PROFIL KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI GOLONGAN BELIA

Kajian ini melibatkan 1,076 orang golongan belia berada di Tingkatan 4 yang bertujuan untuk menentukan tahap dan membentuk profil kesejahteraan psikologi dengan menggunakan Skala Kesejahteraan Psikologi Ryff (1995). Dapatan kajian mendapati hanya 16.45% belia adalah sejahtera. Ini menunjukkan belia masih lagi sedang aktif dalam peringkat perkembangan, mencari identiti diri, dan mempunyai tahap mengurus diri serta autonomi diri yang rendah. Turutan dimensi kesejahteraan psikologi berdasarkan susunan skor min ialah tujuan hidup, perkembangan kendiri, perhubungan positif dengan orang lain, autonomi, menguasai persekitaran dan penerimaan kendiri. Dapatan kajian menunjukkan remaja masih lagi sedang berkembang, mencari identiti diri, tahap mengurus diri dan autonomi diri yang rendah. Remaja memerlukan bimbingan, sokongan dan tunjuk ajar bagi membantu meningkatkan tahap kesejahteraan mereka. Program dan pelan intervensi yang komprehensif perlu dirangka bagi membantu meningkatkan tahap kesejahteraan psikologi remaja.

Kata Kunci: Belia Awal, Kesejahteraan Psikologi, Profil Perkembangan, Identiti Belia

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH