IYRES PAMER HASIL PROJEK SEMPENA KEMENANGAN TEMPAT KETIGA DALAM KIK

KIK

PUTRAJAYA, 14 DISEMBER 2015: Bersempena dengan Sambutan Hari Inovasi Peringkat Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah membuka pameran hasil kejayaan Kumpulan Der-Forsher IYRES memenangi tempat ketiga bagi kategori pengurusan dalam Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) tahun 2015 anjuran Khidmat Pengurusan KBS. Turut hadir semasa pameran tersebut YB. Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan Malaysia dan Dr. Hjh Wasitah Hj. Mohd Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES.