KEMISKINAN DARI PERSPEKTIF GENDER DI LEMBAH BUJANG, KEDAH

Kajian ini merupakan satu kajian etnografi bertujuan memahami makna kemiskinan daripada perspektif gender dalam kalangan belia di Lembah Bujang, Kedah. Objektif utama kajian ini bertujuan mengkaji konsep “kemiskinan” daripada perspektif informan. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah kajian lapangan. Seramai 20 orang informan yang dikategorikan sebagai miskin yang terdiri daripada 10 orang ketua isi rumah lelaki dan 10 orang ketua isi rumah wanita telah ditemubual secara mendalam. Hasil kajian mendapati bahawa lelaki dan wanita mempunyai makna kemiskinan yang berbeza, malah ia juga berbeza di antara wanita dengan wanita yang lain. Perbezaan makna kemiskinan daripada perspektif informan itu sendiri sekaligus memperlihatkan perbezaan bentuk-bentuk kemiskinan yang dihadapi mereka. Oleh itu, pembentukan dasar dan program pembasmian kemiskinan perlu menggunakan pendekatan yang sensitif gender agar program yang dilaksanakan mampu untuk memenuhi keperluan keluarga miskin yang diketuai oleh isi rumah lelaki dan wanita.

Kata Kunci: Konsep Kemiskinan, Gender, Kemiskinan Gender

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH