MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) ANTARA IYRES DAN ICMS

19042021   MOU IYRES x ICMS

PUTRAJAYA, 19 April 2021 – Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dan The International Council of Malaysian Scholars and Associates (ICMS) Malaysia telah berlangsung di bilik Mesyuarat Aras 10, Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS). IYRES yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, manakala ICMS diwakili oleh Cik Loh Nicole, 11th Council Chief Executive Director ICMS.

Majlis ini dihadiri oleh enam orang wakil Malaysian Public Policy Competition (MPPC), ICMS iaitu Tan Xu Yin, Peh Qi Hui, John Paul Sim, Soh Jing Ting, Tan Shu Hwey dan Emilia Lye manakala IYRES diwakili oleh Pn. Nuurul Mizaan Ya’cob dan Cik Hamizah Sahharon. Perjanjian persefahaman di antara IYRES dan ICMS adalah merupakan yang pertama ditandatangani pada tahun ini. MoU ini bertujuan untuk menjalinkan kerjasama dalam pelbagai program pembangunan belia antaranya Persidangan Meja Bulat, pertukaran kepakaran dan juga cadangan membawa kertas polisi berkaitan pembangunan belia Malaysia ke peringkat kabinet.