SIKAP MUALAF CINA TERHADAP PEMBELAJARAN DAN PENGURUSAN JENAZAH

Artikel ini bertujuan mengenal pasti profil sikap pembelajaran dengan pencapaian Bengkel Pengurusan Jenazah di kalangan Mualaf remaja Cina di Jabatan Agama Islam Selangor. Seramai 80 daripada 473 orang Mualaf remaja Cina telah terlibat dalam artikel ini. Statistik deskriptif menggunakan peratusan, min dan sisihan piawai digunakan untuk analisis taburan. Ujian t digunakan untuk melihat perbezaan manakala kolerasi Pearson untuk melihat hubungan antara pembolehubah sikap pembelajaran dengan pencapaian Bengkel Pengurusan Jenazah. Hasil kajian mendapati Muallaf remaja Cina yang menjadi responden kajian ini mempunyai sikap pembelajaran yang tinggi, mereka secara keseluruhannya mencapai keputusan yang baik dalam bengkel yang dianjurkan, tidak terdapat perbezaan yang signifikan sikap pembelajaran berdasarkan gender dan kajian ini juga mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan antara sikap pembelajaran dengan pencapaian Bengkel Pengurusan Jenazah tersebut.

Kata Kunci: Sikap Pembelajaran, Remaja Cina, Muallaf, Bengkel Pengurusan Jenazah, Jabatan Agama Islam Selangor

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH