SESI TAKLIMAT DAN BENGKEL TRAINING OF TRAINERS (TOT) KEPADA ENUMERATOR BAGI PROSES KERJA LAPANGAN INDEKS BELIA JOHOR 2016 (IBJ’16) PERINGKAT DAERAH KULAI

20160919 ibj kulai

KULAI, 19 SEPTEMBER 2016 – Sesi taklimat dan bengkel Training of Trainers (TOT) kepada enumerator bagi kajian Indeks Belia Johor 2016 (IBJ’16) peringkat Daerah Kulai telah dilaksanakan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) pada hari ini bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Kulai, Johor. Taklimat dan bengkel tersebut telah disempurnakan oleh YBrs. En. Mohd Rizal Mohd Sham, Eksekutif Penyelidik IYRES. Sesi taklimat dan bengkel tersebut turut dihadiri oleh En. Muhammad Faiz Maula Kahar, Pegawai Unit Sukarelawan, Pusat Belia Pembangunan Johor (JOYDEC) dan melibatkan 18 orang enumerator yang telah dilantik oleh IYRES untuk menjalankan kajian IBJ’16 peringkat Daerah Kulai tersebut. | Kerja lapangan bagi pengumpulan data kajian akan dilaksanakan di seluruh Daerah Kulai bermula September 2016 sehingga Oktober 2016 yang melibatkan belia di Daerah Kulai yang berumur 15 hingga 30 tahun di semua peringkat.

Disediakan Oleh: Siti Shazwani binti Md Yusoof
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Disunting Oleh: Shariffah binti Mamat
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.