KAJIAN LAPANGAN PENILAIAN OUTCOME PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN) 2016 DI KEM LATIHAN BATU JONG, KUALA KRAI, KELANTAN

20160511 plkn kualakrai

 

KELANTAN, 11 MEI 2016 – Pengumpulan data bagi Kajian Penilaian Outcome Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2016 bagi Negeri Kelantan telah diadakan bertempat di Kem PLKN Batu Jong, Kuala Krai, Kelantan. Kajian lapangan ini melibatkan 100 orang pelatih yang terdiri dari mereka yang mendaftarkan diri secara sukarela untuk menyertai program ini bagi kaedah survey modul PLKN 2.0. Pengumpulan data kajian juga melibatkan kaedah Focus Group Discussion (FGD) yang melibatkan 10 orang pelatih yang terdiri daripada 6 orang kaum Melayu, 2 orang kaum Siam, dan 2 orang kaum Cina.

Menurut komandan kem, Lt. Kol. Shamsudin Jusoh, jumlah keseluruhan peserta PLKN 2.0 yang sedang menjalani program ini di Kem Kuala Krai adalah seramai 257 pelatih yang terdiri daripada 232 orang Melayu, 22 Cina dan 3 orang Siam.

Kajian lapangan ini telah dilaksanakan dengan jayanya hasil komitmen yang baik daripada pihak pengurusan Kem PLKN Batu Jong Kuala Krai, Kelantan dan para pelatih PLKN 2.0, 2016.

Disediakan oleh: Noratiqah Talib & Mohamad Saifful Hassan

Disunting oleh : Cik Azura Abidin