PERTAUTAN RAKAN SEBAYA DENGAN AKHLAK BELIA DI INSTITUSI PENGAJIAN AWAM TERPILIH DI SELANGOR

Pembangunan belia sebagai aset negara perlu diberi fokus utama bagi memastikan kemajuan sesebuah negara berlangsung dengan sempurna. Ini kerana maju atau mundur sesebuah negara turut diukur daripada kualiti akhlak belianya pada hari ini. Ibu bapa dan rakan sebaya merupakan faktor penting dalam proses pembentukan akhlak belia. Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan pendidikan keagamaan oleh ibu bapa dan pertautan rakan sebaya dengan penghayatan akhlak islam dalam kalangan belia universiti. Pemilihan sampel dalam kajian ini dilakukan secara rawak berstrata melibatkan 403 sampel daripada kalangan belia universiti yang berusia antara 19 hingga 25 tahun. Data dianalisis menggunakan SPSS versi 20 dengan menggunakan kaedah analisis inferensi korelasi pearson. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan signifikan sederhana (r=.45, p=.000) antara pendidikan keagamaan oleh ibu bapa dengan penghayatan akhlak islam, manakala antara pertautan rakan sebaya dengan penghayatan akhlak islam pula wujudnya hubungan signifikan rendah (r=.29, p=.000). Hasil penemuan kajian ini diharap memberi input kepada agensi-agensi yang terlibat dengan pembangunan belia dan masyarakat supaya mengambil kira faktor pendidikan keagamaan oleh ibu bapa dan pertautan rakan sebaya dalam program pembangunan belia.

Kata Kunci: Belia, Pendidikan Keagamaan, Ibu Bapa, Pertautan Rakan Sebaya, Akhlak

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH