jabatan Belia dan Sukan Negeri. Bagi daerah Kuala Muda, dua premis telah dipilih untuk menempatkan empat belia menjalani latihan kemahiran selama enam bulan bermula  Jun lepas.

 

Premis tersebut, Keluarga Mazadee Enterprise yang beroperasi di Amanjaya dan RT Bersama Enterprise yang terletak di Batu Lintang dekat sini. Bidang yang dipilih pada kali ini ialah bidang jahitan dan permotoran. Kedua-dua bidang kemahiran ini merupakan bidang yang sesuai dengan perkembangan dan pasaran semasa.

 

Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kuala Muda sentiasa mencari pendekatan dan aktiviti yang sesuai bagi menarik lebih ramai belia di daerah itu menceburi bidang kemahiran bagi memenuhi permintaan pasaran semasa.

 

Pemantauan berkala dibuat Pegawai Belia dan Sukan Daerah bagi memastikan peserta melengkapkan buku log dan hadir bekerja sebagaimana yang telah ditetapkan majikan masing-masing.

 

Oleh : Nurmasnira Binti Morad (PBSD Kuala Muda)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

PROGRAM SENTUHAN KASIH PUSPANITA KBS

Oleh : Muhammad Ariff Mat Jusoh
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

KUALA LUMPUR, 22 JULAI 2014 – Sempena Bulan Ramadan 1435 Hijrah, Biro Sosial PUSPANITA KBS telah melaksanakan Program Sentuhan Kasih PUSPANITA KBS di Taman Seri Puteri Cheras. Seramai 15 orang ahli PUSPANITA KBS terlibat yang diketuai oleh Dr. Wasitah Hj. Mohd Yusof, Pengerusi Biro Sosial PUSPANITA KBS yang mewakili Datin Dr. Asmah Bt Samat, Pengerusi PUSPANITA KBS yang tidak dapat hadir kerana beliau menghadiri program rasmi PUSPANITA di Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Putrajaya.

Program ini bertujuan untuk menyemai semangat dalam kerja-kerja sukarela bagi membantu kumpulan dan golongan yang memerlukan sokongan dan bimbingan di samping menyemai kesedaran terhadap kepentingan dalam membantu dan memberi motivasi kepada kumpulan yang mempunyai masalah agar mereka tabah meneruskan kehidupan di masa depan.

Dr. Wasitah dalam ucapan aluan beliau menyampaikan salam kepada penghuni Rumah Seri Puteri daripada Datin Dr. Asmah Bt Samat. Beliau melalui ucapannya juga menekankan kepentingan ahli PUSPANITA dalam membantu kumpulan tersebut  dan seumpamanya. Beliau berharap silaturahim yang terjalin ini dapat diteruskan dengan pelaksanaan program-program lain pada masa yang akan datang.

 

Seramai 31 orang penghuni Rumah Seri Puteri terlibat dalam program ini. Antara pengisian  program ini ialah sesi motivasi bersama Saudara Suhail Mohamed Kamaruddin, Prsiden Malaysia Gold Award Association (MAGAA). Beliau berkongsikan pemaknaan Ramadan dan kisah-kisah para sahabat untuk dijadikan sebagai pedoman kepada penghuni yang terlibat.

Turut diadakan sumbangan hari raya kepada para penghuni-penghuni rumah Seri Puteri yang telah disampaikan oleh Dr. Wasitah Hj. Mohd Yusof. Turut hadir ialah Puan Aziah Ahmad, Pengerusi Biro Seranta PUSPANITA KBS.

 

Ahli PUSPANITA KBS turut dibawa melawat ke kelas masakan kuih raya yang melibatkan penghuni rumah tersebut. Sesi bergambar mengakhiri Program Sentuhan Kasih PUSPANITA KBS.

  

Disunting oleh: Unit Komunikasi Korporat, KBS

PERSIDANGAN MEJA BULAT BELIA BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M)

Oleh: Muhammad Ariff Mat Jusoh
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

KUALA LUMPUR, 19 JULAI 2014 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan negara (JBSN) dan Pusat Belia Antarabangsa (IYC) telah menganjurkan Persidangan Meja Bulat Belia: Bantuan Rakyat 1Malaysia bertempat di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras, Kuala Lumpur.

Persidangan ini merupakan platform bagi memberi penerangan dan maklumat yang jelas mengenai BR1M  kepada generasi muda yang merupakan salah satu inisiatif pihak kerajaan dalam merancakkan pertumbuhan ekonomi negara yang kukuh.

Seramai 60 orang peserta telah hadir daripada pelbagai latar belakang dan turut serta 31 orang peserta di forum online IYRES telah memberikan pendapat dan pandangan mereka. Dua orang pembentang iaitu Encik Razali Bin Mohamad, Kementerian Kewangan, dan Puan Ginie Lim, Institut Rakyat telah membentangkan kertas kerja masing-masing di persidangan tersebut.

Antara penerangan yang diberikan kepada peserta berkaitan BR1M ialah berkaitan pelaksanaan BR1M  2012 dan 2013, i-BR1M 2013, statistik penerima BR1M 2013 serta jenis-jenis insentif kerajaan kepada belia.

Rata-rata peserta yang hadir memberikan pandangan dan cadangan mereka mengenai pelaksanaan BR1M. Di akhir persidangan, satu resolusi telah dibentuk berdasarkan kesimpulan daripada pandangan yang telah diberikan oleh peserta yang hadir.

Resolusi yang telah dipersetujui oleh mereka antaranya ialah golongan belia mencadangkan agar pihak kerajaan mengkaji semula impak dan rasional pemberian BR1M kepada rakyat  dalam mengurangkan bebanan kos sara hidup individu dan isi rumah terutamanya golongan belia yang semakin meningkat; golongan belia berpendapat agar pihak Kerajaan memastikan pemberian BR1M lebih memberi fokus kepada golongan yang memerlukan iaitu golongan yang berpendapatan RM 4000.00 ke bawah bagi yang bujang dan  RM 5000.00 ke bawah bagi isi rumah (sentiasa akan dikaji pada setiap tahun); dan golongan belia mencadangkan agar  i-BR1M diteruskan dan nilai takaful/ insurans ditingkatkan.

Resolusi daripada persidangan ini akan didokumenkan untuk dijadikan panduan, rujukan dan akan diketengahkan ke peringkat Parlimen iaitu sebagai Nota Jemaah Menteri oleh YB. Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

Bagi berita bergambar bagi persidangan tersebut, boleh diakses di pautan berikut:

http://ippbm.gov.my/index.php?lang=bm

https://www.facebook.com/IPPBM?ref=hl&ref_type=bookmark

 

Disunting oleh: Shariffah Mamat

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Khairy sertai demonstrasi kutuk Israel

KUALA LUMPUR 20 Julai - Kesempatan berada di London digunakan oleh Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin untuk bersama-sama masyarakat di sana dalam satu demonstrasi mengutuk kekejaman Israel ke atas Palestin.

Melalui akaun Facebooknya, beliau menjelaskan sempat singgah di London ketika dalam perjalanan ke Glasgow, Scotland bagi menyertai kontinjen negara di temasya Sukan Komanwel 2014 yang akan bermula beberapa hari lagi.

"Kebetulan hari ini ada perarakan besar untuk menyokong Gaza dan mengecam Israel.

"Saya juga telah sertai perarakan tersebut yang terdiri daripada ribuan orang pelbagai bangsa dan agama," katanya dalam satu posting semalam.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan menambah, kepelbagaian etnik dan agama dalam perarakan tersebut membuktikan isu Israel dan Palestin bukannya isu umat Islam semata-mata tetapi merupakan isu sejagat.

"Walaupun cuaca panas, semua peserta begitu bersemangat membawa mesej Free Palestine! Saya cukup kagum dengan masyarakat UK yang tidak kira Islam atau bukan Islam membanjiri jalan raya kota London," katanya.

Beliau turut memuat naik tiga gambar sekitar perarakan tersebut.

Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd

 

Program bantu belia Islam dirangka

Oleh : Utusan Malaysia

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

JOHOR BAHRU 16 Julai - Kerajaan negeri melalui Perbadanan Islam Johor (PIJ) mengumumkan empat program baharu yang dirangka untuk belia Islam bagi meningkatkan ekonomi umat Islam di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kesemua program tersebut dirangka bagi mengupayakan golongan belia Islam dalam bidang keusahawanan, melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM650,000 untuk tahun ini.

"Kita mahukan budaya keusahawanan diterapkan dari peringkat awal dan kerajaan negeri berusaha memberi penekanan menjadikan golongan belia sebagai sasaran.

"Melalui program yang diperkenalkan ini, kita dapat mengupayakan masyarakat belia Islam di negeri ini menceburi bidang perniagaan, seterusnya membangun dan memperkasa ekonomi umat Islam Johor," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Program Bantuan Belia Islam di Persada Johor di sini semalam.

Antara program yang diumumkan dalam majlis tersebut ialah Program Bantuan Usahawan Belia yang memperuntuk pemberian geran sebanyak RM5,000 dalam bentuk sewaan pejabat atau peralatan pejabat.

Program Bantuan 'Youth Collective' pula membolehkan pemberian set khemah kerusi dan meja bagi tujuan operasi perniagaan kepada usahawan-usahawan belia yang mempunyai produk jenama sendiri.

Dua lagi program yang diperkenalkan ialah Program Bantuan Penjaja Kecil iaitu pemberian bantuan tunai kepada penjaja kecil sebanyak RM500 dan Program Tajaan NGO Belia Islam untuk bantuan tajaan program-program pertubuhan bukan kerajaan (NGO) belia.

Mereka yang berminat, boleh membuat permohonan kepada PIJ selewat-lewatnya 10 September ini atau menghubungi 07-2277611.

Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd 

Pantau generasi muda sertai jihad

Oleh : Berita Harian

Putrajaya: Generasi muda negara ini yang mahu bersama kumpulan militan, kononnya untuk ‘berjihad’ di negara Islam bergolak, perlu diyakinkan bahawa keputusan mereka itu bukan langkah terbaik. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, berkata golongan itu perlu diyakinkan bahawa keputusan menyertai perjuangan militan bukan caranya untuk meneruskan pemahaman yang mereka ada mengenai Islam.

 

Pergi berperang atau jihad bukan satu penyelesaian,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan peserta Program Felo Perdana (PFP) kepada Menteri-Menteri Kabinet, di sini, semalam. Ditanya punca yang mungkin menarik minat golongan tertentu menyertai kumpulan terbabit, Khairy berkata, kebanyakan mereka melihat jihad sebagai cara menyumbang kepada Islam.

 

Memperkasa ekonomi “Justeru, kita perlu memberitahu mereka bahawa ada pelbagai lagi cara untuk memberi sumbangan kepada Islam, termasuk menerusi pendidikan atau memperkasa ekonomi, yang mana adalah lebih penting.
“Jihad tidak sepatutnya dilihat hanya terbabit dalam keganasan atau peperangan, sebaliknya lebih kepada jihad dalam memperkasa ekonomi, pendidikan dan pembinaan keupayaan,” katanya. Beliau berkata, pihaknya turut melakukan pemantauan terhadap kegiatan kumpulan tertentu yang cuba merekrut anak muda negara menyertai pergerakan mereka. “Ini adalah ancaman serius kerana kita sudah melihat beberapa rakyat kita menyertai pergerakan seumpama ini termasuk bersama kumpulan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL). Kita sentiasa berwaspada dengan usaha pihak tertentu cuba merekrut anak muda Malaysia menyertai gerakan radikal,” katanya

 

FELO BERPELUANG CURAH BAKTI PADA NEGARA

PUTRAJAYA, 9 JULAI 2014 – Sifat kepimpinan yang baik serta berkesan perlu ada dalam diri setiap pemimpin bagi mentadbir Negara di masa mendatang. Demikian tegas Perdana Menteri Malaysia, YAB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak ketika berucap menyempurnakan Majlis Penyerahan Peserta Program Felo Perdana Kepada Menteri Menteri Kabinet di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.

 

Menurut beliau, Program Felo Perdana tersebut merupakan proses terbaik dalam mempersiagakan kepimpinan generasi akan datang serta bagi melahirkan lebih ramai pemimpin yang mampu membawa obor kepimpinan Negara.

 

Beilau juga turut mengingatkan para peserta bahawa kejayaan tidak hanya bergantung kepada segulung ijazah semata-mata sebaliknya perlu ada kematangan dalam membuat keputusan. Justeru, pengalaman yang ditimba apabila bersama-sama dengan anggota kabinet kelak merupakan pengalaman terbaik dalam membentuk karekter seorang pemimpin di masa akan datang.

 

Sebanyak 84 belia cemerlang terpilih untuk diterima masuk ke dalam Program Felo Perdana (PFP)  yang diteruskan buat kali kedua setelah penganjuran pertamanya pada tahun lepas.

 

PFP pada tahun ini menunjukkan peningkatan permohonan dari kalangan mahasiswa cemerlang di dalam dan luar negara apabila lebih 1200 calon telah menghantar permohonan berbanding hanya 700 permohonan yang diterima pada tahun lalu.

 

Calon-calon yang berjaya telah menghantarkan vitae kurikulum mereka yang turut disertakan bersama karangan ringkas bagi membahaskan tentang mana-mana dasar kerajaan yang mereka fikirkan paling penting, serta sebarang kritikan, komen dan cadangan penambahbaikan ke atas dasar itu.

 

Mereka yang telah terpilih terdiri daripada individu berkaliber dan mempunyai keputusan peperiksaan yang baik, disamping berjaya membentangkan hujah dengan bijaksana melalui karangan yang dikemukakan.

 

Meneruskan kesinambungannya pada tahun lepas, PFP pada tahun ini merupakan medium terbaik buat para peserta bagi merasai sendiri pengalaman tadbir urus awam apabila ditempatkan di bawah menteri-menteri kabinet selama enam minggu hingga enam bulan bergantung kepada status calon sama ada mahasiswa ataupun graduan.

 

Dengan hasrat memberi pendedahan kepada golongan pemimpin muda tersebut tentang soal berkaitan pentadbiran Negara dalam setiap aspek pentadbiran, PFP diharapkan menjadi peluang terbaik buat para felo mencurahkan bakti dalam menjayakan agenda nasional Negara.

 

Oleh : Mohd Firdaus Amin Abdullah (Unit Komunikasi Korporat KBS )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Disunting : Adeli Hussin@Drus (Unit Komunikasi Korporat KBS )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

Ketiadaan Kepimpinan Berkesan Boleh Mengundang Kucar-kacir - Najib

PUTRAJAYA, 9 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ketiadaan kepimpinan berkesan boleh mengundang keadaan kucar-kacir serta menyebabkan kegagalan sesebuah negara. Merujuk kekalahan pasukan bola sepak Brazil kepada pasukan Jerman 7-1 pada pusingan separuh akhir bola sepak Piala Dunia awal pagi Rabu, Najib menyimpulkan kekalahan itu akibat ketiadaan kepimpinan berkesan, yang menyebabkan pertahanan pasukan itu kucar-kacir. "Kalau itu boleh berlaku kepada sebuah pasukan bola, cuba bayangkan apa yang boleh berlaku kepada sebuah negara, kalau tidak ada kepimpinan berkesan yang mempunyai visi, komitmen dan menjiwai aspirasi rakyat," katanya ketika berucap sempena majlis penyerahan rasmi anggota Program Felo Perdana (PFP) kepada jemaah menteri di sini hari ini. Turut hadir pada majlis itu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa. PFP diselaraskan oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk memberi peluang kepada modal insan negara merasai sendiri pengalaman tadbir urus awam dengan ditempatkan di bawah menteri-menteri Kabinet selama enam minggu sehingga enam bulan. Najib berkata program PFP dapat mempersiapsiagakan barisan kepimpinan generasi akan datang untuk persediaan terancang. "Supaya bila tiba masanya kita mempunyai ramai barisan pemimpin terlatih dan ada pengalaman yang mampu membawa obor kepimpinan negara ke tahap lebih tinggi lagi," katanya. Beliau berharap peserta PFP dapat menimba pengalaman baharu dan menjadi pemimpin generasi muda berkualiti yang boleh memikul amanah daripada generasi kepimpinan sedia ada. "Kejayaan kita pada hari muka tidak hanya bergantung kepada segulung ijazah yang dimiliki tetapi soal kematangan berfikir, bertindak dan berinteraksi, semua itu hanya dapat diperoleh jika ada pengalaman. "Tidak ada tempat lebih baik untuk mendapatkan pengalaman itu dengan bersama-sama anggota Kabinet pemimpin negara yang mungkin tidak boleh diperoleh di tempat lain," katanya. Perdana menteri berharap semua peserta dapat menggunakan kesempatan itu sebaik mungkin dan berinteraksi dengan rakan yang lain serta menasihatkan agar mereka tidak bekerja secara secara 'silo' atau lohong sebaliknya merentasi pelbagai agensi dan kementerian. "Supaya dengan cara seperti itu kita dapat bertindak sebagai sebuah kerajaan. "Dalam dunia yang lebih mencabar serta persekitaran lebih kompleks, ia menuntut untuk kita memahami dengan lebih jelas dan jika kita faham insya-Allah kita akan menjadi insan lebih berjaya," katanya. Pada tahun ini sebanyak 84 peserta dipilih daripada 1,400 permohonan dari kalangan mahasiswa serta graduan berumur di bawah 30 tahun dan akan ditempatkan di pelbagai kementerian. -- BERNAMA

 

 

Pengindeksan Malaysian Journal of Youth Studies di MyJurnal & MYCITE

Oleh : Muhammad Ariff Mat Jusoh
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

PUTRAJAYA, 8 JULAI 2014Malaysian Journal of Youth Studies (MJYS) terbitan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah disenaraikan sebagai jurnal berindeks oleh Pusat Sitasi Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia di portal Malaysian Journal Management System (MyJurnal) dan portal Malaysian Citation Index (MYCITE).

MJYS merupakan penerbitan dwitahunan IYRES yang diterbitkan bermotifkan untuk menyebar luas hasil-hasil penyelidikan mahupun konseptual yang dihasilkan dalam kalangan ahli akademik, pelajar di peringkat Sarjana ke atas serta pihak-pihak yang ingin menyumbangkan hasil penulisan mereka dalam bentuk jurnal sebagai bahan bacaan dan rujukan khalayak pembaca terutama golongan belia.

MJYS mencapai pengiktirafan ini memandangkan telah melepasi syarat-syarat yang telah ditentukan oleh Pusat Sitasi Malaysia sebagai syarat bagi melayakkan penerbitan MJYS boleh disenaraikan sebagai jurnal yang berindeks.

MyJurnal adalah sistem jurnal dalam talian yang diwujudkan untuk meningkatkan penerbitan yang memfokuskan kepada jurnal-jurnal ilmiah Malaysia. Selain itu, MyJurnal dapat meningkatkan akses jurnal kepada komuniti global sebagai rujukan mereka dalam mencari rujukan kepada sesuatu isu.

Manakala MYCITE adalah sistem yang diwujudkan bagi mendaftar dan menilai semua penerbitan jurnal ilmiah di Malaysia menggunakan indikator bibliometrik. Melalui sistem ini juga, penerbit dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam setiap penerbitan seterusnya meningkatkan kualiti bagi penerbitan akan baru.     

MJYS boleh diakses di pautan berikut :

         i.            http://www.myjurnal.my/public/browse-journal-view.php?id=365

       ii.            http://www.mycite.my/en/journal-citation-report/mycite-citation-report?mcrsearchtype[keyword]=&mcrsearchtype[year]=2012&rows=10&sort=hindex&order=desc&submit=Search&page=15

Pihak IYRES juga mengalu-alukan sumbangan artikel daripada pelbagai pihak untuk disumbangkan dalam penerbitan MJYS yang seterusnya. Emelkan artikel anda ke email Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Disunting oleh: Shariffah Mamat

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Standard Chartered, Sony, WeChat Join Hands To Reach Gen-Y 

PETALING JAYA -- Standard Chartered Bank Malaysia Bhd, Sony Mobile Communications and WeChat Malaysia have joined hands to reach out to the millennial generation (Gen-Y) demographic. Standard Chartered Bank Malaysia Head of Retail and Personal Banking Amnah Ajmal said the collaboration would enable the bank to leverage on the social media and diversify their approach to reach and engage customers, especially the Gen-Y. In the partnership, Sony Mobile will offer Sony's SmartBand, a health monitoring device, to all marathoners who will be participating in the Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon at a special price, said Amnah to a media conference announcing the collaboration on Thursday. The marathon, to be held on October 12, will cover distances of between 10km to 42 km, in the city centre. With the tagline "Confident, Committed, Courageous," the marathon is offering 35,000 slots to the public. Customers and marathoners who has a WeChat account will get live updates of the event and are entitled to receive RM100 discount for Sony SmartBand. At the same event, Standard Chartered also launched its JustOne Marathon Bonus Promotion, which entitles customers to sign up and receive discounts to purchase Sony's latest products, the Sony SmartBand or Sony Xperia phones. "The partnership is not only for the marathon as we want it to extend beyond the marathon event," she said. -- BERNAMA

PESERTA FELO PERDANA KONGSI PRODUK HASIL PENYELIDIKAN IYRES

Oleh : Nurul Hidayat Ismail
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

KUALA LUMPUR, 2 JULAI 2014 – Ketua Pegawai Eksekutif Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Y. Brs. Dr. Wasitah Hj. Mohd. Yusof meluangkan masa kira-kira dua jam bagi berkongsi produk hasil penyelidikan serta kajian-kajian pembangunan belia bersama peserta Felo Perdana. Sesi tersebut merupakan antara pengisian dalam Program Orientasi Felo Perdana 2014 bagi seramai 70 anak muda yang merupakan lepasan graduan dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) dalam dan luar negara yang telah terpilih sebagai peserta Felo Perdana 2014.

Y. Brs. Dr. Wasitah sempat berbuka puasa bersama para peserta Felo Perdana sebelum menyampaikan pembentangan bertajuk “Research Products: Tools for Youth Development” yang mengambil tempat di Dewan Kampo, Pusat Belia Antarabangsa, Cheras, Kuala Lumpur. Sesi ceramah yang berlangsung selama hampir dua jam itu telah menjadi platform pengenalan mengenai produk-produk dan program hasil penyelidikan IYRES seperti Indeks Belia Malaysia, Pemetaan Belia Malaysia dan Persidangan Meja Bulat Belia yang dijayakan dalam mendokong agenda pembangunan belia Malaysia.

Para peserta mengambil kesempatan dalam pertemuan ringkas bersama Y. Brs. Dr. KPE IYRES itu untuk mengajukan pelbagai soalan mengenai tajuk yang dibentangkan. Mereka menunjukkan minat yang begitu mendalam mengenai pendekatan, metodolgi dan hasil kajian yang telah dilaksanakan oleh IYRES. Di hujung sesi ceramah tersebut, Y. Brs. Dr. Wasitah turut sempat bergambar bersama para peserta.

Disunting oleh : Dr. Wasitah Hj. Mohd Yusof ( IPPBM )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

BELIA BACHOK RAIKAN ANAK YATIM DI BULAN RAMADHAN

BACHOK, 2 JULAI 2014 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok dengan kerjasama Majlis Belia Jajahan Bachok telah mengadakan Program Jelajah Sukarelawan Rakan Muda Daerah Bachok Ke Rumah Anak Yatim Salimah di Kampung Telong Kandis, Bachok disini malam tadi.

Program ini melibatkan seramai 60 peserta  yang turut meraikan penghuni Rumah Anak Yatim Salimah. Diantara aktiviti yang dilaksanakan ialah tilawah Al-Quran, tTadarus AL-Quran, tazkirah Ramadhan, tahlil dan majlis berbuka puasa bersama penghuni  Rumah Anak Yatim berkenaan.

Turut sama, Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok, ASP Azmi Mokhtar, Timbalan Yang Dipertua Majlis Belia Jajahan Bachok, Mohd Hasparudin Hanafi dan wakil-wakil Persatuan Belia di daerah Bachok.

 

Oleh: Mohamad Saupi Bin Ibrahim (PBSD Bachok)

 

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PARLIMEN BELIA MALAYSIA MAHU  LAHIRKAN BARISAN PELAPIS PEMIMPIN MUDA

 

PUTRAJAYA, 2 JULAI 2014 - Pelaksanaan Parlimen Belia Malaysia (PBM) adalah bertujuan untuk melatih dan melahirkan barisan pelapis kepimpinan muda yang berkaliber dan berwibawa sejajar dengan keperluan negara masa kini dan masa hadapan.

 

Pihak Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) telah membuka pendaftaran menjadi pemilih Ahli Parlimen Belia Malaysia bermula 1 Julai 2014 (semalam) hingga 31 Ogos 2014. 

 

Objektif Parlimen Belia Malaysia adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kepimpinan dikalangan generasi Y demi penerusan kepimpinan negara jangka panjang. Ia juga dijadikan sebagai platform kepada belia untuk terlibat secara praktikal dalam proses membuat undang-undang serta memahami sistem pentadbiran negara serta mengenalpasti trend belia untuk disesuaikan dengan pembentukan polisi pentadbiran negara.

 

Menurut Dr. Zainah Shariff (Pengarah Pembangunan Sosial, Bahagian Pembangunan Belia) apabila ditemui di pejabatnya semalam, kriteria utama Ahli PBM adalah semestinya warganegara Malaysia yang berumur dalam lingkungan  18 hingga 30 tahun semasa memohon. Calon perlu memiliki kualiti kepimpinan, penglibatan dan hubungan aktif dalam program komuniti. Calon juga hendaklah  tidak pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah dan tidak muflis.

 

Bagi mengukuhkan sesuatu pencalonan, calon perlu mempunyai minima lima orang penyokong yang berumur belia (15-40 tahun) dari negeri yang ingin diwakili.

 

Pihak Sekretariat Parlimen Belia telah menetapkan tarikh pada 8 September hingga 24 September  2014 untuk pencalonan Ahli Parlimen Belia dari Negeri masing – masing. Maklumat lanjut boleh layari www.parlimenbelia.gov.my.

 

Disediakan oleh Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Disunting oleh : Nasrudin H Mahmud, Unit Komunikasi Korporat

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Membentengi gejala sosial

Oleh : Utusan Online

PADA masa ini terdapat pelbagai gejala sosial dalam kalangan remaja yang tidak dijangkakan. Remaja perempuan kini sudah berani lari dari rumah untuk mengikut kekasih. Pergaulan bebas tanpa dipantau juga akan menjurus kepada pelbagai penyakit masyarakat yang membahayakan.

Pengaruh media baharu dengan kemudahan telefon pintar telah menular dalam kalangan remaja sehingga ke ceruk desa. Pendedahan tentang gejala sosial secara terperinci adalah sangat perlu untuk memberi kefahaman kepada ibu bapa dan juga masyarakat agar dapat bertindak untuk menangani masalah ini.

Justeru, Ramadan bulan penuh keberkatan sewajarnya dapat mendidik hati dan jiwa anak-anak remaja ke arah kebaikan. Puasa juga mendidik peribadi dan menjadi benteng kepada gejala sosial serta banyak memberi manfaat kepada kesihatan.

Nabi SAW bersabda: " Sesiapa berpuasa Ramadan kerana iman dan mengharapkan pahala daripada Allah, nescaya diampunkan dosa-dosanya yang lalu." (Riwayat Muttafaq alaih).

Ibu bapa masih berperanan penting dalam mendidik anak-anak supaya mereka tidak mudah terjebak dengan pelbagai gejala sosial yang boleh merosakkan masa depan. Para guru pula berperanan mendidik anak bangsa khususnya yang di bangku sekolah rendah dan menengah.

Jika ditinjau pelbagai gejala sosial melanda kalangan remaja pada masa ini antaranya gejala penagihan dadah, bohsia, kegiatan gengsterisme, jenayah seksual, peras ugut, lari dari rumah dan mengunjungi tempat hiburan.

Semuanya berpunca daripada kelalaian dan kecuaian ibu bapa, yang menganggap anak remaja tidak perlu lagi kepada pemerhatian. Ia ditambah dengan kurangnya didikan agama khususnya bab akidah dan pengamalan ibadat dalam kalangan remaja.

Semakin hari fenomena ini semakin rumit dan memerlukan perhatian yang sewajarnya daripada semua pihak. Selain ibu bapa dan guru, masyarakat, pemimpin setempat dan kerajaan serta badan-badan bukan kerajaan (NGO) turut mempunyai peranan masing-masing.

Kepada pemimpin politik, tanggungjawab ini lebih penting untuk ditangani daripada permasalahan lain dalam masyarakat. Hal ini kerana, golongan remaja adalah aset masa depan.

Justeru dengan segala macam gejala sosial yang sedang menghimpit kehidupan remaja kini, mereka sangat memerlukan bimbingan, didikan, tunjuk ajar dan juga pemerhatian daripada orang dewasa yang lebih berpengalaman.

Jika tindakan awal tidak diambil, remaja kita akan terus hanyut dalam dunia mereka sendiri dan mungkin terjebak dalam hedonisme yang boleh membawa kepada kehancuran.

Kerana tidak mengamalkan ajaran agama, ramai remaja dan belia kita terdedah dengan kegiatan tidak bermoral seperti menghisap dadah, merempit, meragut, vandalisme dan sebagainya.

Ilmu agama yang kurang juga mendedahkan mereka kepada ajaran sesat dan ekstremisme.

Dalam menangani masalah ini, kerjasama erat hendaklah diwujudkan dalam kalangan pihak yang bertanggungjawab dalam memberi pendidikan yang sepatutnya kepada golongan berkenaan.

Dua perkara yang ditegaskan oleh Imam al-Ghazali iaitu tazkiah dan riyadah merupakan kalimah yang digunakan dalam pendidikan diri. Tazkiah al-Nafs (penyucian diri) dan riyad al-Nafs (latihan diri), kedua-duanya sangat penting dalam proses pendidikan.

Tazkiah adalah daripada kata akar zakiya yazatku zakaan yang bermaksud semakin besar dan baik. Daripada kata akar ini terbit perkataan zakha yuzakki tazkiyyatan yang bermaksud berkembang , bertambah, menyucikan dan membaikkan.

Perkataan riyadah yang digunakan dalam bahasa Melayu sebagai riadah pula diterjemahkan kepada dua makna. Pertama, bermaksud bertapa dengan mengawal hawa nafsu. Kedua, merujuk kepada gerak badan, senaman, segala kegiatan pada waktu lapang untuk menyihatkan badan dan fikiran dan rekreasi (Kamus Dewan, 2000; 1136). Dalam bahasa Arab, kata akar rada yarudu raudan riyadatan yang bermaksud melatih atau menjadikannya dikuasai dan mengikut arahan.

Menurut Imam al-Ghazali, golongan orang yang selamat adalah: "Ahlul Najat iaitu orang yang selamat. Mereka hanya menunaikan amalan-amalan yang wajib dan meninggalkan larangan-larangan Allah. Hanya itu yang mereka kerjakan, tidak lebih dan tidak pula kurang." Justeru, ibu bapa seharusnya menasihatkan anak-anak ke jalan selamat.

Di sini terdapat unsur-unsur pendidikan dan bimbingan yang digariskan oleh Islam kepada anak-anak remaja. Pendidikan dalam Islam juga sangat menekankan kepada tiga unsur iaitu akidah, ibadah dan akhlak yang mampu menjadi benteng kepada segala permasalahan termasuk gejala sosial.

Semoga dengan kedatangan Ramadan akan dapat mendidik dan membersihkan rohani dan hati serta membentuk peribadi Muslim agar sentiasa berkelakuan baik dalam kehidupan.

PENULIS ialah pengamal media, berkelulusan Ph.D Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Luahan aspirasi belia Malaysia

Oleh : Kosmo Online

YAKIN bahawa golongan belia memainkan peranan penting dalam pembangunan negara, Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd. (Petron Malaysia) telah melancarkan pertandingan seni dan fotografi untuk pelajar tempatan yang dikenali sebagai Visi Petron.

Memasuki tahun kedua penganjurannya, pertandingan yang bertemakan Perjalanan Untuk Melaksanakan Janji Saya itu bertujuan menggalakkan para peserta berkongsi karya mereka yang menggambarkan perjalanan dalam mencapai matlamat kehidupan untuk keluarga, masyarakat, alam sekitar dan negara.

“Golongan belia merupakan pencetus perubahan dalam memacu pertumbuhan negara.

“Melalui Visi Petron, kami cuba melibatkan golongan ini untuk sama-sama berkongsi pendapat mereka mengenai isu tertentu yang diluahkan melalui daya kreativiti mereka,” kata Ketua Perniagaan Runcit Petron Malaysia, Faridah Ali menerusi satu kenyataan baru-baru ini.

Sehubungan itu, beliau menambah, pertandingan tersebut juga merupakan peluang golongan tersebut mempamerkan bakat dan luahan aspirasi mereka.

Pertandingan yang diperkenalkan tahun lalu itu telah berjaya menarik penyertaan kira-kira 200 pelukis dari institusi-institusi pengajian tinggi tempatan (IPT).

Pemenang pertandingan berkenaan akan berpeluang untuk mencorakkan barangan korporat Petron seperti diari, kalendar dinding dan meja, baju, payung dan bekas minuman yang diberikan kepada pelanggan-pelanggan dan rakan-rakan niaga.

Pertandingan Visi Petron terbuka kepada pelajar IPT yang berusia 18 hingga 28 tahun. Sebanyak dua kategori yang dipertandingkan iaitu lukisan menggunakan media cat minyak atau air dan fotografi berwarna.

Bagi setiap kategori, pemenang pertama akan membawa pulang wang tunai bernilai RM3,000, tempat kedua (RM2,000), dan tempat ketiga (RM1,000). Tiga pemenang sagu hati dalam setiap kategori akan menerima hadiah bernilai RM500 .

Borang penyertaan boleh dimuat turun menerusi laman web, www.petron.com.my.

Tarikh akhir penyertaan ialah pada 31 Ogos 2014.

Artikel Penuh: kosmo Online @ Hakcipta terpelihara 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

CORAK BAHARU PAKAIAN RASMI PASUKAN KEBANGSAAN LEBIH SEGAR, MENARIK, BERTENAGA DAN GARANG

BUKIT JALIL, 26 JUN 2014 – “ Sudah tiba masanya untuk kita meniup nafas segar ke atas pakaian pasukan kebangsaan dengan harapan ia mampu memberi sokongan dan keyakinan kepada atlet-atlet yang menggalas harapan besar rakyat Malaysia ”, ujar Menteri Belia dan Sukan, YB. Encik Khairy Jamaluddin ketika merasmikan Majlis Pelancaran Corak Baharu Pakaian Rasmi Pasukan Kebangsaan yang diadakan di Gimnasium 2, Majlis Sukan Negara di sini hari ini.

Tambah beliau, “ Pakaian pasukan kebangsaan ini memerlukan satu corak baharu yang lebih segar, lebih menarik, lebih bertenaga dan lebih garang seiring dengan nama yang dibawa iaitu harimau Malaysia ”.

Melinda Looi yang dipilih sebagai pereka untuk corak baharu ini adalah salah seorang pereka fesyen terkemuka di Malaysia yang telah memasarkan rekaannya di Malaysia, Eropah, Australia dan Timur Asia.  YB. Encik Khairy Jamaluddin berharap Melinda Looi membawa visi beliau sebagai seorang pereka busana ke sukan supaya dapat di terjemahkan visi tersebut dalam bentuk dan corak yang boleh mewakili negara kita di arena sukan.

 Menurutnya lagi, beliau juga begitu teliti dalam proses mereka cipta corak baharu ini dengan memberikan input dan pandangan kepada Melinda Looi agar jersi baru ini lebih menarik, lebih segar, lebih dinamik serta melambangkan sifat agresif dan bertenaga atlet-atlet negara apabila mereka menyarungkan jersi ini nanti. Pakaian dengan corak baharu ini akan dipanggil dan dikenali sebagai Malaysian Heroes ataupun Wira Malaysia.

Harapan beliau ialah iringan warna belang harimau pada pakaian ini mampu meniupkan ketangkasan, semangat juang dan daya ketahanan tinggi kepada atlet negara sekali gus menyaksikan atlet negara mempunyai semangat juang segarang binatang legenda di setiap temasya dan kejohanan yang disertai selepas ini

 Sambil berharap agar pakaian rasmi ini mendapat sokongan seluruh rakyat jelata sebagai tanda sokongan kepada atlet-atlet kita, ia akan menjadi simbol perpaduan rakyat yang berbilang kaum di negara ini di mana sesiapa sahaja boleh menyarung jersi yang sama dipakai atlet negara di bawah panji-panji jalur gemilang sekali gus membuktikan sukan merupakan platform yang terbaik dalam penyatuan rakyat.

Hadir sama dalam majlis ini Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Jamil Salleh, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Dato’ Seri Zolkples Embong, Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha dan pegawai-pegawai kanan KBS.

 

Oleh : Azlin Emiza Jamri (Unit Komunikasi Korporat KBS)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SUKARELAWAN UPNM BANTU KELANCARAN MAJLIS PENYERAHAN SURAT TAWARAN HAJI 1MDB

PUTRAJAYA, 19 JUN 2014 – Seramai 30 sukarelawan yang terdiri dari kalangan mahasiswa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah membantu menjayakan Majlis Penyerahan Surat Tawaran Haji oleh  Perdana Menteri bertempat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, dekat sini kelmarin.

Para sukarelawan dibahagi kepada tiga kumpulan mengikut pembahagian tugas yang telah ditetapkan. Kumpulan pertama ditugaskan untuk menjadi penyambut tetamu dan penunjuk arah bagi membantu memudahkan pergerakan orang ramai yang hadir  ke majlis tersebut.

Manakala kumpulan kedua membantu pengedaran makan minum kepada para jemputan dan kumpulan ketiga pula, membantu memastikan persekitaran masjid sentiasa berada dalam keadaan yang bersih di sepanjang program berlangsung.   

 Di majlis berkenaan, seramai 1,000 jemaah termasuk dua Tok Batin dan lapan guru pondok menerima surat tawaran menunaikan fardu haji 2014/1435H di bawah Program Khas Haji Perdana Menteri-Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) 2014/1435H. Selain tajaan haji, mereka turut menerima wang saku RM1,000 setiap seorang, kain pasang, kain pelekat dan kurma. 

Hadir sama,  Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hassan Malek, Pengerusi 1MDB, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin dan Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Pada majlis itu juga, Perdana Menteri turut menyempurnakan pelancaran program Ramadan Al-Mubarak peringkat nasional serta pengagihan kurma dan air zam zam di masjid seluruh negara.

 

Oleh:  Bahagian Pembangunan Rakan Muda ( Jabatan Belia dan Sukan Negara)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bantu Gen- Y sertai pasaran modal

 

Bursa Malaysia mengharapkan bantuan pelabur komuniti bagi melonjakkan penyertaan Generasi Y (Gen-Y), golongan yang lahir pada 1980-an dan awal 1990-an, dalam pasaran modal.  "Kami mempunyai cabaran yang saya mahu dapatkan bantuan anda untuk membantu memulihkan (ini). 

 

"Kebanyakan golongan belia, Gen-Y Malaysia, tidak menyertai pasaran, sama ada sebagai pelabur atau pilihan kerjaya," kata Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Bhd, Datuk Tajuddin Atan dalam ucaptamanya pada Anugerah Perhubungan Pelabur (IR) Malaysia Ke-4, di Kuala Lumpur, semalam.  Beliau berkata, setakat ini bursa telah menyediakan beberapa inisiatif untuk membabitkan generasi muda dan mencetuskan minat mereka dalam pasaran modal.  Pada April tahun ini, ia memperkenalkan Bursa Marketplace, destinasi dalam talian dan komuniti bagi pelabur runcit untuk memperoleh maklumat tepat serta objektif tentang pasaran.  Bursa itu juga melancarkan Bursa Malaysia Fantasy Football Trader Challenge minggu lalu bagi membolehkan pelabur mengguna pemain Piala Dunia, untuk memahami dengan lebih baik penggunaan perkakas pelabur serta peniaga.  Tajuddin berkata, Malaysia memiliki bilangan kedua tertinggi peserta baharu menyertai bidang pekerjaan di dunia dalam kalangan pasaran global utama. 
Beliau percaya hanya dengan penyertaan generasi muda, kemapanan jangka panjang pasaran dapat dicapai.  "Kami ingin mempelawa anda menjadi sebahagian daripada usaha ini untuk mendidik dan membangunkan pengetahuan Gen-Y beralih daripada menabung bagi masa depan, kepada melabur bagi masa depan," katanya.  Terdahulu, Tajuddin berkata, amalan terbaik IR boleh menyumbang kepada saham sesebuah syarikat mencapai nilai adil.  "Pengiktirafan yang akan diberikan kepada syarikat dan IR hari ini akan meningkatkan lagi kepentingan IR dalam operasi sesebuah syarikat," katanya. - BERNAMA

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PERSIDANGAN MEJA BULAT BELIA: ISU PERUMAHAN BELIA

Oleh : Muhammad Ariff Mat Jusoh
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

21 JUN 2014, Kuala Lumpur – Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) melalui Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negara telah menganjurkan Persidangan Meja Bulat Belia: Isu Perumahan Beliabertempat di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras, Kuala Lumpur.

Penganjuran program ini bertujuan untuk menyediakan platform bagi memberikan penerangan dan maklumat yang lebih jelas berhubung isu perumahan masa kini kepada generasi muda serta inisiatif pihak kerajaan dalam menangani pelbagai permasalahan seperti peningkatan harga rumah.

Sewaktu persidangan berlangsung, seramai empat orang pembentang yang dijemput khas daripada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan Suntrack Development Sdn. Bhd. telah membentangkan pelbagai isu berkaitan tajuk persidangan kepada belia-belia yang hadir.

Input pelaksanaan persidangan tersebut telah menghasilkan beberapa resolusi penting yang melibatkan syor-syor kepada pihak kerajaan, swasta mahupun belia itu sendiri. Antaranya ialah belia berpendapat agar kawasan rizab kerajaan dibangunkan dengan secepat mungkin sebagai kawasan perumahan yang kompetitif yang memfokuskan kepada golongan migrasi belia ke bandar dengan penetapan kos yang mampu milik.

Selain itu, golongan belia berharap agar pihak kerajaan boleh membantu dengan mewujudkan kuota khas dalam setiap projek perumahan khusus untuk golongan belia yang masih belum memiliki rumah sama seperti kuota bumiputera.

Merujuk kepada kriteria asas pemilikan rumah melalui inisiatif pihak kerajaan, belia berpandangan agar pihak jabatan dan agensi berkaitan agar dapat menilai semula kriteria kepada golongan belia yang bekerja dengan swasta yang berpendapatan RM2000 ke bawah untuk memiliki rumah mampu milik.

Golongan belia berpendapat agar pemaju perumahan memperkenalkan konsep ‘rent to buy’ kepada para belia bagi membantu mereka memiliki rumah.

 Persidangan sehari tersebut telah berlangsung dengan jayanya tambahan lagi dengan kehadiran YBhg. Dato' Azhar Mohamed Isa, Timbalan Ketua Setiausaha (Antarabangsa dan Pengurusan) KBS sewaktu sesi Pembentangan dan Penerimaan Resolusi Persidangan Meja Bulat Belia: Isu Perumahan Belia daripada wakil belia yang telah mengikuti persidangan tersebut kepada pihak kementerian.

Bagi berita bergambar berkaitan Persidangan Meja Bulat Belia; Isu Perumahan Belia boleh dirujuk menerusi portal IYRES di capaian www.ippbm.gov.my atau menerusi laman sosial IYRES di capaian https://www.facebook.com/IPPBM.

Disunting oleh: Shariffah bt. Mamat
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penguatkuasaan tidak berkesan punca ramai remaja merokok - Khairy

Oleh : Utusan Malaysia

SEREMBAN 17 Jun - Lambakan rokok seludup yang mudah dibeli oleh remaja bersekolah dari usia 15 hingga 18 tahun mencetuskan kebimbangan besar dalam kalangan masyarakat.

Semuanya berpunca daripada kelemahan penguatkuasaan apabila beberapa kedai yang tidak mempunyai lesen sama ada di bandar mahupun luar bandar dengan mudah mendapat bekalan rokok seludup dan kemudiannya dijual dengan harga murah, sekali gus mempengaruhi remaja untuk merokok.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, trend tidak sihat itu cukup membimbangkan dan apa yang perlu dilakukan ketika ini adalah dengan memperketatkan lagi penguatkuasaan bagi menghalang situasi berkenaan dari terus berlaku.

Katanya, apabila rokok dijual dengan harga murah dan mudah didapati, pastinya ia akan mendorong lebih ramai remaja untuk merokok.

"Penjualan rokok di kedai perlu diperketatkan supaya tidak dijual kepada remaja di bawah umur. Sebab kita tahu ada beberapa kedai dan warung yang tidak kisah langsung soal penjualan rokok kepada mereka yang di bawah umur.

"Keduanya dari segi penguatkuasaan dari segi pembanterasan rokok seludup sebab sehingga kini ia menjadi masalah dan saya difahamkan kerajaan mengalami kerugian berbilion ringgit akibat kegiatan penyeludupan ini,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Karnival Kerjaya di Universiti Nilai dekat sini hari ini.

Yang turut hadir Naib Canselornya, Prof. Datuk Megat Burhanuddin Megat Ab. Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Talent Corporation Malaysia Berhad (Talent Corp), Johan Mahmood Merican.

Khairy melahirkan kebimbangan itu selepas Kementerian Kesihatan mendedahkan semalam bahawa terdapat sekitar 500,000 remaja yang merokok di Malaysia, dengan membelanjakan jutaan ringgit membeli rokok setiap hari.

Jelas beliau, pihak kementerian boleh menjalankan sebarang aktiviti kesedaran terhadap bahaya merokok dalam kalangan remaja, namun tanpa penguatkuasaan yang berkesan sudah pastinya usaha menghindarkan remaja dari gejala tidak bermanfaat itu tidak membawa kepada sebarang perubahan.

Malah, katanya, Malaysia boleh dikategorikan sebagai negara yang lemah dalam aspek tahap penjagaan kesihatan dan ia dibuktikan menerusi kadar penyakit diabetis dan hipertensi tertinggi di rantau Asia.

Artikel Penuh:© Utusan Melayu (M) Bhd 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KELAB REKREASI IPPBM ANJURKAN PROGRAM

“CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY (CSR)

Oleh : Muhammad Ariff Mat Jusoh

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

14 Jun 2014, Kuala Lumpur – Seramai 20 orang warga Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah menyertai  “Corporate Social Responsibility (CSR)” – Masyarakat Gelandangan anjuran Kelab Rekreasi IPPBM yang telah berlangsung semalam bertempat di sekitar Kuala Lumpur.

Aktiviti utama program CSR tersebut ialah memberi makanan kepada golongan gelandangan di sekitar ibu kota. Sebanyak 120 bungkusan makanan telah diedarkan selama dua jam program tersebut berlangsung bermula dari pukul 10.30 malam hingga 12.30 tengah malam.

Pelaksanaan program ini adalah untuk melahirkan rasa empati dan memupuk semangat kesukarelaan serta memupuk sifat sentiasa mensyukuri nikmat kurniaan Allah s.w.t di kalangan warga IYRES. Usaha ini diharapkan dapat diteruskan untuk sentiasa menghulurkan bantuan terhadap golongan yang kurang berkemampuan. Ukhwah silaturahim antara warga IYRES juga dapat dipupuk melalui aktiviti ini.

Kelab juga merancang untuk mengadakan program ini atau seumpamanya secara berkala bagi memastikan warga IYRES sentiasa peka dan prihatin dengan masyarakat.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Operasi IYRES, Tn. Hj. Zakariah Md Sam.

Disunting oleh : Shahhanim Yahya
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Saya pilih Argentina: Khairy

Putrajaya: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memilih untuk terus setia dan kekal menyokong skuad Argentina pada Piala Dunia kali ini. “Dari kecil lagi sampailah sekarang, saya menyokong Argentina,” katanya mengenai pasukan kegemarannya itu yang diletakkan dalam Kumpulan F bersama Bosnia, Iran dan Nigeria.

 Biarpun mengetahui kelemahan pasukan itu yang kadang kala bergantung pada seseorang pemain, Khairy tetap merasakan pasukan dari Amerika Selatan itu mempunyai potensi menjulang kejuaraan yang kali terakhir dimenangi pada 1986. “Kalau mereka bermain sebagai sebuah pasukan dan tak bergantung pada (Lionel) Messi saja, saya rasa mereka mempunyai peluang yang cerah,” katanya.
Harap Maradona
Mengimbas kembali detik kegemilangan Argentina ketika menjulang trofi itu pada 1986, Khairy berkata pasukan itu turut meletakkan sandaran kepada bintang yang juga legenda bola sepak, Diego Maradona.
“Saya ingat lagi ketika itu, mereka mengharapkan Maradona tetapi dalam masa yang sama mereka buktikan mereka adalah sebuah pasukan yang baik,” katanya. Khairy berkata dia akan menyaksikan perlawanan pembukaan Brazil menentang Croatia di Dataran Merdeka pada awal pagi esok sempena dengan program ‘Fiesta Samba Brasil 2014’. Program berkenaan dianjurkan kementeriannya bersama Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan khusus untuk orang ramai di ibu negara menyaksikan perlawanan secara langsung di skrin besar. Selain menyaksikan siaran langsung berkenaan, pengunjung turut berpeluang mengambil bahagian dalam aktiviti sampingan yang disediakan. Program berkenaan diadakan bakal di seluruh negara kecuali Perak sepanjang kempen Piala Dunia 2014 berlangsung.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Belia disaran lebih berani

Oleh : Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 2 Jun - Golongan belia disaran supaya lebih berani untuk tampil mengetengahkan idea dan daya kreativiti melalui saluran yang betul agar dapat dibangunkan untuk menyumbang kepada kemajuan negara.

Exco 1Malaysia for Youth (1M4U), Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, golongan itu khususnya mahasiswa dan mahasiswi di negara ini memiliki idea dan kreativiti yang cukup kuat untuk diketengahkan di arus perdana.

Beliau berkata, dengan wujudnya platform seperti 1M4U, kreativiti golongan itu dapat diketengahkan melalui program-program yang dianjurkan.

"1M4U memberi peluang kepada para belia untuk menjalankan aktiviti secara sukarela. Ini merupakan saluran yang betul untuk mereka menyertai program bersesuaian dengan jiwa mereka.

"Dengan adanya aktiviti tersebut, golongan belia dapat menguji daya pemikiran dan berupaya meningkatkan keyakinan mereka untuk menyuarakan idea-idea baharu yang dapat membawa perubahan kepada mana-mana bidang utama di negara ini," katanya ketika berucap pada Program Bicara Ikon sempena Minggu Mesra Mahasiswa Baharu di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini hari ini.

Pada majlis itu, Irmohizam turut melancarkan pusat 1M4U UTM dan menyampaikan sumbangan wang tunai bernilai RM5,500.

Yang turut hadir, Timbalan Naib Canselor UTM, Prof Dr. Mohd. Ismail Abd. Aziz.

Dalam pada itu, Irmohizam memberitahu, pihaknya dalam perancangan membuka sebuah pusat untuk mengumpulkan golongan belia bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti kesenian dan kebudayaan, sukan serta rekreasi.

Artikel Penuh:  © Utusan Melayu (M) Bhd 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PEMIMPIN UTAMA KBS KUNJUNGI I-YOUTH

Oleh : Nurul Hidayat Ismail

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

24 MEI 2014, Putrajaya - YB Encik Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan Malaysia, dalam rangka ‘walkabout’nya ke seluruh Festival Belia Putrajaya sempat meluangkan masa untuk singgah ke Hub Intelektual, Penyelidikan dan Inovasi (i-youth) dan mengunjungi kesemua pameran agensi di bawah i-youth. Sempena lawatan ke i-youth beliau juga telah melancarkan 4D Appreciative Inquiry Research Methodology Approach, sebuah pendekatan metodologi kajian baru yang akan digunapakai oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES).

Beliau turut meluangkan masa dalam sebuah sesi flash-mob yang dijayakan secara usahasama IYRES dan Yayasan Inovasi Malaysia yang merupakan salah sebuah agensi utama dalam penganjuran Hub Intelektual, Penyelidikan dan Inovasi pada penganjuran kali ini. Dalam pada itu, Yayasan Inovasi Malaysia turut berbangga kerana berkesempatan memanfaatkan kunjungan YB Encik Khairy bagi melancarkan Pop Innovation, sebuah usaha inovasi belia. Kehadiran YB Encik Khairy biarpun untuk tempoh 20 minit sememangnya telah berjaya menarik ratusan pengunjung belia ke i-youth.

Sebelum kehadiranYB Encik Khairy Jamaluddin, IYRES juga amat berbangga kerana pada hari yang sama, YB Datuk Jamil Salleh, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sempat singgah, mengunjungi dan mencuba aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan di       i-youth. Kehadiran kedua-dua pemimpin utama KBS ini sememangnya amat dialu-alukan dan dinanti-nantikan oleh golongan belia yang berada di i-youth.

Di samping itu, i-youth yang dikendalikan oleh IYRES turut mendapat kerjasama dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Jabatan Perangkaan Malaysia, Fakulti Undang-Undang Universiti Teknologi Mara, IPSAS Universiti Putra Malaysia, dan Drugs Free Youth Association. Pelbagai aktiviti menarik telah dirancang sepanjang 3 hari Festival Belia Putrajaya 2014 ini berlangsung bagi mengajak golongan belia untuk datang ke i-youth dan mendekati bidang Intelektual, Penyelidikan dan Inovasi.

Antara aktiviti menarik yang ditawarkan di i-youth adalah Pameran Penyelidikan Belia, Pameran Infografik, Kuiz ‘Answer &Win’, Author Corner -pameran dan jualan buku terbitan IYRES, bual bicara intelektual bersama ahli akademik, Selfie Corner, cabutan bertuah dan pameran menarik oleh agensi-agensi yang turut bekerjasama menjayakan Hub Intelektual, Penyelidikan dan Inovasi sempena Festival Belia Putrajaya 2014 ini.

Disunting oleh : Dr. Wasitah Hj. Mohd Yusof
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SAMBUTAN  KARNIVAL MESRA BELIA JOM KE PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG  MERIAH

Oleh : Dr. Wasitah Hj. Mohd Yusof
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

PULAU PINANG, 18 Mei 2014 – Pendekatan pelaksanaan Sambutan Karnival Mesra Belia Jom ke Putrajaya  bagi negeri Pulau Pinang disambut meriah di semua daerah yang berakhir pada hari ini bertempat di Perkarangan Kompleks Sunshine DUN Bertam Parlimen Kepala Batas. Program tersebut telah dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang.

Kehadiran YB. Menteri Belia dan Sukan, En. Khairy Jamaluddin telah disambut lebih 5000 komuniti belia Pulau Pinang dengan kepelbagaian aktiviti yang berlangsung sejak dari 16 Mei 2014 lagi.

YB. Menteri menerusi ucapannya menyatakan kegembiraan dan beliau berpuas hati dengan tahap perpaduan yang ditunjukkan oleh para belia dalam penyertaan sambutan hari belia kali ini. Beliau dalam masa yang sama mengharapkan agar belia di Pulau Pinang akan terus menyambut pelbagai inisiatif program yang ditawarkan oleh kerajaan khususnya dibawah agenda memperkasakan ekonomi belia.

Selain itu, YB. Menteri juga menyarankan agar penyertaan belia khususnya dalam aktiviti bercorak mempertingkatkan tahap kecergasan menerusi slogan FIT Malaysia  juga disambut baik kearah membudayakan sukan dalam masyarakat di negara ini.

Turut hadir pada majlis perasmian tersebut adalah YB. Dato Seri Reezal merican, Ahli Parlimen Kepala Batas, Dato’ Azhar Md Isa,TKSU KBS, En. Mohamed MalikiMohamed Rapiee, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Tuan Haji Fadzil bin Yahya, Pengarah JBSN Pulau Pinang, barisan kepimpinan Pemuda UMNO Pulau Pinang, dan Presiden Majlis Belia Pulai Pinang.

 

Disunting oleh : Unit Komunikasi Korporat, KBS

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2014 IKTIRAF GOLONGAN BELIA

PUTRAJAYA, 15 MEI 2014 – Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2014 yang disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada hari ini berlangsung dengan penuh gilang-gemilang dengan kehadiran pertubuhan-pertubuhan belia serta golongan belia dari seluruh negara bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata, “Saya sangat berbesar hati kerana setiap tahun  kita tidak pernah gagal untuk meraikan Sambutan HBN sejak tahun 1964.”

Menurut beliau, sambutan yang diadakan setiap tahun tersebut menunjukkan usaha pihak kerajaan yang sangat komited dalam membangun serta memperkasakan golongan belia negara.

“Pihak kerajaan bersetuju untuk memperuntukkan sumbangan dana sebanyak RM1.5 juta sebagai persediaan untuk mengahadapi Gagasan Komuniti ASEAN pada tahun 2015.” Tambahnya lagi.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee yang turut hadir pada majlis tersebut amat menyokong usaha Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin dalam memartabatkan golongan belia yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam pelbagai bidang seterusnya memberikan sumbangan kepada negara sejajar dengan tema Festival Belia Putrajaya 2014 “Dari Belia Untuk Belia”.

 Sambutan HBN 2014 turut mengiktiraf individu-individu di kalangan belia serta pertubuhan-pertubuhan belia yang bergiat aktif untuk memperkasakan pembangunan belia melalui Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) sebagai inisiatif untuk menggalakkan lagi penglibatan para belia dalam kerja-kerja sukarela yang menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.   

 

Oleh: Noorhanizah Januin (Unit Komunikasi Korporat)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah(Unit Komunikasi Korporat)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SUKMA KE-17 DAN TRANSFORMASI IKBN ANTARA YANG DIBINCANGKAN DI MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM PEMBANGUNAN BELIA DAN SUKAN ANTARA KERAJAAN NEGERI DAN PERSEKUTUAN EXCO

 Oleh : Dr. Wasitah Hj. Mohd Yusof ( IPPBM )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

PUTRAJAYA, 9 Mei 2014 – Ruang rundingan, kesepakatan dan perbincangan yang telah disediakan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui pelaksanaan Mesyuarat Penyelarasan Program Pembangunan Belia dan Sukan Antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan Exco ternyata berkesan.

Mesyuarat telah dijayakan dengan keterbukaan dengan kehadiran hampir kesemua Pemimpin Terkanan yang menerajui hal ehawal belia dan sukan di peringkat negeri- negeri di Malaysia.

Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Encik Khairy Jamaluddin, Menteri Belia Dan Sukan Malaysia ini sememangnya ditunggu-tunggu oleh semua wakil mesyuarat memandangkan isu dan jenis pembentangan  kertas-kertas yang dikongsi bersama adalah berkisar di sekitar isu pelaksanaan yang sudah pastinya penting dan semasa mengenai  ruang, peluang dan isu fokus kepada golongan belia. Turut difokuskan pelaporan mengenai status pelaksanaan inisiatif sukan  samada  sukan di peringkat
akar umbi mahupun kecemerlangan sukan untuk imej negara di peringkat nasional dan dunia.

Pada Mesyuarat kali pertama bagi tahun 2014 ini, sebanyak empat kertas perkongsian telah disampaikan untuk makluman dan menuntut perhatian ahli-ahli mesyuarat. Antaranya ialah, kertas status pelaksanaan Sukan Malaysia (SUKMA) ke-17, usaha pengenalpastian bakat sukan, transformasi Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di mana isu yang diketengahkan adalah inisiatif Double shift sebagai kaedah bagi melonjakkan jumlah pengambilan pelatih bermula tahun ini. Turut dibincangkan ialah kertas bagi melaporkan situasi semasa pelaksanaan Program Rakan Muda.  

Kesemua kertas perkongsian tersebut telah dapat disampaikan dan menjadi asas perbincangan yang berkesan diantara semua ahli mesyuarat yang hadir.YB. Menteri turut dalam ucapan aluannya dalam mengendalikan  pelaksanaan mesyuarat kali ini, turut membuat penekanan mengenai wawasan KBS bagi mencapai hasrat membawa masyarakat  Malaysia berubah dari hanya warga Malaysia yang Sport loving nation ke satu tahap sporting Nation seterusnya membantu memperhebatkan lagi usaha kerajaan ke arah menjadi Nation of sportsman.

Disunting oleh : Unit Komunikasi Korporat

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

IYRES KONGSI PERLAKSANAAN DASAR SUKAN NEGARA DI TAFISA CERTIFIED LEADERSHIP COURSE IN SPORTS FOR ALL

Oleh : Nur Diyana Nadirah Mohd Hadi IYRES)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 KUALA LUMPUR, 7 Mei 2014 – The Association For International Sport for All (TAFISA) dengan kerjasama pihak Malaysia yang diwakili oleh Malaysia Leisure & Recreation Council (MARFIMA) telah mengadakan TAFISA Certified Leadership Course in Sports for All pada  4 hingga 10 Mei 2014 bertempat di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras. TAFISA merupakan sebuah badan pertubuhan antarabangsa yang sinonim dengan Sukan Untuk Semua (SUS).

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah terlibat dan dirujuk dalam dalam slot perbincangan intelekutual berkenaan Dasar Sukan Negara(DSN) bagi membincangkan berkenaan status semasa Dasar Sukan Negara dan perkongsian perlaksanaan yang dilaksanakan oleh Malaysia. Pembentangan mengenai DSN telah disampaikan oleh Dr. Wasitah Haji Mohd Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES pada 6 Mei 2014.

Program persijilan ini telah membina jaringan di antara pemimpin-pemimpin SUS dari Filipina, India, Macao, Indonesia, Qatar, dan Maldive dengan pemimpin SUS Malaysia yang dihadiri seramai 15 orang.

Program  persijilan pemimpin sukan untuk semua ini telah dibawa khas oleh MARFIMA dalam rangka kursus bertujuan membawa elemen  perkongsian. Pelaksanaan SUS dan perkongsian kejayaan serta perbincangan isu-isu semasa yang menjadi cabaran kepada pelaksanaan gerakan SUS di serata dunia.

Program  persijilan ini juga turut membincangkan input-input berkenaan sukarelawan, promosi dan pemasaran, kepimpinan dan pengurusan yang efektif, membina jaringan dan kerjasama dalam sukan.

Disunting oleh : Dr. Wasitah Hj. Mohd Yusof
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 BELIA LAHAD DATU JAYAKAN KURSUS PENGENALAN PERKHEMAHAN PERINGKAT BAHAGIAN TAWAU 2014

 

TAWAU, 5 MEI 2014 - Kursus Pengenalan Perkhemahan Peringkat Bahagian Tawau 2014 telah diadakan di Taman Rekreasi Majlis Daerah Lahad Datu selama tiga hari dua malam, bersesuaian dengan suasana yang dikelilingi dengan tumbuh-tumbuhan semula jadi jauh dari kesibukan bandar.

Kursus ini adalah untuk memupuk semangat cintakan alam sekitar di kalangan peserta kursus di samping mempelajari cara-cara kemahiran berkhemah. “ Kursus seperti ini memberi peluang kepada belia-belia tempatan untuk menyertai aktiviti rekreasi di samping menambahkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan minat dalam aktiviti rekreasi ”, kata Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Tawau, Mohamad Fadil  Sulaiman di dalam ucapan perasmiannya.

Seramai 40 peserta sekitar daerah Lahad Datu dan Tawau telah menjayakan perkhemahan tersebut yang dianjurkan Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Tawau dengan kerjasama Kelab Rekreasi Star Tawau.

 Oleh:  Florence Kasamin ( Pejabat Belia Dan Sukan (P) Bahagian Tawau ) 

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 IYRES TERIMA KUNJUNGAN PEMIMPIN BELIA ANTARABANGSA

Oleh : Nurul Hidayat Ismail ( IYRES)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

PUTRAJAYA, 24 April 2014 – International Youth Leadership Conference (IYLC) dalam rangka lawatan seminggunya ke Malaysia dari 20 hingga 25 April 2014 sempat berkunjung ke Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Putrajaya. Lawatan ini bersempena persidangan kali kedua yang melibatkan Kuala Lumpur sebagai tuan rumah.

 Para pemimpin belia antarabangsa ini tiba di perkarangan Kementerian Belia dan Sukan pada jam 10 pagi. Deligasi belia antarabangsa seramai 40 orang yang diketuai oleh William Webster, Pengarah Eksekutif Civic Concepts International itu telah disambut oleh Y. Brs. Dr. Wasitah Hj. Mohd. Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES. Mereka kemudiannya dibawa ke Bilik Mesyuarat Aras 15, Menara KBS bagi sesi pengenalan dan ucapan selamat datang oleh Ketua Pegawai Eksekutif IYRES di samping sedikit penerangan ringkas mengenai fungsi IYRES dan KBS.

Dalam sesi pengenalan itu juga, deligasi belia IYLC turut diberi penerangan mengenai Task Force Intelektual KBS sebelum memulakan aktiviti mereka iaitu sesi simulasi sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC). Deligasi belia IYLC ini merupakan wakil pemimpin dari negara Australia, Amerika Syarikat, United Kingdom, Poland, Indonesia, German, Sepanyol, Maghribi, Pakistan, Bulgaria, Malaysia dan Jepun.

Pada penghujung sesi persidangan IYLC, Y. Brs. Dr. Wasitah Hj. Mohd. Yusof turut diberi penghormatan menyampaikan sijil penyertaan kepada para pemimpin belia antarabangsa tersebut. Beliau juga turut menerima cenderahati daripada William Webster, Pengarah Eksekutif Civic Concepts International atas kesudian IYRES dan KBS menerima kunjungan serta memberikan layanan yang amat memuaskan kepada deligasi IYLC.

Sebelum pulang, deligasi belia antarabangsa IYLC sempat mengambil gambar kenangan dan menyaksikan Majlis Pra-Pelancaran Festival Belia Putrajaya 2014, bertempat di perkarangan Lobi Menara KBS yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Encik Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

Disemak oleh : Unit Komunikasi Korporat, IYRES

 

 

Oleh : Muhammad Ariff Mat Jusoh ( IPPBM )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

PUTRAJAYA, 25 APRIL 2014 – Sempena penganjuran Hari Belia Negara (HBN)  2014, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah dipertanggungawab bagi melaksanakan Kajian Penilaian Belia Pelbagai Peringkat Terhadap Penganjuran Hari Belia Negara dan Festival Belia Putrajaya (FBP) 2014.

Skop kajian ini meliputi penilaian ke atas persepsi belia di peringkat daerah di bawa ke peringkat  negeri serta sehingga pelaksanaan FBP di peringkat Kebangsaan 2014 dengan membawa tagline Jom ke Putrajaya. Pemilihan responden kajian melibatkan pegawai pelaksana, pengunjung belia, pihak perancang, NGO’S dan  stakeholders yang terlibat menjayakan FBP 2014.

Bermula pada 25 hingga 27 April 2014, IYRES telah melaksanakan pengumpulan data kajian lapangan di lima lokasi peringkat negeri iaitu Sabah, Perlis, Selangor, Kuala Lumpur & Sarawak dan enam lokasi di peringkat daerah iaitu Kota Tinggi, Seremban, Barat Daya Penang, Kota Setar, Tanah Merah & Kemaman. Sejumlah 1000 orang  pengunjung terpilih dan 50 orang pelaksana telah terlibat dalam kajian tersebut.

Kajian lapangan IYRES seterusnya ialah pada 1 hingga 5 Mei 2014 yang melibatkan pengumpulan data di peringkat negeri dan juga daerah iaitu di Johor bagi peringkat Negeri dan di Melaka Tengah, Manjung dan Bentong peringkat Daerah.

Melalui kajian ini IYRES akan membuat analisis perbandingan dari segi pandangan belia terhadap pembaharuan pendekatan format penganjuran FBP 2014 di pelbagai peringkat khususnya di peringkat akar umbi.

Dapatan kajian yang diperolehi akan membantu pihak KBS mengenalpasti acara-acara yang berpotensi serta bersesuaian untuk dijadikan acara teras dan minor dalam pelaksanaan program-program di peringkat KBS.

Kesimpulannya, melalui penganjuran festival ini pihak KBS berupaya mengenalpasti impak sosial dan ekonomi khususnya terhadap belia yang terlibat sepanjang berlangsungnya festival ini sama ada ia mendatangkan kesan positif atau sebaliknya yang akan menjadi rujukan dan penambahbaikan untuk pelaksanaan festival pada masa akan datang.

Disunting oleh : Shariffah Mamat
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SEKRETARIAT RAKAN MUDA MMU SAHUT CABARAN 1 MALAYSIA GREEN 1 MALAYSIA CLEAN

 

PORT DICKSON, 23 APRUIL 2014  – Sekretariat Rakan Muda Universiti Multimedia Malaysia (SRM MMU) telah menyahut cabaran melaksanakan Program 1 Malaysia Green 1 Malaysia Clean  di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan baru-baru ini.

 Program sokongan Tahun Melawat Malaysia 2014 ini disertai  seramai 80 ahli Sekretariat Rakan Muda dan turut berkonsepkan enam daripada lapan Gaya Hidup Rakan Muda. Berlangsung selama dua hari satu malam, program ini mendapat kerjasama dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Sukan MMU.

 Pelaksanaan program seumpama ini dilihat dapat mewujudkan sebuah institusi kekeluargaan dalam Sekretariat Rakan Muda yang kukuh dan menitikberatkan hubungan persaudaraan tanpa mengira bangsa dan negara disamping berupaya melahirkan individu yang cinta dan sayang akan keindahan negara. Selain itu, kesedaran dan tanggungjawab untuk bersama-sama memelihara keindahan alam semulajadi dapat dipertingkatkan, khususnya pantai yang semakin dihakis arus pembangunan.

 Selama berkampung dua hari satu malam di Teluk Kemang, para peserta didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang mencabar dan menguji ketahanan metal. Pelbagai halangan dan rintangan yang perlu mereka tempuhi terutama dalam menguji semangat berkumpulan melalui aktiviti lasak seperti Explorace, Campfire Night dan Water Confidence.

 Walaupun pelaksanaan program terlalu suntuk, ia dapat mendidik generasi yang bukan sahaja mengamalkan gaya hidup sihat dan berwawasan, malah mempunyai sahsiah dan pekerti yang baik terutamanya dalam kalangan ahli Sekretariat Rakan Muda MMU itu sendiri.

  Oleh : Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBSN

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Disunting : Razali  Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

HARGAI KELEBIHAN GOLONGAN BELIA

 KUALA LUMPUR, 15 APRIL 2014 – Negara harus menghargai sumbangan dan kelebihan golongan belia kerana mereka adalah tonggak kekuatan sesebuah negara itu.

 “ Kekuatan sesebuah negara dinilai kepada sumbangan dan keberkesanan golongan belia di sesebuah negara itu . Sumbangan mereka amat besar dan begitu bermakna dalam membangunkan sesebuah negara itu, “ ujar Ahli Parlimen Titiwangsa, Dato’ Johari Mohd. Yusof ketika merasmikan Karnival Fiesta Mesra Belia Daerah Wangsa Maju / Setiawangsa di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Kampung Pandan dekat sini baru-baru ini.

 Katanya, landskap negara masa depan dilihat pada golongan belia hari ini. Kerajaan sentiasa memberi perhatian terhadap pembangunan dan kebajikan golongan belia hari ini agar mereka sentiasa dihargai dan mendapat perhatian kerajaan.

 Karnivaldua hari itu memberi peluang kepada golongan belia dari seluruh kawasan wangsa Maju / Setiawangsa menunjukkan kemahiran mereka melalui beberapa aktiviti berbentuk pertandingan seperti bolasepak 3 on 3, bola jaring 3 on 3,  pertandingan kompang variasi, sukaneka dan pelbagai aktiviti yang berkonsep “ Dari Belia Untuk Belia “.

 Program ini berjaya menarik lebih 2,000 belia mengambil bahagian atau  mengunjungi pameran dari agensi-agensi kerajaan.

 Dato’ Johari yakin, suara anak muda akan sentiasa didengari kerajaan dan akan memberikan tindak balas segera untuk memenuhi citarasa serta kehendak mereka. Hadir sama pada majlis perasmian itu, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Kuala Lumpur, Sa’adon Suraji.

 Pemenang pertandingan akan mewakili daerah ini ke karnival peringkat negeri sebelum berkumpul di Putrajaya sempena Festival Belia Putrajaya 2014 pada 23 hingga 25 Mei nanti.

 

Oleh: Husna Ahmad Dimyati (Unit Komunikasi Korporat KBS)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

                                            YB MENTERI BELIA DAN SUKAN LANCAR  GERAN BINARY FUTURE GRADUATE                                    

Oleh : Dr. Wasitah Hj. Mohd Yusof (IYRES)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Puchong, 15hb April 2014 – GeranBinary Future Graduate telah dilancarkan oleh YB. Encik  Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan Malaysia semasa lawatan dan ramah mesra beliau bersama dengan para pelajar Universiti Binary pada hari ini.

Sebanyak RM3 juta Geran Binary Future Graduate telah diperuntukkan kepada para belia yang menuntut di universiti tersebut yang turut menyediakan peluang bagi para belia khusus dalam profesion keusahawan. Peruntukkan yang disediakan ini bertujuan melahirkan belia yang memiliki kepakaran keusahawanan untuk bersaing dalam bidang ini melalui sentuhan tangan mereka agar berjaya dalam keusahawanan sendiri.

Seramai 300 prang pelajar Binary akan mendapat faedah dari penyaluran geran khas ini. YB. Menteri menerusi ucapan pelancarannya merakamkan kekaguman beliau terhadap bentuk sokongan yang disediakan oleh Universiti Binary dalam mempersiapkan para graduan yang berbeza daripada segi kualiti bagi mengisi pasaran kerja untuk melahirkan usahawan pada hari ini menerusi pengiktirafan khusus seperti Industry Specialist Professional ( ISP).

Beliau juga turut menyatakan kesediaan KBS untuk bekerjasama dengan Universiti Binary dalam melatih kemahiran keusahawanan di kalangan belia-belia di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN). Menerusi Program yang diaturkan oleh Universiti Binary ini juga,  YB. Khairy Jamaluddin turut menyaksikan upacara menandatangani Perjanjian Persefahaman di antara Universiti Binary dengan pihak SMI Association of Malaysia dalam rangka untuk menyokong usaha persatuan ini dalam memperbanyakkan lagi peluang bagi memperkasakan para belia dalam bidang keusahawanan. Turut hadir menyaksikan majlis yang bermakna dalam agenda pembangunan belia ini adalah YBhg. Tan Sri Azmi Abdul Wahab, Pengerusi Lembaga Universiti Binary, YB. Datuk Seri Mohammed Iqbal, Pro Canselor ,YB Dato’ Professor Joseph Adaikalam, Pengerusi Excecutive Universiti Binary , wakil Pemuda Wilayah Persekutuan KL , wakil Parti Progressif dan wakil dari Majlis Keusahawanan  SME Antarabangsa.                       

Disunting : Unit Komunikasi Korporat, KBS

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KEJOHANAN FUTSAL TERBUKA PUTRAJAYA 2014 DAPAT SAMBUTAN BELIA

 

PUTRAJAYA, 12 APRIL 2014 – Hampir 1000 belia membanjiri Kompleks Futsal 1 Malaysia Putrajaya bagi menyertai Kejohanan Futsal Terbuka Putrajaya 2014.

 Program anjuran Kelab Kesihatan Malaysia (KESKIP) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ini memperoleh kira-kira 70 penyertaan berkumpulan dari belia di sekitar Putrajaya.

 Majlis yang bermula sekitar jam sembilan pagi itu dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Farida Mohd Ali. Turut hadir pada majlis tersebut, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS, Dato’ Harun Che Su.

 Dalam majlis yang sama, Datuk Farida telah menyepak bola masuk ke gawang gol sebagai gimik perasmian majlis.

 

Oleh: Husna Ahmad Dimyati (Unit Komunikasi Korporat KBS)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PLATFORM PERSIDANGAN MEJA BULAT BELIA BANTU BELIA MALAYSIA MEMAHAMI PELAKSANAAN GAGASAN
KOMUNITI ASEAN 2015
Oleh : Muhammad Ariff Mat Jusoh
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Putrajaya, 5 April 2014 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negara(JBSN) dan Majlis Belia Malaysia(MBM) telah menganjurkan Persidangan Meja Bulat Belia Gagasan Komuniti ASEAN bertempat di Podium A, Menara KBS. Perasmian program tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB. Khairy Jamaluddin.

 IYRES mengambil pendekatan menganjurkan program ini bagi menyediakan paltform untuk memberi penerangan yang jelas dan kempen kesedaran kepada generasi muda Malaysia tentang pelaksanaan Komuniti ASEAN yang akan dilaksanakan pada tahun 2015.

 Menerusi penubuhan Komuniti ASEAN ini, tiga cabang utama kerjasama akan dibentuk iaitu Komuniti Politik-Keselamatan, Komuniti Ekonomi dan Komuniti Sosio-Budaya seterusnya membentuk satu moto untuk menggambarkan agenda baru pertubuhannya iaitu Satu Wawasan, Satu Identiti, Satu Komuniti.

Persidangan sehari yang diadakan turut membuka peluang kepada para peserta untuk menyuarakan pandangan, maklum balas mahupun reaksi berkaitan pelaksanaan Komuniti ASEAN 2015. Seramai 120 orang peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada ahli akademik muda, penggerak persatuan pelajar, usahawan muda, NGO belia dan mayarakat, sahabat media, serta kakaitangan muda syarikat berkaitan milik kerajaan(GLC).

 

Menurut En. Suhail Mohamed, salah seorang peserta persidangan membangkitkan isu kemanusiaan di negara-negara ASEAN yang sedang berlaku pada hari ini antaranya pergolakan di negara Myammar di mana kaum Rohingya ditindas di negara sendiri. Beliau menggesa negara anggota ASEAN memainkan peranan dalam menyelesaikan isu berkenaan.

 

Input dan hasil persidangan yang diterima daripada kalangan peserta akan didokumenkan untuk dibawa dalam bentuk nota kabinet kepada Jemaah Menteri.

 YB. Khairy Jamaluddin dalam sidang akhbarnya menyatakan bahawa amat penting bagi generasi muda di Malaysia memahami implikasi Komuniti ASEAN untuk kita bersedia memaksimumkan peglibatan Malaysia di dalam ASEAN sama ada dalam bentuk pelaburan, peluang pekerjaan, perdagangan, ataupun bagi kita memastikan Malaysia berperanan paling penting daripada segi pembentukan masyarakat sosial budaya ASEAN itu sendiri.

 Sementara itu, majlis penutup dan penyerahan Pelan Tindakan Belia mengenai Gagasan Komuniti ASEAN  telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha KBS, Datuk Jamil Salleh. Presiden MBM, En. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee telah menyerahkan pelan tersebut kepada Ketua Setiausaha KBS.

 

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Setiausaha Antarabangsa dan Pengurusan KBS, Dato’ Azhar Mohamed Isa, Timbalan Ketua Setiausaha Strategik, Dato’ Harun Che Su, Pengerusi Lembaga Pengarah IYRES, Tn. Haji Adnan Abu Hassan, dan Ketua Pengarah JBSN, Pn. Hjh. Hatipah Ibrahim.

 
Disunting : Dr. Wasitah Hj. Mohd Yusof
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Hasil Meja Bulat Belia ASEAN Diserah ke Jemaah Menteri

oleh : rakyatnew.my (Bariq Ramadhan)

PUTRAJAYA 5 April - Segala pandangan yang bernas daripada peserta yang mengikuti Persidangan Meja Bulat Belia : Gagasan Komuniti Negara-negara Asia Negara (ASEAN) akan diserahkan kepada jemaah menteri dengan memberi fokus kepada Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata penyampaian pendapat daripada sesi pembentangan daripada beberapa pakar daripada persidangan meja bulat hari ini akan diberikan dalam bentuk nota kepada jemaah menteri. "Segala pendapat dan padangan akan kita sampaikan kepada pihak kerajaan. Saya akan bawa ke jemaah menteri dalam satu bentuk nota. "Kita sampaikan kepada Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang terlibat secara lansung dalam melaksanakan komuniti ASEAN ini," katanya. Beliau berkata demikian ketika membuat sidang media selepas menghadiri Persidangan Meja Bulat Belia Gagasan Komuniti ASEAN di Menara Kementerian Belia dan Sukan di sini, hari ini. Menurut Khairy, apa yang penting komuniti ASEAN akan menyentuh segala aspek kehidupan YANG MANA bukan saha daripada segi politik malahan dari segi ekonomi dan juga sosial budaya. "Amat penting bagi generasi muda di Malaysia memahami implikasinya, dan untuk kita bersedia untuk Malaysia dapat kelebihan yang maksimum daripada peglibatan kita di dalam ASEAN samaada ia dalam bentuk pelaburan, peluang pekerjaan, perdagangan, ataupun bagi kita memastikan Malaysia boleh memainkan peranan yang paling penting dari segi pembentukan masyarakat sosial budaya ASEAN.

 

"Saya melihat tindakan kita untuk menganjurkan persidangan meja bulat ini adalah satu langkah penting bagi generasi muda di Malaysia bersedia untuk kita pengerusi persidangan ASEAN pada tahun hadapan," katanya. Kepentingan Persidangan Meja Bulat Belia hari ini diadadakan adalah untuk memberikan matlumat dan informasi berkaitan pemilihan Malaysia sebagai pengerusi Komuniti ASEAN menjelang 2015. Persidangan tersebut turut memberi ruang dan peluang kepada belia Malaysia untuk menyuarakan pandangan, pendapat dan reaksi berkaitan Gagasan Komuniti ASEAN menjelang 2015. Semua negara anggota ASEAN akan menubuhkan Gagasan Komuniti ASEAN menjelang 2015 yang bermatlamat dan bertujuan untuk membantu mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial dan pembangunan budya negara serantau. Ia juga bermatlamat menggalakkan keamanan dan kestabilan melalui penghormatan bagi keadilan dan peraturan undang-undang dalam hubungan di antara ASEAN serta mematuhi prinsip-prinsip Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KURSUS PRA PERKAHWINAN PERCUMA UNTUK BELIA KEDAH

 

ALOR SETAR, 3 APRIL 2014 – Berita baik untuk para belia negeri Kedah. Kerajaan Negeri Kedah melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah dengan kerjasama Majlis Belia Negeri Kedah telah menganjurkan Kursus Pra Perkahwinan secara percuma untuk golongan belia di seluruh Negeri Kedah.

 

Penganjuran kursus ini bertujuan untuk memudah serta meringankan kos yang ditanggung  pasangan yang ingin berkahwin terutamanya golongan belia. Kursus ini juga adalah janji dalam manifesto semasa Pilihan Raya Umum ke 13 lalu. Seramai 1,000 orang telah mengikuti kursus ini di seluruh negeri ini.

 

Kursus ini dilaksanakan di empat zon iaitu Zon Utara bertempat di Kubang Pasu, Zon Selatan di Kulim, Zon Tengah di Sungai Petani dan Zon  terakhir di Langkawi. Majlis Penyampaian Sijil Kursus Pra Perkahwinan telah diadakan pada 2 April lalu bertempat di Dewan Seri Negeri, Alor Setar, Kedah untuk meraikan peserta-peserta tersebut. Majlis bersejarah itu disempurnakan  Menteri Besar Kedah, Dato' Seri  Haji Mukhriz  Tun  Mahathir. Turut hadir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Haji Aziz Haji Hamid.

 

Oleh : Norhiyanti Norjohannan ( JBSN Kedah )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PERTANDINGAN PASUKAN BOLING PUSPANITA KEBANGSAAN 2014

Oleh : Muhammad Ariff Mat Jusoh (IYRES)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Putrajaya, 22 Mac 2014 – Kementerian Belia dan Sukan bersama PUSPANITA Kebangsaan telah melaksanakan Pertandingan Boling PUSPANITA Kebangsaan bertempat di ARL Powerbowl Alamanda, Presint 1.

Pertandingan yang dijalankan ini adalah secara individu yang melibatkan PUSPANITA kementerian-kementerian dan seramai 130 orang peserta telah mengikuti pertandingan ini yang berlangsung dari pagi hingga ke petang.

Fokus utama pertandingan ini adalah saringan untuk pemilihan pemain dalam pasukan boling PUSPANITA Kebangsaan. Selain itu, pelbagai kategori pertandingan juga diadakan bagi menggalakkan penyertaan daripada kalangan ahli PUSPANITA antaranya ialah Jatuhan Pin Terbaik, Ahli Puspanita Paling Cergas, Ahli Puspanita Paling Bergaya dan turut diadakan cabutan bertuah.

Pertandingan ini telah diserikan lagi dengan kehadiran YBhg. Dato. Azhar Mohamed Isa, Timbalan Ketua Setiausaha (Antarabangsa & Pengurusan) KBS mewakili Ketua Setiausaha KBS. YBhg. Datuk Jamil Salleh yang sedang bertugas di luar negara ketika itu. Dato. Azhar telah menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang dan cabutan bertuah.

Majlis turut dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi PUSPANITA Kebangsaan dan Naib Yang DiPertua PUSPANITA Kebangsaan, Puan Yatimah Sarjiman selaku mewakili Yang DiPertua PUSPANITA Kebangsaan, YBhg. Puan Sri Dato’ Rohani Abdullah.

Turut hadir ialah YBrs. Dr. Wasitah Hj. Mohd Yusof, KPE IYRES selaku mewakili YBhg. Datin Dr. Asmah Samat, pengerusi PUSPANITA KBS, Puan Hajah Sariah Hj. Shafie, Setiausaha PUSPANITA KBS dan ahli Jawatankuasa PUSPANITA KBS.

 

Disunting : Dr. Wasitah Hj. Mohd Yusof ( IYRES )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

IYRES NILAI PILOT PROJECT PROGRAM JATIDIRI KESUKARELAAN NASIONAL (PJKN) 2014

Oleh : Norati’qah Talib
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

BUKIT KIARA, 13 MAC 2014 – Seramai 40 orang peserta telah menyertai Program Jatidiri Kesukarelaan Nasional (PJKN) anjuran Cawangan Kepimpinan dan Pembangunan Sahsiah Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara bertempat di Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara.

Penilaian menyeluruh daripada proses awal oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) bermula pada 12 hingga 16 Mac 2014. IYRES menilai responden mengenai sejauhmana impak PJKN dapat menterjemahkan daya kesukarelaan, kepimpinan, patriotik, keusahawan dan jati diri di kalangan peserta program.

Selain menggunakan kaedah pemerhatian dalam menilai pilot projek ini, IYRES juga menggunakan borang soal selidik yang diedarkan kepada para peserta sebelum dan selepas program serta menganalisa keseluruhan modul yang digunakan sebelum dan semasa pelaksanaan PJKN. Melalui hasil penyelidikan yang dilaksanakan, ia akan dapat memastikan sama ada program ini akan diteruskan atau tidak dilaksanakan.

YB. Menteri Belia dan Sukan,  Encik Khairi Jalamuddin telah meluangkan masa selama satu jam untuk beramah mesra serta mendengar pendapat peserta mengenai program ini  di Extreme Park, Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara petang tadi. Program ini juga turut dihadiri oleh Y.Bhg. Dato’ Azhar bin Mohamed Isa, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan & Antarabangsa), Dr. Mohd. Ghani bin Mohd. Yusof, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Belia, Dr. Wasitah Hj. Mohd Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES dan En. Abdul Kahar bin Abdullah, Pengarah Eksekutif 1M4U.

Disunting : Dr. Wasitah Hj. Mohd Yusof
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

IYRES BERI PLATFORM KEPADA BELIA DI SELATAN TANAH AIR FAHAMI GST

Oleh : Nurul Hidayat Ismail
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Johor Bahru, 16 Mac 2014 – Cukai Barang dan Perkhidmatan atau lebih dikenali sebagai GST (Goods and Services Tax) yang akan mula dilaksanakan pada 1 April 2015 sentiasa menjadi topik bualan hangat dalam kalangan masyarakat. Namun hakikatnya masih ramai rakyat Malaysia yang tidak mengetahui apa dan bagaimana sebenarnya GST ini akan dilaksanakan bagi menggantikan cukai Jualan dan Perkhidmatan atau SST (Sales and Services Tax).

Dalam langkah membantu kerajaan menyebarluas pengetahuan dan maklumat yang tepat mengenai GST kepada masyarakat terutamanya golongan belia, IYRES sekali lagi tampil dengan siri jelajah Persidangan Meja Bulat untuk mendekati, menerangkan dan mendapatkan maklum balas daripada golongan belia mengenai perkara ini.

Persidangan Meja Bulat mengenai GST ini merupakan yang kedua seumpanya selepas penganjuran di kawasan zon tengah yang berlangsung pada 22 Disember 2013 di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras, Kuala Lumpur. Dalam rangka pelaksanaan Persidangan Meja Bulat ini, IYRES mengambil langkah progresif untuk menjelajah ke setiap zon di Malaysia bagi mendekati dan memberi input berguna kepada masyarakat  khususnya golongan belia.

IYRES mendapat kerjasama yang amat baik daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dalam menjayakan persidangan tersebut. Walaupun dijalankan dalam suasana dan kemudahan serba sederhana di Kompleks Belia dan Sukan Johor Bahru, namun, sambutan dan respon yang baik daripada 115 orang peserta yang terdiri daripada pelajar UTM, UTeM, IKBN, perwakilan persatuan belia dari Melaka dan Johor amat memuaskan.        

Disunting : Dr. Wasitah Hj. Mohd Yusof
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PENYEBARLUASAN APLIKASI PEMETAAN BELIA MALAYSIA KEPADA PEGAWAI BELIA DAN SUKAN DI ZON PANTAI TIMUR

Oleh : Muhammad Ariff Mat Jusoh
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

KOTA BHARU, 10 Mac 2014 – IYRES terus mengambil langkah proaktif bagi mempromosikan aplikasi Pemetaan Belia Malaysia dengan menganjurkan bengkel penggunaan aplikasi tersebut bagi zon timur bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan baru-baru ini.

Seramai 22 orang Pegawai Belia dan Sukan yang mewakil Jabatan Belia dan Sukan Kelantan dan Terengganu telah menyertai bengkel ini.

Ketua Pegawai Eksekutif IYRES, Dr Wasitah Haji Mohd Yusof semasa ucapan perasmian bengkel tersebut menekankan kepentingan aplikasi pemetaan ini khususnya kepada pembangunan belia Malaysia di mana dapatan dan kajian daripada aplikasi tersebut dapat dijadikan rujukan utama oleh pegawai pelaksana di negeri dan daerah dalam merangka sesuatu program yang melibatkan belia Malaysia.

 

Pemetaan Belia Malaysia ialah satu kaedah yang dibentuk untuk melaporkan data-data mengenai generasi belia dalam bentuk landskap peta. Antara kepentingannya ialah menyediakan satu pangkalan data sebagai sokongan kepada perancangan strategik bagi program pembangunan belia.

 

Selain Pegawai Belia dan Sukan, Aplikasi ini juga relevan untuk digunakan oleh pegawai-pegawai awam yang terlibat dalam pembangunan generasi belia, pemimpin belia, pemimpin masyarakat, badan bukan kerajaan(NGO), ahli politik dan golongan belia dan masyarakat amnya. Aplikasi ini boleh dicapai melalaui portal dihttp://petabelia.kbs.gov.my.

 

Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Tuan Md Sulji Zakaria, dan Pengurus KOMBES Kelantan, Encik Rashid Harun.

 

 

Disunting : Dr. Wasitah Hj. Mohd Yusof
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

IYRES TINGKATKAN KEPENTINGAN FAKTA DAN PENGURUSAN MAKLUMAT BELIA DI MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGERI SEMBILAN

Oleh : Muhammad Ariff Mat Jusoh
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

PUTRAJAYA, 13 Mac 2014 – Dapatan dan hasil kajian yang diperolehi melalui penyelidikan IYRES turut juga dikongsi dan dibentangkan di Majlis Perundingan Belia Negeri Sembilan baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif IYRES, Dr. Wasitah Hj. Mohd. Yusof menerusi Majlis Perundingan Belia Negeri Sembilan pada 11 Mac 2014 telah membentangkan beberapa pencapaian IYRES dari segi penyelidikan, penerbitan, pengkalan data dan pelaksanaan program intelektual dalam kajian belia Malaysia.

Majlis Perundingan Belia Negeri Sembilan telah dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Modal Insan, Belia dan Sukan Negeri Sembilan, YB. Dato’ Zaifulbahri bin Idris.

Dr. Wasitah turut membentangkan antara aplikasi hasil penyelidikan yang telah menjadi sebahagian tindakan dalam  memperkukuhkan pembangunan belia di negara ini iaitu Indeks Belia Malaysia  dan Pemetaan Belia Malaysia.

Turut hadir ialah Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan, Pn. Wan Salwati Hj. Abdullah, dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Cik Azura Hj. Sarbin.

Disunting : Dr. Wasitah Hj. Mohd Yusof
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

LUNCHEON TALK IYRES: KONGSI PENGALAMAN DAN PENGETAHUAN KEPAKARAN LUAR BERSAMA PEGAWAI MUDA KBS

Disediakan Oleh : Nurul Hidayat Ismail

Bahagian Pembangunan Rakan Muda

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Putrajaya, 12 Mac 2014 – Pendedahan terhadap kaedah mengenal dan menggunakan sepenuhnya nilai-nilai dalaman (inner values), mencari serta menggunakan tenaga positif dalam diri seseorang merupakan satu perkongsian ilmu yang sangat membantu dalam transformasi peningkatan diri.

Bertepatan dengan hasrat melahirkan belia yang mampu meningkatkan nilai positif dalam diri sebagai golongan penggerak transformasi, IYRES mengambil peluang sempena lawatan ke Malaysia seorang penceramah antarabangsa dan pakar meditasi, Gopi Patel. Gopi Patel dari Brahma Kumaris International Malaysia merupakan seorang penceramah yang amat berpengalaman dalam mengajar kaedah mencari, mengeluarkan dan menggunakan tenaga dalaman seseorang untuk diterjemahkan ke dalam bentuk tingkahlaku, cara kerja serta pemikiran yang positif.

Melalui sesi Luncheon Talk yang dianjurkan sendiri oleh pihak IYRES yang bertajuk “Youth Creating Peace and Principle of Transformation”, 50 orang pegawai muda yang mewakili pelbagai bahagian di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) didedahkan dengan kaedah melaksanakan sesebuah transformasi bermula dengan mengawal diri sendiri. Rata-rata peserta merasakan perubahan yang positif walaupun dalam masa yang singkat, para pegawai ini dapat menimba ilmu baru tentang bagaimana mereka sebagai penggalas tanggungjawab di institusi ini, mampu untuk melaksanakan transformasi hanya bermula dengan diri sendiri.

Program yang berlangsung selama dua jam ini turut mendedahkan kaedah mudah mengatasi stress serta cara-cara bagaimana menjalankan sebuah perbincangan berkesan dalam kalangan belia melalui pengujudan Global Café. Global Café ini merupakan platform di mana sebuah kafe biasa ditransformasi menjadi pentas perbincangan tetapi bersifat serba ringkas dan santai. Idea ini mampu menarik perhatian golongan belia yang gemar melepak dan bersantai supaya sambil-sambil merehatkan diri dan minum bersama rakan-rakan, mungkin juga mereka dapat berkongsi dan berbincang tentang sesuatu isu. Siapa tahu hasilnya mungkin dapat mencari penyelesaian kepada sesuatu masalah walaupun ketika bersantai. Bak kata pepatah, “sambil menyelam, minum air”.

Luncheon Talk yang dijalankan di Bilik Sekretariat Pengurusan Acara (SPA), Menara KBS ini juga dihadiri oleh Y Bhg. Dato’ Azhar bin Mohamed Isa, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan & Antarabangsa) Kementerian Belia dan Sukan. Selepas turut sama-sama meluangkan masa menyertai Luncheon Talk ini, beliau juga mengambil kesempatan untuk menyampaikan cenderamata bersama Y Brs. Dr. Wasitah Hj. Mohd. Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES kepada pihak Gopi Patel dan Brahma Kumaris International Malaysia sebagai tanda penghargaan.

 

Disunting : Dr. Wasitah Hj. Mohd Yusof
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

BENGKEL PASUKAN KERJA TEKNIKAL (TWG) INKLUSIVITI SOSIAL

Disediakan Oleh :Nur Aini binti Mohd Jais

Bahagian Pembangunan Rakan Muda

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

PUTRAJAYA, 1 MAC 2014  – Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negara telah menganjurkan Bengkel Pasukan Kerja Teknikal (TWG) Inklusiviti Sosial pada 26 hingga 28 Februari 2014 bertempat di Diamond Lounge, Menara KBS, Putrajaya.

 Inklusiviti sosial merupakan satu program yang dirangka khusus untuk menangani masalah peningkatan kadar jenayah dan penglibatan belia dalam jenayah di Malaysia. Ianya merupakan salah satu langkah mendekati golongan generasi muda agar tidak terlibat dengan jenayah melalui pelbagai aktiviti positif yang dirancang.

 Tujuan bengkel ini dianjurkan adalah untuk menghasilkan garis panduan  pelaksanaan program yang lengkap berdasarkan kerangka modul latihan program menangani jenayah. Selain itu, bengkel ini juga turut membangunkan sistem dan menyusun tindakan pelaksanaan bagi meningkatkan keberkesanan program Inklusiviti Sosial.

 Antara ahli-ahli bengkel yang terlibat menyumbang idea dan pandangan terdiri daripada wakil Polis DiRaja Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Majlis Belia Malaysia, SAFER Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Manakala penyertaan Kementerian diwakili oleh Bahagian Pembangun Belia, Bahagian Pembangunan Sukan, Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Bahagian Pembangunan Kemahiran, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Unit Komunikasi Korporat.

Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

IYRES SARAN PEGAWAI BELIA DAN SUKAN RUJUK APLIKASI PEMETAAN BELIA MALAYSIA; RANCANG AKTIVITI STRATEGIK
Oleh : Muhammad Ariff Mat Jusoh
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Alor Setar,  20 Februari 2014 – IYRES telah mengadakan Bengkel Penggunaan Aplikasi Pemetaan Belia Malaysia bagi Zon Utara(Kedah, Perlis dan Pulau Pinang) bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah.

 Pelaksanaan bengkel ini adalah langkah proaktif IYRES mempromosi dan menyarankan Pegawai Belia dan Sukan untuk menggunakan aplikasi tersebut dalam merangka aktiviti strategik berkaitan pembangunan belia dengan merujuk Portal Pemetaan Belia Malaysia yang mengandungi paparan 49 peta interaktif merangkumi data-data sistematik berkaitan generasi belia Malaysia.

Seramai 34 orang Pegawai Belia dan Sukan yang mewakil Jabatan Belia dan Sukan di tiga negeri tersebut telah menyertai bengkel ini.

 Pemetaan Belia Malaysia ialah satu kaedah yang dibentuk untuk melaporkan data-data mengenai generasi belia dalam bentuk landskap peta. Antara kepentingannya ialah menyediakan satu pangkalan data sebagai sokongan kepada perancangan strategik bagi program pembangunan belia.

 Bengkel tersebut telah diadakan dalam empat sesi. Bagi sesi pertama dan kedua, para peserta didedahkan dengan pengenalan dan penggunaan aplikasi tersebut. Bagi sesi ketiga, iaitu sesi latihan dalam kumpulan, peserta telah menunjukkan kefahaman mendalam mengenai penggunaan aplikasi ini apabila mereka berjaya mengaplikasikan sistem tersebut berdasarkan jumlah populasi belia di kawasan terpilih bagi mengadakan beberapa aktiviti utama pembangunan belia Malaysia. Manakala bagi sesi terakhir telah dilaksanakan kajian penilaian kefahaman para peserta mengenai Aplikasi Pemetaan Belia dan penilaian ke atas program yang telah dilaksanakan ini.

Selain Pegawai Belia dan Sukan, Aplikasi ini juga relevan untuk digunakan oleh pegawai-pegawai awam yang terlibat dalam pembangunan generasi belia, pemimpin belia, pemimpin masyarakat, badan bukan kerajaan(NGO), ahli politik dan golongan belia dan masyarakat amnya. Aplikasi ini boleh dicapai melalaui portal di http://petabelia.kbs.gov.my.

Penutup bengkel tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif IYRES, Dr. Wasitah Hj. Mohd Yusof. Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Kedah, Tuan Haji Aziz Bin Tuan Haji Ahmad dan Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Pulau Pinang, Tuan Haji Fadzil Bin Yahya.

Disunting : Dr. Wasitah Hj. Mohd Yusof
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 BENGKEL PENGGUNAAN APPLIKASI PEMETAAN BELIA MALAYSIA ZON UTARA 2014

Oleh : Norhiyanti Norjohannan (JBSN Kedah )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

ALOR  SETAR, 20 FEBRUARI 2014 – Institut  Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah menganjurkan Bengkel Penggunaan Aplikasi Pemetaan Belia Malaysia Zon Utara 2014, bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah di sini.

Pemetaan Belia  Malaysia adalah satu kaedah yang dibentuk untuk melaporkan data-data tentang belia dalam bentuk landskap peta.  Dengan menggunakan Sistem Maklumat Geografi  (GIS), ia memudahkan data di pemplot berdasarkan geografi. Data-data ini dikelompokkan mengikut domain seperti bilangan dan taburan populasi belia, bilangan Persatuan Belia dan Persatuan Sukan,  penyalahgunaan dadah, kemudahan dan pusat sukan serta data-data lain yang berkaitan dengan sektor pembangunan belia.

  Bengkel ini disertai  pegawai-pegawai Belia dan Sukan dari negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Majlis penutup bengkel ini disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif IYRES, Dr Wasitah Haji. Mohd. Yusof. Turut hadir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Haji Aziz Haji Hamid.

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

RM8.7b perangi dadah 2009

Metro Harian

Putrajaya: Kerajaan membelanjakan RM8.654 bilion dalam usaha memerangi dadah pada 2009 yang sepatutnya diguna untuk tujuan lebih penting dan memanfaatkan semua rakyat. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata hasil kajian Universiti Utara Malaysia (UUM) itu mendapati kos itu merangkumi perbelanjaan agensi penguatkuasaan dan pemulihan berkaitan dadah, rawatan kesihatan, kehilangan produktiviti dan kos berkaitan jenayah.

 

Dalam perutusannya sempena sambutan Hari Antidadah 2014 bertema ‘ADK Prihatin, Rakyat Sejahtera,’ semalam beliau berkata, statistik pada 2009 itu menunjukkan negara mempunyai 63,884 penagih dadah yang bermakna kos perkapita penagihan dadah di Malaysia ialah RM332.

“Sekiranya kos ini diguna untuk membina sekolah menengah kebangsaan yang boleh muatkan 1,200 pelajar, kerajaan berupaya menyediakan 216 sekolah dan 259,200 pelajar mendapat faedahnya. “Jika kita berjaya menangani masalah penyalahgunaan dadah secara bersama, sudah pasti kos seperti ini boleh digunakan untuk tujuan lain yang lebih penting dan memberi manfaat kepada semua rakyat. “Justeru, pada sambutan Hari Antidadah tahun ini, saya sarankan rakyat meluangkan masa berkualiti bersama keluarga, memberi perhatian kepada perasaan dan kehendak anak serta sentiasa berhubungan dengan mereka supaya tidak mudah terpengaruh dengan gejala negatif terutama ancaman dadah,” katanya. Kerajaan prihatin Beliau berkata, kerajaan prihatin dengan masalah dadah yang selalunya berpunca daripada kepincangan institusi keluarga dan menggesa orang ramai memastikan keluarga mengamalkan kehidupan sejahtera, sekali gus menghindari anak atau orang yang disayangi terjebak masalah dadah.
Proses rawatan rumit Perdana Menteri juga berkata, penagihan dadah kalangan remaja turut dikaitkan dengan masalah ketagihan lain seperti alkohol dan seks, sekali gus menjadikan masalah bertambah kompleks dan proses rawatan serta pemulihan lebih rumit kerana memerlukan kepakaran dan kemahiran yang tinggi. “Saya juga meminta orang ramai supaya menjadi anggota masyarakat yang prihatin dengan menyertai sukarelawan antidadah Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) yang dikenali sebagai SKUAD 1Malaysia untuk memberi bantuan kepada individu atau ahli keluarga yang mempunyai masalah dadah,” katanya. Beliau berkata, kerajaan menyokong penuh usaha sukarelawan seperti SKUAD 1Malaysia dan Sukarelawan Prihatin, yang sehingga kini mempunyai lebih 5.2 juta ahli di seluruh negara dengan 80.5 peratus adalah remaja serta belia berusia antara 15 hingga 39 tahun.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

GITA AKUSTIKA HIBURKAN PENGUNJUNG LORONG SENI EDISI FEBRUARI

Disediakan oleh : Lizza Imelia M. Sulanah,Unit Komunikasi Korporat

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

PUTRAJAYA, 15 FEBRUARI 2014 – Lorong Seni telah melabuhkan tirainya untuk edisi Februari tepat jam 7.00 petang pada sabtu lalu.

 Program berkonsepkan santai bersama belia ini  diadakan pada setiap bulan telah berjaya menarik perhatian bukan sahaja belia tetapi juga ibubapa dan keluarga yang tinggal sekitar Putrajaya.

 Tidak kurang daripada 500 orang pengunjung  telah hadir memeriahkan Lorong Seni Edisi Februari ini.  Antaranya adalah pelajar-pelajar dari UiTM Shah Alam  yang terhibur dengan persembahan berbentuk akustik oleh 10 penghibur solo dan berkumpulan dalam kalangan belia. Aktiviti  yang dinamakan Gita Akustika itu merupakan platform untuk belia yang meminati muzik membuat persembahan secara terbuka untuk menghiburkan pengunjung. Antara yang membuat persembahan adalah Sabri Stubborn dan Fita UiTM. Mereka  menunjukkan bakat masing-masing menyanyi sambil bermain alat muzik.

 Lorong seni kali ini juga dimeriahkan dengan Glam Bazaar iaitu gerai-gerai jualan  makanan, pakaian, buku-buku yang dinamakan  pasar buku , aksesori wanita serta kraftangan yang diusahakan oleh belia-belia yang minat berniaga.

 Pengunjung juga berpeluang untuk beramah mesra dengan Dena Bahrin, seorang ikon muslimah  dan  pengusaha perniagaan online yang  cukup dikenali dalam kalangan pembaca blog dan online shoppers.

 Encik Sabran Abd. Bahar, Pengarah (Cawangan Pembangunan Potensi Pembangunan) Bahagian Rakan Muda turut meluangkan masa ke Lorong Seni sebagai tanda sokongan terhadap program tersebut.

 Nantikan Lorong Seni Edisi Mac yang menjanjikan pentas yang berbeza, konsop yang lebih menarik khusus untuk para belia bersantai, berniaga dan bersosial secara sihat.

 

Disunting oleh : Adeli Hussin@Drus, Unit Komunikasi Korporat

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

RAKAN MUDA AKAN JADI MEDIUM PERKASA GOLONGAN MUDA

Oleh : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

PUTRAJAYA, 6 FEBRUARI 2014 - Rakan Muda akan terus menjadi medium yang efektif bagi memperkasa golongan muda dengan memberi penekanan kepada aspek pembangunan modal insan seperti patriotism, kesukarelaan, bermoral serta bertanggungjawab.

 Program yang diperkenalkan sejak 29 Oktober 1994 yang menetapkan misinya untuk melahirkan potensi tertinggi generasi muda supaya berupaya mendukung matlamat pembangunan negara melalui sembilan gaya hidup yang mengadunkan elemen-elemen Pembangunan Minda, Pembangunan Kemahiran, Pembangunan  Rohani, Pembangunan Kemasyarakatan dan Kecergasan Fizikal.

 Menteri Belia Dan Sukan, Encik Khairy Jamaluddin melalui maklum balas yang diterima melalui laman facebooknya menyatakan bahawa ramai yang mahukan agar program Rakan Muda diteruskan dengan memberikan nilai tambah serta gaya hidup yang dapat memberikan kesan langsung kepada pembangunan remaja dan belia di Negara ini.

 Katanya, Bahagian Rakan Muda akan diberi tanggungjawab yang besar untuk merencanakan program-program yang sesuai dengan citarasa serta keperluan golongan muda disamping menjadikan program ini sebagai satu program yang mempunyai keunikan dan sebuah jenama yang universal.

 Encik Khairy Jamaluddin berkata, program yang berusia 20 tahun ini mempunyai kekuatan serta pendekatan yang sesuai dengan kehendak golongan muda dan wajar diterus serta diperkasa dengan diberikan nilai tambah yang sesuai.

 Beliau berkata demikian pada Majlis Perhimpunan Mesra Bulan Februari Kementerian Belia dan Sukan di Dewan Serbaguna Podium B, Menara KBS di sini hari ini.

 Program Rakan Muda yang melalui lima fasa pelaksanaannya berkembang sehingga menjadi satu institusi sosial yang penting dan diiktiraf oleh masyarakat tempatan dan antarabangsa.

Disunting : Adeli Hussin@Drus ( Unit Komunikasi Korporat KBS )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

IMEJ BARU INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Oleh : Muhammad Ariff Mat Jusoh(IYRES)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

PUTRAJAYA, 6 Februari 2014 – Institute For Youth Research Malaysia (IYRES) merupakan nama popular baru bagi Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia yang telah diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB. Encik Khairy Jamaluddin di Majlis Perhimpunan Mesra Bulanan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bagi bulan Februari 2014

YB. Encik Khairy  dalam ucapannya menerangkan pengenalan imej baru ini adalah untuk menyerlahkan lagi potensi IYRES kepada masyarakat umum khususnya kepada para pelanggan kementerian.

Selain itu, “penonjolan imej baru ini akan dapat mengupayakan IYRES dari aspek sebutan dan imej yang lebih segar sebagai sebuah pusat rujukan informasi fakta dan imej intelektual golongan muda Malaysia hari ini”. Katanya lagi.

Pada masa yang sama, turut diadakan pelancaran logo baru IYRES yang diinspirasikan dari gambaran pemikiran manusia yang membawa maksud intelektual, manakala variasi warna di dalamnya melambangkan kepelbagaian karakter, gara fikir dan hala tuju belia pada masa kini.

IYRES kini telah menjadi  focal point  bagi kajian dan penyelidikan berkaitan golongan muda dan IYRES juga sedang bergerak kearah menjadi pusat sehenti dalam menjadi saluran pandangan dan perbincangan Intelektual golongan muda dalam pelbagai isu dan gaya hidup belia.

Sepanjang tahun 2014, IYRES telah merancang lapan program intelktual yang akan disertai oleh golongan muda bagi tujuan merumuskan suara mereka untuk ditangani secara terarah oleh pihak Kerajaan. Manakala sejumlah 25 kajian penyelidikan belia akan dilaksanakan termasuk menghasilkan Indeks Belia Malaysia (IBM) bagi tahun 2014.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M Saravanan, Ketua Setiausaha, Datuk Jamil Salleh, Timbalan Ketua Setiausaha(Antarabangsa & Pengurusan), Dato’ Azhar Mohamed Isa dan Timbalan Ketua Setiausaha(Strategik), Dato' Harun bin Che Su.

 

Disunting : Dr. Wasitah Hj Mohd Yusof (IYRES)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

32 PEGAWAI PERHUBUNGAN PARLIMEN KBS TERIMA SURAT LANTIKAN

Oleh: Noorhanizah Januin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )( Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

 

PUTRAJAYA, 6 FEBRUARI 2014 –  Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) hari ini melantik seramai 32 Pegawai Perhubungan Parlimen bagi membantu semua urusan yang berkaitan Kementerian ini di Parlimen bagi sesi penggal 2014.

 

Satu majlis penyerahan surat perlantikan serta penyampaian amanat telah diadakan di Bilik Mesyuarat Aras 4, Menara KBS hari ini yang disempurnakan Timbalan Ketua Setiausaha ( Strategik ) KBS,  Dato’ Harun Che Su.

 

“ Seramai 32 orang telah dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Parlimen (PPP) yang mana seramai 22 orang daripadanya merupakan lantikan semula manakala 10 lagi merupakan lantikan baharu,”  ujar Dato’ Harun Che Su di majlis ini.

 

“ PPP bertindak sebagai orang tengah di antara pegawai-pegawai yang menghubungkan urusetia Parlimen di Bahagian Dasar dengan bahagian-bahagian lain di KBS serta berfungsi sebagai sumber maklumat setempat bagi agensi yang berkaitan,” tambahnya.

 

Dato’ Harun Che Su turut  menyampaikan  tahniah  kepada semua pegawai lantikan semula dan berharap agar mereka dapat memberikan tunjuk ajar kepada pegawai-pegawai perlantikan baharu bagi memastikan semua urusan berkaitan dapat dilaksanakan dengan lancar.

 

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

IYRES ANJUR HARI BERSAMA MEDIA 2014

Oleh : Muhammad Ariff Mat Jusoh(IYRES)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

PUTRAJAYA, 26 Januari 2014 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia(IYRES) telah menganjurkan Hari Bersama Media 2014 bertempat di ARL Power Bowl, Alamanda. Seramai 48 orang peserta yang terdiri daripada warga IYRES dan media tempatan telah menyertai pertandingan boling yang merupakan aktiviti utama program tersebut.

 Antara media tempatan yang hadir ialah Berita Harian, Sinar Harian, Bernama, Harian Metro, The Star, Kosmo, NST, Utusan Malaysia dan Unit Komunikasi Korporat KBS. Peserta-peserta telah dibahagikan kepada 12 pasukan yang mana setiap pasukan terdiri daripada empat orang. Pertandingan ini telah berlangsung dalam tiga perlawanan.

Johan berkumpulan pertandingan ini telah dimenangi oleh Kumpulan Satu yang terdiri daripada En. Saufi Hamzah(Berita Harian), En. Mizan Mat Tamin(Sinar Harian), En. Nurul Hidayat Ismail(IYRES) dan En. Mohamad Azlan Kamarazaman(UKK KBS). Pemenang menerima hadiah berupa wang tunai dan hamper. Bagi kategori Individu lelaki dan wanita, johan masing-masing dimenangi oleh En. Adam Najmi dan Pn. Noriah Idris(Harian Metro).

Penganjuran program ini ialah bagi mengeratkan perhubungan komunikasi korporat di antara IYRES dan juga pihak media; berkongsi idea dan perkembangan isu semasa di antara IYRES dan juga pihak media; memberi peluang kepada pihak media untuk mengenali IYRES dengan lebih mendalam serta meluaskan jaringan perkenalan di antara IYRES dan pihak media dan mempromosikan program sepanjang tahun 2014 yang akan dilaksanakan oleh IYRES kepada pihak media.

 Hadir sama ialah Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah IYRES, Tn. Haji Adnan Abu Hassan dan Ketua Pegawai Eksektuif IYRES, Dr. Wasitah Hj. Mohd Yusof  yang telah menyempurnakan majlis penyampaian hadiah Hari Bersama Media 2014.

Disunting : Suraya Sulaiman (IYRES)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

71.3 juta hashtag selfie dalam Instagram

Kosmo-22 Januari 2014

Oleh Afiq Hanif

 

Perkataan ‘selfie’ yang diiktiraf perkataan terbaik bagi 2013 dalam kamus Oxford kini semakin digemari pengguna telefon pintar terutama remaja bukan mengenai perkataan terbabit, tetapi perlakuannya.

Menurut kamus terbabit, selfie adalah satu foto diri sendiri yang diambil menggunakan telefon pintar atau kamera yang kemudian dipindah naik ke laman sosial.

Penggunaan perkataan selfie yang meningkat 17,000 peratus tahun lalu kini lebih digemari pemakai telefon pintar di negara ini. Pengarah Editorial Oxford Dictionaries, Judy Pearsall, berkata penggunaan meningkat selfie pada tahun lalu, sekali gus menjadikannya perkataan terpilih sepanjang tahun.

 

“Hasil kajian juga mendapati ia perkataan paling kerap yang digunakan berbanding 150 juta perkataan lain,” katanya.

Selfie pertama kali muncul dalam satu kemaskini forum di Australia pada 2002.
Kini perkataan selfie antara yang popular digunakan dalam laman sosial seperti Instagram, Keek, Vine, Facebook dan Twitter. Dalam Instagram saja, perkataan selfie yang dilakukan dalam ‘hashtag’ foto kini mencecah sehingga 71.3 juta pos. Bagaimanapun, sesetengah pakar psikologi berpendapat, perbuatan selfie itu sendiri menjurus kepada gangguan personaliti narsistik. Laman web psikologi, PsychCentral yang diuruskan pakar psikologi memberi definisi gangguan personaliti narsistik sebagai sifat grandiositi dalam fantasi pelaku atau kelakuan sebenar yang memerlukan perhatian orang lain serta tidak memiliki sifat empati. Individu yang mengalami gangguan ini biasanya merasakan mereka mempunyai kepentingan dalam hidup orang lain. Namun, Pengarah Pusat Media Penyelidikan Psikologi, Pamela Rutledge dalam Psychology Today menafikan individu yang suka merakam foto selfie sebagai individu yang mempunyai karakter narsistik. “Ia boleh disifatkan sebagai penerokaan identiti yang menjadi salah satu cara paling berkesan untuk mengetahui diri anda apabila orang lain melihat anda,” katanya. Menurutnya, selfie menawarkan peluang untuk menunjukkan aspek diri anda tidak kira sama ada ia foto hodoh atau cantik yang memungkinkan kita belajar mengumpul maklumat mengenai diri sendiri dari semasa ke masa. “Selain itu, ia (selfie) jelas mengenal pasti minat yang menguatkan lagi identiti sosial kita seperti selfie remaja melakukan aksi tertentu dari watak animasi atau filem,” katanya. Malah, menuru Rutledge, selfie dalam konteks fesyen atau fotografi memaparkan keyakinan diri yang matang. “Pada masa sama, selfie menawarkan pengguna keupayaan untuk mencipta kisah hidup berbeza melalui imej bodoh, hodoh, cantik atau apa saja,” katanya. Katanya, imej berinteraksi secara berbeza dengan otak berbanding teks yang menyimpan pengalaman tertentu. “Apabila kita melihat gambar lama, otak kita menghidupkan semula pengalaman yang membolehkan kita untuk mengenang kembali beberapa emosi,” tegasnya. Manakala bagi ikon laman sosial Instagram, Dena Bahrin, 21, yang mempunyai hampir 100 ribu pengikut berkata, selfie mempunyai keunikannya tersendiri apabila pengguna merakam gambar berseorangan atau bersama individu lain. “Selfie juga meningkat­kan keyakinan diri bukan saja kepada diri, tetapi individu lain sekiranya kita mengajaknya bersama bergambar,” katanya. Dena berkata, selfie tidak membina keyakinan diri tanpa perlu menghiraukan pandangan orang lain mengenai foto yang dirakam. “Namun, masih ada batasnya apabila kita perlu memikirkan persoalan gambar yang terlalu seksi, menjolok mata atau buat aksi menggoda. “Selain itu, janganlah ber’selfie’ secara tidak bermaruah sehingga mencemarkan niat sebenar selfie yang mahukan individu itu gembira dan memperoleh memori menyeronokkan,” katanya. Fenomena selfie juga bakal merubah teknologi kamera apabila pengeluar telefon pintar dijangka mementingkan kualiti kamera depan yang tidaklah sehebat mana. Sehingga kini, rata-rata format paparan 720p tidak memberi kesan foto yang menarik dan memerlukan suntingan aplikasi tambahan. Pengeluar telefon pintar juga dijangka memperkemaskan ciri gegaran dalam gajet masing-masing berikutan sifat selfie yang memerlukan satu individu saja untuk merakam gambar meskipun berada dalam keadaan tidak stabil. Malah, jangan terkejut sekiranya fungsi flash juga dimuatkan di bahagian depan kamera bagi kebanyakan telefon berbanding tumpuan kepada flash di bahagian belakang.

 

 

 

2014 SEBAGAI TAHUN PRODUKTIF DAN CEMERLANG BAGI KBS

Oleh : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

PUTRAJAYA, 10 JANUARI 2013 – Menteri Belia Dan Sukan, YB. Encik Khairy Jamaluddin menuntut warga Team Kementerian Belia dan Sukan (Team KBS) agar menjadikan tahun 2014 sebagai tahun yang produktif dan cemerlang bagi KBS.

 Tahun 2013 dilihat sebagai tahun yang membawa kegemilangan  kepada kementerian ini dengan memperoleh beberapa kejayaan sama ada di peringkat domestik mahupun antarabangsa.

 Katanya, kejayaan kontinjen Sukan Sea yang bertanding di Myanmar baru-baru ini  dengan meraih 43 pingat emas melepasi sasaran 40 pingat dianggap sebagai satu kejayaan yang cukup manis walaupun beberapa acara sukan yang diharapkan gagal meraih pingat.

 “ Tahun 2014 dilihat sebagai tahun yang amat sibuk bagi KBS dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan belia dan sukan. Festival Belia Putrajaya yang dijadualkan pada bulan Mei nanti bermula dari peringkat daerah, negeri dan berkahir di Putrajaya yang bertemakan “ Dari Belia Untuk Belia ”.

 “ Bidang sukan pula, kita akan mula melaksanakan Kelab Sukan Komuniti  di seluruh negara, Sukan Komanwel, Sukan Asia, Sukma di Perlis serta beberapa aktiviti yang menuntut agar kita bekerjasama sebagai satu pasukan untuk menjayakannya,” ujarnya pada Perhimpunan Mesra Bulanan KBS bagi bulan Januari di Dewan Serbaguna Podium B.

 YB. Encik Khairy Jamaluddin juga yakin dengan komitmen warga Team KBS untuk merealisasikan hasrat untuk melaksanakan sidang pertama Parlimen Belia mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Katanya, kejayaan pelaksanaan Parlimen Belia ini melonjakkan nama dan imej KBS terutamanya dalam merealisasikan satu dari enam inisiatif Makmal Belia.

 Beliau yang menyambut ulang tahun kelahirannya pada hari ini  diraikan di perhimpunan ini. Turut diraikan, Ketua Setiausaha KBS, Datuk Jamil Salleh yang menyambut hari lahir pada 8 Januari serta Timbalan Ketua Setiausaha ( Strategik )KBS, Dato’ Harun Che Su yang juga menyambutnya pada hari ini.

 

Disunting : Adeli Hussin@Drus ( Unit Komunikasi Korporat KBS )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH

Oleh : Mohd Firdaus Amin Abdullah ( Unit Komunikasi Korporat KBS )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

PUTRAJAYA, 14 JANUARI 2014 – ‘Team KBS’ antara pasukan yang terlibat mewarnai kemeriahan Majlis Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini bersamaan 1435 Hijrah. Seawal jam enam pagi, lebih 40 orang kakitangan KBS yang memakai Baju Melayu berwarna Ungu mula berkumpul di depan bangunan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Persiaran Perdana menuju Masjid Putra.

Bertemakan ‘Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah’, sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini lebih meriah dan berwarna-warni dengan penglibatan pelbagai pihak seperti Persatuan Motosikal, Paramotor dan Persatuan Basikal.

Menceriakan lagi perarakan pada tahun ini adalah dengan penglibatan sebanyak 157 kontinjen yang membabitkan lebih 13 ribu peserta berkunjung ke Putrajaya yang memakai pakaian berwarna warni sekaligus menjadikan ianya sebuah perayaan yang sangat meriah sebagai lambang kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad.

Sebanyak 73 pasukan jabatan kerajaan, 28 badan berkanun, 20 swasta, 10 badan beruniform, sekolah, enam institut pengajian tinggi serta empat kontinjen badan bukan kerajaan (NGO), dilepaskan oleh YB. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada 7.15 pagi dan mula berarak ke Dataran Masjid Putra.

 Selain perarakan, aktiviti ceramah, pengurniaan Anugerah Perdana dan Anugerah Maulidur Rasul juga turut diadakan di Masjid Putra. Antara yang turut hadir menyertai perarakan tersebut adalah Timbalan Ketua Setiausaha (S), Dato’ Harun Bin Che Su.

Disunting : Adeli Hussin@Drus ( Unit Komunikasi Korporat KBS )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

GEMA BELIA PERAK BERSELAWAT DI BANDAR DIRAJA

Oleh : Nur Nafhatun bin Ahmad Masut ( JBSN Perak )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

IPOH, 10 JANUARI 2014 – Bergema selawat, aura rohani dan alunan zikir munajat oleh kira-kira 1,500 yang kebanyakannya belia sebagai tanda rindu serta cinta generasi belia negeri Perak kepada junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W malam tadi bertempat di Arena Square, Bandar Diraja Kuala Kangsar kiira –kira 40 kilometer dari sini.

 

Majlis Malam Belia Berselawat yang dianjurkan oleh pihak Majlis Belia Negeri ( MBN ) Perak diadakan bagi menandakan tanda kasih sayang dan rindunya generasi muda pada landasan agama walau landskap kehidupan dunia berubah jauh menduga segalanya.

 

Majlis ini juga diadakan bersempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Perak 1435H / 2014M melalui kerjasama strategik bersama pihak Kerajaan Negeri, Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Majlis Belia Malaysia, beberapa badan NGO, pihak berkuasa tempatan dan sebagainya.

 

Aturcara dimulakan dengan solat Maghrib serta Isyak berjemaah, pengisian tazkirah serta zikir dan kemuncaknya ialah berselawat yang juga diserikan dengan kehadiran kumpulan nasyid tanah air, InTeam.

 

Majlis lebih bersemarak dengan kehadiran Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Negeri. Datuk Shahrul Zaman Yahya. Hadir sama, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Dato’ Wan Khairil Anuar Wan Ahmad, ADUN Bukit Chandan, YB Maslin Sham Razman, ADUN Manong, YB Mohd. Kamil Shafie Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Mohd. Azhari Mohammad, Presiden Majlis Belia Negeri,  Hasnul Fairuz, ketua - ketua jabatan, pemimpin - pemimpin tempatan, pemimpin - pemimpin NGO agama, belia dan sukan serta ramai lagi.

 

Disunting : Razali haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

 

PLATFORM MEMPERKATAKAN MENGENAI GST SECARA INTELEKTUAL OLEH BELIA

Oleh : Muhammad Ariff Mat Jusoh ( IYRES)

ariff@ ippbm.gov.my

 

Kuala Lumpur, 21 Disember 2013 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah menganjurkan Persidangan Meja Bulat Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST): Apa Pandangan Belia? bertempat di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras.

Pelaksanaan persidangan ini bagi menyediakan platform bagi memberi penerangan yang jelas dan berkesan kepada generasi muda tentang pelaksanaan GST di Malaysia. Melalui persidangan ini, IYRES dapat membuka peluang kepada para peserta terutamanya golongan muda untuk menyuarakan pandangan mengenai GST. Hasil dari persidangan ini akan dijadikan resolusi suara belia mengenai pelaksanaan GST di Malaysia dan akan diketengahkan ke peringkat lebih tinggi untuk perhatian pihak kerajaan.

Seramai 100 orang peserta hadir semasa persidangan tersebut. Empat kertas kerja telah dibentangkan kepada mereka bagi memberikan kefahaman tentang pelaksanaan GST di Malaysia. Antaranya, dari Kementerian Kewangan (Dasar Percukaian Negara), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Apa Itu Cukai Barang & Perkhidmatan), Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia(Kesan Cukai Barang & Perkhidmatan Kepada Ekonomi Malaysia) dan Junior Chamber International Malaysia (GST: Perspektif Usahawan Muda).

Persidangan sehari ini telah disempurnakan perasmian penutupnya oleh Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah IYRES, YBrs. Tuan Hj. Adnan Abu Hassan. Beliau dalam ucapannya menyokong pelaksanaan sistem cukai ini kerana GST merupakan langkah kehadapan bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju.

 Menurut beliau lagi, GST akan menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada, maka pelaksanaan GST dijangka tidak akan menyebabkan berlakunya kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, melainkan jika kadar cukai yang dikenakan adalah lebih tinggi daripada kadar cukai jualan dan perkhidmatan yang dikenakan pada masa ini.

 Sembilan rumusan hasil daripada Persidangan Meja Bulat Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST): Apa Pandangan Belia? telah dipersetujui oleh peserta yang hadir iaitu:

  1. Belia berpandangan bahawa pihak kerajaan perlu memberi penerangan secara menyeluruh agar dapat meningkatkan tahap kefahaman terhadap pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) diperingkat akar umbi.
  2. Mengadakan sesi dialog yang efektif antara pemimpin dengan rakyat bagi membolehkan setiap persoalan dapat dirungkai berkenaan Pelaksanaan GST.
  3. Belia menyarankan agar pihak kerajaan dapat memberi jaminan bahawa GST tidak akan membebankan rakyat dengan kenaikan  harga barang yang membawa kepada kos sara hidup yang tinggi.
  4. Belia mencadangkan semua pihak yang berkenaan dengan pelaksanaan GST dapat memainkan peranan menyebarkan maklumat yang jelas dan tepat mengenai keperluan dan peranan sebenar GST kepada Masyarakat dan Negara.
  5. Belia berpandangan agar pihak kerajaan perlu menjelaskan kepada rakyat khususnya golongan belia antara inisiatif serta “tangible Outcome” yang diperolehi daripada pelaksanaan GST pada 1 April 2015.
  6. Belia mencadangkan agar pihak kerajaan membuat “engagement” dengan agensi-agensi seperti Kastam, KPDNKK serta lain-lain agensi untuk diberi latihan dalam membantu memberi penerangan pelaksanaan GST kepada rakyat.
  7. Belia berpendapat bahawa, pihak kerajaan perlu lebih telus dalam memberi penjelasan terhadap penggunaan hasil cukai GST agar rakyat memahami ke mana  hasil cukai disalurkan dan bagaimana ia dibelanjakan.
  8. Belia mencadangkan agar hasil input yang diperolehi daripada persidangan ini dibincangkan ke dalam Makmal Kos Sara hidup yang akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan.
  9. Mencadangkan agar subjek percukaian diselaraskan dan dimasukkan di dalam kurikulum pendidikan sekolah menengah.

 

Disunting : Shariffah Mamat ( IYRES )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

PUSPANITA MISS 2013

Oleh : Azlin Emiza Jamri ( Unit Komunikasi Korporat KBS )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

PUTRAJAYA, 20 DISEMBER 2013 - Seramai 14 peserta mengambil bahagian di dalam Pertandingan PUSPANITA Miss 2013 yang dikelolakan  Biro Sosial PUSPANITA cawangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bertempat di Podium B Menara KBS di sini malam tadi.

 Pengerusi Biro Sosial PUSPANITA KBS, Dr. Wasitah Haji Mohamad Yusof berkata, program ini mendapat inspirasi daripada Datin Dr. Asmah bagi menambah keahlian terutamanya daripada kalangan ahli-ahli muda dan juga untuk mengenalpasti generasi muda yang akan menjadi ikutan.

Terdapat empat kriteria utama dalam pengadilan dan pemarkahan PUSPANITA Miss 2013 iaitu personaliti dan keterampilan diri, keyakinan diri, ujian minda serta pakaian peserta.

Bagi Kategori Kostum Tercantik, juri memilih S.Radha a/p Shunmugam mewakili Unit Komunikasi Korporat  manakala Komathi a/p Chellapan  dari IKBN Dusun Tua dipilih bagi  Kategori Pakaian Menepati Tema.

Norashikin Mohd Badron ( Perbadanan Stadium Malaysia ), Zanariah Hashim ( Bahgian Kewangan KBS ) dan Rosliza Mohd Shariff ( Pejabat Menteri ) sekadar menerima hadiah  saguhati dengan menerima wang tunai  RM 50  serta jambangan bunga setiap seorang.

 Ismazira Che Ismail dari Pusat Belia Antarabangsa dinobatkan sebagai PUSPANITA Miss 2013 manakala naib johan dan tempat ketiga menjadi milik  S.Radha a/p Shunmugam dari Unit Komunikasi Korporat  dan Siti Khadijah Md. Sabri dari Jabatan Belia Dan Sukan  Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Datin Suliza Salam, Noraniza Idris dan Datin Seri Nik Asmah dari PUSPANITA Kebangsaan diundang sebagai juri  bagi mengadili pertandingan ini.

Turut hadir , Timbalan Ketua Setiausaha ( Antarabangsa dan Pengurusan ), Dato’ Azhar Mohamed Isa dan Timbalan Ketua Setiausaha ( Strategik ), Dato’ Harun Che Su serta Timbalan-timbalan Pengerusi PUSPANITA KBS, Datin Sharifah Norilah Hashim dan Datin Norul Huda Md Zain. 

Hadir sama untuk memeriahkan pertandingan ialah penaja-penaja program PUSPANITA Miss 2013 iaitu Osiris International, PUSPANITA Shoppe, Avon (M) Sdn Bhd, Majalah Nona (Krangkraf), Elken (M) Sdn Bhd, Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dan RDA Printer Sdn Bhd.

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS ) Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

IYRES MENANG TEMPAT KEDUA DALAM PERTANDINGAN PENGEMASKINIAN PORTAL PERINGKAT AGENSI DI BAWAH KBS

Oleh :    Noor Afifah Binti Johari (Unit Pengurusan Maklumat IYRES)

                Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

PUTRAJAYA, 18 DISEMBER 2013 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah memenangi tempat kedua dalam Pertandingan Pengemaskinian Portal Peringkat Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi tahun 2013. Tempat pertama disandang oleh Perbadanan Stadium Malaysia dan tempat ketiga adalah milik Institut Sukan Negara.

Ia Turut dipertandingkan di peringkat JBSN/APBM dan juga IKBN/IKTBN. Pertandingan ini telah bermula pada April 2013 sehingga Oktober 2013 yang dipantau sepenuhnya oleh jawatankuasa khas yang telah dilantik untuk membuat penilaian.

Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Menteri  Belia dan Sukan bersempena dengan Perhimpunan Bulananan KBS yang dianjurkan oleh Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik. Para pemenang masing-masing membawa pulang sebuah trofi, sijil penghargaan serta wang saguhati.

 

Oleh :    Noor Afifah Binti Johari (Unit Pengurusan Maklumat IYRES)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

KUALA LUMPUR, 17 DISEMBER 2013 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah tersenarai sebagai salah satu agensi yang menerima Sijil Penyerahan Projek SAGA Fasa V anjuran Seksyen Khidmat Perunding (SKP) dan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) yang berlangsung di Sama-Sama Hotel, Kuala Lumpur International Airport (KLIA) malam tadi . Sebanyak 3 agensi lain yang turut terlibat dalam penerimaaan Sijil Penyerahan Projek SAGA Fasa V iaitu SME Corp Malaysia, Yayasan Pelajaran MARA, dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Turut berlangsung adalah majlis pengiktirafan kepada agensi yang telah mendapat sijil pematuhan SAGA. Sijil Pematuhan SAGA 2013 ini telah diberikan kepada enam (6) agensi iaitu Lembaga Pelabuhan Bintulu, Perbadanan Putrajaya, Universiti Malaysia Pahang, Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS), Perbadanan Labuan dan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA).

Majlis ini telah dirasmikan oleh Timbalan Akauntan Negara Malaysia (Korporat) YBhg. Dato’ Rosini bt Abd Samad dengan dihadiri oleh wakil-wakil agensi, pembekal, wakil-wakil pegawai dan kakitangan JANM. Majlis juga turut diserikan dengan alunan muzik dan tarian pelbagai budaya. Tahniah diucapkan kepada kesemua agensi yang terlibat.

Disunting : Suraya bt Sulaiman

 

MENTERI  SAMBUT PASUKAN HOKI REMAJA

Oleh : Mohd Firdaus Amin Abdullah (Unit Komunikasi Korporat KBS )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

SEPANG, 17 DISEMBER 2013 – Walaupun skuad hoki remaja negara tewas kepada pasukan Belanda, namun pencapaian mereka adalah amat membanggakan.

 Skuad negara yang tewas 2 – 7 kepada pasukan Belanda dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat di Stadium Nasional Major Dhyan Chand New Delhi, India itu telah berjaya menamatkan saingan di tempat keempat dari 16 pasukan yang mengambil bahagian pada kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki 2013 itu.

 Prestasi skuad bimbingan Muhammad Dharma Raj Abdullah itu melepasi sasaran Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) yang menyasarkan kedudukan ke enam terbaik dalam kejohanan  Mereka yang telah berjuang habis habisan dalam  kejohanan yang bermula 6 hingga 15 Disember 2013 lalu, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pagi ini dan kepulangan mereka disambut sendiri Menteri Belia dan Sukan, Encik Khairy Jamaluddin dan ahli keluarga masing masing.

 Kejayaan yang diperoleh itu  menyamai pencapaian  Malaysia dalam  kejohanan sama pada 1979, 1982 dan 1985.

 

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

QiYAD MENGISI KEROHANIAN BELIA

Oleh : Mohd Firdaus Amin Abdullah (Unit Komunikasi Korporat KBS )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

PUTRAJAYA, 10 DISEMBER 2013 – “ Golongan belia merupakan perintis yang akan menjadi pemimpin serta pentadbir negara ini di masa akan datang. Menyedari kepentingan belia dalam membentuk acuan negara, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) sentiasa menyusun strategi dalam melaksanakan program berunsusrkan kerohanian bagi membentuk golongan belia yang mempunyai identiti  diri serta asas kerohanian yang mapan”.

 Berucap ketika Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara KBS dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di Menara KBS hari ini, Menteri Belia dan Sukan, Encik Khairy Jamaluddin menegaskan bahawa program bagi membangunkan karakter Islam dalam golongan belia amat penting bagi mewujudkan belia yang seimbang dunia dan akhirat.

 Majlis berkenaan adalah perjanjian persefahaman melibatkan Program Kepimpinan Muda Islam (QiYAD) dengan anjuran bersama YADIM. Menurutnya lagi, selama ini banyak program yang dijalankan lebih tertumpu kepada pembangunan peserta namun pembangunan dan penekanan terhadap fasilitator juga amat perting dan perlu diberi perhatian.

 Tegas beliau, cara terbaik untuk menghasilkan belia yang berjaya adalah melalui penghasilan tenaga pengajar yang terlatih dan mampu menyamkan latihan dengan berkesan.

 Program QiYAD merupakan antara usaha terancang dan agresif dalam memastikan pemimpin negara di masa hadapan adalah terdiri daripada golongan yang terbentuk pemikiran dan juga mempunyai akhlak yang tinggi mengikut landas agama.

 Selain itu, program ini juga turut bertujuan melahirkan pemimpin masa depan yang berjiwa holistik dari segi jasmani dan intelektual serta beridealisme yang dinamik di samping mencanai pemikiran Islam dikalangan generasi muda berteraskan ilmu.

 Turut hadir di majlis tersebut, Ketua Setiausaha KBS, Datuk Jamil Salleh dan Yang Dipertua YADIM, Dr Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki.

 

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

BENGKEL PENGGUNAAN APLIKASI PEMETAAN BELIA MALAYSIA
 ZON TENGAH


Oleh : Nurul Hidayat Ismail
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Melaka, 10 Disember 2013 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah mengadakan Bengkel Penggunaan Aplikasi Pemetaan Belia Malaysia bagi Zon Selatan bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka. Seramai 12 orang Pegawai Belia dan Sukan daripada Negeri Sembilan, Melaka dan Johor menyertai bengkel ini. Objektif pelaksanaannya  ialah bagi memberi pendedahan penggunaan aplikasi portal tersebut kepada pegawai-pegawai di setiap jabatan dan agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS).

 Pemetaan Belia Malaysia ialah satu kaedah yang dibentuk untuk melaporkan data-data mengenai generasi belia dalam bentuk landskap peta. Antara kepentingannya ialah menyediakan satu pangkalan data sebagai sokongan kepada perancangan strategik bagi program pembangunan belia.

 Bengkel tersebut telah diadakan dalam empat sesi. Bagi sesi pertama dan kedua, para peserta didedahkan dengan pengenalan dan penggunaan aplikasi tersebut. Bagi sesi ketiga, iaitu sesi latihan dalam kumpulan, peserta telah menunjukkan kefahaman mendalam mengenai penggunaan aplikasi ini apabila mereka berjaya mengaplikasikan sistem tersebut berdasarkan jumlah populasi belia di kawasan terpilih bagi mengadakan beberapa aktiviti utama pembangunan belia Malaysia. Manakala bagi sesi terakhir telah dilaksanakan kajian penilaian kefahaman para peserta mengenai Aplikasi Pemetaan Belia dan penilaian ke atas program yang telah dilaksanakan ini.

 

Aplikasi ini disasarkan kepada pegawai-pegawai awam yang terlibat dalam pembangunan generasi belia, pemimpin belia, pemimpin masyarakat, badan bukan kerajaan(NGO), ahli politik dan golongan belia dan masyarakat amnya. Aplikasi ini boleh dicapai melalaui portal di http://petabelia.kbs.gov.my.

 
Disunting : Mastura Mohamad
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

GENERASI MUDA BAGI INPUT BERGUNA DI PROGAM INTELEKTUAL IYRIS


Oleh : Muhammad Ariff Mat Jusoh
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

KUALA LUMPUR, 27 November 2013 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRIS) telah menganjurkan siri program intelektual bagi bulan November 2013 iaitu Persidangan Meja Bulat Pasca Bajet 2014 Dan Rasionalisasi Subsidi Dari Perspektif Generasi Muda bertempat di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras Kuala Lumpur. Persidangan tersebut berlangsung dalam tiga siri pembentangan kertas kerja untuk dibincangkan oleh para peserta yang hadir. Kertas kerja yang telah dibentangkan ialah “Bajet 2014: Kesan Daripada Rasionalisasi Subsidi” oleh Kementerian Kewangan, “Bajet 2014 & Isu Rasionalisasi Subsidi: Kesan Kepada Rakyat Malaysia” oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan “Bajet 2014 & Isu Rasionalisasi Subsidi: Perspektif Pakatan Rakyat oleh Institut Rakyat.

Persidangan Meja Bulat kali ini adalah yang sangat informatif apabila mendapat informasi dan pandangan daripada pelbagai perspektif sama ada dari pihak kerajaan, pakatan pembangkang dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Persidangan tersebut telah disertai oleh 50 yang terdiri daripada wakil organisasi dan peserta individu yang rata-ratanya memberikan pandangan dan cadangan kepada persoalan berkaitan tajuk persidangan mengikut perspektif mereka untuk menjadikan ekonomi Malaysia lebih kukuh pada masa hadapan.

 

Hasil daripada penganjuran program tersebut, para peserta berharap agar kesan kepada rasionalisasi subsidi ini akan dapat digunakan dan disalurkan kepada program yang lebih berfaedah dan bermanfaat kepada rakyat

 
Secara amnya, Bajet 2014 dan Rasionalisasi Subsidi mendapat sokongan daripada peserta. Walau bagaimanapun, dari perspektif belia, mereka berpandangan agar kerajaan memberikan alasan yang lebih kukuh dan munasabah terhadap apa juga cadangan atau dasar kerajaan yang akan dilaksanakan.

 

Para peserta juga memohon agar pandangan dan cadangan yang dilontarkan  di dalam perbincangan tentang Bajet 2014 dan Rasionalisasi Subsidi ini dibawa kepada pengetahuan pihak kerajaan.

 

Perasmian penutup Persidangan Meja Bulat ini telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Harun Che Su, Timbalan Ketua Setiausaha (S) Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Disunting : Suraya Sulaiman
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

IYRIS JADI INSTITUT RUJUKAN PESERTA LEADERSHIP DEVELOPMENT PROGRAMME MALAYSIA-BRUNEI-SINGAPURA

 

Oleh : Muhammad Ariff Mat Jusoh (IPPBM)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

PUTRAJAYA, 21 November 2013 – Seramai 30 orang peserta Leadership Development Programme(LDP) yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan kerajaan dari Malaysia, Singapura dan Brunei telah mengadakan lawatan ke Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRIS) bertempat di Menara KBS.

Bersesuaian dengan tema kursus LDP iaitu Youth Development and Innovation, IYRIS telah dipilih oleh pihak penganjur bersama iaitu Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Malaysia, Institut Perkhidmatan Awam (IPA), Brunei dan Civil Service College (CSC), Singapura untuk memberikan taklimat berkenaan kajian terhadap pelbagai aspek pembangunan belia serta kaitannya dengan perubahan yang berlaku di peringkat nasional, rantau dan antarabangsa.

Ketibaan lawatan tersebut telah disambut oleh YBhg. Tuan Harun Che Su, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama-sama warga IYRIS. Taklimat mengenai IYRIS telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Wasitah Hj. Mohd. Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif IYRIS. Pada sesi taklimatnya, beliau menerangkan empat fungsi utama IYRIS dan hasil-hasil kajian yang merangkumi skop penyelidikan, pangkalan data, penerbitan dan program sokongan penyelidikan.

Pada sesi dialog, persoalan yang menarik perhatian peserta delegasi ialah berhubung dengan kebolehan IYRIS dalam mengendalikan jenis-jenis kajian yang pelbagai dan tindakan IYRIS menangani cabaran ini di samping keupayaan urus tadbir IYRIS dari segi kedudukannya sebagai badan berkanun di bawah KBS dan sebuah pusat kajian yang ditadbir oleh Lembaga Pengarah.

Peserta juga memberikan perhatian kepada objektif dan penekanan baru IYRIS dalam Pelan Strategik 2013-2015 dan minat mereka terhadap produk kajian IYRIS serta perkongsian perkembangan IYRIS sehingga menjadi sebuah pusat penyelidikan belia pada hari ini.

Sementara itu,  IYRIS turut membuka mini Youth Research Hub pada sesi lawatan tersebut yang menempatkan beberapa stesen mini pameran yang terdiri daripada Zon Penyelidikan, Zon Program Sokongan Penyelidikan, Zon Penerbitan, Zon Data Belia dan Zon Sebaran Maklumat.

 Zon Penyelidikan menjadi tumpuan para peserta selepas sesi taklimat lawatan. Para peserta tertarik dengan Aplikasi Pemetaan Belia Malaysia yang dilihatnya merupakan satu kaedah yang efektif bagi melaporkan data-data generasi belia dalam pelbagai aspek di sesebuah negara. Selain itu, beberapa kajian turut menjadi perhatian mereka anataranya Kajian Understanding The Anxieties and Desires of Malaysian Youth, Statistik Belia Semasa dan Indeks Belia Malaysia 2011.

Lawatan tersebut berakhir dengan sesi penyampaian cenderahati dan sesi bergambar.

 

Disunting : Suraya Sulaiman
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

IYRIS LAKSANA JEJAK 1M4U IPPBM JOM KAJI DAN SELIDIK

Oleh : Muhammad Ariff Mat Jusoh ( IYRIS )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

TANGGA BATU, 17 NOVEMBER 2013 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRIS) telah mengadakan program Jejak 1M4U IPPBM Jom Kaji dan Selidik 2013 bagi zon Melaka bertempat di Kampung Tangga Batu Pekan, Melaka.

 Program tersebut telah diadakan selama tiga hari yang melibatkan mahasiswa dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka(UTeM) dan para belia di kampung tersebut.

Penganjuran program ini khususnya untuk membudayakan aktiviti penyelidikan di kalangan mahasiswa bagi tujuan pembelajaran dan mendekati golongan belia dengan pelaksanaan program bercorak penyelidikan. Antara pengisian yang disediakan oleh IYRIS ialah pameran dan tayangan video aktiviti penyelidikan, pendaftaran E-Belia, Vyrec studio, dan promosi portal My
Login
(www.malaysia.gov.my).

Selain itu, turut sama diadakan Program Perkampungan Komuniti Belia Bakti Siswa Turun Ke Desa dengan kerjasama UTeM, Gerakan Belia 4B(Malaysia) Cawangan Solok dan Kelab Rakan Muda Tangga Batu. Program tersebut memberi fokus kepada pelaksanaan aktiviti kesukarelawanan di mana pihak IYRIS menyokong penuh pelaksanaan program ini yang diharapkan dapat memperkasakan belia Malaysia seterusnya membawa impak positif dalam pembentukkan jati diri belia.

Perasmian program ini telah disempurnakan oleh  Datuk Dr. Abu Bakar Bin Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi(MOSTI) merangkap Ahli Parlimen Tangga Batu. Manakala perasmian penutup oleh Tuan Harun bin    Che Su, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Program Jejak 1M4U IPPBM Jom Kaji dan Selidik 2013 bagi zon Melaka turut mendapat sokongan daripada Osiris International yang membekalkan pakaian program bagi aktiviti ini.

 

Disunting : Mohd Saiful Nizam Mohd Zahri( IYRIS )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

 

IYRIS PROMOSI MY 1LOGIN

Oleh : Muhammad Ariff Mat Jusoh ( IYRIS )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

TANGGA BATU, 16 NOVEMBER 2013 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRIS) telah mengadakan aktiviti promosi My 1Login bertempat di Kampung Tangga Batu Pekan, Melaka.

 

My 1Login ialah satu akses yang disediakan oleh kerajaan yang membolehkan rakyat mengakses pelbagai perkhidmatan dalam talian kerajaan. Sebanyak 30 agensi kerajaan terlibat dalam penyediaan perkhidmatan ini. My 1Login boleh diakses di pautan www.malaysia.gov.my iaitu Portal Rasmi Kerajaan Malaysia (MYGOVERNMENT).

Aktiviti utama yang disediakan untuk warga penduduk ialah tayangan video, kaunter pertanyaan dan edaran risalah My 1Login yang telah disediakan oleh pihak Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri.

Objektif pelaksanaan My 1Login ialah bagi memudahkan akses secara terus untuk pelbagai perkhidmatan dalam talian bagi perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan di samping meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam untuk rakyat.

Promosi tersebut diadakan bersempena penganjuran Program Perkampungan Komuniti Belia Bakti Siswa Turun Ke Desa dan Jejak 1M4U IPPBM Jom Kaji Dan Selidik 2013.

 

Disunting : Mohd Saiful Nizam Mohd Zahri( IYRIS )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

Penagih dadah muda berkurangan

Oleh : Kosmo Malaysia

 

PUTRAJAYA - Statistik penagih dadah golongan belia yang dikesan dari Januari hingga Julai tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 15 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, jumlah penagih belia pada tahun ini ialah 2,242 iaitu 70.4 peratus daripada jumlah keseluruhan penagih iaitu seramai 3,185 orang.

"Jumlah penagih tahun lepas ialah 3,767. Golongan belia didefinisikan berumur antara 16 hingga 39 tahun," katanya.

Artikel Penuh: https:www.kosmo.com.my

 

 

 

IYRIS NAMA POPULAR BARU IPPBM

Oleh : Shariffah Mamat
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

PUTRAJAYA, 11 November 2013 – Menteri Belia dan Sukan, Encik Khairy Jamaluddin telah mengumumkan nama popular bagi Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia yang terdahulunya dikenali sebagai IPPBM kepada IYRIS (Institute of Youth Research).

Nama baru ini diumumkan oleh beliau sewaktu perjumpaan pertama Ahli Lembaga Pengarah IYRIS yang baru pada 4 November 2013 di pejabat beliau di Putrajaya.

IYRIS bersama dengan ALP lantikan baru ini dilihat sebagai mendukung hala tuju baru IYRIS yang berdedikasi sebagai pentas intelektual pemikiran golongan muda di samping sebagai peneraju institusi penyelidikan yang memfokuskan kepada pembangunan belia.

Disunting : Dr. Wasitah Hj. Mohd. Yusof
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

 

BHUTAN BERMINAT JALIN KERJASAMA DENGAN IPPBM

Oleh : Muhammad Ariff Mat Jusoh (IPPBM)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

PUTRAJAYA, 6 November 2013 – En. Chencho Dorji, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Kementerian Pelajaran Negara Bhutan telah mengadakan lawatan kerja ke Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) bertempat di Aras 10, Menara KBS, di sini hari ini.

Lawatan tersebut bertujuan menerangkan fungsi, peranan dan dapatan kajian IPPBM mengenai pembangunan belia yang telah dilaksanakan di negara ini. Penerangan ringkas berkenaan IPPBM telah disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif IPPBM,   Dr. Wasitah Haji. Mohd. Yusof. Pada sesi taklimatnya, beliau menerangkan empat fungsi utama IPPBM yang merangkumi skop penyelidikan, pangkalan data, penerbitan dan program sokongan penyelidikan. Antara kajian yang dibentangkan dan mendapat perhatian pihak  Delegasi Negara Bhutan ialah berkenaan Kajian Indeks Belia Malaysia, Kajian Pemetaan Belia Malaysia dan Pengkalan Data Maklumat E-Belia Malaysia. Dalam sesi soal jawab, En. Chencho Dorji tertarik dengan fungsi IPPBM di Malaysia kerana bagi mereka penyelidikan mengenai pembangunan belia amat penting untuk merancang program yang sesuai untuk belia. Informasi mengenai belia di Bhutan juga dikongsikan bersama-sama semasa lawatan kerja ini. Sementara itu, beliau juga menyatakan peluang ingin berkerjasama dengan IPPBM dalam melaksanakan kajian-kajian mengenai belia di negara Bhutan merujuk kepada kepakaran dan pengalaman yang telah dimiliki oleh pihak IPPBM.

Turut hadir ialah penyelidik-penyelidik IPPBM yang turut berkongsi input dan dapatan kajian yang telah dilaksanakan oleh IPPBM.

 

Disunting : Dr. Wasitah Hj. Mohd. Yusof
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

BHUTAN BERMINAT PELAJARI KAEDAH PENGURUSAN KEMUDAHAN UNTUK BELIA

Oleh : Shareen Binti Mohd Yusof (JBSN Negeri Sembilan )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

PAROI, 5 NOVEMBER 2013 - Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan telah menerima lawatan kerja dari delegasi Jabatan Belia Dan Sukan, Kementerian Pelajaran Negara Bhutan yang diketuai Ketua Pengarahnya, Mr Chencho Dorji pada hari ini

Kunjungan hormat tersebut disambut Penolong Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan, Mohamad Rosdi Mahmud, di Kompleks Belia Dan Sukan Paroi disini.

Antara tujuan lawatan tersebut adalah untuk melihat dan mempelajari selok-belok sistem pentadbiran dan pengurusan kompleks di samping melihat semua kemudahan-kemudahan sukan yang terdapat di sini.

Delegasi tersebut juga mengakui kompleks ini dilengkapi dengan kemudahan serta sistem pengurusan yang baik dan tersusun dengan kadar sewaan yang murah disamping mempunyai kemudahan-kemudahan boleh digunakan tanpa sebarang bayaran seperti trek jogging, parcourse, skate park serta taman permainan kanak-kanak.

Mereka juga tertarik dengan kemudahan sukan yang ada seperti padang bola sepak sintetik, Gymnasium Rakyat 1 Malaysia, ballroom serta gelanggang-gelanggang sukan terbuka yang lain.

Delegasi berharap agar perkongsian maklumat serta kemahiran dalam bidang organisasi dapat dipertingkatkan dan diperluaskan pada masa akan datang menerusi hubungan dua hala di antara kedua-dua negara itu di samping mencari kaedah yang berkesan dalam program pembangunan belia.

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

 

INTERNATIONAL CONFERENCE ON YOUTH 2013 – KBS DAN UPM TANDATANGANI MOU

Berita KBS - 28 Oktober 2013

Oleh : Muhammad Ariff Mat Jusoh ( IPPBM )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

SERI KEMBANGAN, 29 OKTOBER 2013 – Satu memorandum persefahaman telah dimeterai antara Kementerian Belia dan Sukan Malaysia(KBS) dengan Universiti Putra Malaysia(UPM) dalam bidang berkaitan pembangunan belia di Malaysia. Majlis tersebut berlangsung sempena penganjuran International Conference on Youth 2013(ICYouth 2013).

Terdahulu, YBhg. Ketua Setiausaha KBS, Datuk Jamil Salleh telah menyampaikan ucaptama seterusnya merasmikan penganjuran ICYouth 2013 anjuran Institut Penyelidikan Sains Sosial (IPSAS), UPM dengan kerjasama Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia(IPPBM). Persidangan selama dua hari tersebut telah mengumpulkan para penyelidik, pelajar dan pegawai agensi daripada hampir 10 buah negara dalam perkongsian dan pendedahan kepada aspek belia, pembangunan komuniti, siber dan organisasi. Sejumlah 70 kertas kerja telah dibentangkan.

Antara bidang kerjasama yang dimeterai ialah berkaitan inisiatif ilmiah berhubung isu belia, hala tuju Pembangunan Belia Malaysia serta isu pengantarabangsaan belia menerusi penganjuran persidangan, seminar dan bengkel. Turut dipersetujui bersama ialah pelaksanaan kajian, penyelidikan dan perkongsian sumber penyelidikan dan pembangunan manusia seperti kepakaran, kemudahan serta infastruktur kajian.

Sementara itu, Datuk Jamil Salleh dalam sidang akhbarnya turut menjelaskan isu penganjuran program berkaitan belia yang dianjurkan sebelum ini akan dilihat semula dan sekiranya didapati tidak memberi impak seperti yang diinginkan, penambahbaikan yang berterusan akan dilaksanakan.

"Jadi, selepas ini juga pihak kementerian akan memastikan setiap program belia menepati kehendak semasa golongan tersebut yang kini dilihat semakin idealistik,'' ujarnya.

Turut hadir ialah Prof. Dr. Mohamad Shatar Sabran, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM, Prof. Dr. Bahaman Abu Samah, Pengarah Institut Pengajian Sains Sosial, IPSAS UPM dan Dr. Wasitah Hj. Mohd. Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia(IPPBM).

 

Disunting oleh : Dr. Wasitah Hj. Mohd Yusof
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

MAJLIS PERASMIAN PELANCARAN PROGRAM LATIHAN KESIHATAN, KESELAMATAN DAN ALAM SEKITAR (HSE) IKBN BANDAR PENAWAR

Berita KBS - 28 Oktober 2013

Oleh :  Mohd Zulhilmi Bin Abdullah ( IKBN Bandar Penawar )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

BANDAR PENAWAR, 24 OKTOBER 2013 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)  Bandar Penawar telah mengadakan Majlis Pelancaran Program Latihan Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar yang dirasmikan oleh, Menteri Belia dan Sukan Malaysia,  Encik Khairy Jamaluddin di sini hari ini.

 

Selain itu, sesi penyampaian sijil bagi HSE Training  of Trainers (TOT) IKBN yang telah berjaya menyempurnakan latihan secara teori dan juga amali di Institut Teknologi Petronas ( INSTEP ) dan juga di IKBN Bandar Penawar disamping dilangsungkan  penyerahan modul latihan Health, Safety and Environment (HSE) daripada pihak PETRONAS, Ketua Pegawai Eksekutif INSTEP ,  Wan Azhar Lotfi Wan Yusof  kepada Pengarah IKBN Bandar Penawar  Norlia Abdullah.

 

Turut serta dalam majlis ini Ketua Pegawai Operasi dan Naib Presiden Eksekutif Urusniaga Hiliran PETRONAS, Ketua Setiausaha KBS, Datuk Jamil Salleh dan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran (BPK) KBS, Haji Saari Saleh.

 

Datuk Jamil  kemudian merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih beliau di atas komitmen dan kerjasama yang ditunjukkan bagi menjayakan program yang turut menjadi sejarah baharu kepada bidang pembelajaran di IKBN.

 

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.