BENGKEL LATIHAN TOT KEPADA PEGAWAI PENYELARAS BAGI KAJIAN INDEKS BELIA SABAH 2014

ibm

Satu Bengkel TOT kepada Pegawai Penyelaras bagi Kajian Indeks Belia Sabah 2014 telah dianjurkan oleh IYRES yang bertempat di Arena Belia Kepayan, Kota Kinabalu Sabah pada 14 Oktober 2014. Bengkel yang melibatkan kerjasama dari pihak KKBS dan JBSN Sabah ini telah dihadiri oleh 28 orang pegawai setiap daerah di Sabah bagi mendapatkan maklumat dan penerangan untuk menjalankan kerja lapangan yang dijangka bermula pada November 2014. Turut hadir semasa pelaksanaan bengkel ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif IYRES, Dr. Wasitah Hj. Mohd Yusof serta Timbalan Setiausaha Tetap I KKBS, Tuan Hj. Ag. Damit Bin Ag. Anak.