KAJIAN LAPANGAN PENILAIAN OUTCOME PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN) 2016 DI KEM GUA CHENDERAI, PADANG BESAR PERLIS

20160511 plkn pdgbesar

 

PADANG BESAR, 11 MEI 2016: Penilaian Outcome Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2016 bagi Negeri Perlis telah dijalankan di Kem Gua Chenderai, Padang Besar Perlis. Kem tersebut mempunyai seramai 257 orang pelatih dan pelatih akan tamat latihan pada 25 Mei 2016. Kajian lapangan ini melibatkan seramai 110 orang pelatih terlibat yang telah mendaftarkan diri secara sukarela bagi menyertai program ini bagi modul PLKN 2.0. Kajian menggunakan dua kaedah penyelidikan iaitu kantitatif (melibatkan 100 orang responden) dan kualitatif (melibatkan 10 orang responden).

Disediakan oleh : Muhammad Azamuddin b Hj Hashim

Disunting oleh : Cik Azura Abidin