KAJIAN LAPANGAN PENILAIAN OUTCOME PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN) 2016 DI KEM PLKN REKREASI BELIA BALING, KEDAH

20160516 plkn kedah

 

BALING,  16 MEI 2016 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah menjalankan kerja lapangan bagi Kajian Penilaian Outcome Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2016 bagi modul 2.0 telah dilaksanakan di Kem PLKN Rekreasi Belia Baling, Kampung Sungai Limau, Mukim Pulai 09100 Baling, Kedah. Kajian lapangan ini telah dilaksanakan menggunakan dua kaedah penyelidikan  iaitu pertama, kaedah kuantitatif yang melibatkan 108 orang responden  pelatih PLKN, manakala kaedah kedua melibatkan pengumpulan data secara kualitatif menggunakan kaedah Focus Group Discussion (FGD) yang melibatkan 10 orang informan pelatih PLKN . Menurut Komandan Mej. Sejeli Mat, jumlah keseluruhan pelatih adalah seanyak 181 orang yang mengikuti program PLKN kali ini. Kajian lapangan ini telah berjaya dilaksanakan hasil kerjasama pihak pengurusan Kem PLKN Rekreasi Belia Baling Kedah dan pelatih PLKN.

Disediakan oleh: Shahhanim Yahya & Muhd Hafiz Hassan

Disunting oleh: Cik Azura Abidin