BENGKEL PENULISAN BAHAN PENGAJARAN BERTULIS (WRITTEN INSTRUCTIONAL MATERIAL - WIM) KERJA BELIA SIRI V

512

Nilai, 4 Disember 2019 - Sedang berlangsung Bengkel Penulisan Bahan Pengajaran Bertulis (Written Instructional Material - WIM) Kerja Belia siri VI yang diadakan selama 2 hari bermula 4 dan 5 Disember 2019 bertempat di Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD) Bandar Enstek, Nilai. Bengkel ini dihadiri oleh para Penulis WIM daripada pelbagai latarbelakang bidang pembangunan belia. Turut hadir ke sesi ini Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES. Pelaksanaan bengkel ini dibantu oleh fasilitator iaitu En Mohd Saari Che Awang dari Institut Latihan Pedas, Negeri Sembilan, En Mohd Ghazali Mohd Daud dari Jabatan Pembangunan Kemahiran Cyberjaya) dan Pn Noor Mahafizan Mohd Hanipiah dari Fast Academy & Skill Training (FAST). WIM merupakan salah satu proses dalam mengiktiraf pekerja belia di Malaysia melalui persijilan NOSS Kerja Belia.

Disediakan oleh:
Muhammad Hadi Muhammad Nafis
hadi[at]iyres.gov.my

Disunting oleh:
Mastura Mohamad
mastura[at]iyres.gov.my