SIKAP DAN PERSEPSI PESERTA TERHADAP PROGRAM ANUGERAH REMAJA PERDANA ANJURAN RAKAN MUDA, KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

Visi Rakan Muda ialah ke arah pembentukan belia cemerlang lagi gemilang yang dapat menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara serta mempunyai kualiti peribadi yang tinggi dan berdaya saing. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti latar belakang dan faktor niat serta profil belia peserta Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda. Responden kajian adalah seramai 502 remaja yang berumur 14 tahun hingga 25 tahun yang terdiri daripada tiga tahap iaitu Gangsa, Perak dan Emas. Responden terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan India serta mempunyai latar belakang yang berlainan. Pemilihan responden adalah berdasarkan kepada calon yang bergiat aktif dan mewakili Badan Operasi mengikut negeri masing-masing. Hasil dapatan kajian melalui kutipan dari borang soal selidik mendapati profil latar belakang peserta mempengaruhi niat terhadap pembangunan potensi diri. Hasil analisis juga menunjukkan tahap komponen sikap, norma subjektif dan kawalan tingkah laku yang dipersepsi adalah tinggi dan menyumbang kepada niat untuk bertingkah laku ke atas pembangunan potensi diri belia. Analisis yang telah dilakukan membolehkan pengkaji mengenal pasti implikasi kajian ini daripada segi teori dan praktis yang berkaitan. Ia merangkumi Dasar Pembangunan Belia Negara, Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda, belia, akademik dan juga kajian akan datang.

Kata Kunci: Belia, Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda, Niat, Profil, Atribut Psikologi Sosial

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH